Selasa, 7 September 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




LAGI EMPAT HARI


kota kuala lumpur makin lengang
semua mudek balik kampong
semua ingin berpesta di kampong

yang memandu perlu waspada
yang memboceng perlu berjaga jaga
yang berjalan kaki melintas berhati hati


dalam merayakan pesta
jadi diri agar kegembiraan
beterusan tak henti henti
setahun hanya sekali

makan lah tapai
bakar lah mercun
dan berayalah smabil bercanda canda dengan sanak sudara !



PASAR RAMADAN DI IJOK - TEMPAT AKU MEMBELI PECAL


BERBUKA DI SUNGAI BESAR



HARI HARI ITU DATANG LAGI


nostalgia itu datang. zaman enak dimana aku tidak tahu tentang global warming. aku tidak tahu tentang politk. aku tidak tahu tentang semua. yang aku tahu semuanya indah. paling indah dan paling aku nanti natntikan ialah malam malam hari raya.

ketika kanak kanak – aku amat jarang berpuasa – bila masuk belasan tahun maka aku mula bepuasa, bukan kerana ingin mendapat bidadari bermata jeli atau dududk diatas divan yang empok. aku berpuasa kerana ini sebahagian dari budaya kami di kampong.

tidak terlintas tentang syurga atau neraka. malah tidak ada sesiapa yang menakut nakut kan kami tentang api neraka.

aku bebas bercempera. membesar bercanda canda.

tidak ada sibuk sibuk tazkirah. tidak ada politikus datang sibuk sibuk menghulurkan derma. kami di kampong landai dan permai – nyaman dan selesa. mungkin kami miskin. mungkin kami tidak memiliki kereta. mungkin kami tidak menyembelih lembu korban – tapi kami ada harga dirii. kami tidak meminta meminta. kami anggkuh dengan kewujudan kami.

hari raya adalah tanda budaya kami. tiadk ada tarikh untuk rumah terbuak. siapa datang duduk bersila.

kami tidak bertandang jauh. sanak saudara dikampong yang sama. silaturahim kami bukan dipaksa atau di rancang I atau di buat untuk di rakam - ianya luhur dari budaya kami.

betapa indahnya malam malam sebelum raya. lampu lampu minyak di pasang. tidak ada yang mengatakan kami murtad atau kami hindu – malah aku tidka tahu pun bahawa aku ini islam. yang aku tahu kami berpesta dan berhari raya.

aku teringat lagi saat menunggu nunggu iman dan kadi pulang dari telok kemang. aku tdak tahu apa itu cap mohor - aku ingin dengar dari lauangan kereta penerangan esok kami berhari raya. dunia itu bagitu indah.

entah berapa kali aku membuka kotak kasut. entah berapa kali aku mencuba baju melayu. entah berapa kali songkok dipakai. tak sabar sabar menunggu pagi. tak sabar sabar menunggu murai berbunyi.

agama kami adalah budaya kami.

tidak ada retrorik. kami juga tidak pernah mengaku bahawa hanya kami yang betul – hanya jalan kami yang lurus. di hari raya bukan politik yang kami kesah kan tapi rendang dan tapai.

yang tinggal hanya ingatan. hari raya kini menjadi ritual yang kadang kala membosankan. kegembiran itu di cari cari. ianya tidak datang sendiri seperti dizaman boleh maian mercun dan meriam sendiri.

hari ini:
apa yang paling membosankan aku ialah apabila aku bertandang
tv sedang terpasang.
jika ada rumah sedemikian lalu aku berkata:
‘ takpa tonton lah tv dulu’
esok kalau ada masa saya datang kembali’.


NOTA :
petang ini aku berbuka dirumah
aku masak sambal udang
aku ada ulam pegaga
semua aku beli di ijok

siapa suka makan
perlu pandai masak
kalau tidak kena tipu
makan ayam mati direndan aji no moto kah kah kah

KETAWA PETANG SELASA




KETAWALAH KAMU SEBELUM KETAWA MEMERLUKAN LESEN




nota:
satu malaysia
satu batang dua daun kah kah kah

SUARA KANG KONG





KAMPONG PELENTONG JOHOR BAHRU YANG BARU SAHAJA DIROBOH



HAPUSKAN KAMPUNG TINDAKAN BAHAYA - melayau

PULAU PINANG 6 Sept. - Tindakan menghapuskan kampung- kampung tradisional semata-mata berkiblatkan wang ringgit sangat berbahaya kerana ia akan melenyapkan identiti sesuatu kaum.

Pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, sebarang pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut perlu mengambil kira faktor budaya dan warisan.

Beliau menambah, kerakusan pihak tertentu merobohkan kampung sedemikian atas nama pembangunan merupakan tindakan berbahaya.

"Sepatutnya kampung- kampung tradisional dipelihara. Kalau tidak dapat dielakkan, tidak mengapa tapi sebarang langkah yang diambil perlulah menimbangkan antara budaya dan warisan dengan wang ringgit.

Beliau mengulas nasib 52 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.
Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud sejak 70 tahun lalu.

KAH KAH KAH

woit… INI LAH PELIKNYA PROFESOR KANG KONG INI…. kah kah kah..

woit… MASA KAMPONG BEREMBANG KENA RUNTUH … TAK ADA PULAK CAKAP APA APA?... kah kah kah….

kah kah kah… MASA KAMPONG PELENTONG KENA RUNTUH… KANG KONG INI SENDAWA PUN TIDAK…. SENYAP…kah kah kah..

kah kah kah… MASA KAMPONG CHU BADAK DI RUNTUH…. TAK TERKENTUT PUN KANG KONG INI…. kah kah kah

kah kah kah… BILA PULAU PINANG DIBAWAH DAP…..KANG KONG INI MULA MENJALAR…. kah kah kah…

kah kah kah… BILA PAKATAN NAIK ....MULA KANG KONG NAIK EKOR…. MULA KEMBANG DAUN… kah kah kah..

nota:
jadilah intelektual yang berani
berkata benar walau pun tidak di bayar
berkata benarlah walau pun tidak
ditemui bual oleh utusan
berkata benarlah walau pun tidak ada
temu ramah dengan tv3

berkata benar lebih senang dari berbohong
kerna bila berbohong nampak kang kong nya kah kah kah

KENYATAAN MEDIA




KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH


Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah
menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang
dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai
itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa
pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang satu Malaysia, akan tetapi pada
hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu
tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya
'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan
Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah
yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah
dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh
KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan
Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang
mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga
kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan
kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT


MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU




YB MINAH CUN DALAM SURAU



JAWATANKUASA SURAU NAFI DAKWAAN NAJIB MP TEO SAMPAIKAN TAZKIRAH – minsider

Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

KAH KAH KAH…

woit… TERBONGENG…. NAMPAK MELEBONG…. KANTOI MANTOI….kah kah kah..

woit… PEREKSALAAA BETUL BETUL… SELIDIK DULU SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN ATAU TUDUHAN…. kah kah kah…

kah kah kah…. TERBONGENG JIKA SALAH MACAM INI …. MENAMPAKAN BANGANG SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah…. BILA PULAK NAK MINTA MAAF….kah kah kah...

kah kah kah... KERANA SUDAH BUAT SALAH?... kah kah kah…

NAZAK MEMBAWA MAUT




PEMBAWA KEADILAN



MALAYSIA PERLUKAN PEMERINTAHAN LEBIH ADIL – harakah daily

Malaysia memerlukan pemerintah lebih adil berbanding pemerintahan Umno yang ada pada hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Berucap pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi beliau berkata, negara ini sudah rosak akibat amalan rasuah, kronisme dan pembaziran yang dilakukan pemerintah.

Lebih teruk katanya apabila isu perkauman cuba dihangatkan dalam usaha meraih sokongan politik.

Zaman Rasulullah dahulu katanya, keadilan menjadi teras kepada memilih pemimpin tanpa mengira faktor bangsa dan agama.

"Tak kira anak tempatan atau bukan anak tempatan kerana Rasulullah SAW sendiri bukan anak jati Madinah.

"Rasulullah s.a.w diberi mandat sebab rakyat yakin baginda boleh laksana keadilan untuk semua," ujarnya.

Isu perkauman dibangkitkan Umno katanya menunjukkan parti itu berada dalam keadaan terdesak selepas mereka ditolak oleh rakyat.

Beberapa amalan Umno itu menurut beliau, tidak ubah seperti amalan para pemimpin jahiliah Arab yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah.

