Selasa, 18 Mei 2021

MAHATHIR JELAS TEGAS TIUNTAS

 


 AMERIKA ZIONIS

DAN KUNCU ISRAEL

PASTIKAN MAHATHIR

TERGELINCIR DARI

KUASA

AMIN

PEGUAM DIZALIMI

 

 PEGUAM WARAK

ALIM SUCI

DIZALIMI

AMIN

KENAPA?

AMIN

KERANA PEGUAM

INI BERJUANG

BERMATI MATIAN

MEMPERTAHAN

PEMIMPIN ISLAM

KITA NAJIB

YANG SYUMUL

LAGI SUCI

AMIN




LHDN tak beretika, bocor berita sebelum saman saya, kata Shafee

PEGUAM Muhammad Shafee Abdullah menuduh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tidak beretika kerana mendedahkan kepada umum sebelum menyerahkan tuntutan tunggakan cukai RM9.41 juta kepadanya.

Bercakap kepada wartawan di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini, Shafee turut mendakwa tindakan itu bersifat politik.

Tambahnya, beliau masih belum menerima notis undang-undang LHDN terhadapnya.

“Ya, mereka kata mereka telah ajukan tetapi saya tidak terima apa-apa, tidak ada. Saya tidak faham bagaimana mereka buat, ini sangat tidak beretika,” kata Shafee kepada wartawan selepas perbicaraan rayuan kes SRC International.

Shafee adalah peguam bela utama bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes melibatkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mereka belum beri tetapi berita itu sudah keluar, ini perkara biasa dari LHDN dan saya anggap ini sebagai langkah politik, itu saja yang saya boleh katakan,” tambahnya.

Dilaporkan semalam kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadapnya menuntut membayar cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 6 Mei lepas di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan menamakan Muhammad Shafee, 69, sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

Sumber LHDN semalam mengesahkan pihaknya belum menyerahkan writ saman itu kepada Shafee dan berkata ia akan diserahkan dalam masa terdekat.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang diperoleh menerusi sistem mahkamah (e-filing), Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2016, defendan telah ditaksirkan dengan taksiran tambahan masing-masing berjumlah RM621,291.85, RM978,854.11, RM3,581,500, RM1,735,124.03 dan RM1,826,557,87 melalui Notis-notis taksiran (tambahan) bertarikh 27 Mei 2019.

Ia mendakwa hingga kini defendan masih gagal membayar jumlah tersebut.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM9,414,708.32, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Shafee turut menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN. – 18 Mei, 2021.


 INILAH  CONTOH

PEGUAM

YANG BERANI

MENEGAK 

 KEADILAN

AMIN

SAMSENG 

TOWKAY JUDI

PUN DIBELA

KHALAS



SILAP CAKAP AMERIKA TAK SOKONG JADI PM

 



 MUSTAHIL 

TAK FAHAM


Unknown commented on

 "SEMUA MENONGGENG 

KECUALI ABAM"

Ramai pemimpin Islam kerajaan and parti politik dah buat pendirian hal Palestin. Cuma Abam yang diam langsung tak bersuara. Apakah ini kualiti kepimpinan orang yang menganggap diri sendiri sebagai calon perdana menteri Malaysia? Nak pimpin 30 juta rakyat Malaysia tapi tak ada tulang belakang?

Anwar: I support all efforts to protect the security of the state of Israel


New Straits Times
Saturday, Jan 28, 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim says he supports all efforts to protect the security of Israel.

In an interview with Wall Street Journal Asia edition's Shibani Mahtani today, he stopped short of saying that he would open diplomatic ties with the Jewish state.

"... a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians," the article said.

Palestine envoy shocked by Anwar's "support Israel security" statement

JARINGAN ZIONIS WUJUD DI MALAYSIA?

 


 JARINGAN ZIONIS

WUJUD 

DI MALAYSIA ?

Arymanchino commented on 

"SEMUA MENONGGENG 

KECUALI ABAM"

Semua jgn jadi lembab akal.Xpayah tggu bila regim Zionis nak msk Malaysia.Mereka memang dah ade dlm negara kita Malaysia.Ingat tak siapa yg menembak pemimpin Hamas Fati Batch tempoh hari.Bukan kah mereka dari regim Zionis.Mereka 2 org je naik motor BMW tp smp sekarang Polis kita tidak dpt kenal pasti jauh lg nak tangkap.


