Selasa, 6 September 2022
HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO
Hukuman penjara Najib tidak bersihkan Umno, kata Dr Mahathir
HUKUMAN penjara ke atas Najib Razak tidak membersihkan Umno kerana parti itu sudah rosak teruk, kata bekas presidennya Dr Mahathir Mohamad.
Umno sebaliknya perlu diganti dengan parti Melayu lain yang benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu, katanya.
“Pemenjaraan Najib tidak membersihkan Umno. Budaya Umno bukan budaya parti di waktu ia ditubuh. Ini bukan parti Umno lagi.
“Sebab itu Umno perlu dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat kepada prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama,” katanya dalam satu tulisan terbaru yang terbit di blognya Serambi Che Det, hari ini.
Dr Mahathir yang kini mengetuai gerakan baharu politik Melayu atas nama Gerakan Tanah Air (GTA), yang hari ini memohon kepada pendaftar pertubuhan (RoS) untuk didaftarkan secara sah.
Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib terkait tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendapati pembelaan Najib terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Najib kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk mula menjalani hukuman penjara 12 tahun selain dikenakan denda RM210 juta.
Najib masih ada empat perbicaraan lain melibatkan kesalahan rasuah, pecah amanah, pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB, serta dakwaan meminda laporan akhir audit syarikat dana kedaulatan negara. – 6 September, 2022.
WOIT
JANGAN LUPA
TIGA PRESIDEN
UMNO TINGGALKAN
UMNO
AMIN
DATO ONN
TUN HUSIN
TUN MADEY
KAH KAH KAH
INI SEJARAH
RASUAH UMNO
KAH KAH KAH
APA YG MULA
AKAN ADA AKHIR
INI HUKUM ALAM
AMIN
PARTI INI TELAH
GADAIKAN HAK
BANI MELAYU
AMIN
SEKARANG AJEN
CHINA MERAH
SEDANG TUNGGU
NAK NGAP UMNO
UNTUK JADIKAN
TANAH MELAYU
DUSUN DURIAN
MACAM INGGERIS
JADIKAN
TANAH MELAYU
LADANG GETAH
AMIN
KHALAS
JANGAN TUDUH UMNO RASUAH
Tak adil kaitkan UMNO sahaja dengan rasuah – Asyraf
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tidak adil hanya mengaitkan UMNO sahaja dengan korupsi sedangkan ramai dalam kalangan pemimpin parti lain juga terpalit dengan kes rasuah.
Malah terdapat banyak contoh pemimpin-pemimpin parti lain terbabit termasuk ada yang sedang didakwa di mahkamah.
“Persoalannya, apakah adil apabila beberapa pemimpin terpalit maka dihukum seluruh parti?
“Jika itu perkiraannya maka semua parti juga dianggap korup kerana ada pemimpin yang terpalit dengan rasuah,” katanya dalam satu komen di laman Facebooknya.
BETUL
LAGI BENAR
KAH KAH KAH
RAMAI LAGI
AMBIL RASUAH
KAH KAH KAH
ADA POLIS
AMBIL RASUAH
ADA CIK GU
AMBIL RASUAH
PENGGALI KUBUR
PUN ADA RASUAH
KAH KAH KAH
KENAPA TUDUH
PARTI UMNO
SAJA RASUAH
AMIN
ROSMAH BUKAN
PEMIMPIN UMNO
AMIN
ZIZIE BUKAN
PEMIMPIN UMNO
AMIN
KHALAS
SHAHIDAN SUDAH BELOT
Jadikan titah Agong sebagai panduan – Shahidan
PUTRAJAYA – Semua pihak perlu menjadikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan pada hari kemudian sebagai panduan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Shahidan Kassim yang menyatakan demikian bagaimanapun enggan mengulas mengenai permohonan pengampunan yang difailkan Najib Razak kerana menyifatkan isu berkenaan tidak wajar dibahas secara terbuka.
“Tidak boleh ulas buat komen terbuka kerana melibatkan perundangan, dunia dan akhirat seperti titah Agong semalam kita semua ambil panduan.
