Rabu, 10 April 2019

INI SETAN NYA









INI SETAN NYA


Minggu lalu saya telah menulis  bahawa semua yang berlaku dalam alam kita ini ada punca dan ada sebab. Ada akibat  dari sebab musabab ini. Dalam politik tidak ada yang bergerak tanpa dirancang. Politik tidak pernah bergerak secara sendiri. Semua dirancang disusun untuk dijalankan. 

Sama ada hasilnya saperti yang dirancang bukan itu pekara   yang saya timbulkan. Yang saya timbulkan ialah  semuanya gerak kerja politik dilakukan melalui perancangan.

Justeru lelaki Australia 28 tahun bernama Brenton Tarrant  yang melakukan pembunuhan  dalam masjid di Christchurch New Zealand itu adalah akibat  dari satu  perancangan. Ianya bukan terjadi dengan tersendiri.

Bagitu juga  kelahiran Usama Bin Laden di Afghanistan atau Abu Bakar Baghdadi di Mosul Iraq juga bukan wujud dengan tersendiri. Ianya hasil dari satu  perancangan yang rapi.

Brenton Tarrant menulis satu manifesto 74 muka surat. Didalam manifesato ini dia ada menyebut nama Presiden Donald Trump dan juga nama pemimpin parti National Front Marie Le Pen dari Peranchis.

Pada 16 Mei 2010 Abu Bakar al-Baghdadi dilantik menjadi Khalifah Islam.  Pada 8 April 2013 Abu Bakar mengumumkan  manifestonya ketika merangka  penubuhan  Islamic State of Syria dan Levant - ISIL. Dia menyebut dan merujuk kepada nama Allah dan nama nabi Muhamad.

Brenton ada manifesto dan ada ajenda. Abu Bakar juga ada manifesto dan ada  ajenda. 

Maka  mari kita kaji selidik apa ajenda mereka. Dari mana ajenda ini datang. Paling wajib kita rungkai siapa  dibelakang ajenda-ajenda  ini.

Dalam tulisan yang lalu saya telah melakar dan menunjukkan bagaimana gerakan Wahabi dengan   Islam hafal dan Islam ritual  telah digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk menentang Soviet Union.  Wahabi menjadi alat ajenda Amerika. Fakta ini telah diakui  sendiri oleh Putera Mahkota Arab Saudi - Muhamad Bin Salman.

Wahabi dan ajenda Amerika ini berlaku ketika Perang Dingin ( 1947-1991) berjalan. Perang Dingin ialah perang idealoji. Perang antara sistem ekonomi kapitalis yang dikepalai oleh Amerika dengan sistem ekonomi sosialis yang dipimpin oleh Rusia dan China.

Jelas dan terbukti bahawa gerakan Islam menghafal dan Islam ritual yang diteraju  oleh Wahabi telah bersekongkol  dengan licik untuk menjalankan ajenda jahat Amerika.  Hakikatnya Islam jenis Wahabi - hanya menghafal dan beritual -  Islam genre konservatif ini telah membantu memperkukuhkan sistem ekonomi kapitalis dalam  era Perang Dingin. 

Islam Wahabi tidak menggalakkan berfikir. Islam Wahabi  berlawanan dengan  Islam berfikir Baitul Hikmah (786-1258) yang berkembang  di Baghdad dizamam pemerentahan Abbasid. Justeru Islam genre Wahabi dengan senang menjadi  senjata idealoji untuk sistem ekonomi kapitalis dalam perang melawan sistem ekonomi sosialis.

Perang ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa  bertujuan untuk merebut punca-punca pengeluaran. Punca pengeluaran ialah harta kekayaan -  tanah, hasil galian, buruh dan pasaran.

Politik juga adalah perang untuk merebut kekayan dan punca-punca pengeluaran. Bezanya ianya dilakukan melalui pilihan raya. Jika politik pilihan raya gagal maka perang  berbunuh-bunuhan akan muncul. 