KAH KAH KAH…

woit… ABANG MAT…. APA ABANG MAT CAKAP MEMANG BETUL… kah kah kah…

kah kah kah… GEROMBOLAN SEDANG NAZAK…. kah kah kah…

kah kah kah…. BILA NAZAK MAKA AJENDA PERKAUAMAN MUNCUL… kah kah kah…

woit... DALAM HAL BAHASA... GEROMBOLAN NAK BUKTIKAN MEREKA TER PRECINT.. kah kah kah..

woit... DALAM BANGSA... GEROMBOLAN NAK BUKTUIKAN BAHAWA MEREAK TER EEE... kah kah ah..

woit…. DALAM HAL AGAMA…. GEROMBOLAN NAK BUKTIKAN MEREKA YANG TER ISLAM…. kah kah kah…

kah kah kah…. TAPI SEBENARNYA NYA… GEROMBOLAN HANYALAH YANG TERKAPAL SELAM…. kah kah kah..

APA DIA PERLEMBAGAAN




SEMUA SAMA DI BAWAH PERLEMBAGAAN



KEMPEN PERLEMBAGAANKU : ADIAN POLIS KGBM TAK BERASA, KATA MAJLIS PEGUAM – minsider

Majlis Peguam menegaskan tindakan Kelab Belia Graduan satu Malaysia (KBGM) membuat laporan polis semalam mengenai Kempen Perlembagaanku mendakwa kononnya ia satu usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas sama sekali, dibuat ekoran kurangnya pemahaman berkenaan kempen itu.

“Nampaknya kebimbangan utama KBGM adalah bahawa Buku Panduan Rakyat telah memaklumkan rakyat Malaysia yang Perlembagaan menyatakan bahawa ia boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.

“Ini sememangnya ada dinyatakan dalam Perlembagaan.

“Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu,” kata beliau.

Adalah dilaporkan bahawa KBGM telah menyuarakan kebimbangannya bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu mungkin bersifat menghasut.

“Kami percaya bahawa kebimbangan KBGM tentang Kempen itu adalah tersasar, dan timbul akibat kurangnya pemahaman dan ilmu berkenaan Kempen itu dan juga Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan),” katanya.

KAH KAH KAH…

woit… KALAU BANGANG … DUDUK DIAM DIAM BULAN PUASA INI…. kah kah kah….

woit... KAU NAK BODEK... BUATLAH BODEK CEREDIK SIKIT... kah kah kah

woit… SEMUA PERLEMBAGAAN NEGARA DALAM DUNIA INI BOLEH DI PINDA…. kah kah kah..

kah kah kah… MALAH ADA NEGARA MEMBUAT PERLEMBAGAAN BARU…. kah kah kah

kah kah kah… ITU PASAL ADA YB DI PARLIMEN… kah kah kah..

woit… KERJA YB INI IALAH MENGKAJI… MEMBUAT… MELULUS ATAU MEMINDA PERLEMBAGAAN…. kah kah kah…

woit.. YB INI MEMBUAT UNDANG –UNDANG… kah kah kah..

woit… MACAM MANA BANGANG SANGAT NI?.... kah kah kah..

woit… SI BANGANG NI LUPA…. MADEY TELAH MEMINDA PERLEMBAGAAN YANG MEMANSUHKAN KEKEBALAN RAJA RAJA MELAYU…. kah kah kah….

nota:
perlembagaan negara malaysia
bukan hanya ada fasal 153 sahaja
perlembagaan ini mempunyai banyak fasal
dalam perlembagaan malaysia tak ada tertulis
china tak boleh masuk surau
atau melayu mesti dapat 30% semua kontrek
atau zul nordin penjihad negara kah kah kah

BILA KITA BERAYA ?




SUSAH KE NAK FAHAM APA DIA KAPITALISMA



JAMIL KHIR : JANGAN TERPENGARUH RAYA KHAMIS – mkini

Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan perayaan Aidilfitri disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis... kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka.

"Kita jangan ikut rentak orang bisnes," katanya.

NOTA:
lihat lah inilah dia watak sistem ekonomi kapitalisma
kapitalisma tidak ada agama
kapitalisma tidak ada bangsa
kapitalisma tidak ada bahasa

hanya stau rukun iman kapitalisma : UNTUNG
seluruh hidup sistem kapitalisma ialah untuk
mencari keuntungan maksima
apakah masih susah lagi untuk memahami kapitalisma
tak kan nak zul nordin bagi tazkirah baru faham kah kah kah