Rabu, 28 September 2022

NEGARA KAYA PUNYA ANGKARA



NEGARA KAYA

PANASKAN DUNIA

AMIN

NEGARA MISKIN

DAPAT BALA DARI

DUNIA YG PANAS

AMIN

KHALAS

CHINA MERAH BANTU CHINA KAPIR


Tiada amaran ketika RM2.08 bilion dipindah dari akaun Najib, kata saksi

SEORANG pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini tiada amaran diterima apabila AS$620 juta (RM2.08 bilion) dipindah daripada akaun AmBank Najib Razak pada Ogos 2013.

Pengurus cawangan Ambank (M) Bhd Jalan Raja Chulan R. Uma Devi berkata ia biasanya terpulang kepada pelanggan untuk mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (mengenai kiriman wang).

“Bank tidak meminta kelulusan bagi pihak pelanggan (atas kiriman wang),” kata Uma kepada peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed semasa pemeriksaan balas hari ini.

Wan Aizuddin bertanya tentang AS$620 juta dan sama ada sebarang amaran diberikan berkaitan kiriman wang itu.

Uma berkata wang itu dihantar dan tiada apa yang dilakukan untuk menghalangnya. 

Beliau menyoal Uma mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Uma adalah saksi ke-37 memberi keterangan pada perbicaraan Najib yang didakwa menyeleweng RM2.28 bilion dana 1MDB antara 2011 dan 2013.

Najib berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Uma semalam memberitahu mahkamah Najib menerima RM2.08 bilion dan RM90 juta ke dalam akaun Ambanknya pada 2012 dan 2013.

Semasa kenyataan pembukaan pendakwaan mereka mendakwa jumlah 2,081,476,926.00 berasal daripada syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low seperti yang dikenali ramai.

Pihak pembelaan bagaimanapun mendakwa wang itu adalah derma Arab.

Wan Aizuddin kemudian bertanya kepada Uma sama ada pengurus perhubungan bank itu boleh membantu mendapatkan kelulusan (daripada BNM).

Beliau berkata tiada orang lain selain daripada pelanggan boleh mendapatkan kelulusan daripada BNM (untuk kiriman wang).

Wan Aizuddin kemudian bertanya kepada Uma mengenai prosedur Amla dan jika ada amaran diberikan.

Uma berkata terdapat beberapa titik pencetus yang bank lihat iaitu jumlah pemindahan, tujuan dan pendedahan maklumat daripada pelanggan.

“Saringan akan dilakukan berdasarkan titik pencetus ini,” katanya.

Wan Aizuddin bertanya jika amaran diberikan kerana Amla, adakah pelanggan akan dimaklumkan.

Uma menjawab pelanggan tidak akan dimaklumkan.

“Selepas amaran diberikan bank akan menjalankan siasatannya.

“Saya pernah mengalami perkara ini di cawangan Jalan Raja Chulan. Bank menghentikan beberapa transaksi atas sebab Amla,” tambah saksi itu. – 28 September, 2022.


NAMPAK

TAK ADIL

HANYA NAJIB

DI DAKWA

AMIN

CHINA TEMBAM

JO LOW

AJEN CHINA MERAH

BEBAS ENJOI

HIDUP MEWAH

AMIN

PEMIMPIN MELAYU

PEMIMPIN ISLAM

KENA SEKSA

KAH KAH KAH

CHINA KAPIR

BEBAS ENJOI

DI BANTU OLEH

CHINA KAPIR

AMIN

KHALAS

APA JADI DENGAN MINTA AMPUN ?


Semakan kes SRC disebut 21 Oktober ini, lapor media

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan 21 Oktober ini untuk pengurusan kes permohonan Najib Razak meminta mahkamah menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM270 juta selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya serta mengekalkan sabitan dan hukuman pada 23 Ogos lepas.

Tarikh pengurusan kes itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika sebutan kes satu lagi perbicaraan jenayah ke atas Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini, lapor Astro Awani.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah juga mengesahkan beliau akan kembali mewakili Najib dalam semakan kehakiman itu.

“Saya kembali untuk mewakili Najib, meskipun berlaku sedikit kekecohan ketika pendengaran rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan bulan lepas,” katanya kepada Hakim Zaini Mazlan.

Shafee memberitahu mahkamah permohonan semakan kehakiman itu difailkan pada 6 September dan pihaknya juga sudah memfailkan notis perakuan memohon tarikh pendengaran segera.

“Saya jangka permohonan itu akan didengar November ini,” katanya.

