KOMENTAR TUKAR TIUB
malaysia ini cukup hebat
dalam negara dunia ketiga yang lain
mungkin ada pemimpin tinggi
yang terlibat dalam skandal rasuah
tapi malaysia lebih hebat dari hebat
pm malaysia terlibat dalam kes bunuh
bukan bunuh biasa
bunuh dengan letupan
menteri penerangan pula terlibat kes rogol
bukan rogool biasa
rogol amah
rogol luar biasa
yang dilapor oleh wikileaks
inilah dia negara islam
inilah dia negara ketuanan melayu
NOTA:
sila tanya rais yatim
apa jadi dengan pelajar
dari uitm yang diberikan hadiah kemera itu?
dia dah bunting ke belum?
cerita ini maznah tau tak?
tapi orang jelebu tahu
kah kah kah
INGATKAN NAJIB SIASAT KES MENTERI
ROGOL AMAH : ZURAIDA
– keadilan daily
KUALA
LUMPUR 16 November: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap
hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol
amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.
“Kita
puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap
hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas,” kata Ahli
Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Menteri
Luar, Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di
Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.
“Kedua-dua
isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang
ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa
juga?” soalnya.
Pada
awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai
keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais
Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari
Indonesia.
Isu
tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang
memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa
dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.
Banyak
pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga
kini, tiada siasatan.
“Justeru,
kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan
diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman,” kata Zuraida.
RUMAH BARU 100,000 RINGGIT
LAPORAN MIGRANT CARE
Bagaimanapun,
beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7
Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu
bekerja di Malaysia.
Baru-baru
ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai
RM100,000 di negara asalnya.
Ketua
Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang
bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di
Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan,
katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500
selepas beberapa tahun.
Dalam
satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
“Rakaman
video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih
tidak bekerja,” kata Fariz.
Dalam
pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku
secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.
NOTA:
hanya satu soalan
siapa uruskan pembayaran
untuk rumah robengah?