Khamis, 21 September 2023
BANTU MAT SABU CARI BUKTI SOROK BERAS
Sorok beras: Cakap-cakap itu ada, bukti tiada – Mat Sabu
SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menafikan berlaku kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran berpunca daripada aktiviti sorok bekalan.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, walaupun beliau akui mendengar mengenai dakwaan itu, namun setakat ini ia hanya sekadar khabar angin.
WOIT
SAPA ADA
MAKLUMAT
AMIN
SAPA ADA
KLIP VIDEO
SILA BANTU
MAT SABU
AMIN
CERITA SOROK
BERAS NI SEMUA
TAHU
AMIN
KALI INI MADANI
NAK BUKTI
NAK TANGKAP
KAH KAH KAH
KHALAS
SYED SADDIQ - KES 9 NOVEMBER
Keputusan Syed Saddiq dibebas atau disabit 4 pertuduhan diketahui 9 November
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 November depan untuk memutuskan sama ada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Berdasarkan carian dalam sistem kehakiman hari ini, Hakim Azhar Abdul Hamid akan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan itu pada 9 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin ketika dihubungi mengesahkan tarikh tersebut.
Pada 14 Mac lepas, pasukan pembelaan menutup kesnya selepas memanggil empat saksi termasuk Syed Saddiq yang memberi keterangan membela diri selama dua hari bermula 22 Februari lepas.
Pada 28 Oktober tahun lepas, Syed Saddiq, 30, diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan menutup kesnya pada 27 September, 2022 selepas memanggil 30 saksi dalam perbicaraan yang bermula 21 Mei, 2022 dan antara saksi pendakwaan ialah ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta Rafiq Hakim yang merupakan bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac, 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bekas ketua Armada itu didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 dan 21 April, 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun, 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan. – Bernama, 21 September, 2023.
WOIT
KOCIK KOCIK
DAH PANDAI
MAIN DUIT
BUKAN
RATUS RATUS
RIBU RIBU
KAH KAH KAH
KHALAS
SAIPOL BUAT FITNAH DI LIWAT ANWAR IBRAHIM
SAIPOL
BUAT FITNAH
DI LIWAT
ANWAR IBRAHIM
AMIN
Unknown commented on
"YB RADZI YAKIN
TAMBUN PELIWAT"
Koya ini Geng Azmin.
Radzi Jidin yakin le sebab yg reka dan propaganda Liwat adalah Atok dan Din Bapok Tua.
Radzi Jidin dah nak masuk senarai Kluster Mahkamah Baru Sakaw gara2 5 kes diKementerian Pendidikan memang yakin liwat.
Kau pun yakin Liwat sebab semua kau, MalysiaNow adalah barua2 Bani Melayu Abah dan Nika Gee Siew Yew.
PMX steady je, kau orang dok main Liwat lagi. Kau orang yang goyang Sheraton Move pindah 2027 PRU16.
Buat tuduhan terbuka bulan enteng2 dalam spt Papagomo dan KJ yang dah bayar saman fitnah dan REEFORNUSI Kedah yang akan dibicara saman fitnah dan Razman PERAK yang mintak maaf kepada PMX mengaku Liwat adalah fitnah
YA USTAD NAK BERTANYA
YA USTAD
BETUL KE ADA HADIS NABI
YANG BERKATA
SAPA MAIN BONTOT
NABI TIDAK
MENGAKU UMAT
SIAL BERI PENCERAHAN
AMIN
KHALAS
SUMPAH DILIWAT DI RUMAH ALLAH
SUMPAH DILIWAT
DI RUMAH ALLAH
KHALAS
Unknown commented on
"SENYUM PELAWAT
BUKAN PELIWAT"
Pantat hang, Bangsa hang perintah Sakaw Anak Beranak, Menantu kena kejar Interpol bawa lari bilion duit Rakyat, Absh ada skandal dgn Cina, top PAS dapat DNAA satu kes Pedo Cabul Bawah Umur?
24/7 hari2 dari keputusan PRU15 hang dok aib Liwat tetapi sekali PMX lipat terus koyak hilang akal. Dalam dunia yg mana makan cili rasa pedas?