APA JADI

DENGAN NAJIB

MINTA AMPUN

DARI AGONG ?

AMIN

AGONG DAH BACA

SURAT NAJIIB

ATAU BELUM ?

AMIN

KESIAN NAJIB

DUDUK SORANG

KHAYAL INGAT

BINI MUDA

KAH KAH KAH

BERJAYA LARI

DARI BADAK TAPI

MASUK JIL PULAK

KAH KAH KAH

SELAMAT DARI

MULUT RIMAU

 MASUK

MULUT MAHATHIR

KAH KAH KAH

AMIN

MI SPIK NO INGLIS


TAK PANDAI MENARI

JANGAN TUDUH

LAGU TAK SEDAP

KAH KAH KAH

MI SPIK NO INGLIS

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on
 
"MAIL BERA
 CARI ILHAM"

Siapa jadi juru cakap, Malaysia pernah jadi jajahan British, sekarang dimerdekakan dengan Bahasa Melayu, syukur kita boleh bercakap ooopss tidak dapat bercakap bahasa penjajah, satu kejayaan satu pencapaian amat besar, biar satu dunia cakap Inglish kita cakap bahasa kebangsaan dengan mereka, suka tak suka mereka kena belajar bahasa melayu amin, kah kah hebat hebat belaka orang kita, semakin maju tahun, semakin nak ke belakang gostan saja macam cakap P.Ramlee kah kah kah





HUKUMAN LEPAS MATI TAKDA MAKNA


HUKUMAN

LEPAS MATI

TAKDA MAKNA

AMIN 

INI HELAH NAK

 SEDAPKAN HATI

KHALAS

Unknown commented on 

"BANDUAN PALING KAYA"

Ingat senang kah mencuri duit begitu banyak, bukan senang oh, kalau curi Milo, susu anak, Pampers cepat lah kena tangkap, terus jatuh hukum terus masuk penjara, orang yang curi banyak bukan senang nak masuk penjara terus, kena bicara bertahun tahun, nak rujuk UK, oopss Ulu Kelantan, nak rujuk Queen Elizabeth, nak rujuk mahkamah tinggi, mak rayu.ayah rayu agung rayu sampai ke bulan nak rayu, bila jatuh hukum pulak kata dianiayai, dikhianati, dan macam macam lah,


 kemudian buat sakit perut, cirit birit ulser sampai kena pyschio kan senang tetapi jangan lupa, semua diperhatikan oleh Yang Maha Esa, kamu boleh menipu dunia dengan moto agama bangsa negara, tetapi Yang Maha Esa tahu apa niat kamu, apa agenda kamu, apa perbuatan kamu sekian lama, akan diberikan pengadilan sewaktu dengannya, tak kira lah kamu junjung apa pun, tak begitu kah kah kah syukur amin





 

TIPU INTERNASIONAL

 



PENCURI

INTERNASIONAL

AMIN

KHALAS 

Unknown commented on

 "PANDAI MENCURI

 JADI MENTERI"

Tak ada kah sedikit rasa malu, tak ada kah sedikit segan dalam merasa menipu merompak mencuri salah guna kuasa bila pegang jawatan, apakah manusia begini teruk sekali dengan konon terbaik agama terbaik bangsa terbaik Mat Kilau, asyik salah orang lain tetapi diri sendiri pun tak betul sangat, tak lurus mana pun asyik semua lain tak betul, bodoh sangat kah sampai kena tipu Jho Low's betul.kah??? 



Begitu bodoh lah orang yang sekolah internasional ini.lah kah kah nak tipu in berpada pada nanti tipu makan diri woit, bukan kita dendam apa, cuma anak cucu kita orang terpaksa tanggung hutang begitu banyak bagi satu negara yang ada semua hasil bumi, negara yang Padang pasir pun tak begitu teruk, mereka risau pasal makanan, sini risau pasal nak kumpul harta intan berlian, beg tangan beg tidur kah kah kah


HARI KE 12 LAWAN PAK LEBAI



HARI KE 12

LAWAN PAK LEBAI

AMIN

KHALAS

LEPAS KALAH PRU 15 -ANWAR AKAN DIKETEPIKAN



LEPAS 

KALAH PRU15

ANWAR AKAN

DIKETEPIKAN

AMIN

KHALAS 

Unknown commented on
 "POLONG MAKAN TUAN"