Lg satu siape yg upah pengintip Israel buat kerja d Malaysia.Dah lupa ke Bos ku penyamun yg otak lembab mcm tahi lembu yg bayar jutaan ringgit pd Yahudi.Klu mereka nak serang Malaysia petik jari je,kerana dah tentu byk maklumat kita mereka dah sedut.Tak payah tggu Tontowi ke,Hadi Wang,Wak Jahid ke,Hamid Bodol ke atau semua pemimpin bahalol Malaysia utk lawan.Memang jahanam Malaysia.

BERITA KEGANASAN TALIBAN



AL-FATIHAH

 BERITA DISINI

Neffs commented on 

"BERITA DIMANA?"

https://www.google.com.my/amp/s/amp.scroll.in/latest/994453/afghanistan-over-50-killed-in-blasts-near-school-in-kabul-more-than-100-injured


Afghanistan: Over 50 killed in blasts near school in Kabul, more than 100 injured

Kementerian dalam negeri mengatakan jumlah korban dalam kejadian itu, yang berlaku pada hari Sabtu petang, dapat meningkat lebih jauh.

Jumlah korban dalam beberapa letupan di luar sebuah sekolah perempuan di Kabul Afghanistan, melintasi 50, sementara lebih dari 100 lagi cedera, lapor TOLO News pada hari Ahad, memetik kementerian dalam negeri.

Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu petang setelah letupan bom kereta di luar Sekolah Menengah Sayed-ul-Shuhada disusuli oleh dua serangan roket.

"Itu adalah letupan bom kereta yang terjadi di depan pintu masuk sekolah," kata seorang saksi kepada Reuters. Dia berkata semua kecuali tujuh atau lapan mangsa adalah pelajar sekolah yang pulang setelah menamatkan pengajian.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan Sabtu ini. Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengeluarkan kenyataan yang mengecam serangan itu, menyalahkan Taliban walaupun kumpulan itu menafikannya, lapor Al Jazeera

BERAT MAKIN BERAT

 



WARGA WAJIB

HATI HATI

AMIN

JANGAN JADIKAN

LOMPOUN KOBID

SEBAGAI PUNCA

PENDAPATAN

KERAJAAN

AMIN





28 individu lepak di Persiaran Karpal Singh dikompaun RM5,000 seorang


GEORGE TOWN – ‘Beranak tidak berbidan’. Itu perumpamaan sesuai diberikan terhadap 28 individu yang dikompaun susulan melepak di Persiaran Karpal Singh di sini semalam.

Kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dikompaun RM5,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP)Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kompaun itu dikeluarkan ketika sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan pada jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mereka yang dikompaun terdiri daripada 24 warga tempatan manakala empat lagi warga asing.


“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu itu duduk serta bersembang tanpa sebarang urusan mustahak.

“Mereka sepatutnya berada di rumah ketika PKP,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Soffian, kes disiasat mengikut Peraturan 4 (Kawalan Pergerakan) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Mereka juga boleh dikenakan hukuman kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan 17 peraturan yang sama iaitu kompaun RM5,000 seorang berdasarkan nilai kesalahan yang ditetapkan.


“Warga asing terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen,” katanya. – 

 

NAK REHAT

DIMANA KALAU

FLET KECIL

AMIN

SAKIT KEPALA

YANG MAKIN

SAKIT

AMIN



SEMUA MENONGGENG KECUALI ABAM

 


SEMUA 

MENUNGGENG

KUCUALI ABAM

panglimo potaseh commented on

 "DENGAR APA PESAN ATOK"

Israel akan nyerang Tanah Melayu dgn berbagai cara ..contoh nye bila ayam dan harga barang naik memancot tiap kali dekat nak raya ..chiss kurang ajar punya Yahudi. Gwa tak heran jika tahung depang tak sekor pong pengintai anak bulang nampak anak bulang ..sampai mampoos kita tak raya ..kahkahkah


Unknown commented on 

"BILA ASKAR ZIONIS SAMPAI 

POLITIKUS TUNGGENG BUNTUT"

Kalau zionis sampai, semua politikus kita tungging buntut, kecuali abam. Korang jangan salah sangka, dia cuma nak kira berapa nombor semua buntut2 tu.