Yg kena iklan aib Liwat boleh senyum cool yg kena lipat sekali dah koyak rabak tisu lembik. Yg mana cfm bersalah? Dunia kata yg tisu lembik. Yg cool dia tak bersalah boleh senyum, bye bye gulung Parlimen terus terbang destinasi USA misi pelaburan negara. Yg tak cool teramat rasa bersalah, monyok buat PC, dah hilang sengeh diParlimen. Tak perlu roket sain. TT pun koyak rabak lebih baik bawa diri keSOHO jual bontot, lari mcm menantu Abah.
SAPA KONTROL MAKANAN ?
SAPA KONTROL
MAKANAN AKAN
KONTROL DUNIA
KHALAS
Unknown commented on
"SATU DUNIA KELAM KABUT
CARI BERAS"
Siapa ada makanan akan kontrol dunia, ini kuasa baru, jangan silap jangan pandai sangat, nanti susah, kalau setakat nuklear tak ada ambil pot, kalau makanan tak ada semua akan mati perlahan Lahan kah kah kah sebab itulah selalu cakap tanam makanan bukan tanam duit nak kaya, kaya pun tak guna kalau tak ada makanan kah kah kah sini semuanya sekali bergaduh siang malam hanya untuk dapat kuasa dan kayakan dirinya sendiri kah kah kah
DUTA ZIONIS DI JALAN AMPANG ?
Saudi Arabia ‘getting closer’ to normalising relations with Israel, crown prince says
JENG JENG JENG
APAKAH PAK LEBAI
AKAN TERIMA
KEDUTAAN ZIONIS
DI JALAN AMPANG
KAH AKH KAH
KHALAS
YB RADZI YAKIN TAMBUN PELIWAT
SKMM ugut tindakan ke atas MalaysiaNow, tuntut padam laporan kekecohan di Dewan Rakyat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menuntut MalaysiaNow meminda atau menurunkan laporannya mengenai kekecohan di Dewan Rakyat semalam, memberi tempoh dua jam untuk berbuat demikian atau berdepan "tindakan penguatkuasaan lanjut", dalam siri terbaharu ancaman terhadap media oleh pengawal selia internet itu.
Dalam mesej ditandakan "sulit" walaupun dihantar ke e-mel am pengarang MalaysiaNow, SKMM merujuk kepada dua laporan diterbitkan semalam, "Blok PN keluar, 'Tambun peliwat' bergema di Dewan Rakyat selepas PM serang Radzi" dan versi Bahasa Inggerisnya, "Pandemonium, walkout after PM refuses to retract accusation against Putrajaya MP", serta kiriman Twitter berkait dua artikel itu.
Menurut SKMM, ia “tidak mencerminkan konteks sebenar ucapan yang disebutkan” sambil menambah bahawa tajuknya “tidak sopan, penghinaan, atau jelik”.
SKMM bagaimanapun tidak memberikan versinya mengenai insiden itu.
“Kerjasama pihak Tuan/Puan dengan ini dipohon untuk meminda atau menurunkan kandungan berkenaan, termasuk mana-mana posting, video, dan kandungan lain yang berkait dengannnya di semua akaun media sosial di bawah kendalian Malaysia Now dalam kadar segera (dalam tempoh 2 jam) bagi mengelakkan pelakuan kesalahan atau cubaan pelakuan kesalahan di bawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998," menurut e-mel yang dihantar oleh "Jabatan Analisis Kandungan" SKMM pada 4.54 petang tadi.
E-mel tersebut memberi amaran bahawa kegagalan untuk mematuhi "arahan ini" akan membawa kepada "tindakan penguatkuasaan lanjut diambil ke atas laman sesawang MalaysiaNow (https://www.malaysianow.com/)".
MalaysiaNow bagaimanapun tetap dengan laporannya mengenai insiden itu di Dewan Rakyat semalam, yang menyaksikan perang mulut di kalangan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat dalam tuduhan rasuah.
Tuntutan berkali-kali Radzi supaya Anwar menarik balik tuduhannya itu ditolak, manakala Speaker Johari Abdul berkata tiada isu jika perdana menteri yakin dengan apa yang dinyatakannya.
Ini menyebabkan Radzi berang dengan mengatakan bahawa beliau juga boleh menyatakan beliau yakin bahawa Anwar, yang juga ahli parlimen Tambun, adalah seorang peliwat, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat oleh pemimpin PKR itu sebelum ini.
"Kalau kata yakin, saya kata saya yakin Tambun peliwat, saya yakin Tambun peliwat," kata Radzi, sebelum rakan-rakan ahli parlimen pembangkang dari Perikatan Nasional bertindak keluar sebagai membantah speaker yang enggan menuntut Anwar menarik balik kenyataannya.