Siapa masuk khemah penting, ambik siapa saja masuk nanti susah jugak, nanti jadi jual beli pulak, sekejap sini sekejap saja susah Bro TT, kah kah kah biar kecik kecik sampai kalah senang buang semua yang tua, bagi muda take over pulak, kah kah kah tetapi bahaya kalau geng perompak geng mahkamah geng penyamun masuk balik, semua kena angkut semua kena berbaris dengan hutang kah kah jaga jaga woit

POLONG MAKAN TUAN


POLONG

MAKAN TUAN

AMIN


Unknown commented on 
"MAT POLONG MAKAN TUAN"

Piji tak selow. Piji tau dia akan kalah. Dia cuma xpeduli saja. Selama ni nama dia naik bila dorang bukan kerajaan. Sama la mcm TT. Dlu sblum ph berkuasa, TT ni dikenali la, bila dh menang TT pun org lupakan.

Nazrio commented on 
"MAT POLONG MAKAN TUAN"

sapa2 menang pun keputusan nya PAS JUGA YG MENANG...buat Lah kemah besar mana pun.. pas juga yg menang...undi pas je teruh... undi PN pas menang undi BN pas menang ~tuan hj nazriO

POLITIK JALAN RAYA


KUMPUL ILMU

POLITIK

JALAN RAYA

AMIN

WAJID ADA PEMIMPIN

WAJIB ADA GARIS

WAJIB ADA STRATIJI

AMIN

KHALAS

BUDAK KOLEQ DAN POP YEAH YEAH


BUDAK KOLEQ

 DAN 

POP YEAH YEAH


Pada  bulan Oktober 1962 empat anak muda dari Liverpool menerbitkan lagu  Love Me Do dan P/S I love You.   Anak muda yang memanggil diri mereka  The Beatles ini telah mengubah dunia pop dan dunia muzik.

Malah The Beatles mengubah politik dunia.

Di Malaysia pada tahun 1964  seorang anak muda bernama  M. Osman dari Johor Bahru muncul dengan lagu  Suzana diiringi oleh  kumpulan muzik  Les Fentones. 

M Osman juga mengubah dunia pop dan dunia muzik Melayu. Malah  M Osman mengubah budaya politik  Melayu.

Sesudah Suzana -  muncul A. Ramlie dengan The Rhythm Boys, Jeffry Din dengan The Siglap Five, The Clans,  The Mods, A. Rahman  Hasan dengan Orkes Nirwana, S. Mariam, A Wahid,   Kassim Selamat dengan  The Swallows dan S Jibeng.

M Osman mengubah  landskap muzik anak muda di Malaysia dan Singapura. Manakala MIA (Muhamad Ismail Abdullah)  pengacara rancangan  Penyanyi  Pujaan Minggu Ini  dari Radio Singapura memperkenalkan perkataan kugiran – kumpulan gitar rancak.

Aku sendiri terpesona dengan Oh Fatimah nyanyian  A. Ramlie dan The Rhythm Boys  garapan Salmah Basiron pada tahun 1966.

Muzik mengubah hidup muda aku. Pada  tahun 1968 aku yang belum melintasi 17 tahun turut sama dalam gelombang  muzik Melayu  dan muzik Orang Putih dari  United Kingdom.   

Aku sebenarnya membesar dan mendewasa berlatar belakangkan  Pop Yeah Yeah Melayu  dan Brits Pop. 

Mustahil pada tahun 1968 ada anak muda di Malaysia yang  berumur antara 17 ke 20 tahun   tidak pernah mendengar lagu   A. Ramlie dan Rhythm Boys atau Jeffry Din dengan The   Singlap Five. Atau tidak pernah mendengar nama  The Beatles, John Lennon atau Rolling Stones dan Mick Jagger.

Aku mengikuti  konsert Pop Yeah Yeah yang datang membuat persembahan di Fun Fair di tanah lapang di tepi pekan Kuala Klawang di sebelah Panggung Ruby.

Tiket masuk ke Fun Fair empat puluh sen pada hari biasa. Jika ada penyanyi pop jemputan  tiket akan naik harga sampai  80 sen. Jika penyanyi jemputan yang hebat seperti A.Ramlie  atau Jeffry Din tiket di pintu masuk melintas ke 1.50  ke 2.00 ringgit untuk satu kepala.

Aku sempat mendengar  A. Ramlie, M.Ishak, Jeffry Din, M. Osman,  Eddie Ahmad, S Mariam, 
Antara penyanyi Pop Yeah Yeah yang datang ke Kuala Klawang pada tahun 1967/68.