“Kita harus ingat apabila seseorang itu telah mendapat hukuman kita manusia lain berdoa semoga Allah merahmatinya, jangan kita melampaui batas.
“Saya tidak boleh komen sebab bukan melibatkan saya seorang,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Semalam, Al-Sultan Abdullah bertitah, undang-undang yang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil akan menjurus kepada penindasan dan kezaliman dalam sistem pemerintahan.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, mengesahkan status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal buat masa ini.
Jelas beliau, ia berikutan bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun itu telah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu.
WOIT
KAH KAH KAH
SHAHIDAN
SUDAH BELOT
KAH KAH KAH
MAHU NAJIB
TERUS DALAM
PENJARA
AMIN
KHALAS
EEE INI BAHAYA
BETUL JUGA
PANDANGAN INI
AMIN
EEE BAHAYA !!
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MAT LEEGAM
TERUS DIDAKWA"
Kalu tambi ni lari ke india boleh dapat cari ke? Jho Low lari ke china terus tak jumpa2.
SEMAK JANGAAN TAK SEMAK
Ahli MT Umno gesa peguam Najib fail semakan kehakiman
AHLI Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa peguam mewakili Najib Razak untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah persekutuan yang menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk membatalkan sabitannya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Puad memberitahu portal berita Free Malaysia Today berkata kenyataan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam temu bual media boleh digunakan sebagai alasan untuk dikemukakan di mahkamah.
Thomas dalam temu bual bersama Malaysiakini sebelum ini berkata beliau memilih untuk mendakwa Najib terlebih dulu dalam kes SRC International kerana ia “paling mudah untuk dibuktikan”.
“Adakah ia mudah dibuktikan atau mudah dimanipulasikan?,” kata Puad dipetik berkata kepada portal itu.
“Saya yakin temu bual itu hanya menambahkan lagi kesangsian terhadap ketelusan pendakwaan terhadap Najib oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau berkata pakar undang-undang seperti Zaid Ibrahim dan orang awam boleh melihat ada dwistandard dalam perbicaraan Najib.
Zaid yang bertindak sebagai peguam Najib dalam tempoh sekejap, mengucapkan terima kasih kepada Thomas kerana mendedahkan isu dwistandard itu dalam kes SRC International.
Dalam satu hantaran video di Facebook semalam, Zaid berkata Thomas memberikan kenyataan bercanggah kerana pada mulanya berkata kes itu mudah dibuktikan, tetapi kemudian dalam temu bual sama mengatakan kes itu rumit kerana membabitkan dokumen dan transaksi yang banyak dan perlu disemak.
Najib kini menjalani hukuman di penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas tuduhan menyeleweng, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Beliau menerusi peguamnya sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja. – 6 September, 2022.
WOIT
SEMAK JANGAN
TAK SEMAK
KAH KAH KAH
AMPUN JANGAN
TAK AMPUN
KAH KAH KAH
BATALKAN KES
BIAR PENCURI
MENCURI LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
NAJIB TIDUR DI MANA ?
BETUL KE
NAJIB TIDUR
DALAM SEL
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KHALAS
Unknown commented on
"SAH NAJIB
TAK KENAL ALTANTUYA"
Laki bini buat skets komedi kah kah kah satu sakit masuk hospital, nak check semua, mana bengkok mana tak lurus kena duduk lama, air cond first class, status Ahli Parlimen pun kekal lagi, ini lah darjat indra kayangan, jatuh hukum pun tak payah penjara, apa saja lubang ada akan masuk masuk masuk, laki bini puaka satu Malaysia, kah kah kah hebat Malaysiakini
MAKIN BANYAK CERITA KIATA DENGAR
BILA NAJIB
DAH MASUK JIL
RAMAI JADI BERANI
MAKIN BANYAK
KESAH KITA DENGAR
AMIN
KHALAS
Amier The Hero commented on
"YA AMPOON YA MAULANA"
Payah nak kato la TT, kito yg dah tgk bideo adik angkat kak mah tu - wajib bg Agong tgk jugak. Kalau tak, kito jatuh jadi subahat. Biar Agong suruh UTK polis askar ambush bilik kocik tu, itu jam baru kito tau adik angkat kak mah menipu ataupun tak. Bab berkawan dgn syaiton yg direjam ni bkn memain TT, jin syaiton ado ajo utk memesongkan akidah kak mah. Lagi² kalau kak mah sendiri yg nak make fren dgn diorg... Kah kah kah kah kah!!!
