Jumaat, 4 Julai 2014

DENDA POOORAH DENDA








Premis judi: Denda akan dinaikkan lebih 11 kali ganda

KUALA LUMPUR 4 Julai - Kadar denda terhadap mana-mana pemilik premis perniagaan yang menjalankan kegiatan haram seperti judi dan pelacuran akan ditingkatkan sehingga RM25,000 bagi setiap kesalahan, berbanding RM2,000 yang dikenakan pada masa ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kementerian juga sedang berusaha memantapkan tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan tempatan (PBT) terhadap pemilik premis perniagaan menjalankan kegiatan haram itu.

"Ketika ini, hukuman yang boleh dikenakan terhadap mana-mana pemilik premis melakukan kegiatan tersebut mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) hanyalah RM2,000 dan setahun penjara.

"Kementerian kini dalam proses meminda undang-undang berkenaan dengan meningkatkan kadar denda kepada RM25,000 bagi setiap kesalahan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - 


KAH KAH KAH

woit
dalam masa tak sampai
15 minit towkay judi
boleh dapatkan duit denda ini

tak sampai 23 minit
towkay lendir
boleh dpatkan duit  denda ini

dalam masa 
57 minit  towkay lendir
dan towkay judi
boleh bayar gaji tok sarjan
dan semua polis
 di balai
wilayah persekutuan
dalam masa 58 minit 
towkay judi 
boleh bayar gaji
semua ocpd di wilayah

lu fikir sendirilah
berapa lama agaknya
towkay lendir dan towkay judi
kumpul duit untuk
pilihara isteri lidah kontot
ini belum masuk kira
duit turun
dari bukit genting

NOTA
suapa tan seri ta ta?


-----------

LAPORAN BAZAR RAMADAN









INI BELUM GST
Peniaga air KL komplen harga KEMBANG SEMANGKUK naik dari RM60 per kg ke RM120 di PASAR BORONG. Ini monopoli Cina, mana PEKASAM? mana Pukida??? Mana Persatuan Pengguna Islam? 

Mana Tengku Tong Gas Kg Baru? Xkan lah Kembang s emangkuk naik 100% kot??? Pada bulan puasa pulak tu!!! Apasal tepung dna gula hampir tiada di Tesco dan CarreFour? Depa ni tak bayar supplier ker? Cuba perhatikan gerai Jln TAR malam lepas Isyak dah lengang. 

Gerai pun banyak kosong... Apa sudah jadi? Aku rasa golongan marhain memang tengah x ada duit,,, Dan bila harga barang naik lagilah pening kepala mak bapak yang anak ramai...duduk KL.. on HARGA BARANG MAKIN NAIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/4/14



---------

HARI KE ENAM





HARI KE 6

pagi ni gwa 
kena migraine
diselamatkan oleh panadol
apa sebab migraine
mungkin gangguan
dari tengku fraud
kah kah kah

nampaknya tengku fraud
sudah takut
sudah mahu undur
takut kena saman
untuk buktikan dirinya
seorang tunku

dapur jalanan jalan panggung
tidak akan beralih
kami akan terus disana
esok malam jam 10:00 semua dijemput
buat ramai

PETANG INI 
bahang tapi berangin
gwa tak ada yang istemewa
rien spesial kata orang peranchis

buah manggis masih ramai
gulai ikan 2 hari dulu
boleh dipanaskan
kopi masih ada
cukup untuk petang ini

HARI BERJALAN
lihat hari berjalan cepat
masa gwa kanak kanak
bukan main lamat hari nak petang
bukan main lambat nak pakai baju baru
buan main lambat nak buka mercun
bukan main lambat
nak tunjuk kasut baru

sekarang dah seminggu
hari berganti dengan cepat
BAZAR RAMADAN
gwa belum lihat satu pun lagi
hanya dirumah
petang 
wajib bawa jai dan ezi berjalan
tugas azali
tapi
gawa daj sampai
kedai jual nasi lemak
di pudu jam 4 pagi
enak panas
juga ada kuih kuih melayu
ini pasar borong untuk
kuih muih 
macam pasar borong ikan
di selayang

SELAMAT

BERKUKA




-----------

SANDIWARA SEMAKIN BESAR






Mana dia KPI banteras 

jenayah, 

soal Perkasa kepada KDN 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentangkan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) kementerian itu dalam membasmi jenayah.
Presiden Perkasa,  Ibrahim Ali berkata penularan aktiviti mesin judi haram, rumah urut dan pusat hiburan yang merosakkan moral dan akhlak anak muda perlu segera mendapat perhatian kerajaan.
“Mana dia hasil KPI membanteras jenayah. Rakyat mahu tengok tindakan berkesan dan bukan retorik dengan cepat melenting bila ditegur atau dikritik.
KAH KAH KAH

woit
bagaimana dengan
kedai ekor?
bagaimana dengan
casino genting?
pelik ngaku
malaysia negara islam
tapi judi ada pulak
ini negara islam
sunni wal rasuah
KAH KAH KAH





-----------