Jumaat, 24 November 2023
SIRUL DI BAYAR 1 JUTA RINGGIT
SIRUL DAPAT
SATU JUTA RINGGIT
UNTUK TUTUP MULUT
AMIN
AZILAH DAPAT 300RM
NAJIB BERI
KAH KAH KAH
KHALAS
SIRUL MASIH DI CARI INTERPOL
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol, kata polis
POLIS masih mengekalkan nama Sirul Azhar Umar dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) walaupun dilepaskan dari tahanan imigresen Australia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Beliau berkata setakat ini tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan nama Sirul Azhar yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, daripada notis itu.
“Nama dia (Sirul) masih lagi dalam notis merah…Saya rasa tiada arahan untuk dikeluarkan…meskipun dia dah dibebaskan di Australia.
“Kami masih mengkaji akan kaedah-kaedah (untuk membawa Sirul pulang ke negara ini) dan kini ia di peringkat AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.
SIRUL DICARI
INTERPOL ?
KAH KAH KAH
INI LAWAK
KAH KAH KAH
MUSTAHIL TAK
TAHU DIMANA
SIRUL SEKARANG
KAH KAH KAH
HANYA
AKAN DIHANTAR
PULANG JIKA
TAK KENA
HUKUM MATI
AMIN
AUSTRALIA TAK
SETUJU
HUKUM MATI
KHALAS
POLIS CARI WAHAB ?
'Hanya Wahab dapat sahkan peranan, identiti Mr H'
KUALA LUMPUR: Hanya Wahab yang mampu mengesahkan peranan serta identiti sebenar individu dikenali sebagai Mr H, yang dikaitkan dengan video perbualan jelik yang turut membabitkan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusoff.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, sekali gus meminta Wahab atau nama sebenarnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, tampil untuk membantu siasatan.
Ini kerana kegagalan Wahab tampil membantu siasatan kes fitnah membabitkan Mohammad Agus itu menyebabkan peranan secara langsung Mr H dalam siasatan polis masih samar.
Meskipun Mr H sudah tampil, pembabitannya sebagai dalang dalam kes ini seperti didakwa oleh Mohammad Agus masih menjadi tanda tanya dan pihak polis masih perlu mendapatkan keterangan daripada Wahab.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily mengesahkan setakat ini empat individu sudah tampil memberikan keterangan.
"Selain Mohammad Agus selaku pengadu, tiga yang lain adalah aktivis politik, Chegubard; Mr H dan seorang pekerja hotel di Bangi iaitu individu yang dapat mengesahkan lokasi sidang media diadakan minggu lalu.
"Justeru pihak polis amat-amat memerlukan kerjasama daripada Wahab untuk tampil bagi membantu siasatan kerana hanya Wahab yang dapat mengesahkan peranan dan identiti sebenar Mr H," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya sudah menghubungi Wahab melalui peguamnya, namun pihak Penolong Pegawai J-KOM itu memberikan alasan ancaman keselamatan sekiranya tampil.
"Kami memaklumkan kepada peguam bahawa tiada sebarang isu keselamatan di sini dan sekiranya ada, Wahab kena beritahu apakah ancaman dihadapinya dan pihak polis sedia memberikan bantuan dan jaminan keselamatannya," katanya.
Mengenai identiti Mr H yang dipanggil polis semalam untuk membantu siasatan, beliau berkata ia adalah berdasarkan maklumat daripada Mohammad Agus selaku pengadu.
Pada masa ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kertas siasatan akan segera dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.
Minggu lalu, tular video perbualan berunsur lucah antara Mohammad Agus dan Wahab sebelum kedua-dua mereka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Bangi menyatakan video berkenaan diedit dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Mohammad Agus sebagai Ketua Pengarah J-KOM.
INI BERITA PELIK
AMAT PELIK
AMIN
MASA REFORMASI
DATANG KE RUMAH
TANGKAP
AMIN
MASA BERSIH
DATANG KE HOTEL
TANGKAP
AMIN
SEKARANG POLIS
BUAT DEEEK
KAH KAH KAH
PASAI APA
WAT IS DE
BEKOS
KAH KAH KAH
KHALAS
POLIS BUAT LAWAK KE APA ? KAH KAH KAH
Mr H kekal misteri, tak muncul di Balai Polis Presint 11
PUTRAJAYA: Identiti 'Mr H' kekal misteri selepas individu dikaitkan video perbualan lucah didakwa membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak muncul untuk memberi keterangan di sini, petang tadi.