RAMALAN ZIONIS HENRY KESSINGER

 

 

RAMALAN ZIONIS 

HENRY KESSINGER

Unknown commented on 

"DENGAR APA PESAN ATOK"

Henry Kissinger pada 2012, stated dlm New York Times, Israel akan musnah sendiri di tahun 2022, itu setahun dari sekarang, Israel mengejar masa untuk menafikan kenyataan ini sehingga Palestine digempur habisan, Israel akan musnah disebabkan vaksin mRNA yang disuntik pada 53% rakyatnya...rakyat akan mati dijalanan seperti zombies, nantikan kekuasaan Allah.

LU BIJAK - LU BANTU JANGAN HANYA CAKAP

 


 LU BIJAK

LU BANTU

JANGAN HANYA

CAKAP

Cheche commented on

 "TER HOTT TER NOWW TER KINI -

 ZIONIS AKAN SERANG

 MALAYSIA AMIN"

Tt, hang punya kemahiran mencari berita perlu dipertingkatkan lagi tt. Youtube sampah ni Tt. Comment turn off, news pun rekaan. Hakkkdoii Ksihan tt, minta tlg anak muda ubu ajarlah tt.

DEMO DEMO DEMO - LAWAN LAWAN LAWAN

 

 

DEMO DEMO DEMO

LAWAN LAWAN

LAWAN

BILA MAT REMPIT PASANG KAIN RENTANG

 


BILA

MAT REMPIT 

PASANG

 KAIN RENTANG


Dari laporan beberapa portal  berita  saya  telah membaca berita  tentang satu kumpulan  Mat Rempit  ‘mengamuk’. Ini berlaku pada malam raya  tahun 2021 ketika Malaysia dalam PKP 3.0.   Ketika wabak virus Kobid sedang mengganas.

Babak ini berlaku di Parit Raja Batu Pahat. Berita telah melaporkan bagaimana Mat Rempit  telah menaikan kain rentang bertulis ‘ Kerajaan Gagal ‘ di jambatan  yang melintasi jalan raya. Jelas  langkah Mat Rempit ini ialah untuk memperlihatkan kain rentang ini kepada sebanyak  mungkin orang rami. Jika  mata dan hati  orang ramai bukan sasaran  pasti kain rentang ini akan dipasang dalam kelambu. Hebat.

Seperti biasa di Malaysia kita ini  dari zaman  kerajaan United Malays National Organisation hingga ke kerajaan Bersatu sekarang  ini -  jawapan terhadap kain rentang itu adalah sama. Mat Rempit dan anak anak muda ini di tahan oleh  mata-mata dan di bawa ke rumah pasung. Amin

Kalau saya Muhyiddin Yasin , kalau saya Azmin Ali dan kalau saya Hamzah Zainuddin  - saya  akan cuba memahami  tanda dan makna dari apa yang sedang disampaikan oleh Mat Rempit ini.

Mata-mata menangkap dan memasukan Mat Rempit ini ke dalam rumah pasung kemudian di dakwa  hanyalah menelan  penadol untuk  menghilangkan sakit kepala . 

Menangkap Mat Rempit Ini hanya suntikan insulin untuk melawan kenaikan gula dalam badan. Kita semua  tahu peranan panadol.  Kita semua sedar akan peranan suntikan  insulin. 

Sakit kepala itu masih wujud. Kencing manis tetap wujud. Malah makin membara dan membarah. Silap hari bulan kaki akan dipotong.

Justeru, kalau saya Muhyiddin Yassin , kalau saya Azmin Ali dan kalau saya Hamzah Zainuddin – dipagi raya – sesudah makan lemang dan rendang -  saya akan mula melihat  dan cuba  memahami apa  sebenarnya  telah  berlaku. Amin.

Bila Mat Rempit menaikkan kain rentang  - ini sudah berat.

Saya cukup sedar bagaimana masyarakat  memahami  dan melihat kelompok yang dipanggil Mat Rempit.  Mat Rempit sentiasa di pelekeh – mereka dipandang rendah – kelas terkebawah. Kelas tercorot. Menjadi tempat membuang kemarahan kepada pemandu  kereta di jalan raya.


Masyarakat kelas menengah  - dari Bangsar dan Taman Tun - menganggap  Mat Rempit ini   ‘sampah masyarakat’. Moto Kapcai Mat Rempit bukan sahaja bising malah mengganggu perjalanan luncur Mercedes atau BMW mereka.

