DARI ARKIB
tulisan ini telah
disiarkan pada
25 oktober 2014
KENAPA
ANWAR WAJIB DIPENJARA
Bacalah
surah yang aku bawa ini. Surah ini bukan warita orang-orang dahulu
kala - warita orang kini jua. Aku membawa surah surah songsang untuk
tatapan kita semua. Tuan Pembaca yang budiman jangan terasa hati.
Jangan merasa marah. Iqrak dahulu.
Nobat
merpati di gunung
Memberi
salam nuri di pintu
Berbeka
burung di bumbungan
Berkokok
si tambang denak
Bertitir
ketitir jantan
Berkubu
balam tembaga tiga gaya
Surah
yang ditulis ini aku harapkan akan dihanyutkan air dari gunung
melimpah ke sungai dari sungai mengalir ke laut. Surah ini aku
harapkan akan akan diterbangkan angin naik ke awan. Jatuh diawan
disambar helang dan gagak untuk disebar ke Kampong Hulu dan Kampong
Hilir. Hendaknya.
Titir
canang pemanggil
Pukul
tabuh larangan
Palu
gong pelaung
Aku
amat amat yakin pada Selasa 28 haribulan Oktober 2014 ini nanti
Anwar Ibrahim akan dipenjara. Rayuan Anwar akan meleset dan gagal.
Lima orang Tuan Hakim termasuk Ketua Hakim Negara yang akan menjadi
Pengerusi Sidang Mahkamah Rayuan ini akan mendapati Anwar bersalah.
Inilah
surah songsang yang aku bawa. Sabar dahulu, biar aku huraikan kenapa
Si Anwar ini akan dipenjara. Kau baca dahulu apa yang aku tulis ini.
Satelah selesai bacaan maka kau berbunyilah sahendaknya.
Aku
berani menulis sademikian kerana dari apa yang aku amat-amati telah
jelas. Bagaikan terang lagi bersuluh. Bagaikan talipon telah
berdering. Bagaikan durian sudah dapat aku ciumi. Semua babak-babak
politik yang berlaku kebelakangan ini menyatakan bahawa Si Anwar ini
akan masuk penjara.
Awal-awal
duhulu aku memiliki pandangan bahawa 'tidak mungkin' Si Anwar ini
dihantar ke Sungai Buluh atau Kajang. Kenapa aku beralih pandangan.
Apakah aku telah ditumbuk rusuk hingga terbatuk-batuk? Jawabnya
tidak. Realpolitik – uberpolitik kata orang German – menyakinkan
aku bahawa Anwar akan dipenjara.
Awal
wahid: Pada hemat aku memasukkan Anwar ke penjara ini adalah satu
pelaburan Najib dan Rosmah yang paling lumayan. Umum telah mengetahui
bagaimana Najib dan Rosmah bersama Saiful telah bersama merancang
untuk memerangkap Anwar.
Mustahil
para pembaca lupa bagaimana Saiful menutup lubang juburnya selama
tiga hari. Mengikut surah media lubung juburnya tertutup dan padat
dengan air mani. Walau pun juburnya sendat dengan air mani Si Saiful
ini telah datang bertemu Najib dan Rosmah untuk membincagkan
stratiji memerangkap Anwar. Malah Najib sendiri telah memegang tangan
Saiful yang dilaporkan oleh media – Najib memegang TANGAN SAIFUL
YANG SEJUK.
Inilah
buktinya - satu pelaburan murah tetapi pulangan yang amat lumayan.
Najib dan Rosmah meraih pulangan yang tidak terhingga.
Apakah
para pembaca telah lupa bagaimana juru lecok dan juru heboh Mahathir
telah berleter tentang Najib seorang Perdana Menteri yang manai.