Lebih 20 petugas media yang menantikan kehadiran beliau di perkarangan Balai Polis Presint 11 di sini, sejak jam 4 petang, pulang hampa selepas dimaklumkan individu itu tidak hadir.
Malah, menurut sumber sesi mengambil keterangan Mr H yang dijadualkan pada jam 5.30 petang tadi, ditangguhkan dan kemungkinan dilakukan esok, di lokasi lain.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata keterangan Mr H akan diambil di Balai Polis Presint 11, Putrajaya.
Katanya, setakat ini seramai tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.
Malah, beliau memaklumkan polis masih belum menerima laporan daripada pembantu pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berkaitan video perbualan lucah dikaitkan dengannya.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Wahab mendakwa, diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai 'Mr H' untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.
Katanya, dia merakam perbualan video berkenaan, namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial itu.
Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan J-KOM, Muhamad Hakim Ramlee atau dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee, pula dilaporkan menegaskan kepada BH beliau bukan Mr H.
WOIT
MUSTAHIL POLIS
TAK TAHU SAPA
MISTER H
KAH KAH KAH
DR AGUS DAH
BERI TAHU AWAL
PADA POLIS
AMIN
NI MACAM NAK
BUAT TAKDA KES
DNAAA
KAH KAH KAH
KHALAS
DR AGUS BERI TAHU POLIS SAPA MISTER H
Mohammad Agus dedah identiti Mr H
KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendedahkan identiti 'Mr H' dalam keterangan kepada polis, hari ini.
Katanya, beliau juga membuat satu lagi laporan polis berhubung penularan laporan dibuatnya sebelum ini, berkaitan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM.
"Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan. Saya juga sudah mendedahkan siapa Mr H untuk siasatan pihak polis.
"Saya juga ada buat laporan polis berkaitan (video) Tik Tok tular pagi ini terhadap Raja Petra berkaitan dengan laporan polis saya sebelum ini terdedah dengan maklumat peribadi yang dikira membahayakan keselamatan diri dan keluarga," katanya.
Mohammad Agus berkata berkata demikian kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai tarikh pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani akan membuat laporan polis, Mohammad Agus menyatakan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
Terdahulu, Mohammad Agus yang memakai baju kemeja berwarna biru tiba di IPD Kajang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna, ditemani peguam, Faizal Abd Rahman jam 2 petang tadi.
Beliau dilihat keluar dari IPD berkenaan jam 5.25 petang selepas lebih dua jam diambil keterangan.
Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu.
Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.
DR AGUS
DAH BANTU POLIS
AMIN
MUSTAHIL
POLIS TAK TAHU
SAPA MISTER H
AMIN
MUSTAHIL POLIS
TAK TAHU MANA
ALAMAT MISTER H
AMIN
DR AGUS NAK
SELESAIKAN
KES PELIR KERAS
AMIN
KHALAS
MERCEDES MILIK GERMAN BUKAN ISRAEL
MERCEDES
MILIK GERMAN
BUKAN ISRAEL
KHALAS
Unknown commented on
"IRAN ANGGAP ISREAL DAH KALAH"
kena cepat2 keluarkan news mengenai israel sudah kalah..maka takda la isu boikot mcD kfc dan dan dan kerna lebai kelate nak pakai mercedes.lebai PAS taknak boikot mercedes..bulan ramadan nnt, bole mkn McD kfc..errr dah boikot grab ke belum?
PERANG SATU INDUSTRI
PERANG
SATU INDUSTRI
AMIN
Unknown commented on
"PASUKAN WAGNER DARI RUSIA BANTU HIZBULLAH"
Sapa ada peluru nak expired boleh lah turut serta habiskan stok stok lama, boleh buat untung juga akhirnya, industri senjatapi lumayan apabila ada perang, kalau tak ada perang susah mereka nak cari makan, apa pun untung diutamakan, dibiarkan lama supaya stok lama boleh dihabiskan dahulu, cepat cepat pelaburan masuk kalau ada perang pun, kah kah kah adakah kita masih tak faham sistem kapitalis berjalan,?
MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI DULU
MULAKAN DENGAN
DIRI SENDIRI DULU
AMIN
Unknown commented on
"KONSERT APA DI KEDAH ?"
