Selasa, 1 November 2011

AKIDAH TERGUGAT OLEH PENINJU ISRAEL



SIMPAN GAMBAR INI UNTUK PRU 13









NOTA:
sila simpan gambar ini
bila berkempen pilihanraya
sebarkabn seluas munkin

jamin mat mulut berbuih buih akan kalah
kalah macam kena tendangan tomoi
kah kah kah


NOTA:
si zionis itu berdiri
di belakang sabri



PENINJNU ISRAEL: SHABERY MESTI BERTANGGUNG JAWAB
– harakah daily

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek menjawab serta menjelaskan bagaimana kehadiran seorang peninju dari Israel, Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sedangkan sepatutnya tidak ada seorang rakyat Israel pun dibenarkan masuk ke Malaysia sebagaimana rakyat Malaysia diharamkan memasuki Israel.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KENAPA PEJUANG GAZA SENYAP.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA YG NAIK KAPAL KE GAZA CARI ZIONIS...kah kah kah..

kah kah kah...BILA ZIONIS SAMPAI SINI...SEMUA SENYAP.... kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA PEJUANG ISLAM JIHADI ZUL NORDIN...kah kah kah..

kah kah kah...APAKAH SIBUK NAK CARI DUIT NAK BAYAK HUTANG ...kah kah kah..

kah kah kah...APA JADI DENGAN KHIRY JAMALUDDIN.... SIBUK KE GAZA.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA ISRAEL MASUK...MENGAPA MENIKUS... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA NGO BUMIPUTERA MELAYU ISLAM... kah kah kah..

kah kah akh.... ISLAM TELAH TERGUGAT OLEH SEORANG PENINJU ISRAEL..... kah kah kah..

kah kah kah...ISLAM TERHINA KERANA PENINJU ISREAL MASUK MALAYSIA..... kah kah kah..

nota:
cakap berdekah dekah
menentang israel konon
kah kah kah


ZIONIS MENCARI PEJUANG JIHADI


LEPAS BELI CINCIN BELI MUTIARA PULAK




LAGI KESAH MAK JANDA BERSHOPPING




ROSMAH WANITA PERTAMA BELI MUTIARA RM487,000 DI AUSTRALIA – suara keadilan

Ketika berita mengenai anak Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar suami Najib , Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..SLOOOO LAAA SIKIT....kah kah kah..

kah kah kah..BIK MAMA SEDANG NAK BUAT AJI.... kah kah kah..

woit.. BIK MAMA NAK TAUBAT..... kah kah kah..

kah kah kah....NANTI BANYAK GAMBAR DARI MEKAH.... kah kah...

kah kah kah...MACAM GAMBAR SAIFOOL DULU... jkah kah kah..

kah kah kah.... NI SEMUA RANCANGAN NAK TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah....NAK TIPU MAK CIK FELDA...kah kah kah...

kah kah kah..NAK KELENTONG UNDI.... kah kah kah...


LAWAK NAJIB DAN ROSMAH NAIK HAJI

Seorang perempuan kaki rasuah yang bernama najib menunaikan ibadah haji
pada saat melempar jamrah kaki rasuah hairan kerana tiap kali lempar batunya balik lagi ke dia, di lempar lagi, balik lagi ke muka nya, setelah beberapa kali melempar terdengar bisikan di telinganya… “boss sesama syaitan jangan saling lempar dong…” (kutip dari internet) kah kah kah