Masyarakat soh seh soh seh yang bercakap dalam Bahasa Inggeris  menganggap Mat Rempit ini sebagai ‘ pest and nuissance’  sama seperti lipas dan tikus  yang  wajib dibasmi.

Pak Lebai,  Para Ustad dan Ulama  YouTube menganggap Mat Rempit  sebagai kumpulan sesat kerana tidak mahu tunduk  mengikut ajaran budaya Arab yang melarang lelaki dan perempuan – jantan dan betina -  yang bukan abang dan kakak bercampur bebas untuk enjoy de menjoy.

Mat Rempit dan Minah Rempit melaram dengan motosikal  mereka. Minah Rempit a.k.a Chikaro membonceng atas kapcai menjadi piala rebutan untuk dinikmati. Mereka mengancam budaya Arab.

Justeru kalau saya Muhyiddin Yasin, kalau saya Azmin Ali dan kalau saya Hamzah Zainuddin  - sesudah memakan ketupat dan lemang  saya akan mencari  buku untuk dibaca dan agar dapat memahami apa itu politik, apa itu persepsi  dan apa itu  manifestasi.

Kalau saya Muhyidin Yasin, kalau saya Azmin Ali dan kalau saya Hamzah Zainudin  saya juga  akan   mencari buku untuk memahami apa itu kontradiksi. Untuk memahami apa kontradiksi  besar atau pertentangan besar dan apa itu kontradiksi kecil atau pertentangan kecil.

Kalau saya Muhyidin Yassin, kalau saya Azmin Ali dan kalau saya Hamzah Zainuddin saya  juga  akan menelaah kitab klasik Marxisme untuk memahami kontradiksi.  Membaca buku genre marxis pada tahun 2021 bukan lagi satu kesalahan. Lagi pun menteri  di Malaysia ini mustahil akan ‘ diusik’  oleh pihak berwajib.

Bila Mat Rempit menaikan kain rentang – ini sudah berat.  Apakah persepsi  Mat Rempit terhadap kerajaan hingga mereka menaikan kain rentang Kerajaan Gagal.?

Awal wahid  untuk memahami apa Mat Rempit lakukan  di Parit Raja  kita wajib memahami apa itu persepsi.

Persepsi bermakna  orang   ramai memahami sesuatu  pekara  melalui pendengaran,  melalui penglihatan atau memahami melalui perasaan.  Persepsi  ialah pemahaman , anggapan dan andaian.  Persepsi  tidak ilmiah. Tidak saintifik. Mustahil dapat diuji dalam bilik makmal.

Politikus bekerja siang dan malam untuk mewujudkan persepsi.  Anwar Ibrahim menjadi Imam membaca khutbah.  Muhyidin membaca doa.  Azmin Ali menyapu masjid di Mekah. Najib memberi salam pada kubur nabi.  Shahidan apabila di dakwa di mahkamah atas tuduhan ‘meraba  anak gadis bawah umur ‘  telah datang dengan pakaian Pak Lebai  berketayap dengan menaiki kerusi roda.  

Semua  perbuatan  dan kelakuan ini dirancang untuk melahirkan  persepsi. Semua ini dirancang dengan niat untuk memperlihat kepada bakal pengundi, kepada penyokong  dan kepada rakyat  betapa zuhud alim wafak dan syumul  sosok-sosok politikus ini.

Politikus sama seperti iklan ubat gigi akan berdiri memakai baju putih dengan stetehoscope tergantung di leher.  Doktor dan jururawat memakai serba putih. Politikus Melayu memakai  ketayap, serban dan kopiah – untuk melahirkan persepsi alim ,warak , syumul , suci lagi bersih.

Mat Rempit menaikan kain rentang dengan tulisan ‘ Kerajaan Gagal’ ini persepsi apa pulak ?

Mat Rempit kelas tercorot – kumpulan paling tak ambil pot tentang politik negara – kini telah memiliki persepsi – Kerajaan Gagal.  Ini  amat berat.

Kerajaan gagal ini bukan persepsi atau fitnah politik dari Hishamuddin  Rais. Saya hanya melakarkan apa yang saya lihat. Saya melihat gambar kain rentang bertulis Kerajaan Gagal. Gambar ini saya lihat dalam portal berita.