Pada tahun 1969 aku menjadi  Budak Koleq di Kuala Kangsar. Aku tidak lagi bebas  untuk keluar merayau masuk ke Fun Fair. Aku kini di terima masuk ke  sebuah sekolah yang kaya dengan sejarah dan tradisi.

Di MCKK aku tanpa  radio.  Rukun iman aku pada malam Sabtu  tidak lagi   mendengar suara Muhamad Ismail Abdullah dari Radio Singapura. Tidak lagi mendengar  suara  Tan Swee Leong dalam rancangan  Top of the  Pop dari Radio Malaya.

Pada awalnya aku merasakan MCKK ini wilayah  gersang kering  tanpa muzik, tanpa budaya, tanpa konsert atau tanpa pesta-pestaan.   Ini anggapan salah.

Di MCKK kamilah menyanyi,  kamilah berkonsert, kamilah berkugiran , kami berteater, kami berbangsawan, kami bersandiwara sesama kami sendiri. 

Budak Koleq seramai  500 anak muda lelaki yang  memiliki seribu jenis  kepandaian dan bakat. Dari  memetik gitar, menyanyi menari dan berlakon.


Aku tidak akan melupakan kemunculan Mustapha Noor sebagai penyanyi pembukaan Talentime tahun 1969.

Aku masih ingat lagi Malam Talentime. Kugiran dari Tingkatan Lima  dengan penyanyi seperti Ahmad Fauzi.  Aku ingat lagi Kugiran Fifth Formi memainkan kan lagu  Proud Mary dari lagu  kugiran CCR – Creedence Clear Water  Revival.

Aku  masih ingat Tengku Amash dengan kumpulannya  naik ke pentas menyanyi dengan baju putih berambu-rambu di leher ala Sepanyol dengan seluar hitam. Mustahil  aku melupakan  lagu In The Year 2525 oleh Zager and Evans. Di MCKK lagu ini dinyanyikan oleh  Husin Malboro dan Akhbar.

Aku juga tidak dapat melupakan Akhbar dan Husin Malboro. Mereka berdua ini masuk ke Tingkatan Empat sama macam aku – masuk pada tahun 1969. Mereka berdua ini dari Pulau Pinang.

Husin kurus tinggi dan Akhbar rendah kecil. Satu tinggi satu rendah dengan lagu In The Year 2525. Selain dari bentuk badan tinggi kurus dengan pendek kecil ialah kulit mereka.

Aku yang datang dari Jelebu tidak pernah melihat Orang Melayu yang berkulit hitam macam Husin dan Akhbar. Ghani Osman kawan baik aku dari Batu Pahat hitam – tapi tidak sehitam Akhbar dan Husin.

Awalnya aku pelik bagaimana dua budak India masuk MCKK. Kemudian aku di beri kefahaman  konsep Mamak – atau India  Muslim. Di Jelebu tahun 1969 tidak ada Mamak. Di Jelebu  yang ada  India Hindu atau Keling Malabari yang membuka kedai makan No 8 dalam pekan Kuala Klawang.

Mamak untuk kami di Jelebu dan Negeri Sembilan ialah Bapak Saudara.

 Talentime di MCKK ini  susun dan diatur oleh pelajar. Apa yang spesial tentang Talentime ini ialah  kami membuka penonton  kepada warga Kuala Kangsar. Tiket masuk 1.60 sen. Ini  untuk dana  persatuan – Fifth Form Union.

Fifth Form Union juga peranh  menjemput datang A.Halim dari Muar. Aku ingat lagi malam itu A. Halim dengan Kugiran De Fiction menyampaikan lagu  Kesah dan Tauladan.

Kumpulan Alley Cat  dari Pulau Pinang juga pernah membuat pertunjukan dalam Dewan Hargreaves. Malam konsert yang disusun oleh Sixth Form Union.

Hakikatnya : Pop Yeah Yeah diteruskan walau pun kami tidak dibenarkan  keluar malam bertandang  ke pesta  Fun Fair. Pop Yeah Yeah datang kepada kami.

Wow . Pada Malam Talentime atau Malam Konsert yang dibuka untuk orang luar -  kerja sukarela yang paling dicari ialah bertugas ialah menjadi penyambut tamu. Berdiri di pintu besar dengan jaket dan blazer untuk membawa tamu masuk ke Dewan Hargreaves.

Sebagai penyambut tamu  inilah peluang dapat bertemu dengan Minah Cun dari Kuala. Untuk Minah Kuala mereka juga tahu acara tahunan  di MCKK.  Mereka datang  untuk  membolehkan  mereka bertemu , berkenalan dan mungkin jatuh cinta dengan Budak Koleq.