Najib lebih lembik dari Dolah Badawi. Apakah perlu aku ingatkan
tentang Kadir Jasin dan Zainuddin Mydin telah secara terbuka memukul
canang memberi tanda bahawa Najib Razak wajib ditendang jika United
Malays National Organisation mahu selamat. Dalam firasat dua ekor
budak suruhan Anak Lelaki Iskandar Kutty ini Najib adalah 'jantan
lembik' yang tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk mengkemudikan
ajenda – ketuanan Melayu. Najib wajib diganti.
Justeru
apabila Anwar dipenjara ini ialah sebotol Viagra yang ditelan Najib.
Dengan pantas Najib akan naik 'ngang' dan memiliki syawat
keberanian untuk melakukan sesuatu. Selama ini dilaman media sosial –
di Face Book, blog dan di Tweeter - Najib digambarkan sebagai Jantan
Mandul yang takut kepada bini. Imej Najib kena ' rojak kang kang' ini
telah tersebar meluas. Kesah-kesah Rosmah menengking Najib secara
terbuka telah menjadi rahsia umum.
Aku
wajib mengingatkan pembaca bahawa yang membebaskan Anwar Ibrahim
ialah Abdullah Badawi. Tun Dolah sosok yang warak ini juga adalah
musuh ketat Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru, dengan memasukkan
Anwar sekali lagi ke penjara pasti akan mengumbirakan Anak Lelaki
Iskandar Kutty gumbira. Satu KPI untuk Najib.
Pada
hemat aku masa dan saat untuk Anwar ke penjara ialah 29 haribulan
ini. Ini tarikh yang tepat. Aku TIDAK perlu mencari Raja Bomoh atau
berjumpa Harun Din untuk menilek air dipinggan. Aku sendiri boleh
meramalkan apa yang akan berlaku minggu depan. Pergolakan politik
terkini meyakinkan aku bahawa Anwar akan kena.
Pada
ketika ini Pakatan Rakyat tidak sekuat ketika mula menang PRU13
dahulu. Apabila Sultan Selangor memungut Azmin Ali untuk menjadi
Menteri Besar ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi kompak
dan padu. Malah Sultan Selangor telah menerangkan kenapa
Baginda memungut Azmin Ali. Menurut Sultan ini kerana wujudnya
perbalahan dalam Pakatan. Ini kata-kata Sultan Selangor. Kata-kata
ini tepat sekali.
Apakah
perlu aku melakarkan bukti tentang apa yang terjadi dalam Pakatan.
Apakah para pembaca telah mula lupa tentang perangai dan kelakuan
Hadi Awang yang berdulak dalik? Haji Hadi yang kini dianggap Jaguh
You Turn adalah salah satu punca yang menjadikan Pakatan Rakyat
tidak keras padu.
Kelakuan
Hadi Awang yang berdolak dalik ini telah memberahikan nafsu
syawat Najib untuk bongkar dan mengembang. Najib merasa dan melihat
Pakatan tidak 'solid' lagi. Dalam masa yang sama umum juga telah
diberitahu bahawa wujudnya satu gerombolan yang menamakan diri mereka
Youji. Gerombolan ini dikatakan telah 'bersulit-sulit dan
bercanda-canda' dengan Najib. Bila aku mencongak pada 29 haribulan
ini gerombolan Youji ini pasti akan 'bersyukur' Anwar Ibrahim
dipenjara.
Disini
biar aku buka labon sejarah - pada 20 September 1998 apabila Anwar
Ibrahim ditangkap – dia adalah bekas Timbalan Perdana Menteri
Malaysia dan juga Timbalan Presiden Parti Gerombolan Ketuanan
Melayu. Penangkapan Anwar ini memeranjatkan Minah dan Mamat dari
hujung kampong hingga ke cerok Felda. Penangkapan ini telah
menjemput ribuan warga dan anak muda untuk berpolitik di jalan raya.
Benterokan dan pertempurran hebat berlaku di jalan raya. Ramai yang
cedera dan ramai yang ditangkap.
