Rabu, 14 Julai 2010
SEKEPING SURAT DARI AKU
DIMANA KAU SEMUA SEKARANG ?
SURAT DARI AKU KEPADA KAU
setiap kali aku melihat gambar ini
setiap kali aku bertanya
dimana kau semua sekarang?
gambar pagi 3 disember 74 ini
adalah rakaman sejarah
setiakawan anak muda dengan kamu tani
setiakawan anak muda dengan penoreh getah
setiakawan anak muda dengan kaum buruh
dimana kau semua sekarang ?
setelah kau berijazah dan berdiploma
adakah kau masih bersetia dengan janji
janji yang kita lakar di sudut pidato
janji untuk menegak keadilan
pasti kau telah bernikah beranak dan bercucu
tidak seperti gambar ini
apakah kau telah berperut gendut
menjadi pegawai mengutip laba
memasang lukah mengumpul harta
memungut upti kiri dan kanan
berbaju batik dan bederajat tinggi
atau
kau menjadi susuk yang soleh
yang setia kepada janji
yang telah kita lafazkan di sudut pidato
dimana kau semua sekarang?
aku menuliskan surat ini dengan kenangan dan air mata
teringat pada janji janji setia
ketika bergerak di jalan raya
ketika berkumpul dan bersetia
ketika di tembak dan di belantan
ketika rebah dan bangun semula
dimana kau semua sekarang ?
tidak kah kau lihat betapa pertiwi sakit sengsara
tidak kah kau lihat pedih dan perit negara bangsa
tidak kah kau lihat terseksanya anak semua bangsa
jika kau membaca surat aku ini
jangan kau salah prasangka
aku bukan meminta dana
aku bukan meminta derajat
aku bukan meminta simpati
aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada janji janji yang dilakar pada pagi itu
aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada ilmu yang kita pelajari di gedung itu
dimana kau semua sekarang?
jika pagi ini kau di veranda banglo rumah mu
mengira kereta dan speda cucu mu
menghitung saham dan luas tanah mu
merancang percutian di kota eropah
aku meminta kau luang kan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
ingatkan kembali pada janji dan cita cita
untuk mendirikan negara bangsa
yang adil dan berbudaya
dimana kau semua sekarang?
jika pagi ini kau bercanda canda dengan kekasih muda
mengira-gira saham emas dan bhara
mengumpul harta tidak terkata
aku meminta kau luangkan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
gambar kita di pagi itu di masjid negara
berjanji dan bersetia
menentang kezaliman
menumpas kebatilan
jika surat ini tidak sampai
jika surat aku ini tidak dibaca
jika surat aku ini tidak dibuka
akulah sebenarnya bersalah
menulis surat ke alamat berubah
p/s
wahai agin yang lalu
tolonglah sampaikan surat aku
wahai angin lalu
lakarlah gambar ini dilangit biru
agar dapat dilihat oleh kawan kawan aku
diseluruh pelusuk seluruh penjuru
detik kami melakar janji
bersetiakawan untuk duji
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MALAM ESOK UNTUK ANAK MUDA YANG COOL !
JANGAN LUPA MALAM ESOK
nota:
yang cool dan kounter kultur
sila datang - yang skema
jangan buat sibuk pergi main
di lebuh raya plus kah kah kah
AUKU & HAK MAHASISWA
Tarikh: Khamis, 15 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium KLSCAH (KL & Selangor Chinese Assembly Hall), Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)
Baru-baru ini Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum apabila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah akta tersebut kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Mereka telah dituduh melanggar Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang mahasiswa dari menyatakan sokongan atau simpati terhadap mana-mana parti politik.
Walaupun semakin banyak perhatian diberikan terhadap kes tersebut, pemahaman tentang latar belakang, fungsi, keberkesanan dan impak sebenar AUKU masih menjadi persoalan serta tanda tanya dikalangan mahasiswa dan juga masyarakat umum.
Siri ketiga "AUKU Public Lecture Series" akan melihat kesan serta impak sebenar AUKU terhadap hak dan kebebasan mahasiswa dari sudut pandangan aktivis mahasiswa sendiri.
Pembicara:
1. SHAZNI MUNIR (Mahasiswa UM & Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM)
2. YAP HENG LUNG (Siswazah USM & Sekretariat Malaysian Youth and Students Democratic Movement, DEMA)
3. HILMAN IDHAM (Mahasiswa UKM, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, KAMI & salah seorang dari kes UKM4)
Moderator:
FAHMI REZA (Penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)
SEMUA DI JEMPUT TERMASUK OLD TAI MASUK PERCUMA!