Aku ingat lagi Talentime tahun 1970 yang menjadi tamu khas ialah Dotty Puteri Sultan Idris yang ketika itu belajar di TKC – Tengku Khursiah College Seremban. Malam itu Dotty datang dengan mini skirt berwarna merah. Cun bergetah dan mengancam 500 jantan di MCKK. 

Dotty Puteri Sultan Perak  ini menyampaikan hadiah pada malam itu.

Kolej juga ada mengadakan. School Concert  sebelum cuti akhir tahun. Ini bukan untuk mengutip derma. Ini Budak Koleq merayakan Budak Koleq.  Setiap kelas atau dormitory akan membuat persembahan. 

Biasanya yang menjadi tarikan ialah  Interlude. Interlude ini amat popular.  Interlude  memerlukan kreativiti yang tajam. Interlude adalah  sketsa pendek yang membawa lawak dan komidi.

School Concert  tahun 1969 aku di minta oleh  Mister M. Nadarajah untuk mengarahkan pelajar tingkatan empat dan tingkatan tiga .

Dua pelajar yang aku latih ialah Azizul Rahman dan Mat Poin a.k.a Malik Maulud. Mereka menjadi pelakon dalam taridra.

Ini pertama kali aku terlibat dalam konsert MCKK. Aku ada pengalaman. Dari  Darjah Lima di sekolah rendah  aku telah mula naik  ke pentas. Ketika dalam  Tingkatan  Tiga, Empat dan Lima di SMUJ setiap tahun aku  berlakon di konsert akhir tahun sekolah.

Pada konsert MCKK tahun 1970 ada satu drama komidi dari Tingkatan Lima yang tidak akan dapat aku lupakan. Ini kerja geng Kelly a.k.a Khalid Ahmad , Chonot a.k.a Aziz Hasan dan Tawail Mat Som.

Pada  1968 dunia heboh dengan berita My Lai Massacre di Vietnam. Soldadu Amerika telah membunuh orang kampung  di My Lai. 

Pada tahun 1970 berita pecah rupa-rupanya  di Tanah Melayu juga ada pembunuhan Orang Kampung di Batang Kali oleh soldadu kolonial Inggeris. Ini terjadi pada Disember 1948.

Pelajar Tingkatan Lima MCKK telah mementaskan  drama pembunuhan di Batang Kali dalam bentuk komidi.

Sixth Form Union juga mahu mengumpul dana. Persatuan mahu  mengadakan Malam Sandiwara.  Tiket  1 ringgit untuk pelajar dan juga warga Kuala Kangsar yang  di jemput datang.

Aku menulis skrip dan mengarah. Satu teater purbawara. Satu drama cinta pada satu zaman dialam kerajaan Kesultanan Melaka. Temanya amat klise. Jantan jahat ingin merampas  kekasih orang. Perebutan kekasih tema purbawara Melayu yang selalu kita tuntun. Babak akhirnya pastilah pertarungan untuk menentukan siapa yang akan dapat gadis rebutan ini.

Purbawara ini menggunakan  bahasa bangsawan. Aku tidak terlatih dalam penulisan skrip tapi aku belajar perang  dengan berperang.  Untuk persatuan aku akan lakukan.

Aku ingat lagi wiranya  Hatta Shahrom. Jantan jahat Wan Muhamad Wan  Embong. Gadis rebutan Yan. Ketika-tiga pelakon utama adalah pelajar dari aliran Sains. Jalil dan Ghani menjadi Pak Pacak.

Penjaga prop dan pereka set ialah Wan Magataruddin aliran Sains dari Dorm Twenty.

Kami berlatih. Pelakon menghafal skrip. Aku mengarah.  Wahid mengajar silat.

Kami semua lelaki.  Untuk watak gadis kami  menyewa rambut dari salun di Kuala Kangsar. Untuk make-up kami ada dua orang kawan gadis Kuala Kangsar yang sedia membantu.

Latih punya latih. Silat punya silat semua menunggu hari pementasan.  Wan Magata telah membeli atap rumbia dari Sayung untuk rekaan set. 

Tertiba lima hari sebelum pementasan Yan menarik diri. Yan enggan jadi gadis rebutan.  Yan tidak mahu berlakon. Aku cuba memujuk. Gagal.

The show must go on.

Tidak ada jalan lain. Tiket telah dijual. Publisiti telah terpapar. Untuk mencari pelakon baru dan melatih  dialog dalam 5 hari adalah mustahil.

