Bimbang menjadi ikutan, sebuah NGO anak muda menggesa kerajaan menggam artis yang terlibat dengan jenayah dan isu moral.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membangkitkan beberapa isu, termasuk penahan seorang artis lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menanam pokok ganja serta memiliki senjata di Kuala Lumpur, sebelum ini.
Turut dibangkitkan penyebaran gambar bogel yang didakwa memaparkan seorang pelakon wanita.
“Sama ada seorang selebriti itu terlibat dengan masalah moral atau jenayah ia tidak sepatutnya berlaku kerana mereka dianggap sebagai ikon oleh anak muda yang meminati karya seni selebriti berkenaan.
“Secara tidak langsung segala tindak tanduk selebriti kegemaran mereka pasti menjadi ikutan anak muda masa kini,” kata penyelaras SAMM Faisal Zainal.
SAMM mengingatkan bahawa pada 80-an, menteri penerangan ketika itu Mohamed Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pernah menggam artis popular yang dilihatnya bermasalah.
“Kini kelihatan Kementerian Penerangan terlalu bertolak ansur dengan selebriti yang ada masalah moral dan pernah terlibat dengan kes jenayah.
“Soalnya di mana ketegasan Kementerian Penerangan?” katanya.
BAGAIMANA
KALAU CURI
DUIT 1MDB
KEMUDIAN
KAWAN DENGAN
BETINA BOGEL
SAJE TANYA
KERANA HANG
LANGUNG TAK
SEBUT LAGI
KES 1MDB
--------------------------------