MENGENAL SALASILAH ROCK n ROLL UNTUK YANG POYO




COOL DUDE ROCK n ROLL











HANYA YANG BEBAL DAN MALAS MEMBACA TAK TAHU SEJARAH GITAR

gitar memainkan peranan yang amat dalam musik rock
rock n roll ialah satu genre musik
konsert rock adalah pesta bunyi gitar yang kuat
gitar dimainkan oleh p ramlee
gitar dimainkan oleh kassim masdor
gitar yang dimainkankan oleh lennon
digunakan oleh prince
digunakan oleh bob dylan
digunakan oleh rolling stone


gitar bukan berasal dari sepanyol
gitar berasal dari dunia arab
kaithaar adalah alat musik dari arab
guitar hanya perkaatan spanyol dari alat musik arab
nama arabnya ialah qitara


bila datang ke konsert rock nanti
ingatlah kepada al- kindi
inilah guru rock ori
inilah papa rock sebelum mick jagger
inilah papa rock sebelum ramlee sharif

al-kindi datang dari gedung ilmu
dari gedung ilmu baitul hikmah
dizaman khalifah harun aminulrashid
dizaman khalifah maamun
dizaman penyaer abu nawas


QITARA BERASAL DARI ARAB






NOTA:
pemikir dan ahli falsafah di baitul hikmah
berfikir untuk mengubah dunia
bukan menentang konsert rock









ROCK ON BROTHER - ROCK THE WORLD


SURAT DARI MAHASISWA TERSEKSA




TERSEKSA DISEKSA MENYEKSA













YURAN KUIS MEMBEBANKAN - MAHSISWA TERSEKSA


Salam mahasiswa,

Saya merupakan salah seorang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kini berada di tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian). Saya amat tertarik & tersentuh dengan luahan hati seorang ibu kepada pelajar KUIS yang mengadu tentang masalah kewangan yang menimpa anaknya di KUIS dan beberapa kepincangan yang berlaku di KUIS yang telah disiarkan di Malaysiakini tempoh hari.

Saya selaku salah seorang mahasiswa di KUIS berasa terpanggil untuk turut meluahkan beberapa permasalahan yang telah menghantui mahasiswa di KUIS.
Antara masalah yang begitu merunsingkan mahasiswa di KUIS adalah mengenai ‘paksaan’ untuk mewajibkan semua pelajar supaya tinggal di asrama pada sesi kemasukan yang akan datang iaitu pada awal November ini. Sebenarnya paksaan untuk mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama ini telah bermula pada sesi yang lepas, namun ia semakin diketatkan pada sesi kemasukan yang akan datang.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar untuk tinggal di asrama ini ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran asrama yang semakin tinggi & ia tidak termasuk dengan yuran pengajian lagi. Sebagai contoh, asrama di KUIS mempunyai empat (4) jenis iaitu A,B,C & D. Asrama jenis D adalah yang paling murah sekali di KUIS. Jika sebelum ini yuran asrama jenis D ini berjumlah RM550.00 setiap seorang (4 orang untuk 1 bilik), kini yuran asrama jenis D tersebut telah meningkat kepada RM700 lebih setiap seorang (tanpa ada penambah baikan pada asrama jenis tersebut). Kenaikan ini juga berlaku kepada asrama jenis A,B & C yang yurannya mencecah kepada RM1000 ++.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar tinggal di asrama ini juga diketahui berpunca daripada perjanjian yang telah termeterai antara pihak pengurusan KUIS (institusi bawah Kerajaan Negeri Selangor) dengan pihak pemaju yang menjalankan projek membina dan mengurus asrama tersebut iaitu Redha Resources Sdn Bhd. Penulis difahamkan pihak KUIS dikehendaki membayar sebanyak berbelas jutaan ringgit setahun kepada syarikat pemaju tersebut dan mengikut perjanjian ia harus dibayar selama 30 tahun. Oleh yang demikian, untuk mendapat pulangan kewangan kembali, pihak KUIS telah memaksa para pelajarnya untuk wajib tinggal di asrama tersebut dan ini telah mengakibatkan pelajar berada di dalam keadaan tersepit dan berhadapan dengan masalah kewangan yang serius.