Buat Yana@Gina Najib, mustahil ekau tak tau apo aktiviti omak ekau kat umh kocik tu. Takkan buto² ajo cayo kalau omak ekau koba itu bilik stor. Kalau dah hari² lopeh maghrib bau colok, apo eh tak polik lak kan. As i told u before Yana@Gina Najib, anda tau setiap kebenaran itu. Tapi anda menafikan utk menjaga maruah omah abah. Akak ekau yg lain abah tu lain pendapat dgn ekau Gina... sebab dia tau kebenaran tu pahit tapi yg salah totap salah. Bangkit la dari leno yg panjang tu, duduk la ontok².. takyah nak berucap bagai utk umngok!!!!
MASIH JADI YB
MASIH JADI YB
MASIH DAPAT GAJI
KAH KAH KAH
AMIN
panglimo potaseh commented on
"YA AMPOON
YA MAULANA"
Matno nyo Sakau masih ON jadi ahlol Parlimen Pokan sampai dapek Ampoong. Ini dah macam hikayat selimut kochik ..tarik koateh nampak pantek, tarik kobawah moninjau tetek ..
Unknown commented on
"YA AMPOON
YA MAULANA"
Why Bee penting cari makan mereka lah, patut yang tu kena lupus dulu lag kah jah cure the best kah kah kah
MINTA AMPUN SEKARANG
YA AMPOON
YA MAULANA
MINTA AMPUN
SEKARANG
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"NAJIB MINTA AMPUN"
bro..lu jg lupa ,lu juga penjilat tegar aljuburi akhirnya atok lu bagi nyawa aljuburi kasi kawtim sama agong...lu memeng otak lemau
Unknown commented on
"YA AMPOON
YA MAULANA"
Ini cara beri tekanan emosi kepada istana lah woi, dia orang punya suka, kalau mintak ampun pun cara gangster, letak pisau dekat kerongkong adoi letih, letih ajar puak puak yang dah lama berkuasa,sampai lupa mana betul mana salah woit kah kah kah kesian kesian
SURAH SURAH TERLARANG - PERSOALAN NASIONAL
SURAH SURAH
TERLARANG
PERSOALAN NASIONAL
Siri Telaah Buku anjuran Kawah Buku dan PPAS telah melabuhkan tirainya beberapa minggu sudah. Buku yang menjadi bahan telaah kali ini berjudul Persoalan Nasional: Surah-Surah Terlarang oleh Hishamuddin Rais. Persoalan Nasional merupakan himpunan pojok mingguan di bawah “Siri Merakam Sejarah” yang terbit di portal Suara Keadilan, Tukar Tiub, dan Malaysiakini sekitar 2017-2018. Latar penulisan ini adalah suasana menjelang PRU-14 pada tahun 2018.
Mereka yang setia mengikuti penulisan Hishamuddin Rais pasti akan mendekati Persoalan Nasional dengan waspada. Jangan-jangan buku ini adalah sebahagian daripada kempen untuk meraih sokongan masyarakat Melayu ketika pilihan raya. Apalagi jika kita lihat tempoh waktu pojok-pojok ini diterbitkan—seolah-olah ia disusun ke arah grand finale iaitu PRU-14. Memang, Hishamuddin Rais terkenal sebagai sosok propagandis ulung di Malaysia.
Kita juga sedia maklum bahawa Hishamuddin Rais tidak pernah lokek dengan sindiran-sindiran pedas yang bikin sesetengah orang tidak senang duduk; dan Persoalan Nasional ini masih pekat dengan gaya bahasa beliau yang provokatif itu—walau sebaik manapun ia cuba dilunakkan oleh barisan editor.