Pada
29 haribulan nanti aku yakin TIDAK ramai yang akan datang ke
Mahkamah di Putrajaya. Ini bukan kerana TIDAK ada sokongan kepada
Anwar. Sokongan masih teguh. Apa yang kurang ialah jenerasi
anak-anak muda yang membesar 15 tahun lalu kurang arif tentang
sejarah Bontot Azizan yang berbulu dan juga lubang jubur Saiful yang
sendat dengan air mani.
Aku
juga yakin bahawa pemenjaraan Anwar ini amat-amat disukai oleh Cucu
Iskandar Kutty dan Menantu Dolah Badawi. Khairy Jamluddin dan Mukhriz
pasti menyimpan niat untuk menjadi ketua Gerombolan Ketuanan Melayu.
Budak dua ekor ini pasti melihat Anwar Ibrahim ini sebagai penghalang
projek mereka untuk menjarah harta kekayaan negara ini.
Malah
aku rasa bukan sahaja Khairy dan Mukhriz merasa selesa apabila Anwar
dipenjara – ramai juga pemimpin dan ahli United Malaya National
Organisation akan merasa 'happi' kerana Anwar telah menerima hukuman.
Tocang Najib yang terbarai akan mencanak naik dalam Parti Ketuanan
Melayu. Nyawa Najib dan Rosmah bersambung apabila Anwar dalam penjara
Akhirnya
dalam surah songsang ini aku wajib menjelaskan bahawa kes jubur
Saiful ini bukan hal undang-undang atau hukum hakam atau Perlembangan
Persekutuan. Ianya juga pada hemat aku tidak ada sangkut paut dengan
agama agama, dengan Islam, dengan Tok Arab, dengan ilmu fikah atau
ilmu tajweed.
Ianya
juga bukan tentang bahan bukti, atau tentang keterangan saksi atau
juga alabai atau tentang bagaimana undang-undang dan hukum wajib di
fahami. Ianya juga TIDAK ada sangkut paut dengan semangat perundangan
atau pun bersangkutan dengan Piagam Hak Asasi Manusia yang
digunapakai oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Anwar
Ibrahim dipenjara untuk menyelamatkan United Malays National
Organisation dari runtuh terbarai. Anwar Ibrahim dipenjara untuk
tujuan politik. Anwar Ibrahim dipenjara untuk memastikan Pakatan
Rakyat akan kucar kacir dan koyak rabak.
Selagi
sosok yang bernama Anwar Ibrahim dapat bergerak bebas. Selagi Anwar
Ibrahim dapat berhadapan dengan Mak Cik dan Pak Cik di kampong.
Selagi Anwar Ibrahim dapat berkata kepada media. Selagi Anwar Ibrahim
dapat berucap diluar negara – nyawa dan nafas United Malays
National Organisation akan menjadi sesak dan pendek.
Sama
ada Haji Hadi menerima hakikat ini, sama ada Nik Abduh menerima
hakikat ini, sama ada Harun Din menerima hakikat bahawa sosok Anwar
Ibrahim inilah yang melahirkan ikatan setiakawan antara PAS, DAP dan
PKR. Benci bagaimana pun sesorang terhadap Anwar Ibrahim – mereka
TIDAK akan dapat menafikan apa yang aku tulis ini.
Tanda
dan makna telah aku lakar. Aku ingin ingatkan bagaimana datuk nenek
moyang kita mengira hari;
Tengah
malam sudah terlampu
Dinihari
belum lagi tampak
Budak
budak dua kali jaga
Orang
muda pulang bertandang
Orang
tua berkalih tidur
Embun
jantan rintik rintik
Bunyi
kuang jauh ke tengah
Sering
lanting riang di rimba
Melenguh
lembu di padang
Sambut
menguak kerbau di kandang
Berkokok
mandung merak mengigal
Fajar
sedang menyingsing naik
Kicak
kicau bunyi murai
Tak
tibau melambung tinggi
Berkuku
balam di hujung bendul
Terdengut
puyuh panjang bunyi
Puntung
sejengkal panjang sejari
Itulah
alamat hari nak siang
Inilah
tanda Anwar akan dipenjara (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melangan
akahbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------