Masalah kewangan yang dialami oleh pelajar KUIS ini telah menjadi semakin teruk apabila ada sebilangan pelajar yang gagal mendapat pinjaman kewangan dan ia ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dengan terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku pengajian yang mahal dan yuran pengajian di KUIS yang mahal serta sentiasa meningkat saban tahun. (Pernah meningkat sebanyak 100%)

Selain itu, akibat daripada kekangan kewangan yang menimpa mahasiswa di KUIS, bukan sahaja terdapat sebilangan pelajar KUIS yang terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi dan yuran yang mahal di KUIS, malah terdapat juga beberapa mahasiswa yang terpaksa menangguhkan pengajian & berhenti pengajian di KUIS akibat daripada masalah kewangan yang telah menimpa mereka.

Masalah ini telah banyak kali dibangkitkan oleh mahasiswa di KUIS kepada pihak pentadbiran KUIS dan kepada perwakilan mahasiswa di KUIS namun tiada sebarang tindakan yang dapat mengurangkan beban kami dapat dilakukan oleh mereka. Yang dapat dilakukan oleh mereka hanyalah sekadar mendengar rungutan, luahan hati kami dan mereka akan memberi janji untuk menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya janji tersebut hanya tinggal sebagai janji kosong sahaja kerana masalah kewangan terus menghantui kami selaku mahasiswa.

Oleh yang demikian, saya selaku antara ribuan mahasiswa KUIS yang terseksa dengan masalah yuran,kewangan & kos sara hidup yang tinggi di KUIS ini mengharapkan supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pihak pengurusan tertinggi KUIS dan Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan susulan dengan secepat mungkin untuk menangani masalah ini dan dapat menjadikan KUIS sebagai salah satu pusat pengajian tinggi yang mesra mahasiswa & kondusif kepada semua lapisan masyarakat.

Yang benar,
Mohd Saifuddin Ibrahim,
Mahasiswa Terseksa.


PAPA ROCK DARI BAITUL HIKMAH




SALUT PAPA ROCK






Abu Yuqub ibn Ishaq al-Kindi
lahir 801 di kufa iraq
wafat 873 di baghdad




DR ASRI: PAS PERLU TUNJUK SIKAP DEMOPKRATIK SEBELUM JADI KERAJAAN
- minsidert

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kelmarin diselar oleh Dewan Pemuda PAS berkenaan kenyataan berkaitan dengan isu konsert artis Elton John berkata, sayap parti Islam itu wajar memperlihatkan sikap yang demokratik kerana pihak berkenaan bercita-cita mahu menjadi kerajaan.

“Apabila PAS bercita nak jadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang.

“Maka, Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah,” kata beliau dalam satu ulasan yang diemel kepada The Malaysian Insider.

Justeru katanya, sikap cabar-mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjukkan sikap kurang terbuka.

KOMENTAR
amat menghairankan
setiap kali ada konsert maka pemuda pas
akan meloncat dan mengambur membuat batahan

jangan silap faham – konsert bukan budaya barat sahaja
di bumi melayu ini telah wujud kosert sebelum woodstock
di bumi melayu ini telah wujud konsert sebelum glustonbury
orang melayu ada pesta wayang kulit
orang melayu ada pesta main gasing
orang melayu ada pesta laga ayam
orang melayu berkonsert ketika nikah kahwin
konsert ialah merayakan kehidupan secara beramai ramai
disetiap budaya bangsa akan akan perhimpunan untuk sama-sama
dirayakan

musik?
musik adalah milik anak semua budaya
musik adalah milik anak semua bangsa
musik adalah sebahagian dari kehidupan


ada yang kurang faham asal usul musik
musik ada pernyataan hati murni manusia terhadap yang maha esa
dari sejak zaman berzaman musik ada pengucapan kata hati manusia
untuk berterima kaseh kepada yang maha esa yang memberikan kehidupan
musik lahir kerana mansuia berterima kaseh kepada hujan
musik lahir kerana manusia berterima kaseh kepada laut
musik lahir kerana mansuia berterima kaseh kepada sawah dan padi