Justeru mengapa Persoalan Nasional ini penting sampaikan Kawah Buku berani menjadikannya penerbitan sulung mereka? Tidak cukup dengan menerbit, Kawah Buku malah lanjut mengadakan siri telaah dengan rentang masa lima minggu, mengulitinya bab demi bab.
Saya fikir Persoalan Nasional mewakili suara hati setiap daripada kita yang menghasratkan pembinaan suatu cita bangsa Malaysia yang murni, yakni jati diri Malaysia yang disepakati dan merangkum segenap segmen sosial yang ada. Perbahasan mengenai persoalan nasional yang dibangkitkan oleh buku ini penting untuk diangkat, dibicarakan, malah dikritik secara terbuka.
Lalu atas dasar tanggungjawab sebagai warga, pertamanya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menghidupkan ruang awam menerusi wacana-wacana yang menyumbang kepada pemecahan permasalahan-permasalahan yang terkait langsung dengan masyarakat.
Sekonyong-konyong terjadinya tragedi 13 Mei 1969, diikuti dengan Dasar Ekonomi Baru 1971, dan kemudian fasa developmentalisme Mahathir pada 1980-an. Wacana kebudayaan dan kebangsaan perlahan-lahan dipinggirkan daripada wacana awam dan digantikan dengan unjuran-unjuran angka yang menunjukkan tahap kegembiraan rakyat Malaysia. Pendapatan isi rumah kian meningkat, tetapi kita saban hari masih lagi menonton kebobrokan yang berulang daripada para politikus yang kita pilih tanpa jemu.
Maka atas dua sebab inilah Persoalan Nasional, meski sebagai sebuah karya genre popular, menjadi wajar untuk dibahaskan. Sementelahan dengan kegawatan politik dan kemelut kepimpinan yang kita saksikan dewasa ini.
Biduk Lalu Kiambang Bertaut
Persoalan Nasional bersandar pada tiga tema besar iaitu (1) persoalan nasional; (2) psike Melayu; dan (3) keperibadian nasional. Ketiga-tiga tema besar ini pula digerakkan oleh persoalan “yang lain” yang menjadi arus bawah yang mempengaruhi alur gerak wacana-wacana mengenai persoalan nasional dari 1874 hingga sekarang.
Bagi Hishamuddin Rais, krisis politik yang dialami pada 2018 dan lanjut sampai sekarang adalah manifestasi kegagalan kita untuk menemukan—atau tepatnya menyepakati—suatu cita budaya yang dapat dijadikan teras bagi pembentukan sebuah bangsa Malaysia. Wacana yang dibawa oleh Hishamuddin Rais adalah wacana Melayu-Kemelayuan.
Lewat sorotan sejarah, beliau melihat bahawa kehadiran yang lain secara besar-besaran akibat dasar kolonial telah mengubah landskap sosial dan politik di Tanah Melayu lalu mempengaruhi perkembangan sahsiah dan pandangan dunia Melayu—yang beliau istilahkan sebagai psike Melayu.
Secara panjang lebar, beliau menambah bahawa kegagalan nasionalisme Melayu suatu ketika dahulu untuk memartabatkan budaya pentakrif “peribumi”, dan ditambah dengan pemilikan ekonomi yang lemah, telah melahirkan pandangan sarwa yang bersifat fatalisme dalam kalangan Melayu—menjadi bahagian daripada psike Melayu. Pelecehan bahasa, peminggiran soal kebudayaan, dan sifat reaksionari yang ada pada masyarakat sekarang merupakan antara manifestasi kegagalan menemukan cita bangsa tersebut.
Terakhirnya, persoalan nasional yang tak kunjung selesai dilihat menjadi asbab kepada prasangka tebal antara kaum terutama dalam kalangan tiga etnik terbesar di Semenanjung. Jalur-jalur etnik dan agama menjadi unsur utama yang mempengaruhi wacana-wacana awam khususnya dalam aspek-aspek yang menyentuh sensitiviti kelompok seperti bahasa, pendidikan, dan kebudayaan. Ketiadaan budaya pentakrif tidak sahaja meninggalkan lompong besar dalam pemaknaan harian terhadap gagasan bangsa Malaysia, tetapi juga tidak memungkinkan pencarian jalan tengah bagi pembentukan dasar-dasar yang lebih inklusif dan bermakna.