BAGAI MANA KANG KONG MENJALAR
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN !
IPT DIPELAWA BUKA KAMPUS CAWANGAN DI PERAK – mStar
Kerajaan negeri Perak membuka tawaran kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara untuk membuka kampus cawangan mereka di negeri ini.
Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada mana-mana IPT yang berminat untuk mendapatkan kawasan yang sesuai.
"Tawaran ini adalah selaras dengan hasrat menjadikan Perak sebagai pengeluar utama dan pembekal modal insan kepada pasaran tempatan dan luar negara," katanya.
KAH KAH KAH…
woit…. TEROK NEGARA KITA INI…. kah kah kah…
kah kah kah…. MALAON INI INGAT BUKA UNIVERSITI DAN KOLEJ MACAM BUKA WARONG…. kah kah kah..
kah kah kah… PATUT LAAA BANYAK KANG KONG MENJALAR…..kah kah kah..
kah kah kah…. MASA PILIHRAYA DULU… MENANTU AYAH JANJI BUAT UNIVERSITI DI REMBAU.. kah kah kah…
woit… UNIVERSITI INI DI PANGGIL : REMBAU EDUCATIONAL CENTER FOR BIODIVERSITY AND TEKCNOLOGY - REMBAT….. kah kah kah..
woit… INI MAT HITAM NAK BUKA IPT DI PERAK PULAK…. kah kah kah..
kah kah kah….NAMA NYA : HIGHER INSTITUTE TECHNOLOGY AND MULTIMEDIA : HITAM… kah kah kah…
PROJEK TIPU MELAYU
NATANG BEWOK - TAK ABIS ABIS
UMNO SEDIA BERTEMU, JALIN KERJASAMA DENGAN PAS : MUHYIDDIN -melayau
UMNO sedia bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam usaha memperkukuh Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Muhyiddin Yassin berkata, walaupun usaha tersebut sering menemui kegagalan, tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat UMNO untuk memulakan kerjasama yang diimpikan oleh semua orang Melayu.
PAS TETAP TENTANG UMNO – harakah daily
PAS tetap akan menentang perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehabis mungkin selagi parti itu tidak menerima dasar perjuangan Islam sebenar.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sebagai sebuah parti yang menjadi harapan rakyat pelbagai bangsa di negara ini, khususnya umat Islam, PAS akan tetap menentang dasar Umno dan BN.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) Malaysia.
“Biarpun mereka menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat, namun PAS yang tetap berada di landasan yang benar tidak akan menghentikan perjuangannya semata-mata ugutan pihak lawan,” ujarnya lagi.
KAH KAH KAH…
woit… ADA 9999 JENIS GILA…. kah kah kah…
kah kah kah….TAPI INI BUKAN GILA TALAK…. kah kah kah..
woit…. INI JADI GILA KERANA KENA TOLAK….. kah kah kah…
kah kah kah…. INI GILA NAK BERPADU PADU….. kah kah kah…
nota:
ini rancangan mulia lagi gila
untuk tipu melayu kah kah kah
SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU
TIDAK LAMA LAGI TIKET BAS PUN JATUH DALAM AKTA RAHSIA KERAJAAN
SUARA KEADILAN: KDN CIPTA ALASAN REMEH , BODOH - mkini
Suara Keadilan mempertikaikan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membuat laporan polis meminta akhbar rasmi PKR itu disiasat bawah akta rahsia rasmi (OSA).
Mempertahankan tindakannya, Ketua Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib berkata pihaknya menyiarkankan semula surat tunjuk sebab daripada KDN dalam akhbar barunya Keadilankerana ia "tidak mempunyai apa-apa rahsia pun".
KAH KAH KAH…
woit… BANGANG INI ADA MACAM MACAM…. kah kah kah..
woit…. BANGANG IALAH PENYAKIT TAK BERKUMAN…. kah kah kah..
woit… TAPI BANGANG INI BOLEH BERJANGIT DAN MEREBAK…. kah kah kah
woit…. KALAU KEPALA DAH BANGANG…. BADAN DAN EKOR MESTI BANGANG….kah kah kah…
kah kah kah….PUNYA BANGANG !! kah kah kah..
kah kah kah....SURAT PENOLAKAN PERMIT DARI KDN PUN JATUH DIBAWAH AKTA RAHSIA…. kah kah kah…
woit... APA LAGI AKTA RAHSIA?... kah kah kah..
kah kah kah.... KOREK TAHI HIDUP.... AKTA RAHSIA TAK?.... kah kah kah...
kah kah kah... RESIT KEDAI BUNDLE... JATUH DALAM AKTA RAHSIA TAK?... kah kah kah
nota:
memang bangang
kalau ini bukan bangang
maka ini adalah natang bewok kah kah kah..