Jawabnya: Hishamuddin Rais menjadi gadis rebutan.

Ini  kerana hanya aku – penulis skrip dan  pengarah - yang hafal skrip. Maka aku mengambil alih dari Yan. Malam itu di MCKK untuk pertama kalinya aku berlakon menjadi anak gadis.

Aku memakai rambut palsu. Bergincu, berkebaya labuh dan  berselendang kuning. Pakaian yang kami pinjam dari  kawan Orang Kuala.

Aku ingat lagi di babak akhir ketika pertarungan terjadi. Sita mahu di rampas oleh Rawana.  Pertarungan silat berlaku antara  Rawana dengan Rama.  Keris  Rawana  sedia terhunus  menuju Rama  tetapi Sita datng menghalang lalu tertikam.

‘ Aaahhh...’ Aku melaung kuat  ketika keris menusuk ke dada aku. 

Aku melaung sakit sebelum jatuh ke bumi. Aku meluang  dengan suara jantan. Aku lupa suara Sita   yang lembut.

 Satu Dewan Hargreaves  terbarai ketawa. Purbawara  tragedi yang aku tulis  berakhir dengan komidi. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/09/28/budak-koleq-dan-pop-yeah-yeah




BUKAN JUTA JUTA BILION BILION


Najib terima RM2.08 bilion dalam masa 2 bulan, kata saksi

Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, wang berjumlah RM2.08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Najib Razak menerusi sembilan transaksi pada 2013.

Pengurus Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir 694, kesemua transaksi itu berlaku pada Mac dan April 2013.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya, semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata sejumlah RM465 juta di masukkan ke dalam akaun tertuduh (Najib) pada 22 Mac 2013 menerusi tiga transaksi.

“Pada 26 Mac 2013, sejumlah RM188,001,963.02 dimasukkan ke dalam dalam akaun Najib. Selain itu, pada 28 Mac tahun sama, sejumlah RM369,974,962.98 dimasukkan menerusi dua transaksi,” kata Uma Devi.

Beliau berkata sejumlah RM1,058,500,000 dimasukkan dalam akaun Najib pada 8, 9 dan 10 Apil 2013 menerusi tiga transaksi.

Saksi berkata, kesemua sembilan transaksi itu adalah berjumlah RM2,081,476,926.

Dalam penyataan pembukaan pada 2019, timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram berkata antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, Tanore (syarikat dipercayai milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low) memindahkan AS$681 juta ke akaun tertuduh. 

Sri Ram berkata mengikut mata wang Malaysia, ia berjumlah RM2,081,471,926 dan jumlah wang itu menjadi perkara utama dalam pertuduhan ketiga dihadapi Najib.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah juga diberitahu bahawa RM2,034,350,000 dikeluarkan dari akaun Najib antara 2 Ogos 2013 dan 23 Ogos 2013, menerusi lima transaksi.

Sebelum ini, Sri Ram juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh memindahkan sejumlah RM2,034,350,000 ke Tanore Singapore dan baki RM22,649,000 digunakan untuk membayar empat entiti dan seorang individu.

Dalam penyataan pembukaannya, beliau berkata pihak pendakwaan akan membuktikan kesemua pembayaran itu memberi manfaat kepada tertuduh.

Sementara itu, ditanya Najwa sama ada kad ATM diberikan kepada pemegang akaun berakhir nombor 694, saksi berkata “no ATM card was granted as per record,”.

Uma Devi juga berkata beberapa syarikat, individu, parti dan entiti menerima cek daripada Najib sepanjang 2012.

Antaranya, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah yang menerima RM100,000, Barisan Nasional Negeri Selangor (RM400,000), Badan Perhubungan Umno Pahang (RM760,000) dan Salt Media Consultancy Sdn Bhd berjumlah RM49,000.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.

WOIT

INI BUKAN 

RIBU RIBU

BUKAN

JUTA JUTA

KAH KAH KAH

INI BILION BILION

MACAM KATA

GAFAR BABA

KAH KAH KAH

APAKAH NAJIB

AKAN TERLEPAS

KAH KAH KAH

JANGAN RISAU

JANGAN SEDIH

KAH KAH KAH

PENDAKWA MASIH

LAGI SRI RAM

AMIN

MASIH TIM YG

AMAT TELITI

AMIN

NAK AMPUN

MACAM MANA

KE SINI BELUM

SELESAI

KAH KAH KAH

AMIN