Adapun jurang yang wujud dalam masyarakat ini sekali gus menjadi hambatan yang merencatkan pembinaan dialog-dialog jernih yang dapat menjalin keterangkuman antara kepelbagaian aspirasi yang wujud dalam masyarakat. Lalu, kita terus terperangkap dalam kemelut perkauman yang tak kunjung habis.
Di sini, Hishamuddin Rais jelas. Persoalan nasional harus dituntaskan. Keperibadian nasional harus dicari. Masyarakat Melayu perlu memperbetul kemelut kepimpinan politiknya. Hal yang sama perlu dilakukan oleh kelompok-kelompok etnik lain. Suatu budaya pentakrif yang disepakati bersama harus diangkat. Bangsa bagi masyarakat Malaysia harus ditemukan.
Namun, Hishamuddin Rais tidak menawarkan jalan penyelesaian bagi kemelut persoalan nasional yang kita hadapi sekarang. Ocehan beliau hanyalah hamparan permasalahan yang kita geluti kini; memukul kita dengan realiti. Begitupun, buku ini dapatlah dilihat sebagai perintis bagi perbahasan-perbahasan lanjut berkaitan persoalan nasional. Harapan beliau, ia membuka jalan kepada wacana-wacana bermakna dalam pencarian bangsa bersama.
Membaca Persoalan Nasional serasa membaca Dilema Melayu (sans elemen Darwinisme Sosial) yang membawa kita menonton episod-episod politik yang menjadi manifestasi kegagalan kepimpinan politik Melayu untuk menawarkan kestabilan politik dan kesaksamaan sosial semasa. Jika Mahathir Mohamad melihat ekonomi sebagai jalan penyelesaian bagi kemelut persoalan nasional, Hishamuddin Rais pula menoleh kepada pemartabatan sebuah identiti nasional berteraskan kebudayaan peribumi.
Bacaan intim terhadap karya ini menyedarkan kita tentang ciri konstruk (constructedness) yang sering diabaikan dalam menanggapi wacana-wacana identiti seperti etnik. Idea “Tanah Melayu”, “Alam/Dunia Melayu”, dan “Melayu-Kemelayuan” yang banyak disentuh oleh Hishamuddin Rais dalam Persoalan Nasional umumnya digunakan tanpa soal oleh orang ramai serta dianggap sebagai sudah terberi. Hakikatnya ia adalah suatu idea yang dibentuk dari proses sejarah yang panjang.
Kesinambungan negara-bangsa moden yang kita namakan Malaysia pada hari ini adalah suatu proses sejarah yang panjang. Justeru, proses sejarah yang bermuara kepada Malaysia hari ini adalah politi-politi tua silam yang sekarang kita kategorikan sebagai “politi-politi tua Melayu”. Ia menjadi semacam tali pusat kepada pembentukan Malaysia pada hari ini buat sebahagian besar daripada masyarakat Melayu khususnya.
Pengajuan semacam ini lanjut memperlihatkan bahawa kesedaran berbangsa adalah fenomena moden—sejauh gagasan tentang negara-bangsa (nation-state) diperkirakan. Dalam ruang lingkup perbahasan mengenai negara hukum moden, bangsa-kebangsaan/nasion-nasionalisme (nation-nationalism) menjadi unsur pemeri yang memacu pembentukan konsep kewarganegaraan sesebuah negara dan, terutama sekali, mencirikan binaan sosial yang menopang konsep kewarganegaraan tersebut. Dan sememangnya kesedaran berbangsa sentiasa hadir dengan kehendak untuk berbangsa.
Adapun kesedaran berbangsa itu mendahului kehendak untuk berbangsa. Jika kesedaran berbangsa merupakan realisasi tentang hakikat boleh-wujud kelompok yang terikat dengan kekhususan sejarahnya, maka kehendak untuk berbangsa pula adalah pelahiran aspirasi kelompok dengan hasrat yang kuat untuk mengangkat aspirasi tersebut sebagai sebahagian, jika pun bukan keseluruhan, daripada takrif kenegaraan-kewarganegaraan.