Dalam e-melnya hari ini, SKMM, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital diketuai oleh Fahmi Fadzil, secara khusus merujuk kepada beberapa frasa dalam laporan MalaysiaNow semalam, termasuk "Tambun peliwat" dalam tajuk bahasa Melayu, di samping petikan yang berkata bantahan daripada ahli Parlimen pembangkang tercetus disebabkan tuduhan rasuah Anwar terhadap Radzi dan keengganan speaker untuk menuntut perdana menteri menarik balik.
Editor MalaysiaNow Abdar Rahman Koya berkata portal itu tidak akan tunduk kepada tekanan, sambil menambah bahawa ia hanya menjalankan tugas kewartawanannya untuk melaporkan apa yang berlaku di Parlimen untuk manfaat dan bacaan umum.
“SKMM dan Fahmi masih belum memberikan penjelasan kepada kami mengenai sekatan yang dikenakan ke atas laman kami pada Jun lalu,” katanya merujuk kepada sekatan 48 jam yang bermula pada 27 Jun lalu.
Sekatan sama turut dikenakan ke atas TVPertiwi, UtusanTV, Malaysia Today, serta blog politik dikendalikan bekas ahli Parlimen Bukit Bintang Wee Choo Keong, dalam siri tindakan yang menyaksikan tekanan terhadap media seperti mana di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Tekanan itu menerima kecaman sekumpulan wartawan veteran bulan lalu, yang berkata Putrajaya memainkan peranan sebagai "Big Brother".
“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan," menurut kenyataan bersama yang ditandatangani oleh wartawan terkemuka Johan Jaaffar dan A Kadir Jasin; bekas pengerusi Bernama Azman Ujang; bekas ketua pengarang Bernama, Yong Soo Heong dan Zakaria Wahab; serta beberapa lagi aktivis veteran media.
Sementara itu, badan antarabangsa pemantau media Reporters Without Borders (RSF) turut mengecam kerajaan Malaysia dan menggesa kementerian diterajui Fahmi segera menamatkan sekatan.
"RSF sangat prihatin dengan gelombang penggantungan oleh pihak berkuasa Malaysia ini, tanpa sebarang penjelasan atau kawalan kehakiman, terhadap portal berita yang mengkritik kerajaan.
"Kami menggesa Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil supaya menghentikan tindakan sekatan ini, yang hanya boleh memberi kesan negatif kepada demokrasi Malaysia," kata RSF dalam kenyataannya awal bulan ini.
KES LIWAT
BERGEMA LAGI
AMIN
KALI INI
DALAM PARLIMEN
JENG JENG JENG
YB RADZI YAKIN
TAMBUN PELIWAT
KAH KAH KAH
WOIT
TAMBUN ?
ATAU TEMBAM
KAH KAH KAH
KHALAS
TOWKAY BERAS TIBAI MAT SABU
Peruncit Bumiputera tidak yakin bekalan beras tempatan stabil dalam tempoh sebulan
PERSATUAN Peruncit Bumiputera tidak yakin dengan dakwaan Putrajaya bahawa bekalan beras putih tempatan dijangka stabil dalam tempoh sebulan selepas campur tangan kerajaan.
Presidennya Ameer Ali Mydin memberitahu The Malaysian Insight beliau ragu-ragu jika kerajaan boleh mencapainya dalam tempoh satu bulan.
“Industri juga kesal kerana tidak mempunyai stok dan tidak mendapat bekalan daripada kilang serta pemborong.
“Ini sudah lebih tiga bulan dan sudah sampai ke tahap kritikal. Jadi, dari mana datangnya beras itu?
“Saya ragu mereka (kerajaan) akan dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat,” katanya.
Ameer yang juga pengarah urusan pasar raya besar Mydin berkata tempoh menuai baru bermula bulan ini dan ia akan berterusan sehingga bulan depan.
“Walaupun dengan penuaian yang sangat baik, adakah kita dapat menyelesaikan isu itu?,” soalnya.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata mereka menjangkakan bekalan beras putih tempatan akan stabil dalam tempoh sebulan berikutan pelbagai campur tangan dan pemantauan kerajaan.
Beliau berkata sesi penglibatan kementerian dengan pemain industri beras negara - pengilang, pemborong dan peruncit - diakhiri dengan komitmen untuk melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.
“Melalui PKBPT pembekal akan meningkatkan pengeluaran beras putih tempatan sebanyak 20% untuk pasaran domestik dalam tempoh setahun.
“Kami juga akan campur tangan apabila terdapat kekurangan bekalan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya.
Mohamad berkata kedai petani akan menjual 2,000 paket beras yang berharga RM26 untuk sebungkus 10kg.
Beliau juga berkata stok beras di negara ini cukup untuk bertahan sehingga lima bulan.
Beliau berkata pada masa ini mereka mempunyai 900,000 juta tan metrik yang terdiri daripada 250,000 juta tan metrik stok simpanan kerajaan dan 650,000 tan metrik stok komersial.
“Ini cukup untuk empat hingga lima bulan akan datang dan pasaran domestik juga dijangka pulih dalam masa sebulan.”
Beliau juga menambah beras keluaran tempatan hanya mampu menampung kira-kira 65% daripada keperluan negara atau 1.7 juta tan setahun. Baki bekalan diimport dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan India.
Ameer berkata, isu kekurangan beras tidak akan selesai sehingga kerajaan meneliti isu kawalan harga.
“Kerajaan mesti tahu kawalan harga tidak berfungsi. Keluarkan ia untuk memastikan ketersediaan.
“Kerajaan juga harus berusaha untuk menjaga golongan B40 dengan memberi lebih banyak bantuan tunai Rahmah,” katanya.
Beliau juga berkata kerajaan perlu jelas dan telus mengenai situasi sebenar di lapangan.
“Kami tidak menyalahkan kerajaan kerana ia adalah krisis global. Tetapi maklumkan kepada rakyat dan telus.”
Ameer juga mendakwa mungkin berlaku ketirisan dalam bekalan beras.
“Walaupun kita (industri) meningkatkan pengeluaran perbezaan harga - RM26 sekilogram untuk tempatan dan RM39 untuk beras import - masih ada.
“Kita mempunyai sempadan berliang, jadi mungkin berlaku ketirisan ke negara lain kerana harga kita murah.
“Satu lagi isu yang perlu dilihat ialah pembungkusan semula beras tempatan kepada beras import. Ini perlu ditangani,” katanya. – 21 September, 2023.
WOIT
HAL BERAS INI
TAK KAN SELESAI
DLM MASA PENDEK
AMIN
SUBSIDI UNTUK
BERAS MURAH
WAJIB DITERUSKAN
AMIN
JAWAPAN AFDAL
JANGKA PANJANG
KITA TANAM
PADI SENDIRI
AMIN
MULA KAN KEMPEN
BUMI HIJAU
AMIN
KHALAS
PELANGAI - BILIK GERAKAN AKAN DITUTUP ?
Kasim Samat dipilih calon Perikatan Nasional bagi PRK Pelangai
KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) menamakan Kasim Samat sebagai calon mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong pada 7 Oktober nanti.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas, i Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Ceramah Pengisytiharan Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN yang diadakan di Simpang Pelangai, Bentong sebentar tadi.
Kasim yang merupakan pesara guru sebelum ini turut dinamakan sebagai calon di DUN Pelangai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, namun tewas kepada penyandangnya Datuk Johari Harun.
PRK Pelangai : Armizar diumum calon BN
BENTONG – Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Bentong, Amizar Abu Adam sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.
Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yang mengumumkan calon itu berkata, selain Amizar, UMNO menyenarai pendek tiga lagi nama, iaitu Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Mohamad Zaini Salleh dan dua Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian tersebut, Jamaludin Buyong dan Fazlin Norhana Ahmad.
“Selepas pengumuman calon tidak mahu ada kedengaran ada bilik hendak gerakan ditutup, ada yang merajuk atau ada bercuti.
“Kita nak tunjukkan bahawa 190 bahagian yang lain bahawa di Bentong tunjuk contoh tauladan yang baik, kita bermula di Pahang,” katanya ketika berucap di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, di sini, hari ini.
PELANGAI
WILAYAH MELAYU
AMIN
PRK PELANGAI
MELAYU ISLAM
LAWAN
MELAYU PENCURI
KAH KAH KAH
GORENG ISU
DAKWA ZAHID
KAH KAH KAH
AWAL AWAL
LAGI DAH ADA
BILIK GERAKAN
UMNO AKAN
TUTUP
KAH KAH KAH
KHALAS
CARA KAPITALIS BUAT DUIT
CARA KAPITALIS
BUAT DUIT
AMIN
abuqassim commented on
"BERAS - BERITA BAIK"
KAH KAH KAH
ini strategi mniago..
