Khamis, 6 April 2023

ROKET DARI SELATAN LEBANON



ROKET DARI

SELATAN LEBANON

KE UTARA

ISRAEL

KHALAS

BILA KITA MAKAN



BILA KITA MAKAN

INGATLAH ADA

ORANG LAIN YANG

LEBIH SUSAH NAK

DAPAT MAKAN 

DARI KITA

AMIN

BERSYUKURLAH

KHALAS

LIDAH PENGARANG - KES NAJIB DAN HAKIM NAZLAN - WAJIB BACA


Etika hakim, menteri, dan penyiasat


SIAPA yang menentukan hakim di Malaysia melanggar etika? Adakah pelanggaran itu kesalahan jenayah?

Hakikatnya, hanya Jawatankuasa Etika Badan Kehakiman Malaysia yang memutuskan kedudukan hakim, bukan pihak lain.

Kita ulang sekali lagi. Bukan orang lain.

Apa yang ternampak sekarang, ada pihak yang memandai-mandai mengumumkan keputusan dan pendapat mereka mengenai hakim dan etika.

Terutamanya dalam kes Hakim Mohamad Nazlan Ghazali – hakim yang menghumban bekas perdana menteri Najib Razak ke penjara, yang keputusannya disahkan oleh sebahagian besar hakim yang lebih senior daripadanya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Namun, khidmatnya sebagai penasihat undang-undang Malayan Banking Berhad dirujuk untuk mengatakan beliau berat sebelah dan melanggar etika kerana bank itu memberi pinjaman kepada SRC International – syarikat yang duitnya kemudian masuk ke akaun bank peribadi Najib.

Anehnya, hal itu jadi isu sekarang sedangkan sejak hari pertama lagi semua orang tahu Hakim Nazlan pernah bekerja dengan Malayan Banking Berhad. Kecuali nampaknya peguambela Najib.

Pelik, ada lebih kurang 20,000 peguam di Malaysia dan kurang 10 kumpulan bank. Apa yang susahnya untuk menyemak pengalaman kerja seorang hakim dan bekas majikannya kalau mereka dilantik dari sektor swasta?

Adakah kita perlu bersetuju dengan mereka yang bergelut susah payah untuk membebaskan Najib walaupun sudah kalah beberapa kali di mahkamah?

Adakah pandangan orang ramai sekarang ini yang jadi penentu bersalah atau tidaknya Najib dan hal ehwal etika Hakim Nazlan?

Adakah menteri undang-undang Azalina Othman Said tidak tahu tentang jawatankuasa etika apabila beliau menjawab pertanyaan peguam Najib mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Etika keberkepentingan Hakim Nazlan?

Bukankah mahkamah tertinggi negara sudah memutuskan isu ini?

Apa gunanya ada peraturan dan melaungkan ada pengasingan kuasa kalau pihak eksekutif menyondol tanpa ikut tatacara?

Pihak eksekutif – daripada menteri sampailah ke agensi penguatkuasaan – perlu tahu bahawa badan kehakiman hari ini lebih diyakini dan berintegriti berbanding mereka.

Kerja jahat menyelongkar etika dan konflik berkepentingan hakim hanya mengukuhkan lagi rasa tidak percaya rakyat kepada kerajaan dan agensinya.

Ini sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apatah lagi beliau sendiri terasing hampir 25 tahun di penjara dan terbuang dalam politik kerana tipu daya seperti ini. – 6 April, 2023.

PANDANGAN

TEPAT LAGI

BERTANGGUNG

JAWAB

KHALAS

BAZAR BUKAN BAZIR



Bazar Ramadan hasilkan 4.6 juta tan sisa makanan sehari, kata SWCorp

LEBIHAN makanan dari bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh memberi makan kepada kira-kira 40,000 setiap hari, kata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan.

Pengarahnya Ummi Kalthum Shuib dilapor media berkata sekitar 47.6 tan makanan terbuang sehari sepanjang Ramadan.

Jumlah itu katanya boleh memberi makan kepada 39,675 orang, katanya dipetik New Straits Times.

Menurut beliau kajian SWCorp mendapati secara puratanya sebanyak 52.9 tan sisa dihasilkan daripada 5,694 lot perniagaan dibuang setiap hari di Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan 90% daripada jumlah itu adalah sisa makanan.

Ummi Kalthum berkata sebahagian besar sisa – purata 49.8 tan – dihasilkan daripada bazar makanan di Kuala Lumpur.