Yang saya lihat bukan persepsi. Apa yang saya lihat dan baca ialah fakta. Fakta bukan persepsi.

Jika saya Muhyiddin Yassin , jika saya Azmin Ali dan jika saya Hamzah Zainuddin – saya akan bertanya kepada diri saya sendiri : Kenapa Mat Rempit yang lekeh kini  memiliki persepsi Kerajaan Gagal?

Pelik binti Hairan kenapa dan bagaimana Mat Rempit  ini telah memilik persepsi.    Persepsi ini adalah persepsi politik. Persepsi politik tinggi seperti ini keluar dari  mulut warga Bangsar  atau  Taman Tun. Bukan dari  Mat Rempit – anggota masyarakat  yang paling corot yang tidak  mengambil tahu hal ehwal politik negara.

Malah bila  sekumpulan Mat Rempit ditanya  hal ehwal politik jawapan akan memeranjatkan. Siapa Perdana Menteri sekarang? Besar  kemungkinan ramai Mat Rempit akan  menjawab Mahathir Muhamad.  

Jangan ketawa.  Ini jawapan Mat Rempit bukan jawapan dari ahli Majlis Profesor.

Dari mana asal usul persepsi Mat Rempit ini?

Bila soalan dari mana persepsi  datang maka akan lahir satu lagi perkataan. Perkataan ini ialah manifestasi. 

Manifestasi ini apa ?  Manifestasi ini  talepon keluaran baru  dari Korea ke? Ada berapa lubang kamera? Jika ada sesiapa yang bertanya sedemikian maka inilah contoh pertanyaan dari Mat Rempit.

Persepsi  lahir dari manifestasi. Manifestasi ialah perkara yang sedang  berlaku. Manifestasi adalah perkara yang kita lihat sedang terpampang dimata kita. Contoh : Ramai orang memakai topeng muka. Ini adalah  manifestasi dari serangan Kobid.


Contohnya : Apabila Ahmad kahwin dengan Aminah lima bulan kemudian Aminah mengandung.  Mengandung ini ialah manifestasi dari perkahwinan Ahmad dan Aminah. 

Manifestasi ini adalah perkara  yang berlaku.  Ianya terjadi disebabkan oleh sesuatu. Ada sebab musabab. Ada sebab ada akibat. Ada penyebab. Aminah mengandung  sebab  Aminah telah ditiduri oleh Ahmad.  Benih Ahmad telah masuk ke dalam perut Aminah. Mengandung itu adalah  manifestasi dari perkahwinan. Khalas

Apa yang kita lihat sedang berlaku dan terjadi  di sekeliling kita  semuanya adalah manifestasi dari sesuatu. Pokok bergoyang kerana tiupan angin atau kerana tupai . Tupai meloncat kerana lari dari ular. Ular mengejar tupai kerana lapar nak makan. Dan dan dan.

Semua ada sebab dan akibat.  Pokok bergoyang adalah manifestasi. Penyebabnya angin atau tupai.

Tidak ada satu  pun perkara dalam dunia ini yang berlaku tanpa sebab  tanpa penyebab. Sebab dan penyebab ini adalah hukum alam yang azali. Amin.

Justeru jika saya Muhyiddin Yasin, jika saya Azmin Ali da jika saya Hamzah Zainuddin maka saya akan cuba mencari apa sebab musabab Mat Rempit menaikan kain rentang Kerajaan Gagal.

Apa sebab musabab yang mewujudkan persepsi Mat Rempit sehingga mereka  sanggup mengeluarkan duit membeli  kain putih, memberi  beberapa can spray cat merah,  untuk menuliskan Kerajaan Gagal. Kemudian mencari  jambatan yang strategik untuk menaikan kain rentang ini. Kemudian mengikat kain rentang ini agar dapat dibaca oleh seantero alam.

Kenapa agaknya kumpulan masyarakat yang paling tercorot  ini melakukan apa yang telah mereka lakukan  pada malam raya di Parit Raja. 

Perbuatan Mat Rempit ini satu manifestasi.  Apa yang telah menunda, memahat dan menolak   hingga lahir manifestasi Mat Rempit ini.

Sebenarnya persepsi kain rentang Mat Rempit ini adalah manifestasi dari pandangan orang ramai. Saya bukan berniat untuk mempelekeh keupayaan fikrah Mat Rempit.