Cagho nk dapek untong copek..
Marin minyak masak..
Lopeh tu tolo..
Skrg bogheh..
Sok gulo lak...
Cui bono..
Cui bono..
Cui bono..
KAH KAH KAH
MELIWAT PARLIMEN
MELIWAT PARLIMEN
KHAMIS 21 SEPTEMBER 2023
KAH KAH KAH
PERKATAAN LIWAT
BERGEMA DI PARLIMEN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
TUDUH MENUDUH
LIWAT MELIWAT
KAH KAH KAH
INI BETUL BELUM
PERNAH BERLAKU
INI BETUL
DI LUAR TABII
KAH KAH KAH
HEBOH HEBOH BERAS
KES BERAS TEMPATAN LESAP
HARGA BERAS NAIK MELAMBUNG
KESIAN MAT SABU
TAK PASAL PASAL
DILIHAT GELABAH
MAT SABU JANJI
DALAM SEBULAN BERAS
TEMPATAN AKAN MUNCUL
AMIN
SEBENARNYA KES BERAS INI
BUKAN HANYA KITA ALAMI
BANYAK NEGARA
MAKAN NASI SEDANG
MENGHADAPI PERKARA SAMA
AMIN
AMERIKA
PRESIDEN ZELENSKY
AKAN JUMPA BIDEN
MINTA DUIT MINTA PELURU
KAH KAH KAH
AMERIKA
PERDANA MENTERI ISRAEL
AKAN JUMPA BIDEN
MINTA BUAT DEAL
DENGAN SAUDI
UKRAINE
POLAND TIDAK AKAN
HANTAR SENJATA PADA
UKRAINE
JENG JENG JENG
POLAND DAN UKRIANE
DAH GADUH
UKRAINE MAHU GUNA
POLAND SEBAGAI LALUAN
PEMASARAN GADUM UKRIANE
POLAND TAK MAHU
INI AKAN GANGGU PASARAN
GADUM POLAND SENDIRI
JENG JENG JENG
SAUDI ARABIA
PUTERA MBS KATA
TAK LAMA LAGI
ISRAEL DAN SAUDI
AKAN JADI ABANG ADIK
KAH KAH KAH
HANYA TUNGGU MASA
JENG JENG JENG
APAKAH ZIONIS AKAN BUKA
KEDUATAAN DI JALAN AMPANG
JENG JENG JENG
HOKKIEN
SEGAR BASAH
CUACA MALAP
MATAHARI TAK KELIHATAN
LANGIT KELABU
MASIH ADA AWAN HITAM
PENINGGALAN HUJAN PETANG KELMARIN
DI GAUNG DEPAN MENGKUDU
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
EMPAT EKOR WARGA HOKKIEN
MARAH BILA EZI DAN TAK TAK
MELINTAS DEPAN MEREKA
GUA RISAU AKAN JADI GADUH
SATU KUMPULAN TIONG
BERSUARA BERAMAI RAMAI
TERKUKUR BERLAGU SOLO
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK SEDANG BERJEMUR
PETANG MUNGKIN HUJAN
MALAM ENAK UNTUK MELEPAK
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
BRO
JANGAN TERBURU BURU
DALAM APA HAL
JIKA WAKTUNYA TEPAT
PERKARA ITU AKAN TERJADI
BRO
HANYA AIR SEJUK
YANG DAPAT MEMADAMKAN API
HANYA KATA KATA LEMBUT
YANG MENYEJUKAN HATI PANAS
BRO
JIKA LU DI RENDAHKAN
TAK MUNGKIN LU
JADI SAMPAH
JIKA LU DI SANJUNG
MUSTAHIL LU AKAN JADI BULAN
BRO
BILA LU INGIN MENYERAH
INGAT BERAPA RAMAI
SOSOK SOSOK
DI BELAKANG LU
YANG BERGANTUNG PADA LU
BRO
KEJAYAAN TERUS BERGERAK
MENUJU KE ORANG YANG PANTANG
MENYERAH
BRO
GUA TAK PEDULI
APA ORANG LAIN PIKIR
TENTANG GUA
GUA HIDUP CARA GUA
GUA SENDIRI YANG TOP UP
BILL TALIPON GUA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENCARI
BERAS TEMPATAN
Langgan:
Catatan (Atom)