Kalau kita tak suka cara orang lain jauhkan diri sendiri, tak payah takut kan orang lain, tak payah nak cerah tak payah ceramah nak jaga moral orang lain, jaga moral sendiri dulu, kalau baik ramailah ikut, kalau moral sendiri pun ke lautan macam Sanusi tak ada siapapun akan ikut, perubahan bermula dengan diri sendiri dahulu, cermin diri dulu kalau sempurna sangat pun biar diri sendiri tahu sudahlah kah kah kah kadangkala kita bercakap macam kita ini malaikat Jibril pulak kah kah kah
HADI TIDAK AKAN JADI PM - JANGAN RISAU
HADI TIDAK
AKAN JADI PM
JANGAN RISAU
AMIN
Unknown commented on
"PROJEK HADI NAK JATUHKAN ANWAR MASIH BERJALAN"
Semua dia pernah cuba jatuhkan. Mahathir, Ahmad Badawi, Najib, kini Anwar. Walaupun ada perdana menteri yang jatuh, dia tetap tak jadi perdana menteri. Andai Anwar yang jatuh nanti, mustahil dia akan di lantik jadi perdana menteri. Nanti lain di tanya lain di jawab. Lain di rancang, lain di buatnya. Pejabat Perdana menteri pun dah tentu dia akan ponteng. Tapi gaji mesti ambil.
PERANG GAZA SEDANG MEREBAK
PERANG GAZA
SEDANG
MEREBAK
Perang Gaza bermula 8 Oktober 2023 sudah masuk ke hari 48. Hakikatnya Hamas telah menang. Bukan menang tempur tapi menang perang maklumat.
Hamas telah berjaya membuka kembali agenda Palestin yang dibenamkan selama ini. Seluruh dunia kini menjadikan Palestin isu perbualan. Untuk pertama kalinya dunia kini melihat apa itu Zionis dan apa itu Israel.
Naratif Israel sebagai penjajah dan Palestin sedang dijajah sudah diterima oleh masyarakat dunia. Generasi muda yang dulunya tidak begitu sedar tentang perjuangan rakyat Palestin kini telah menerima kuliah Hamas melalui media sosial.
Paling ampuh ialah sokongan kumpulan Yahudi tua dan muda. Yahudi Agamawan, sekular , liberal dan kiri kini menyokong perjuangan Palestin. Kumpulan Yahudi ini secara terbuka menentang Zionis. Mereka tidak mahu identiti Yahudi mereka digunakan oleh kaum Zionis untuk menjajah Palestin.
Paling menonjol ialah penerimaan masyarakat dunia bahawa Israel sedang menjalan dasar genocide terhadap Arab Palestin. Zionis Israel kini dituduh sedang menjalankan dasar pembunuhan beramai-ramai dan berusaha membantai bersih Arab Palestin.
Banyak negara yang dahulunya tidak ambil pot terhadap Palestin kini terbuka mata. Ada negara membuat dasar baru terhadap Israel kerana ombak rakyat mereka yang keluar ke jalan raya menyokong Palestin. Amin.
Justeru Bolivia dan Belize memutus hubungan diplomatik. Manakala Bahrain, Chad , Chile, Colombia, Honduras, Jordan Turki dan Afrika Selatan memanggil duta pulang.
Memanggil duta pulang dalam bahasa tidak diplomatik sama seperti berkata : pergi lancau lah lu.
Ini belum pernah terjadi dalam diplomasi geo-politik antarabangsa.
Ketika tulisan ini di garap kabinet Netanyahu baru sahaja bersetuju untuk membuat gencatan senjata.
Al- Jazeera melaporkan - selama 6 jam kabinet Netanyahu berbincang akhirnya bersetuju untuk berhenti menyerang Gaza selama 4 hari. Dalam masa 4 hari ini bantuan untuk warga akan di benarkan masuk ke Gaza.
Gencatan senjata 4 hari ini bermula pada Khamis 23 November 2023 waktu tempatan.
Netanyahu tidak mengeluarkan perincian tentang apa yang telah dipersetujui. Dia hanya menyatakan satelah 4 hari serangan terhadap Hamas akan diteruskan.
Dunia hanya mengetahui dari kenyataan Hamas di Qatar.
Perundingan sulit telah berjalan lama. Qatar menjadi orang tengah. Presiden Biden juga telah memainkan peranan.