APABILA BISUL MELETUS - AIR NAIK KE KEPALA
BISUL AHLI JIHAD BUKAN SATU TAPI DUA
ZUL NOORDIN: PERMIT SUARA KEADILAN TAK PATUT DI GANTUNG TAPI…. mSTar
Zulkifli Noordin membidas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menggunakan undang-undang untuk menyekat penerbitan Suara Keadilan dengan tidak memperbaharui permit lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurut beliau, tindakan menggantung atau membatalkan permit penerbitan akhbar berkenaan merupakan satu penganiayaan kepada golongan pekerja yang mungkin tidak terlibat dalam pembohongan atau penipuan yang berlaku.
KAH KAH KAH…
woit…. APA MAT BISUL INI CAKAP?.... kah kah kah…
kah kah kah… SEMENJAK BISUL MELETUS INI MAT BISUL INI AGAK BISING..kah kah kah…
kah kah kah…. MULA MULA MENGAKUI PAHLAWAN JIHAD…. KEMUDIAN AHLI KEADILAN…. LEPAS ITU AHLI PAS PULAK…. kah kah kah…
kah kah kah…. GILA INI ADA 9999 MACAM… PILIH YANG MANA SATU…. kah kah kah…
woit…. GILA BISUL PUN…. DI ANGGAP GILA…. kah kah kah
SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU
JANGAN TEMBAK ANAK KAMI !
AMINULRASYID: KELUARGA SAKSI UTAMA MARAH POLIS – harakah daily
Kaedah siasatan polis ke atas saksi utama kes Aminulrasyid Amzah, Mohd Azamuddin Omar menimbulkan rasa tidak puas hati keluarganya.
Mohd Haafizuddin Omar, 24, abang saksi utama pagi tadi mempersoal tindakan polis mengarahkan adiknya, Azamuddin melakukan kawad cam ke atas beberapa suspek pembunuh Aminulrasyid, 15, Selasa lepas.
"Kita nak tahu, kenapa nak buat kawad cam lagi sedangkan pegawai yang menembak kawan adik saya itu sudah dikenal pasti," soal beliau ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.
Menurut beliau, sepatutnya pihak berwajib boleh mengenal pasti beberapa pegawai polis lain yang terbabit dengan terus menyiasat suspek terbabit.
"Kenapa tak siasat terus dan polis sudah ada suspek bukan," tegas beliau yang juga kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Undang-Undang, TNB.
Tambahnya lagi, kaedah siasatan polis itu turut dipertikai oleh bapa kepada saksi utama sendiri, yang kebetulan seorang pegawai polis.
KAH KAH KAH…
woit…. MACAM MACAM DILAKUKAN…. kah kah kah…
woit…. SEMUA NAK MENIPU MELAYU… kah kah kah…
woit… CUKUP LAH… HENTIKAN LAH PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU…. kah kah kah…
woit… TAUBAT LAAA…. DAH RAMAI MELAYU BODOH…. kah kah kah..
TAK ADA BALA CARI BALA
APA JADI DENGAN BEROK SABARUDDIN CHIK INI?
TUAN RUMAH PIALA DUNIA : MALAYSIA BERSEDIA - melayau
Malaysia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.
Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.
KAH KAH KAH…
woit…. YAA AAAMPOOON…. kah kah kah..
woit…. YA TUHANNNNNN….. kah kah kah…
woit…. LAPORAN KEWANGAN SUKOM 98 BELUM DI BENTANG KAN….kah kah kah…
kah kah kah…. NAK BUAT PIALA DUNIA PULAK ?..... kah kah kah…
kah kah kah…. BENTANG KAN LAPORAN KEWANGAN SUKOM 98 DULU…kah kah kah…
kah kah kah…. LEPAS SUKOM 89 …. EKONOMI HANCUR…BANYAK JATUH BANGKRAP…. kah kah kah…
kah kah kah…. KALAU PIALA DUNIA DI ADAKAN…. HABIS NEGARA INI TERGADAI…. kah kah kah…
Langgan:
Catatan (Atom)