hanya mereka yang bebal yang buta musik yang akan menentang musik
musik adalah oxygen untuk kehidupan
musik adalah dna manusia untuk merayakan kehidupan
kalau di pakistan akan ada pesta bermalam malam
menari dengan musik sufi dengan gesekan sitar
bercampur dengan asap hashih
kalau di turki ada pesta darwish
menyanyi dan menari untuk bertemu dengan yang maha esa
kalau di iraq lebanon musik dan pesta bermula tengah malam
dan akan tamat awal pagi

konsert selalu dikaitkan dengan yang muda
ketika perang vietnam
joan baez jannis joplin bon dylan
john bin lebai lennon telah membuat konsert anti perang
ketika nelson mandela di penjara
boy george, george michel, sting telah berkonsert menuntut mandela di bebas
ketika bush ingin menyerang iraq
hampir satu juta anak anak muda telah berkonsert menentang perang
dalam kota london
anak anak muda berkonsert menentang bush dan blair
hanya yang bebal tidak tahu fakta ini

mereka yang bebal dan malas membaca
tidak pernah bertemu dengan al-kindi
ahli falsafah keluaran baitul hikmah di baghdad
al- kindi menulis 7 buah buku tentang falsafah musik
buku musik yang amsih menjadi rujukan pemusik hari ini
kalau al-kindi wujud dikurun ini
pasti al kindi akan bersama merayakan
glustonbuury dan woodstock

apa yang menghairankan ialah pas
kini sedang menawarkan diri untuk mentabir negara
maka ramai anak muda akan berfikir:
apakah kebebalan, kejahatan dan kezaliman hari ini
akan diganti dengan satu lagi bentuk kebebalan , kejahatan dan kezaliman?
apa gunanya memilih parti yang akan menyusahkan hidup

anak muda akan berfikir:
hari ini siang kita ditindas oleh united malay national organisation
malam kita akan ditindas oleh parti islam se malaysia

NOTA:
kalau gerombolan bijak
maka setiap bulan atau dua bulan sekali
akan diadakan konsert
setiap kali ada konsert pemuda pas akan heboh
maka undi untuk pas akan terus merosot
dan mainkan heboh heboh anti konsert ini dimedia
lihat hasilnya
pas akan tonggeng
tak perlu guna zionis apco
untuk dapat pandangan
lu pikir sendirilah
kah kah kah



PERANG NAJIB LAWAN MUHYIDDIN AKAN BERMULA





MENUNGGU MASA SAHAJA UNTUK BERPERANG



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
siapa akan tikam siapa
siapa lebih bersedia
siapa yang merancang


MASALAH NAJIB-MUHYIDDIN MACAM KARTUN CATDOG - harakah daily

JIKA hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing).

Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama.

Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan.

Perbezaan ini semakin ketara dari hari ke sehari. Ianya umpama 'api dalam sekam' cuba dikambus media talibarut Umno-Barisan Nasional, namun ia tetap membara.

Pertelagahan senyap di antara Mohd Najib Tun Razak dengan Muhyiddin Yassin, semakin ketara dirasai dalam Umno, dirasai oleh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri dan sudah menjalar sehingga ke akar umbi

Masalah dan percanggahan wujud dalam banyak aspek. Terutama sekali dasar satu Malaysia dan pelbagai tindakan Najib mengetepikan hak Melayu dan kuota bumiputera, tidak disenangi Muhyiddin dan juak-juaknya kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Malah media berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang khabarnya dikuasai kumpulan Muhyiddin, juga enggan memberi ruang kepada Najib, jika kenyataan PM itu dilihat merugikan orang-orang Melayu.

Antara masalah yang besar dihadapi Muhyiddin dan Umno adalah datangnya dari isteri PM sendiri. Dominasi DRosmah Mansor dalam banyak perkara, yang libatkan parti, kerajaan, projek dan media, amat-amat tidak disenangi mereka.

Ketidaksenangan ini disampaikan seorang kenalan lama bergelar Dato', dalam satu temu janji dengan saya di Bangsar Village baru-baru ini.

Tujuan pertemuan diadakan untuk beliau nyatakan pendapatnya tentang masa depan Melayu, yang katanya hanya akan dapat diselamatkan hanya jika PAS dan Umno boleh bekerjasama dalam hal-hal tertentu.