Hamas telah mengumumkan perkara yang telah dipersetujui :
2 – Pengeboman di hentikan
3 – Hamas membebaskan 50 tawanan
terdiri dari kanak-kanak dan wanita
4 – Israel membebaskan 150 wanita dan
Kanak-kanak dari penjara Israel
5 - Bantuan kemanusiaan di benar masuk
6 - Gerila Hamas tidak akan diserang
ketika membantu
7 -Bantuan kemanusiaan di benar masuk
Stesen Al-Jazeera telah melaporkan bagaimana Presiden Biden telah menalipon Emir Qatar dan juga Netanyahu. Presiden Biden mahu gencatan senjata ini berlaku. Ini untuk memperbaiki imej Biden yang memasang niat untuk bertanding sekali lagi tahun hadapan.
Ombak pro-Palestin di Amerika dan di kalangan Yahudi Amerika sedang mengampuh. Ini bahaya untuk Biden. Palestin ini boleh menjadi agenda kempen pengundian presiden 2024.
Dalam masa yang sama ketika perundingan ini sedang berjalan askar Yaman telah membajak Galaxy Leader sebuah kapal pengangkutan di Laut Merah. Kapal dengan 25 orang anak kapal dalam perjalanan dari Turki ke India.
Kapal milik bilionair Israel ini di kendalikan oleh syarikat NYK Jepun. Tidak ada warga Israel menjadi anak kapal.
Pembajakan kapal ini bukan satu yang baru yang dilakukan oleh Yaman. Gerila Houthi dari Yaman telah menghantar drone ke Israel. Yaman telah menghantar drone ke kapal Amerika yang berlabuh di Laut Tengah.
Apa yang jelas sekarang ialah perang Gaza ini sedang merebak dan meluas. Satu demi satu pentas perang di buka.
Politik dan fahaman ideologi Zionis ini berasakan Eretz Israel atau Israel Raya. Konsep Eretz Israel ini lahir dari Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud. Israel Raya ini mencakupi semua bumi Palestin termasuk Lebanon, Syria hingga ke Iraq. Justeru hari ini kita lihat perlawanan menentang Zionis ini datang dari Lebanon, dari Syria, dari Iraq dan juga dari Iran.
Selepas 7 Oktober di Iraq kumpulan yang dikenali sebagai Kata’ib Hezbolah telah berkali-kali menyerang dan meroket khemah dan pangkalan soldadu Amerika di Iraq.
Setiausaha Agung Kata'ib Hezbolah Abu Husen al-Hamidawi telah menghantar pasukan gerilanya ke sempadan Jordan. Abu Hussein al-Hamidawi, berkata, "Kami berada di sini untuk mempertahankan rakyat kami di Gaza, wilayah yang diduduki dan mereka yang terdedah. Peluru berpandu, drone dan pasukan khas kami berada di tempat yang tinggi. berjaga-jaga...”. ( Petikan dari portal The New Arab 11 Oktober 2023 ).
Manakala di Lebanon pasukan Hezbolah yang paling tersusun dan paling lengkap dengan senjata moden telah siap seaga menunggu arahan untuk masuk ke Utara Israel.
Dalam ucapan pada Oktober 2021, pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah mendakwa organisasinya mempunyai 100,000 pejuang terlatih, 25,000 pejuang sepenuh masa dan kira-kira 20,000–30,000 pasukan simpanan.
Al-Jazeera telah melaporkan pada 3 November 2023 kenyataan Nasrallah yang berkata bahawa Hizbullah memasuki "perang" sehari selepas serangan Hamas 7 Oktober berlaku.
“Ada yang mendakwa kami akan terlibat dalam peperangan. Saya memberitahu anda, kami telah terlibat dalam pertempuran ini sejak 8 Oktober,” kata Nasrallah.
“Penentangan Islam di Lebanon mula beroperasi keesokan harinya.”
Dalam masa yang sama kerajaan Iran secara terbuka adalah penyokong kuat Hamas. Iran mempersenjatai Hamas, memberi dana dan membantu sokongan logistik kepada Hamas.
Israel memusuhi Iran semenjak jatuhnya kerajaan Shah Reza Pahlavi pada tahun 1979. Kerajaan Shah Reza adalah kawan baik Zionis Israel. Babak ini telah menjadi sejarah.
Setia kawan dan sokongan Iran ini diikat pula dengan ajaran Islam. Parti Hamas dari mazhab Sunni kini dibantu oleh kerajaan Iran dari mazhab Syiah.