Saya menulis ini untuk merayakan  Mat Rempit yang berani berkata  : Woit Muhyiddin, woit Azmin dan woit Hamzah  - seluar kamu semua  dah koyak... kontol terkeluar. Amin.

Bila Mat Rempit menaikan kain rentang ‘ Kerajaan Gagal ‘ ini maknanya  kemarahan rakyat telah sampai ke tahap gaban. Bila Mat Rempit mula bersuara ini maknanya ada sesuatu yang tidak kena dalam negara ini.

Jika saya  Muhyidin Yassin, jika saya Azmin Ali dan jika saya Hamzah Zainuddin  maka saya akan membaca tulisan Hishamuddin Rais tentang Mat Rempit ini hingga selesai.

Dan saya Hishamuddin  Rais akan menyambung tulisan tentang Mat Rempit ini ke minggu hadapan. Amin. (TT)

TULISAN INI  JUGA
DISIARKAN DI KOLUMN
PORTAL MALAYSIAKINI.COM






 

MANA PUKIPIM MANA PEMUDA ISLAM

 

 MANA PUKIPIM

MANA PEMUDA 

SELAM

SENYAP MENYEP

TAK ADA DEMO

 PEMUDA KAPIR

 MAKAN BABI 

KELUAR DEMO

 SOKONG PALESTIN

AMIN



             zaharuddin ahmad                commented on 

"MENUNGGU 

KEDATANGAN ZIONIS"

setuju dgn kenyataa...akan sasarkan tindakbalas keatas pemimpin-pemimpin negara.. termasuk m'sia...yang mana nak memasang niat until berjihat..silakan..yang mana nak menginfakkan Harta.. atau nak bertempur dimedan..silakan.yang berserban yang mejerit melalak suruh berjihat..silakan...


taruk mereka didepan sekali... kurang sikit bebanan m'sia yg sarat dengan gulongan free loader .. yg tahu menjerit dibelakang takbir..percaya lah .... selepas ini.. gulongan kayangan.. gulongan elite.. gulongan berserban/walaun..akan kurang kemekah buat umrah... takut kena bunuh olih Israel.... selamat duit Jakim ...bolih gunakan until tolong orang-orang susah kat m'sia

AMERIKA JADI BARUA YAHUDI

 


 AMERIKA JADI

BARUA YAHUDI

Unknown commented on

 "DENGAR ATUK YAHUDI

 BERI PENCERAHAN"

Yahudi kalau bijak dia takkan jadi barua amerika.amerika yg akan jadi barua yahudi. Ini amerika suruh bom,dia bom. Amerika suruh buldozer,dia buldozer. Semata mata nak naik harga minyak pasal wak bidin tak boleh tahan. Hari hari Exxon nak balik modal dia.

GERTAK YAHUDI - BELUM BERANI MASUK KE GAZA

 

 GERTAK YAHUDI

BELUM BERANI 

MASUK KE  GAZA

SOLIDARITI ISLAM KE ARAB KE SEMUA KARUT

 




 SOLIDARITI  ISLAM

SOLIDARITI ARAB

SEMUA KARUT

YANG ADA

SOLIDARITI DOLAR

Unknown commented on

 "SAHID GENG BANGSAR

 DARI PALONG"

negara islam berdekatan dgn Gaza pun diam2 picit telur yg dok jauh nak jadi hero pulak , adoh apa dah jadi dgn keluarga hampa kat Msia kalau mati jihad kat situ , lebih baik kita hantar hadi sotong bersama geng menteri yg makan gaji buta kat situ aman satu Msia.

SUSUN BUAT - CAKAP TAK GUNA

 

 SUSUN ATUR 

BUAT AMIN

CAKAP TAK GUNA

KHALAS



Pemuda PH mahu adakan himpunan kekejaman Israel di hadapan kedutaan AS

KUALA LUMPUR – Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ini susulan daripada sokongan yang disuarakan oleh Presiden AS, Joe Biden terhadap Israel baru-baru ini.