Saya hanya mendengar sahaja, kerana memang bukan bidang kuasa saya untuk bersetuju atau menolak pandangannya. Saya sekadar mahu meneropong dari sudut hati orang Umno, apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini.

Sambil-sambil beliau berusaha meninjau peluang untuk melunakkan hubungan PAS-Umno, saya bertanya kepadanya tentang perubahan kepimpinan dan kepincangan yang terus berlaku dalam Umno.

Kata saya,"Dato' apa agaknya obstacle yang menghalang Umno untuk kelihatan solid dalam menghadapi PRU akan datang?"

"Rosmah," jawabnya ringkas, sambil menghirup cappucino.

"Mengapa Rosmah?" tanya saya sebelum sempat beliau meletakkan cawan kembali ke atas meja.

"Kita pun tak tahu mengapa Najib begitu menurut kata Rosmah. Semua urusan 'stuck' kalau ada campur tangan Rosmah. Sehingga pelantikan politik, termasuk GLC pun Rosmah campur tangan," dakwanya.

"Ooo lebih kurang Rosmah ni macam Khairy (Khairy Jamaluddin) masa zaman Abdullah lah ya," ujar saya kepadanya.


NOTA:
tolong jangan buat fitnah
tidak ada gempa bumi di saudi
jika ada mendengar berita gempa bumi
telah berlaku di saudi



PROGRAM MALAM INI PALM GROVE KLANG




SEMUA DI JEMPUT DATANG











FORUM ANJURAN PAS DAN MAHASISWA REVOLUSI

di markas pas palm grove klang
jam 8.30 malam


AHLI PANEL:

yb khalid samad
yb charles santiago
sdr rafizi ramlee pengarah stratejik pkr
sdr s.aruchevelan - psm
sdr hilman idham - UKM4
sdr shazni munir - pengerusi solidariti mahasiswa malaysia

NOTA:
jangan lupa bawa payung



SUDUT PIDATO PETANG RABU DI UPSI



JAWAPAN UNTUK SURAT SEORANG EMAK




SOKONGAN TEGAR






SURAT DARI PELAJAR KUIS


Assalamualaikum Saudara TT... Saya adalah Saifulnizam bin Muhamad dari Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS. Sebelum saya meneruskan kalam ini, saya sudah membaca surat yang sama daripada laman portal berita Malaysiakini. sebelum itu ingin saya nyatakan, saya akan menyokong KEBENARAN Insya Allah.

Saudara saya agak terkilan kerana individu ini yang mendakwa sebagai ibu bapa pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan, anaknya sendiri belum berjumpa dengan pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) untuk menyelesaikan masalah ini. Apa-apa pun, saya ingin untuk menyatakan hasrat untuk membantu semampunya masalah ini.

Insya Allah, KUIS merupakan institusi pendidikan bebas AUKU yang mana pihak pengurusan tidak pernah menghalang saya dan ahli MPM yang lain serta mana-mana mahasiswa untuk bersama dengan mana-mana ahli politik dalam mana-mana wacana yang segar sama ada anjuran daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional mahupun menyertai aktiviti mana-mana parti politik.

Saya tidak mahu memanjangkan kalam lagi, seandainya ibu kepada pelajar ini membaca artikel ini, saya BERSEDIA BERSEMUKA DENGAN BELIAU DAN MAHASISWA KURSUS TERSEBUT WALAUPUN PERLU SAYA KE PULAU PINANG SEKALIPUN. Saya boleh dihubungi di talian 017-9194019, atau di facebook saya, www.facebook.com/saifulnizam.muhamad ataupun untuk melihat gerak kerja saya dan berhubung melalui blog rasmi saya di http://kalamnie-zarm.blogspot.com maka mudah-mudahan masalah ini dapat diselesaikan secara diplomasi

By Saifulnizam bin Muhamad (Nie-Zarm) on SURAT SEORANG EMAK on 10/31/11