Perang Gaza ini memperlihatkan Solidariti dan ikatan yang amat kuat antara Sunni dan Syiah. Islam dilihat bersatu menentang Zionis.
Laporan juga menyatakan bahawa hampir 8,000 anggota Pasukan Pengawal Revolusi Iran telah di hantar ke Lebanon. Ini adalah pasukan soldadu elit Iran.
Jelas Zionis Israel kini di asak dari tiga penjuru. Dari dalam Gaza gerila Hamas menyerang. Di Utara Israel gerila Hezbolah menyerang. Dari selatan soldadu dari Yaman pula menyerang.
Keadaan militer seperti ini menakutkan Amerika. Biden tidak mahu perang Gaza ini melimpah hingga menjadi Perang Timur Tengah. Justeru Amerika telah menghantar dua buah kapal perang ke Laut Tengah berhadapan dengan Gaza dan Lebanon.
Dari segi ajaran kitab klasik perang gerila dua kapal perang Amerika ini hanya harimau kertas. Kapal ini dibawa untuk menakutkan Hezbolah, untuk menakutkan Yaman agar jangan buat ‘ lebih-lebih’.
Manakala negara Arab seperti Jordan dan Saudi Arabia telah masuk ke dalam poket Amerika. Begitu juga Mesir di bawah al-Sisi tidak berani bangun berdiri sebagai Arab dan mempertahankan Palestin.
Geo-politik ini tidak menggerunkan Hamas.
Lihat apa yang terus berlaku di Gaza sekarang. Tanpa Mesir, tanpa Jordan dan tanpa Saudi gerila Palestin di Gaza dan Tebing Barat terus melawan.
Dari segi taktik perang gerila soldadu Israel sedang menjadi sasaran gurban – gerila bandar. Ratusan kereta kebal dan kereta perisai Zionis Israel menjadi mangsa RPG Al-Qassam. Di beritakan juga ratusan soldadu Zionis telah tewas. Dilaporkan lebih dari 11 ribu soldadu Zionis cedera.
Dalam perang angka tewas dan angka cedera di simpan sebagai rahsia. Dalam perang yang pertama mati kena bunuh ialah kebenaran.
Justeru hingga ke hari ini kita tidak tahu dengan sahih jumlah soldadu dan gerila yang tewas.
Tapi apa yang jelas apabila Netanyahu bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata bermakna Zionis Israel telah ‘ letih’.
Awalnya Netanyahu dengan angkuh berkata bahawa Hamas akan di tumpaskan secepat mungkin. Kini Hamas masih lagi bergerila cergas.
Sebelum 7 Oktober muka depan akhbar dan media ialah Ukraine dan Zelensky. Kini Ukraine dan Zelensky telah menjadi mangsa Hamas. Perang Ukraine yang menjadi hati jantung Amerika, NATO dan Eropah kini terbarai.
Ukraine dan Zelensky telah di tinggalkan. Amin.
Projek melemahkan Rusia dan menjatuhkan Putin telah gagal meleset. Rusia tidak berganjak dari dasar menolak Ukraine dari menjadi ahli NATO. Ekonomi Rusia masih kukuh. Nilai Rubel masih tinggi walaupun ada sekatan ekonomi.
Berbilion bantuan senjata dan dana dari Amerika dan Eropah kini hangus. Hakikatnya Ukraine telah kalah. Rusia sedang menang.
Kini Amerika, NATO dan Eropah beralih dari Ukraine ke Israel. Perang di Gaza ini jika berpanjangan pasti akan mengubah lanskap geo-politik dunia. Amerika, NATO dan Eropah yang parah dalam Perang Ukraine akan di bantai sekali lagi oleh Hamas, Hezbolah dan Iran.
Hegemoni kuasa imperialis Amerika akan runtuh. Kuasa dolar Amerika akan terbarai. Sistem ekonomi kapitalis akan jadi huru hara.
Apakah elit politik di Amerika dan di Eropah tidak sedar tentang perkara ini. Apakah mereka terlalu bebal politik hingga gagal melihat realiti yang sedang berlaku.
Pelik tetapi benar – dalam keadaan geo-politik sekarang – kenapa elit politik dan elit ekonomi Amerika dan Eropah terus membantu Zionis Israel? Untuk jawapan tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT. COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/473204
Langgan:
Catatan (Atom)