Dan setiap gerai menghasilkan purata 9.5kg sisa, tambahnya.

Jelasnya, ini bermakna 434 gerai di bazar Ramadan di Putrajaya menghasilkan kira-kira 3.2 tan sisa atau purata 7.3kg bagi setiap lot sehari.

Katanya lagi, 81% daripada peniaga mendakwa sisa makanan dikitar semula, manakala 16% berkata lebihan makanan dijual semula. Bagaimanapun tiada bukti yang menyokong dakwaan peniaga-peniaga ini, kata Ummi Kalthum.

“Kira-kira 47% mendakwa mereka buang kurang daripada 1kg makanan, manakala 8% berkata mereka buang lebih daripada 1kg.

“Jumlah itu agak tinggi. Kami mahu mencapai sasaran sifar sisa makanan tetapi itu agak mustahil,” katanya dipetik New Straits Times.

Beliau berkata sikap peniaga yang tidak merancang dengan betul menyebabkan banyak makanan terbuang. – 6 April 2023. 

WOIT

BAZAR RAMADAN

DAH JADI

BAZIR RAMADAN

AMIN

SILA SEDAR

BULAN PUASA

MATA LEBIH

LAPAR DARI PERUT

AMIN

KHALAS

PROJEK SABOTAJ TRUMP GAGAL !!!


Trump remains the most popular Republican despite his indictment

Hours after his courtroom appearance,

 it was clear the former president’s

 fundamental political calculus is

 unchanged


Walaupun tidak pernah berlaku sebelum ini, ia telah menjadi jelas dalam beberapa jam selepas penampilannya bahawa kalkulus politik asas tidak berubah untuk Trump. Dia kekal sebagai lelaki paling popular dalam GOP, dan perpecahan musuh-musuhnya telah lama dicari antara dia dan seluruh parti Republikan kelihatan jauh seperti biasa.


“Bagi mereka yang berpendapat ini akan menjejaskan peluang Presiden Trump untuk bertanding di Rumah Putih pada 2024, saya ada berita untuk anda: ia tidak akan berlaku,” Kevin Hern, yang mengetuai Jawatankuasa Kajian Republikan, badan konservatif berpengaruh yang merupakan ideologi terbesar. kaukus di Kongres, katanya berikutan penampilan mahkamah Trump pada hari Selasa.


WOIT

PROJEK SABOTAJ

TRUMP GAGAL

AMIN

TRUMP MASIH

LAGI POLITIKUS

PALING POPULAR

DI AMERIKA

KHALAS

PETANG KHAMIS NAN INDAH


PETANG KHAMIS

NAN INDAH


PETANG INI JAM 3.30
MATAHARI BERSINAR
AWAN BERGEMAWAN
INDAH MENAWAN

PETANG YANG INDAH INI
AKAN MEMBANTU
PAK CIK MAK CIK
DI BAZAR RAMDAN

WOIT
SAPA PERGI BAZAR RAMADAN
SEDARLAH
MATA KITA LEBIH LAPAR
DARI PERUT KITA

JANGAN JADIKAN BAZAR RAMADAN
BAZIR RAMADAN

PETANG INI
GUA BERBUKA BIASA
AIR SUAM DAN BUAH BETIK
KEMUDIAN 
GUNA NAK GI KE
AVENUE SINGGANG
NAK MAKAN
DI WARUNG TOM YAM
YANG SELALU GUA LANGGAN

UDANG GUA DAH KELUAR
DARI DEEP FREEZER
GUA  NAK MAKAN
LIDAH GORENG KICAP
DAN UDANG  GORENG TEPUNG
HA HA HA

KEPADA SEMUA PEMBACA
SELAMAT BERBUKA
AMIN

DENGAR APA KATA KAPITALIS INI


AWAS !!!

SILA DENGAR

APA KATA

KAPITALIS INI

AMIN

JADI DOKTOR ZAMAN DULU LEBIH BERBALOI



JADI DOKTOR 

ZAMAN DULU

 LEBIH BERBALOI

KHALAS



DOA HANCURKAN ZIONIS TAK MENJADI


DOA HANCURKAN

ZIONIS ISRAEL

TAK MENJADI

AMIN

Unknown commented on 
"ZIONIS MENYERANG"
rilek je bro..saudi sendiri king salman dan MBS dah berjabat tangan dgn israel, uae juga sudah berjabat. komunis cina juga sudah berjabat dgn pak arab. bila palestin diserang dibantai di bunuh, kita diam diri je. nnt ada ngo2 yg edarkan tabung2 palestin yg duitnya tidak sampai palestin.cuba lu fikir, kita dikatakan ada tempat2 berdoa yg makbul..kita ada mekah dan madinah tapi sayangnya doa2 kehancuran israel di tempat2 mustajab ini tidak menjadi.israel terus berkuasa dan kuat.atau umat islam berdoa utk kaya dan kawin 4 didepan kaabah..atau haji hadi juga teringin masuk kaabah agar duit2 rm90juta disucikan tuhan..kaabah ni mcm mesin suci duit plak..