Hari ini Amerika masih lagi kuasa dunia. Hegemoni Amerika dalam ekonomi, ketenteraan dan diplomasi masih kukuh mengampoh dunia. 

Dalam masa yang sama garis politik kapitalis  Amerika  semakin mengarah ke kanan. Garis politik kanan ini juga semakin merebak ke dalam badan parti politik  Eropah. Maknanya politik kanan Amerika dan Eropah kini bertemu. 

Apa dia politik kiri? Apa dia politik kanan?

Dari takrifan - politik kanan menganut  pandangan dunia konservatif tanpa  kritikal. Politik kanan beridealoji kapitalis. Bertuhan keuntungan mengumpul harta kekayaan. Ini selari dengan idealoji Wahabi.

Politik kiri memiliki pandangan dunia yang progresif lagi  kritikal. Politik kiri mengajukan sistem ekonomi sosialis berasakan kelas. Bertuhankan keadilan untuk anak semua bangsa. Politik kiri melihat semua agama sama taraf sama derajat. Tidak ada agama yang dipilih oleh tuhan justeru idealoji kiri menentang kaum Zionis yang klim  mereka  Bani Israel adalah bani   pilihan Tuhan.

Saya juga telah menulis bagaimana pemikir ulung  kaum kanan Amerika Profesor Samuel Huntington dalam bukunya  Clash of Civilisation - telah menujumkan bahawa  dalam kurun sekarang kita  akan bertemu dengan pertempuran budaya.  

Islam lawan Yahudi lawan Buddhist lawan Hindu lawan Kristian. Kristian pula lawan Islam lawan Yahudi. Semua bertempur. Pada realiti politik dunia hari ini pertempuran budaya sedang berjalan. 

Apakah Huntington ini seorang nujum. Dia dapat meramalkan semua babak politik  dengan tepat. Apakah fikrah professor ini bergeliga hingga dia dijadikan pakar rujuk. Bukan. Bukan. Bukan.

Huntington  bukan nujum tetapi salah seorang pemikir yang merancang garis politik Amerika untuk  kaum pemodal.  Justeru dia tahu arah mana politik dunia akan bergerak. Semua dirancang. Semua diatur.

Clash of civilisations atau pertempuran budaya ini memang  dirancang. Pemikir dan  beberapa kartel kumpulan kanan yang sama telah merancang dan menetaskan gerakan Islam hafal dan Islam ritual.  Usama, Zakawi dan Baghdadi adalah anak-anak didik mereka.

Bayangkan bagaimana rancangan licik Dolar, Riyal dan Dinar berjaya melambak masuk untuk membantu kumpulan ISIS. Senjata diseludup masuk dari Turkey , dari Jordan ke Iraq. Malah Pak Chik Zionis dn Mak Cik Zionis  menyediakan hospital dengan tilam empok jika sekiranya Abang Wahabi dan Adik Wahabi terluka atau jatuh patah dibedil oleh soldadu Syria.

Bila  Iraq, Afghansitan dan Syria kacau bilau maka inilah taman subur untuk Wahabi dapat berkembang  maju. Dengan adanya soldadu Kulit Puteh Amerika di Iraq, di Afghanistan  maka Wahabi  berjaya menjual labon bidadarinya.

Dalam kacau bilau kancah perang ini warga Arab lari menyelamatkan kaum keluarga. Mereka lari bukan  ke negara Islam. Bukan ke Saudi atau Mesir  atau Pakistan. Mereka lari mencari perlindungan di negara kapir saperti Sweden, German, Itali dan United Kingdom.

Inilah masa dan ketika yang amat baik untuk kaum pemodal, politikus berhaluan kanan dan para profesor kanan  untuk membina kumpulan politik kanan.  Eropah kini diganggu oleh kedatangan pelarian Arab yang juga Islam.

Di Eropah parti-parti kanan mula mendapat udara baru. Kedatangan pelarian Islam adalah oxygen yang membantu dan  menghidupkan ajenda kumpulan politik kanan Eropah.

Di Eropah panglima politik kanan yang awal ialah  Front National dari Peranchis. Kemudian wujud   Dutch Freedom Party dari Belanda, Austraian Party for Freedom, Norweign Progress Party, Italian Lega Nord, Sweden Democrat dan Alternative for Germany. Semua ini adalah parti berhaluan kanan di Eropah yang memiliki perwakilan dalam parlimen tempatan atau pun dalam parlimen Eropah.

Kumpulan parti politik kanan ini memiliki pandangan dunia yang sama. Kesemua parti politik ini anti-Muslim, anti-imigran, anti-refugee dan anti LGBT.

Kenapa Brenton Tarrant  ada menyebut nama Presiden Trump dalam manifestonya?

Hubaya. Hubaya. Kalau Wahabi, Usama, Baghdadi hidup dalam sangkar Amerika. Gerakan politik kanan Eropah juga hidup dalam sangkar yang sama.

Pembaca wajib mengenal sosok yang bernama Steve Bannon. Sosok ini pernah menjadi penasehat stratijik Presiden Trump pada 7 bulan pertama Trump masuk ke Rumah Puteh. Sosok ini adalah pemikir dan perancang kemenangan Trump.

Sosok ini pemilik Cambridge Analytical yang menyimpan berbilion data umat manusia. Tujuan data ini ialah untuk mengembangkan pengaruh politik kanan.

Kenapa saya timbulkan nama sosok ini walhal ramai lagi sosok kanan yang sedang merancang untuk menaklok dunia. Saya menimbulkan nama ini kerana dalam bulan May ini Parlimen Eropah akan mengadakan pilihan raya. Pilihan raya ini akan menentukan garis politik dan masa depan Eropah.

Jangan lupa sosok ini juga  adalah bekas Pengerusi portal Breitbart  berhaluan kanan yang telah dinobatkan sebagai salah satu dari 25 portal media politik yang terulung di Amerika.

Sosok ini secara terbuka sedang mengumpulkan dana untuk membantu parti-parti politik berhaluan kanan di Eropah. Bannon mahu melihat Eropah menjadi benua kanan sama saperti Amerika dibawah Trump.

Steve Bannon sedang merancang untuk  memberi sokongan dana sebanyak 50 juta dolar kepada Peranchis, Sepanyol, Czech Republik, Hungary dan Finland.  Juga sosok ini akan membantu parti politik kanan dalam 13 buah negara Eropah.

Mungkin penyaluran dana ini  akan menemui halangan. Di Eropah ada perundangan yang melarang dana luar masuk dalam pilihanraya. Tetapi ini dana resmi yang diumumkan akan masuk. Bagaimana pula dana yang masuk masuk masuk tanpa ada pengumuman. 

Satu lagi badan yang amat aktif membantu garis  kanan di Eropah ialah National Christian Foundation (NCF). Ini badan bukan kerajaan yang ke 8 terbesar di Amerika. Pada tahun 2017 NFC telah berjaya mengumpul  dana sebanyak 1.5 bilion dolar. Dilaporan lebih dai 30 juta dolar telah disalurkan kepada badan Ngo dan parti politik yang berhaluan kanan.

Voila! Islam ada pelbagai bentuk kumpulan jihad  yang menggunakan senjata.  Ada al-Qaeda, al-Nusra, Abu Sayyap, Boko Haram dan  Al-Shabaab. Eropah juga memiliki gerakan yang ganas saperti  Greek Golden Dawn, English Defense Leaque, Britaian First dan Italian Casa Pound.

Gerakan Islam mendapat bantuan dana dan senjata dari Amerika. Gerakan kanan Eropah juga mendapat dana dari Amerika. Melalui dana - senjata amat senang untuk dibeli.

Inilah dunia kita hari ini. Pembunuhan yang dilakukan oleh Brenton Tarrant itu hanya jerawat kecil dimuka. Penculikan yang dilakukan oleh  Abu Sayyap di Sabah adalah kentut kecil.  Keganasan Boko Haram juga hanyalah sakit gigi

Kentut kecil , sakit gigi dan jerawat ini termasuk masuk dalam perancangan besar yang sedang  disusun dan diatur.  Tujuan untuk memastikan dunia hari ini terus dimiliki oleh kaum pemodal.
Perjuangan politik kiri yang berasaskan  kelas dan  keadilan kelas kini berjaya dialih untuk menjadi pertempuran budaya.

Bila kedua-dua kumpulan budaya - Islam dan Christian - telah wujud  maka Profesor Samuel Huntington dilihat cukup bijak. Dapat meramal masa depan dunia. Amin. (tt) 


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45

-----------------------

HAFAL TAPI TAK FAHAM








HAFAL TAPI 

TAK FAHAM
Kurang cerdik lagi cerdas. Takkan sbb x hafal je tuhan nak hukum. Baghal. Tlg gali lagi sejarah punca2 berlakunya sebuah tragedi. 
on 
BUDAYA BAITUL HIKMAH
in response to Akhir nye pada 1258 ..Mat Mongol datang ..merampas dan campak buku2 tu ke Sg.Tigris. Ini adalah hokooman tuhan ..sebab masa tu umat Islam sangat suka membaca dan liat ngapal., by panglimo potaseh.
Publish | Delete | Spam
Nole
on 4/9/19

ini la




-------------------

SAH BUKAN ARAB





SAH BUKAN ARAB
Yang gerakkan Islam di era gemilangnye bukan kaum Arab ..kaum Arab tetap Arab ..kuat nutoh pompuan dan main dgn onta. Peneroka kegemilangan Islam adalah dari kelompok Parsia yang punye tamadun babi-lon ..kelompok Aryan. Gwa tak tahu apa itu kelompok Aryan ..
tapi sinonam dgn Hitler ..dan ada disebut cara terselindung dalam lirik lagu Led Zappelin. Tapi Melayu yg mula2 masuk islam bukan kirana indahnye Islam itu ..bukan2 ..hanya kirana tetiba lanchownye bertakuk .. 
on 
BUKAN ARAB
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 4/9/19

Kura






----------------

MENTERI PAKATAN MASIH BODOH







MENTERI PAKATAN

MASIH BODOH

TT, Gwa sangat setuju menteri PH semua bodoh. Menteri lanun era BN semua cerdik. Pandai songlap, bijak menyamun, cerdik mengongkek, hebat menipu. Menteri PH tak pandai buat ini semua. Bangang!!! Bodoh piang. Kahkahkahkah.. on 
MB JOHOR DALAM LIMBO
Publish | Delete | Spam
dr chenor
on 4/9/19

Ya




----------------

MASIH DITAHAP AIR MAZI







MASIH DITAHAP

AIR MAZI
Sticky Mazi Water says: sape tuh? Janganla berkias macam wartawan hiburan lak. Kunun nak jaga teguh etika kewartawanan dan penulis, tapi lapor separuh-separuh. Cisss... macam mazi cair laa pulok 
on 
KITA SEMUA KOMUNIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:06 PM

Ken






----------------

SARDIN BERACUN






SARDIN BERACUN
Laporan kena ckp melayu dol.. 
yg mentekedarah sardin tin nie org bumi..ckp bahasa org kayangan mata biru mane ke reti ny teman nie 
on 
AWAS BAHAYA!
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 8:00 PM

Stic





------------------

TAHNIAH ZAKAR NAIK





TAHNIAH

ZAKAR NAIK
Ko je lahir2 komunis liberal ...
sengal..aku lagi agama islam 
on 
KITA SEMUA KOMUNIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:11 PM

Org





-------------

PROJEK MADEY TIBAI NAJIB





PROJEK MADEY

TIBAI NAJIB
Bile pulak pemuda ameno nie reti pasal rci nie... Bukan Selama nie program pemuda adalah hisap ganja, karaoke, main pompuan Bali, main futsal dgn anjur konsert dkt tpt org melayu... Bodoh punya pemUda... 
on 
PROJEK AJEN MADEY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:28 PM

Sti


-------------