Dalam hal ini, Ruhan Shahrir menyediakan landasan untuk kita berlepas ke dalam perbahasan ini. Beliau melihat kesedaran berbangsa sebagai sebuah proses menyaring—anggota (warganegara), ingatan (memori selektif), unsur budaya (identiti pengikat), dan nilai (tafsiran sepunya). Hal ini tidak sahaja berlaku antara-kelompok, tetapi boleh berlaku secara dalaman (intra-kelompok) dan masing-masing bergulat untuk menjadi pemenang tunggal. Kepelbagaian aspirasi ini juga disebut oleh Shamsul AB sebagai bangsa idaman (nations-of-intent).
Lewat pemahaman ini, kita mulai dapat menangkap kerencaman yang wujud dalam pencarian keperibadian kebangsaan Malaysia. Pencarian ini memerlukan tekad politik yang kuat daripada segenap aspirasi yang ada untuk menyepakati sebuah cita bangsa bersama. Saya kira awal mula bagi pembinaan naratif bersama ini adalah lewat pengakuan (acknowledgment) dan rekonsiliasi dengan masa lampau—bahawa realiti Malaysia yang kita hidupi sekarang ini adalah realiti kehidupan bersama tanpa yang lain.
Persoalan Nasional dapat dijadikan pemula untuk kita membicarakan kembali persoalan nasional, sekaligus mengarah kepada, meminjam konsep Ruhan Shahrir, pembentukan nasionalisme Malaysia terangkum.
ULUSAN BUKU DARI:
Razan Rose menulis pada masa lapang, kemewahan yang jarang-jarang dijumpai sekarang. Beliau turut melakukan kerja-kerja penterjemahan teks dan boleh dihubungi di razanrose92@gmail.
BACA DISINI:
https://penanginstitute.org/publications/suara-nadi/ulasan-buku-persoalan-nasional-surah-surah-terlarang/
JUJUR TAK TAHU
Shahrir tidak tahu sumber wang RM1 juta daripada Najib, kata saksi
SEORANG pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Shahrir Ab Samad, tidak mengetahui daripada mana bekas perdana menteri Najib Razak memperoleh wang RM1 juta, yang diberikan kepada bekas pengerusi Felda itu.
Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata beliau yang berpengalaman dalam bidang perbankan selama 12 tahun, juga tidak mengetahui sumber wang tersebut.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam yang mewakili Shahrir, Dzulkifli Ahmad, pada perbicaraan Shahrir yang berhadapan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dzulkifli: Sebagai pegawai bank yang berpengalaman, jika cek bank tersebut (RM1 juta) ditunaikan bermakna tiada apa-apa isu berkenaan sumber wang tersebut.
Uma Devi: Ya, pada ketika itu tiada (isu).
Dzulkifli: Cik Uma boleh mengesahkan cek ini tiada masalah, apatah lagi Shahrir juga boleh beranggapan cek tersebut tiada masalah ketika menerima dan memasukkan (wang) ke dalam akaunnya.
Uma Devi: Ya.
Selain itu, Uma Devi bersetuju dengan Dzulkifli pihak LHDN tidak merakam percakapannya, memandangkan kes itu berkaitan dengan pengubahan wang haram yang mana Shahrir didakwa tidak melaporkan pendapatan sebenar kepada LHDN, bukan melibatkan rasuah.
Kata saksi itu, hanya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang merakam percakapannya.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek, yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. – Bernama, 5 September, 2022.
WOIT
KAH KAH KAH
NAJIB TAK TAHU
DARI MANA
DUIT 42 JUTA
MASUK AKAUN
KAH KAH KAH
SHARIR JUGA
TAK TAHU 1JUTA
MASUK AKAUN
KAH KAH KAH
SEMUA TAK NAK
TANYA
KAH KAH KAH
SEMUA TAK NAK
TAHU KERANA
SEMUA DAH TAHU
INI SEMUA
DUIT CURI
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)