SENYUM PETANG


SENYUM PETANG

AMIN



PAKATAN TAK ADA SOKONGAN BANI MELAYU


PAKATAN

TAKDA SOKONGAN

BANI MELAYU

KHALAS

Unknown commented on 
"PENGANAL BERKATA BENAR"

Sokongan bukan Melayu yang meletak dia sebagai PM X, tapi apa dapat, semua cakap hanya Melayu Isle supaya kekal terus, kah kah nasib oh nasib bukan Melayu termasuk bumiputera Sabah Sarawak orang asal orang asli senoi Perak kah kah kah nak buat macam mana kah kah kah peng anal tak kisah pasal yang sokong, yang berat sekarang yang tak sokong, macam anak kita, lagi banyak perhatian supaya anak jahat jadi baik tapi anak baik terus dilupakan kah kah

AMERIKA JADI NEGARA DUNIA KE TIGA



AMERIKA JADI

NEGARA

DUNIA KE TIGA

KHALAS

MASJID BEBAS POLITIK



Pertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik, titah Agong


Seri Paduka bertitah masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati sekali gus menjadi contoh kepada agama-agama lain.

“Kita tak mahu adanya institusi masjid ini tempat kita berpecah belah… Nauzubillah. Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini dipelihara oleh kita umat Islam, bukan pemimpin semata-mata tetapi kariah masjid berkenaan.

“Saya akan sentiasa ingatkan khususnya di Pahang masjid tak boleh dicampuri unsur-unsur politik waima siapa sekali pun,” titah baginda pada majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razzaq dan Majlis Berbuka Puasa di Bachang di Melaka hari ini.

HIDUP INI

POLITIK

AMIN

MANUSIA IALAH

INSAN POLITIK

AMIN

CAKAP CAKAP

JANGAN BERPOLITIK

ITU ADALAH POLITIK

KHALAS

MUSTAHIL KITA

DAPAT BEBAS

DARI POLITIK

AMIN

YG WAJIB DITOLAK

IALAH PROPANDA

POLITIK PARTI

DALAM MASJID

AMIN

KEMPEN PARTI

DI LUAR MASJID

TAKDA MASAALAH

AMIN

KHALAS

LAWAT SAUDI SEKALI LAGI


Lawatan Anwar ke Arab Saudi agak pelik, kata badan pemikir

Lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi pada bulan lalu yang mana beliau tidak disambut oleh pemimpin tertinggi negara itu amat pelik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Iris Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia dan Arab Saudi setelah sekian lama mempunyai hubungan bilateral yang baik dan melaksanakan pelbagai siri pertemuan signifikan sebelum ini.

Justeru, Syed Ahmad berkata, Anwar sebagai seorang ketua negara, sepatutnya disambut oleh ketua negara yang dilawati dan bukannya mana-mana pegawai tidak setaraf dengan status beliau.

"Ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi PM pada 2019, Mazlee Malik, menteri pendidikan ketika itu pun dapat berjumpa dengan Raja Salman untuk berbincang mengenai hubungan antara Malaysia dan Saudi dalam pendidikan," katanya kepada MalaysiaNow.

"Malaysia dan Arab Saudi ada banyak hubungan strategik seperti dalam isu minyak, pengurusan haji dan sebagainya.

"Tetapi apabila Anwar pergi, nampaknya perkara yang dibincangkan adalah perkara yang tidak strategik dan tak dapat pun berjumpa dengan Raja Arab Saudi."

Lawatan perdana menteri ke Arab Saudi antara 22 hingga 24 Mac lalu menimbulkan persoalan apabila beliau tidak bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang juga merangkap perdana menteri negara itu.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi dalam satu kenyataan kemudian menjelaskan kerajaan Arab Saudi meminta lawatan tersebut dilanjutkan supaya pertemuan antara dua pemimpin negara itu dapat dilaksanakan.

Kenyataan itu turut menyatakan permintaan tersebut terpaksa ditolak memandangkan Anwar perlu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selain dijadual berkunjung ke Kemboja dan China.

Institut Iris merupakan badan pemikir yang menghimpunkan peneliti-peneliti dalam bidang hubungan antarabangsa.

Bagaimanapun, Syed Ahmad berkata, walaupun lawatan Anwar ke negara lain selepas Arab Saudi dianggap berjaya, beliau masih perlu memberi penjelasan penuh kerana kunjungan itu mewakili rakyat Malaysia secara menyeluruh.

"Apabila perkara itu berlaku, memang bermakna ada masalah, jadi perlu ada penjelasan yang baik. 

“Ini bahagian yang ramai keliru, tetapi saya rasa beliau akan elak daripada menjelaskan perkara ini"

"Tak mungkin Wisma Putra tidak tahu jadual pergerakan pemimpin negara yang dikunjungi kerana ia adalah protokol dan tanggungjawab mereka mengetahui segala butiran sebelum PM mencecah bumi sana," kata Syed Ahmad.

Syed Ahmad bagaimanapun berpandangan bahawa lawatan ke Arab Saudi itu merupakan kehendak Anwar sendiri.

WOIT

JANGAN RISAU

TAHUN DEPAN

LAWAT SEKALI

LAGI

KAH KAH KAH

KALI INI BAWA

CIK SITI

KAH KAH KAH

ANAK RAJA SAUDI

SUKA BUAT KONSERT

AMIN

BAWA ROCK BAND

RAPPER  PENARI

YG NI MBS

AMAT  MINAT

KAH KAH KAH

NASHID NGAJI

BENDA BENDA NI

SAUDI DAH 

TAK MINAT LAGI

AMIN

F1  TIM BOLA

MBS AKAN SAMBUT

GILA GILA

KHALAS

LAWAK BERDIRI PEMUDA GEROMBOLAN


Masa untuk meremajakan Umno, kata ketua bahagian baharu

UMNO yang terus ditolak oleh pengundi termasuk orang Melayu pada pilihan raya umum yang lepas menjadi pencetus kepada sebahagian pimpinan akar umbi parti untuk meremajakan semula parti bermula dari peringkat paling bawah, kata beberapa ketua bahagian Umno yang baru dipilih.

Mereka yang menang pemilihan parti baru-baru ini berkata hasrat untuk membetulkan semula Umno adalah antara sebab utama mereka menawarkan diri untuk memimpin parti di peringkat bahagian.

Noor Hariri Mohamed Nor, 44, yang terpilih sebagai ketua Umno Pasir Mas berkata beliau rasa bertanggungjawab untuk memulihkan semula parti, bermula dengan bahagiannya sendiri.

“Untuk Pasir Mas rancangan pertama saya adalah untuk kembalikan keyakinan anak muda kembali kepada sokong Umno.

“Keduanya untuk kembalikan motivasi ahli di peringkat cawangan yang sedia maklum terkejut dengan keputusan PRU15, pada November lalu,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

INI 

LAWAK BERDIRI

DARI SERAMBI

MOSCOW OOPS...

SILAP

SERAMBI MEKAH

KAH KAH KAH

AMIN

AGENDA ASAS UNTUK RAKYAT



AGENDA ASAS

UNTUK RAKYAT

KHALAS

KENANGAN DULU YANG MANIS

 



KENANGAN DULU

YANG MANIS

AMIN

Unknown commented on

 "KALAU RINDU 

LIHAT DI BULAN BIRU"

Manusia selalu akan fikir masa lampau, samada kenangan manis, pahit atau nostalgia. Biasa ini semua biasa berlaku dalam otak minda hati kerana ada perkara menyentuh hati kita fikiran kita, kah kah kah, dalam perjalanan hidup macam-macam berlaku, samada baik atau buruk kita terus hidup selagi mampu, itu saja, Mahathir pun nak berkuasa walau pernah jadi 22 tahun sebagai PM, itu hasrat kehendak impian dia walau apa sebab dia hanya dia seorang tahu, apa muslihat apa ada dalam hati dia, apa dia mahu hanya dia seorang tahu, kah kah kah

TENGOK ANAK BULAN - JANGAN POTONG STIM


TENGOK

ANAK BULAN

AMIN

JANGAN 

POTONG STIM

KHALAS

Unknown commented on
 "RAYA TARIKH DAH TETAP"
Jangan kacau penyimpan mohor raja raja sekelian, jangan kacau cari makan orang kah kah kah, ramai golongan free loader kiri kanan jadi jangan kacau ITU, kerja tak ada atau setahun Dua kali saja tak apa, tak kisah tak elok biar kan saja, ramai sangat makan gaji buta buat bisnessman sendiri masa kerja pun, semua ITU orang nampak tak apa apa tak kisah asal orang Kita Bahagian kah kah jag

LAGI 16 HARI KITA RAYA


RAYA LAGI

16 HARI

KHAMIS 6/4/2023
LAGI 16 HARI KITA RAYA
PUASA TAHUN INI AMAT SANTAI
ALAM MEMBANTU KITA
PANAS TENGAH HARI
HUJAN RENYAI PETANG
CUACA MOLEK

BAZAR RAMADAN
NIAGA RANCAK
TAPI BANYAK KOMPLIN
HARGA MAHAL

PERLU CARI
WARUNG RAHMAH
YANG JUAL JUADAH
BAWAH LIMA RINGGIT

AYAM & TELOR
KEPERLUAN RAYA
CUKUP

TAPI GUA BACA
PASAR ADA LAMBAKAN
SAYURAN 
INI MUNGKIN KERANA CUACA MOLEK
SAYUR SUBUR
PASARAN MENGELEMBUNG
AMIN

AMERIKA
HEBOH PASAL
TRUMP KENA DAKWA
MASIH JADI PERBUALAN NASIONAL

MACAM MACAM PANDANGAN
MACAM MACAM ANDAIAN
TAPI APA YANG JELAS
TRUMP AMAT POPULAR
DALAM MASA 5 HARI  SATELAH
BERITA DAKWAAN TERSEBAR
PENYOKONG TRUMP
TELAH MENGUMPUL
9 JUTA DOLAR
UNTUK TRUMP BERTANDING 
DALAM  TAHUN 2024
AMIN

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH  SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
SINAR DI LINDUNG AWAN
LANGIT ARAH SHAH ALAM
BIRU  MELEPAK
LANGIT ARAH ULU LANGAT
AWAN BERKOTAK KOTAK

DI PINTU MASUK
BURUNG HOW WOW
DARI POKOK GETAH BERSUARA
MURAI BERKICAU

SEKUMPULAN PIPIT
MELINTAS

DI LANGIT SEBUAH HELI
MENUJU SHAH ALAM

KELUARGA MASIH RAMAI
MEMBAKAR COLOK
SAMBIL SEMBAHYANG
PADA MAK BAPAK DATUK NENEK
PAGI INI GUA TAK DENGAR
BUNYI MERCUN

HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
TAK TAK SEDANG MENJALAR
DI BALKONI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI KHAMIS
YANG MANIS

BRO
JIKA PELUANG
TIDAK MENGETUK
LU BUKA SEBUAH PINTU

BRO
JIKA SAMPAN LU
TAK KUNJUNG DATANG
LU BERENANG

BRO 
SETIAP JUARA
PERNAH MENJADI PESAING
YANG TAK PERNAH MENGALAH

BRO
CAHAYA YANG BERSINAR
DARI DALAM
TAKDA SIAPA DAPAT
MEREDUPKAN

BRO
LU BERJALAN
KEMANA PUN
LU LAKUKAN
SEPENUH HATI

BRO
SETIAP HARI
ADALAH PELUANG
KE DUA

BRO
APA PUN KERJA
YANG LU BUAT
CINTAILAH DAN SYUKURILAH

BRO
JEMPUT KEBAHAGIAN
AGAR TAK AKAN
BERSEDIH HATI

BRO
HIDUP INI 
TAK AKAN JADI BEBAN
JIKA LU JALANI
DENGAN IKHLAS

BRO
LAKUKAN YANG TERBAIK
HINGGAKAN
LU TIDAK AKAN
DI ABAIKAN

BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENGINGATI
DETIK YANG INDAH
IALAH DENGAN MENIKMATINYA

BRO
ADA BANYAK CARA
UNTUK MAJU
TAPI HANYA ADA SATU CARA
UNTUK DIAM

BRO
BILA HENDAK MERATAH  KERANG
BILA TAK INGAT TERMAKAN CUKA
BILA KITA  DI FITNAH ORANG
JANGAN CEPAT BERMASAM MUKA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUAS