Khamis, 4 Julai 2024
LGBT DAN HOMOSEKSUALITI
HIV di IPT, pakar saran KPT tegas bangkitkan bahaya homoseksualiti
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa mengambil pendekatan tegas dan komprohensif dalam menangani kes penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dijangkiti HIV yang dilaporkan meningkat saban tahun.
Pakar fisiologi perubatan, Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, golongan mahasiswa mungkin tahu tentang bahaya amalan homoseksual berbanding mereka di luar IPT, tetapi desas-desus kononnya pengambil ubat PrEP berkesan mencegah HIV mungkin mengelabui pertimbangan mereka.
Jelas beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), PrEP adalah pendekatan kapitalisma yang mana anak muda diajar dengan pengambilan ubat itu, hubungan homoseksualiti boleh diteruskan.
Dalam masa sama, beliau berharap pakar-pakar perubatan turut memainkan peranan dengan tegas memperkatakan tentang bahaya hubungan homoseksualiti.
Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu kembali kepada asas perubatan utama iaitu mengatakan tidak kepada amalan homoseksualiti seperti mana pendekatan mengatakan tidak kepada tabiat merokok dan menghisap vape.
Ini kerana, tegas beliau, amalam homoseksualiti itu bukan sahaja berisiko tinggi mendapat HIV, malah haram di sisi agama Islam, sama seperti perokok yang berisiko untuk mendapat barah paru-paru.
“Saya mengharapkan pihak KKM menggunakan Fatwa Muzakarah dan posisi agama Islam tentang pengharaman homoseksual, sebagaimana mereka memasukkan fatwa rokok dan vape dalam poster kesihatan mereka,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.
Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah penuntut IPTA dan IPTS berusia antara 18 hingga 25 tahun yang menghidap penyakit HIV menunjukkan peningkatan saban tahun.
Jelas Zambry, berdasarkan notifikasi jangkitan kes yang dilaporkan ke KKM, seramai 214 pelajar dijangkiti penyakit itu pada 2020 diikuti 186 pada 2021 dan kembali meningkat pada 2022 dan 2023 dengan masing-masing seramai 221 dan 224 pelajar dijangkit penyakit tersebut.
Dalam pada itu, Rafidah Hanim turut menggesa doktor perubatan supaya lebih berani dan tegas memperkatakan berkenaan bahaya hubungan homoseksualiti tanpa ada yang takut diancam oleh Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA).
“Berapa ramai doktor-doktor diancam oleh SISPAA sedangkan mereka berkata perkara yang benar tentang bahaya homoseksualiti.
“Laporan penyalahgunaan SISPAA oleh pihak-pihak pro-LGBT telah saya bangkitkan dalam laporan I-Medik ke UPR, Geneva,” katanya.
Tambah beliau, generasi muda hari ini memerlukan pendekatan agama dalam mengawal nafsu yang harus diperkasakan tanpa mana-mana pihak ditekan oleh pejuang pro-LGBT yang menggunakan hujah hak asasi yang sering menyalahi proses biologi dan sains kesihatan sendiri.
“Profesional perubatan, jika sayangkan generasi akan datang harus kembali memperkatakan isu HIV dan homoseksualiti dengan penuh kejujuran tanpa rasa tertekan dengan konvesyen-konvensyen WHO yang ada di antaranya menutup hakikat proses biologi sebenar kerana mereka `meminjam’ hujah hak asasi individual yang terpesong,” katanya. –
WOIT
HOMOSEKSUALITI
TIDAK BAHAYA
AMIN
BAHAYA KALAU
TAK PAKAI KONDOM
AMIN
LU TAK CAYA
LU TANYA SAIPOL
AMIN
MASIH TAK CAYA
LU TANYA
BEKAS MENTERI
PENDIDIKAN
ANWAR IBRAHIM
AMIN
TANYA BETUL KE
PAKAI KONDOM
AKAN SELAMAT?
KHALAS
BLACKROCK PEMBEKAL SENJATA BUNUH PALESTIN
1.9 juta penduduk di Gaza hilang tempat tinggal sejak perang meletus
GENEVA: Sembilan daripada setiap 10 penduduk di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal sekurang-kurangnya sekali sejak meletusnya perang antara Israel dengan Palestin, menurut agensi kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Agensi Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di Wilayah Palestin, Andrea De Domenico berkata kira-kira 1.9 juta penduduk di Gaza dipercayai sudah hilang tempat tinggal.
"Kami menganggarkan sembilan daripada setiap 10 orang di Semenanjung Gaza dipindahkan secara dalaman sekurang-kurangnya sekali, jika tidak sehingga 10 kali, sejak Oktober.
"Sebelum ini kami menganggarkan 1.7 (juta) tetapi sejak jumlah itu, kami menjalankan operasi di Rafah dan mempunyai anjakan tambahan dari sana.
"Kemudian kami juga mempunyai operasi di utara bagi memindahkan orang," katanya yang bercakap dari Baitulmaqdis kepada pemberita di New York dan di sini.
Domenico berkata operasi ketenteraan seperti itu memaksa orang ramai untuk menetapkan semula kehidupan mereka secara berulang kali.
"Di sebalik angka ini, ada orang yang dihimpit rasa ketakutan dan rungutan. Dan mereka mungkin mempunyai impian serta harapan, namun harapan itu dilihat semakin pudar.
"Dalam sembilan bulan terakhir, mereka dipindahkan secara terpaksa dan bukan atas pemilihan sendiri. Umpama bidak dalam permainan papan," katanya.
Domenico berkata Semenanjung Gaza dibahagikan kepada dua oleh operasi ketenteraan Israel, dengan OCHA menganggarkan terdapat antara 300,000 hingga 350,000 yang menetap di utara wilayah yang dikepung itu serta tidak dapat pergi ke selatan.
Katanya, sejak perang bermula dianggarkan 110,000 berjaya meninggalkan Semenanjung Gaza sebelum lintasan Rafah ke Mesir ditutup pada awal Mei lalu.
"Sejumlah penduduk menuju Mesir selain berpindah ke tempat lain," katanya.
Perang Gaza paling berdarah berlaku selepas serangan Palestin ke atas Israel pada 7 Oktober lalu mengakibatkan 1,195 kematian, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.
Menurut Israel, Palestin turut menahan 251 tebusan dengan 116 daripadanya kekal di Gaza termasuk 42 dikatakan tentera sudah pun mati.
Serangan balas Israel sejak itu sudah membunuh sekurang-kurangnya 37,953 orang, kebanyakannya orang awam, menurut data daripada kementerian kesihatan Palestin.AFP
WOIT
WAJIB TAHU
PEMBEKAL SENJATA
UNTUK ISRAEL
DATANG DARI
BLACKROCK
AMIN
SYARIKAT ZIONIS
YAHUDI YANG AKAN
MEMILIKI 39 AIRPORT
MALAYSIA
AMIN
ANWAR IBRAHIM
JUAL AIRPORT INI
PADA BLACKROCK
KHALAS
HARI INI MENANG SEMALAM MINYAK TURUN
INI JANJI BARU
AMIN
HARI INI MENANG
SEMALAM MINYAK
TURUN
KAH KAH KAH
AMIN
ADA PRK ADA BERAS TEMPATAN
ADA PRK
BERAS TEMPATAN
AKAN MUNCUL
KHALAS
Unknown commented on
"BODOH BAWA BAHAYA
KEPADA NEGARA"
Aku tak faham, mereka ini cakap serupa malaikat saja, mereka pun sama perangai bila berkuasa dulu, merompak rakyat mencuri mengsonglap projek komisen semuanya lengkap belaka, tetapi tiba-tiba menjadi terbaik kononnya lah kah kah kah inilah sifat membohong sepanjang masa dulu kini selamanya,
tapi pengundi sungai bakap ceria ramai sampai depan rumah menagih undi, lagi banyak PRK lagi baik kepada rakyat, semakin mengemis kononnya membela rakyat tetapi hasrat utama mereka membela anak beranak kaum kerabat sendiri kah kah kah
SIMBAH ASID PUKUL OKU
SIMBAH ASID
PUKUL OKU
KHAMIS 4 JULAI 2024
KES SIMBAH ASID
KES PUKUL OKU
MASIH BELUM TUNTAS
KES ASID DAH LEBIH SEBULAN
PDRM SENYAP SAJE
APA CERITA APA BERITA ?
BAGAIMANA DENGAN
GAMBAR YANG DI SEBAR
APAKAH ADA BANTUAN DATANG ?
KES OKU KENA BELASAH
APA DAH JADI
PEGUAM SENYAP
APAKAH DAH SELESAI?
KES YANG KITA TUNGGU
KES RAYUAN BIK MAMA
KES JANTAN YAHUDI
KES MAK CIK PAK CIK
JUAL PISTOL PADA JANTAN YAHUDI
TUKAR TIUB MENULIS
KERANA ADA KEMUNGKINAN
BANYAK KES JENAYAH
HILANG LESAP BAGITU SAJA
KES KES INI
SEMUNYA KES DILUAR TABII
JENG JENG JENG
AMERIKA
SOKONGAN PADA BIDEN
DALAM PARTI DEMOKRAT
MAKIN MENURUN
LEPAS BIDEN BERDEBAT
DENGAN TRUMP
FRANCE
PM PERANCHIS BERKATA
TAKTIK TARIK DIRI
AGAR SATU LAWAN SATU
UNTUK KALAHKAN
PARTI NATIONAL RALLY
MUNGKIN BERJAYA
UK
HARI INI 4 JULAI
PRU DI UK
PARTI BURUH
DI RAMAL MENANG BESAR
KIER STARMER BAKAL PM UK
DARI PARTI BURUH BERKATA
UK TIDAK AKAN MASUK
KEMBALI UNTUK MENJADI AHLI
KESATUAN EROPAH
AFGHANISTAN
KLIP VIDEO PAK LEBAI TALIBAN
MEROGOL BERKUMPULAN
TAHANAN WANITA
DALAM PENJARA
TERSEBAR LUAS
AMERIKA
ADA CADANGAN KEMALA HARRIS
JADI CALON
TAPI
BIDEN ENGGAN TARIK DIRI
HOKKIEN
PAGI INI AWAL PAGI
ANGIN KUAT
HUJAN TURUN TAPI TAK LEBAT
GUA MEREDAH
KASUT GUA BASAH
UDARA SEGAR
SUARA UNGGAS
TIDAK KEDENGARAN
LANGIT KELABU DAN MENDUNG
KL & KL SENTRAL BERKABUS
KETIKA GUA MENGETIK
HUJAN MASIH RINTIK RINTIK
TAPI GUA RASA
PANAS AKAN SAMPAI
MAT HARI AKAN MUNCUL
HARI AKAN PANAS
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI
KHAMIS
BRO
LU JANGAN TULIS APA APA
JIKA LU TAK BERANI
TANDA TANGAN
BRO
LU JANGAN SESAL
APA YANG LU BUAT
LU SESAL APA YANG
LU TAK BUAT
BRO
TAKDA MASA YANG KHAS
UNTUK MEMBUAT
SEMUA MASA TEPAT
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)