 TINDAKAN

BUKAN

PERCAKAPAN

KHALAS

PANDANGAN BIJAK DARI MAT LEKEH

 



 PANDANGAN BIJAK

DARI MAT LEKEH

Mat Lekeh commented on 

"MITOS MENCERIAKAN 

HIDUP BUKAN 

JADI PEMANDU HIDUP"

Enche tt, sbelum tanah melayu nk lawan rejim zionis, nak lawan gog magog, nk lawan freemason, nak cadang buat senapang mcm ak 47, nak buat jet, nk boikot mekdogol, nk hantar angkatan bersenjata lebai porno serang tel aviv, nak buat segala buat, dicadangkan minta pihak mardi dan graduan universiti berjihad buat dedak ayam dulu. Tiap2 tahun nak raya tanah melayu sengsara harga ayam naik sebab kos dedak import tinggi. Sekian.

BERITA DIMANA?

 



 BERITA

DARI MANA

izzy commented on 

"BILA ASKAR ZIONIS SAMPAI 

POLITIKUS TONGGENG BUNTUT"

Minggu lepas di Afghanistan 50 mati budak sekolah kena letupan...takde pun dunia Islam protes.... hipokrit tul

KHALWAT HARI KE 427

 


KHALWAT KE 427

SELASA  18/5/2021
KITA MASUK KE HARI 427
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 127

RAYA HARI 
KE ENAM

PKP 3.0
HARI KE ENAM

SELANGOR ADA
URA URA NAK
BUAT PKP SELURUH NEGERI
KERANA SERANGAN
KOBID RANCAK
BERLAKU
AMIN

DUNIA MASIH TIDAK MENENTU
INDIA  DISERANG
OLEH CENDAWAN HITAM
SAKIT KULIT YANG MEMBAWA
MAUT

DUNIA BERJAGA JAGA
KERANA  DARI INDIA
TELAH DATANG
KOBID BARU
PUN DAH SAMPAI
 KE  KUALA LUMPUR
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR DAN KL SENTRAL
NAMPAK TERANG
LANGIT NAK KATA BIRU
TIDAK BIRU
AWAN HITAM PUN TIDAK
MUNGKIN PANAS HARI INI
AMIN

HA HA
MURAI BERKICAU
TAPI 
POKOK MENGKUDU
TAK ADA SAPA BEKERJA
AGAKNYA CUTI

DARI JAUH GUA
DENGAN
KENG KENG BERSUARA

HUJAN YANG
DATANG SETIAP HARI INI
MENYEGARKAN 
RUMPUT DAN BELUKAR
JUGA
BUNGA BUNGA
BERKEMBANG MEGAR
DIBASAHI HUJAN
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
PASANG NIAT
UNTUK MEMBUAT KEBAJIKAN
BERKALI KALI
PASTI
LU AKAN GUMBIRA

BRO
KALAU LU BERHARAP
DAPAT SESUAT KERANA
LU ANGGAP DIRI LU SOSOK BAIK
MAKNANYA
LU BUKAN SOSOK BAIK

BRO
BILA LU DENGAR
ORANG SANGSI
TENTANG BERAPA JAUH
LU BOLEH PERGI
JALAN CEPAT CEPAT
AGAR JAUH DARI SUARA MEREKA

BRO
JANGAN HARAP
ADA ORANG AKAN FAHAM
LORONG HIDUP YANG LU AMBIL
KERANA MEREKA
TAK LALUI LORONG ITU

BRO
HIDUP INI SATU PERJALANAN
BANYAK LORONG DAN JALAN
APA LORONG PUN YANG LU AMBIL
ITU LAH  DITINASI LU

DALAM HIDUP INI
AKHIRNYA HANYA 
TIGA PEKARA TINGGAL
PERTAMA :  BETAPA DALAM
CINTA LU
KEDUA : BAGAIMANA 
LEMAH LEMBUT HIDUP LU
KETIGA : BETAPA SENANG
LU LEPASKAN  SEMUA PEKARA
YANG TAKDA SANGKUT PAUT
DENGAN LU

BRO
CARANYA BUKAN 
NAIK KE LANGIT
TAPI
MASUK KE HATI

BRO
CARA KITA MELAKUKAN
PEKARA ITU
LEBIH PENTING DARI HASILNYA

SABAR ITU KUNCI
PERHATIKAN
AIR MENITIK 
SETITIK DEMI SETITIK
UNTUK MENGISI TEMPAYAN

BRO
JANGAN MAJU 
KE BELAKANG
MULAKAN SEKALI LAGI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERAYA