Rabu, 19 Julai 2023

HOT HOTT TER KINI TER NOWW TER HOTT


POLITIK SIAM

YANG MAJORITI

GAGAL JADI PM

AMIN

JIKA

KE JALAN RAYA

ASKAR AMBIL ALIH

KHALAS

BANGLA TURUN KE JALAN. RAYA


BANGLA TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

SANUSI BAHAYA BESAR


SANUSI INI

BAHAYA

KAH KAH KAH

JIKA TAK DISERANG

DIA NAIK TOCANG

AMIN

 KES SAMAN PMX

SANUSI AKAN

BUKA

 CERITA BONTOT

AMIN

INI BAHAYA BESAR

KAH KAH KAH

KHALAS

MELAYU MAKIN SEDAR



Negara 'hampir-hampir' ke arah rusuhan ala 13 Mei, kata Kit Siang


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini memberi amaran negara sedang menuju ke arah rusuhan kaum seperti mana yang berlaku lebih lima dekad lalu, sambil mengingatkan Perlembagaan Persekutuan menjamin kesaksamaan semua kaum termasuk tidak menghalang bukan Melayu memengang jawatan tertinggi negara.

"Selepas 54 tahun, Malaysia semakin hampir-hampir ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969," kata Lim dalam kenyataannya menyelar Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang mengutuk penangkapan dan pendakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam.

"Bolehkah semua parti politik dan calon dalam pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak mahu rusuhan 13 Mei 1969 berulang di Malaysia dan menegaskan relevannya prinsip membina negara yang terkandung dalam Rukun Negara demi sebuah Malaysia yang majmuk?" soal Lim.

Semalam, Hamzah menyifatkan tuduhan hasutan yang dikenakan terhadap Sanusi sebagai pendakwaan terpilih, mencerminkan pendirian pemimpin pembangkang lain.

Ahli politik Kedah yang lantang bersuara itu ditangkap pada awal pagi semalam oleh kira-kira 20 anggota polis, sebelum didakwa beberapa jam kemudian berkait ucapannya yang mempersoalkan prestasi menteri besar Selangor dan pelantikannya, di samping mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Lim dalam kenyataannya hari ini turut mengingatkan, Perlembagaan tidak melarang bukan Melayu menjadi perdana menteri, dan menambah pemimpin pengasas terdahulu tidak mempunyai masalah dengan senario sedemikian.

Bagaimanapun, Lim berkata soal sama ada bukan Melayu akan memegang jawatan tertinggi di Malaysia seperti mana Barack Obama menjadi presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat pada 2008, merupakan isu berasingan.

"Saya tidak fikir akan melihat seorang bukan Melayu menjadi perdana menteri dalam hidup saya mahupun hidup anak-anak saya," kata Lim.

“Dengan kejayaan bersejarah Obama, ramai rakyat Malaysia bertanyakan sama ada Cina, India, Kadazan atau Dayak boleh menjadi perdana menteri Malaysia walaupun Perlembagaan amat jelas bahawa mana-mana warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, boleh menjadi perdana menteri,” tambahnya.

Menurut Lim, hubungan kaum Malaysia "semakin merosot" tahun ini, dan berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti akan menunjukkan sama ada Malaysia boleh kembali kepada "prinsip asal bina negara untuk sebuah Malaysia majmuk".

Rusuhan kaum 1969 merujuk kepada keganasan antara etnik Melayu dan Cina selepas pilihan raya umum tahun itu yang menyaksikan penambahan sokongan untuk parti berasaskan bukan Melayu dan pengurangan kerusi gabungan pemerintah yang dipimpin Umno.

Episod itu dianggap sebagai peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia selepas kemerdekaan, dengan pihak berkuasa kerap memberi amaran kepada orang ramai tidak menganjurkan sebarang perbincangan terbuka mengenai topik itu.

 INI TANDA

KESEDARAN

 BARU

AMIN

MELYU MAKIN

SEDAR

KHALAS

MUHYIDIN DARI MANA ?



Kerajaan guna undang-undang tekan pembangkang, kata Muhyiddin

PUTRAJAYA menggunakan instrumen undang-undang untuk menekan pembangkang, kata Muhyiddin Yassin selepas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di bawah Akta Hasutan, semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut menyifatkan tindakan tersebut bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan kerajaan perpaduan.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu melahirkan rasa simpati ke atas apa yang berlaku terhadap Muhammad Sanusi.

“Nampaknya kerajaan hari ini semakin galak menggunakan instrumen undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.

“Ini sama sekali bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan oleh mereka dahulu termasuk untuk menghapuskan Akta Hasutan. Inilah wajah sebenar mereka untuk ditatap oleh rakyat,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau menegaskan dasar dan prinsip perjuangan PN adalah untuk menjunjung, memelihara dan mempertahankan kedaulatan serta kemuliaan institusi Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

“Prinsip ini akan terus dipertahankan,” ikrarnya dalam kenyataan tersebut.

Semalam, Muhammad Sanusi didakwa atas dua tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang.

Dalam pertuduhan pertama, beliau didakwa membuat kenyataan menghasut berhubung pelantikan menteri besar Selangor.

Di mahkamah berasingan Muhammad Sanusi, 48 didakwa membuat kenyataan berkait titah Yang Di-pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum yang lalu.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan pada satu ceramah yang sama di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak jam 11 malam pada 11 Julai lalu.

Ketika dibacakan pertuduhan, ADUN Jeneri itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. – 19 Julai, 2023.


WOIT

MUHYIDIN NI

DARI MANA ? 

BARU LAHIR KE ?

KAH KAH KAH

MUSTAHIL BARU

SEKARANG SEDAR

AMIN

ZAMAN MADEY

ZAMAN  NAJIB

ZAMAN MUHYIDIN

SENDIRI

KERAJAAN AKAN

TIBAI 

PEMBANGKANG

AMIN

KERAJAAN NAK

TERUS BERKUASA

NAK TERUS DAPAT

PROJEK MAKA

SAPA LAWAN

KERAJAAN

AKAN TIBAI

AMIN

INI BUKAN

PERKARA BARU

INI BUDAYA POLITIK

AMIN

SAPA ADA KUASA

AKAN TIBAI YANG

NAK AMBIL ALIH

KUASA

KHALAS

KOREA UTARA BANGUN MELAWAN



KOREA UTARA

BANGUN MELAWAN

AMIN

SANUSI BERI JAWPAN



SANUSI

BERI JAWAPAN

KHALAS

PANTUN DI BALAS


PANTUN DIBALAS

AMIN


BESI  TERCACAK TIANG DI HUTAN
KAUM KERABAT SUDARA MARA
SANUSI DI TANGKAP AKTA HASUTAN
KINI MENJADI  WIRA NEGARA

Raja sehari raja manusia
Mencari pohon buat berteduh
Tuduh menuduh adat manusia 
Orang berpolitik kuat bergaduh

POLITIK SIAM


POLITIK SIAM

INI TANDA KALAU PILIHAN RAYA
BOLEH MENGUBAH APA APA
PILIHAN RAYA
AKAN DI HARAMKAN
AMIN

BAGINDA QUEEN DAH MANGKAT


BAGINDA QUEEN

DAH MANGKAT

AKTA MASIH

 DIPAKAI

KHALAS

Unknown commented on

 "DULU KITA LAWAN -

 SEKARANG KITA GUNAKAN"

Akta 1948 sebelum merdeka masih simpan masih guna masih pakai sebab apa? Sebabnya ada guna lawan musuh lawan orang mulut celupar lawan orang tak faham bahasa, dah cakap jangan buat provokasi 3R, siapa cakap? Ramai cakap tapi hero Sanusi hebat tak takut popular meningkatkan saham sendiri tak apa, bagus juga ada orang-orang macam ni kah kah kah hidup lebih ceria, setiap hari ada sketsa politik karenahnya konflik supaya manusia terhibur ketawa kah kah kah rakyat Malaysia beruntung sangat, pentas politik sepanjang masa bukan hanya hanya masa pilihanraya kah kah kah

BUJET DAH MASUK


BUJET 

DAH MASUK

KHALAS

Unknown commented on 

"SUDAH KANTOI !!!"

Soalan yg lebih menarik lagi bagaimana Tin Milo Kopiah Puteh boleh main di playground elite ini Bukit Kiara? Tahu lah Hamzah dan butler dia main diSolaris? Agak Tin Milo dah penuh REE curi masyuk jugak boleh enjoy menjoy, suara nyaring.

Unknown commented on 

 "SUDAH KANTOI !!!"

semua orang paham.. saja tanya nak saja nak bergaduh.. tak kan ini pun tak paham.. pasal ini kejraan sebang kuat.. tanya macam ni pun nanti masuk kedalam.. radiokar nanti datang rumah.. kah kah kah

AWAS !!! KITA TERUS DINTTIP


AWAS !!!

KITA TERUS 

DI INTIP

AMIN

SUDAH KANTOI !!!


Tak masuk akal polis sukar hubungi Sanusi, kata Hamzah

ANEH apabila polis mengatakan Muhammad Sanusi Md Nor sukar dihubungi kerana menteri besar sementara Kedah itu mempunyai pengawal peribadi yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Hamzah Zainudin.

Dakwaan itu tidak masuk akal, tegas setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) itu menerusi video yang dimuat naik di Facebook tengah malam tadi.

“Yang amat pelik sekali ialah beliau sebagai menteri besar mempunyai seorang bodyguard (pengawal peribadi) yang juga datang daripada PDRM.

“Tidakkah sesuatu yang amat aneh sekali apabila polis sendiri mengatakan mereka tidak dapat menghubugi Sanusi?

“Ini adalah jawapan yang tidak masuk akal sama sekali kerana pihak polis mempunyai seorang (anggota) yang diletakkan di sebelah menteri besar untuk menjaga keselamatan beliau, boleh bertanya terus kepada bodyguard di mana Sanusi berada pada bila-bila masa,” katanya.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam berkata Sanusi ditahan pada 2.30 pagi semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur  selepas beliau tidak menjawab panggilan telefon daripada polis sejak petang Isnin, untuk dimaklumkan perlu hadir ke mahkamah.

Sanusi banyak kali menolak panggilan telefon dari polis, katanya dipetik Bernama pada sidang media khas di Bukit Aman di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata Sanusi ditahan di Mont Kiara di Kuala Lumpur bagi memastikan beliau hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.

Sanusi mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Mengikut kedua-dua pertuduhan Sanusi didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Tuduhan ke atas Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu berkait ucapannya mengenai pelantikan menteri besar Selangor dalam satu ucapan di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara di Gombak pada 11 Julai.

Bagi tuduhan kedua, Sanusi dituduh membuat kenyataan hasutan berkait pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Sanusi dalam ucapan pada 11 Julai itu antara lain menyebut Sultan Selangor memilih menteri besar yang “cokia”.

Ekoran itu, puluhan laporan polis dibuat ke atas Sanusi, yang seterusnya memohon ampun dengan menulis surat kepada Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin bagaimanapun semalam menitahkan perkara itu belum selesai.

Sanusi seterusnya ditahan polis pada dinihari di Lembah Kelang.

Satu video yang dimuatkan setiausaha politiknya Helmi Khalid di Facebook menunjukkan Sanusi dikutip di sebuah hotel pada kira-kira jam 2.30 pagi. – 19 Julai 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

HAMZAH X-KDN

KANTOIKAN PDRM

KAH KAH KAH

TAPI MUNGKIN

POLIS YG JAGA

SANUSI TAK IKUT

KE KL

KAH KAH KAH

ATAU POLIS INI

SEDANG  REHAT

KAH KAH KAH

KHALAS

PEGUAM MASIH TAK FAHAM


Mengapa layanan berbeza antara Sanusi dan Guan Eng, soal peguam


Seorang peguam tampil menyenaraikan tiga isu yang signifikan berkaitan proses siasatan terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ceramah politiknya di Selayang, Selangor minggu lalu sehingga peringkat pendakwaan di mahkamah, pagi semalam.

Pertama, peguam Rafique Rashid, mempersoalkan dan membandingkan tempoh masa yang diambil oleh pihak polis dalam kes Sanusi, mengatakan mengapa masa yang lama pula diambil untuk menyiasat ahli politik dalam anggota kerajaan campuran.

Beliau merujuk kepada kes siasatan Pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung ucapannya yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) dalam satu majlis di Jelutong, Pulau Pinang 7 Julai lalu.

Beliau berkata, proses siasatan yang laju dan tidak lembab wajar dipuji dan sepatutnya dijalankan oleh pihak polis terutamanya kes Sanusi hanya perlu dinilai melalui kata-kata dalam ucapannya sama ada wujud elemen hasutan sebelum dibawa ke peringkat pertuduhan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, sekiranya itulah proses siasatan yang dikenakan terhadap Sanusi ianya juga sepatutnya menjadi proses yang sama dikenakan terhadap mana-mana siasatan melibatkan ahli-ahli politik dalam anggota kerajaan campuran pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Yang mengkritik dan menggunakan 3R juga harus dikenakan tindakan yang sama juga. Kalaulah telah pun dipanggil dalam masa empat hari selepas itu pun dituduh.

“Maka, Lim pun samalah,” katanya kepada MalaysiaNow.

Semalam, Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan kerana membuat kenyataan berbaur hasutan mengenai pelantikan rakan sejawatnya di Selangor, Amirudin Shari ketika berucap dalam ceramah politik.

Beliau didakwa hanya selepas empat hari hadir memberi keterangan dan rakaman percakapan kepada pihak polis.

Sanusi turut didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan berhubung penubuhan kerajaan campuran.

Bercakap lebih lanjut, Rafique berkata perbezaan itu seolah-olah memberi bayangan terdapat layanan yang tidak sama dalam kedua-dua siasatan terhadap ahli-ahli politik tersebut.

Perkembangan ini lebih jelas apabila seseorang yang berada dalam blok pembangkang menerima “kelajuan” yang lebih cepat berbanding pemimpin yang berada dalam blok kerajaan.

Selepas pendakwaan terhadap Sanusi, Rafique turut membangkitkan persoalan mengenai keazaman PH yang selama ini dilihat aktif memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan sering kali menggelar akta itu sebagai satu akta yang sudah lapuk.

Namun kini, selepas berjaya membentuk kerajaan baru di Putrajaya, PH dilihat masih bergantung dengan pendakwaan terhadap musuh politik mereka menggunakan akta tersebut.

Katanya, terdapat beberapa seksyen dalam undang-undang yang membenarkan pertuduhan meskipun melibatkan sensitiviti kesultanan dan diraja tanpa perlu menggunakan Akta Hasutan.

Contohnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan mengenai kesalahan atau jenayah fitnah dan jika sabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 500 yang membawa hukuman penjara sehingga dia tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Jadi, tak perlulah nak gunakan undang-undang lapuk macam Akta Hasutan 1948 yang mereka sendiri kata akan hapuskan dan mansuhkan.”

Mengulas lanjut, Rafique juga menyedari perkembangan terbaru dalam kalangan penyokong kerajaan campuran di mana mereka juga dilihat seolah-olah meraikan penggunaan Akta Hasutan setiap kali melibatkan siasatan terhadap pemimpin pembangkang.

“Undang-undang itu tidak harus disorak oleh sesiapa kerana akhirnya benda ini menjadi ‘politically motivated’.

“Sebab jelas penyokong-penyokong mereka sendiri yang sebelum ini yang bertempik sorak bahawa sepatutnya kerajaan yang reformasi ini mansuhkan undang-undang tapi gunakan undang-undang yang sama untuk lawan mereka.”

Pada perkembangan sama, beliau juga mengulas tindakan pihak polis yang menahan Sanusi di Kuala Lumpur pada jam 3 pagi sedangkan pihak berkuasa boleh mengeluarkan perintah hadir mahkamah.

Bercakap kepada MalaysiaNow, beliau menerangkan pertuduhan terhadap Sanusi itu difailkan melalui sistem atas talian, e-filing sekitar jam 5 petang pada Isnin.

Dengan itu, pihak pendakwa raya juga akan maklum bahawa pendakwaan akan dibuat pada pagi Selasa.

“Kalau begitulah pemfailan pertuduhan tersebut, maka sudah tentu pegawai penyiasat sudah memaklumkan kepada peguam yang mewakili Sanusi bahawa pertuduhan akan diadakan pada jam 9 pagi hari berikutnya.

“Dan fakta beliau ditahan pada jam 3 pagi di Kuala Lumpur, kenapa perlu ditahan? Sepatutnya beliau terus hadir ke mahkamah pukul 9.”

Katanya, penahanan itu seolah-olah menghantar satu mesej kepada rakyat daripada segi kebebasan pergerakan seseorang.

Menurut Rafique, jika seorang menteri besar seperti Sanusi yang memiliki pegawai pengiring dan pengawal peribadi boleh diperlakukan sedemikian, bagaimana pula nasib dan layanan pihak polis kepada rakyat biasa?

“Itulah yang saya ajak rakyat Malaysia untuk berfikir secara kritikal, bukannya atas asas parti politik masing-masing.

“Tetapi dari segi seorang rakyat, adakah ia akan terima layanan yang sama macam Sanusi atau menjangkakan layanan yang sama macam Lim, tidak dituduh sehingga sekarang.”

Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mempertahankan penahanan Sanusi oleh pasukannya mendakwa pemimpin itu gagal dihubungi untuk memaklumkan kehadirannya di mahkamah.

Pada Isnin, Sanusi memberitahu media beliau sudah pun mengesahkan kehadirannya ke mahkamah untuk didakwa.

WOIT

PEGUAM NI

KURANG FAHAM

AMIN

SENANG CAKAP

MACAM NI :

SANUSI MUSUH

GUANG ENG KAWAN

AMIN

TIBAI MUSUH

PILIHARA KAWAN

KHALAS

WIRA BARU MUNCUL !!!


WIRA MELAYU

BARU MUNCUL

AMIN

GANTI WIRA LAMA

KAH KAH KAH

KHALAS

ASKAR AMERIKA LARI KE KOREA UTARA


ASKAR LARI

TAK MAHU 

DIHANTAR

PULANG

KE AMERIKA

KHALAS

AKTA BAGINDA QQUEEN



AKTA BAGINDA

QUEEN

AMIN

Unknown commented on
 "ZAHID CAKAP BETUL"
Kah kah kah betul betul betul, kalau kena batang hidung sendiri memang tak ada asas, kalau kena batang hidung orang lain memang ada asas, oops ini cara main politik ini cara betul lawan musuh politik, biasalah sama saja kan? Selagi ada akta 1948 memang boleh pakai, sekarang ini Sanusi betul kah? Apa dia ucap betul kah? Apa maksud kalau dia hina Rajah adakah ianya sentimen orang Melayu terhadap Rajah? 


Kah kah kah adakah jadi komunis kalau sudah pandai mengata Rajah? Kalaulah orangnya bukan Sanusi adakah derhaka? Kerana Sanusi ianya tak apa? Politik jijiknya kerana semua bertukar ikut peluang ikut masa ikut individu, kadang terbaca komen netizen adoi memang sentimen tanpa akal wajar tapi apa boleh buat kan? Bapak pencuri jadi Hero Bossku? Kah kah kah

PERANGAI TALIBAN


PERANGAI 

TALIBAN

AMIN

Unknown commented on
 "BUDAYA TALIBAN MERESAP
 KE N. SEMBILAN"

Kalau ingat balik Taliban ini jadi famous seluruh dunia apabila letupan Patung Buddha Bohemian gergasi, betul tak? Popular kerana tindak tanduknya bagai adil saksama tapi adakah begitu sekali? Rakyat Taliban sendiri mengeluh dahulu kepada dunia luar azab seksa bawah naungan Duli Taliban, bukan orang lain bukan kafir bukan orang lain tetapi orang bangsa agama sendiri kah kah kah, maka percayalah akan sampai waktu akan sampai masanya orang sendiri akan tinggalkan Taliban, kah kah kah

SANUSI


SANUSI 

RABU 19 JULAI 2023
HARI INI CUTI AM
MENYAMBUT AWAL MUHARAM

HEBOH HEBOH
KES SANUSI
MENGHINA SULTAN SELANGOR
KAH KAH KAH

KINI HERO MELAYU
BARU MUNCUL
SAMBUTAN  SANUSI 
BALIK DARI MAHKAMAH
CUKUP HEBAT
RIBUAN TUNGGU
DI LAPANGAN TERBANG

LAGI DI TEKAN
LAGI MELAWAN
INILAH SANUSI
HERO MELAYU
AMIN

AMERIKA
TRUMP AKAN DI TAHAN LAGI
KAH KAH KAH
TRUMP AMSIH POPULAR
MALAH PALING POPULAR
DI AMERIKA
KALAU TANDING PASTI MENANG
SAMA MACAM SANUSI
DI MALAYSIA
CAKAP KASAR
TAPI SOKONGAN RAKYAT HEBAT

KOREA UTARA
SEORANG SOLDADU AMERIKA
LARI KE KOREA UTARA
KINI DI TAHAN DI SANA

ITALI
HOSPITAL SIBUK
RAMAI DATANG KERANA
PANAS  YANG MELAMPAU

SWITZERLAND
PANAS SAMPAI
HUTAN TERBAKAR

HOKKIEN
LANGIT KELABU MENDUNG
MATA HARI  TAK KELUAR
AWAN GELAP KELIHATAN

SAEKOR GAGAK MELINTAS
MENANGIS  MENCARI KAWAN
SEDIH

TAPI PAGI INI
GUA BERNASIB BAIK
BERJALAN  DI HADAPAN
POKOK ARA
TERTIBA JANTAN
  MENAPAK MELINTAS
DIA BERJALAN PERLAHAN
ADUH !
CANTIK SI AYAM INI
DIA TERBANG DAN HINGGAP RENDAH
ATAS POKOK ARA
TERUS BERKOKOK

HA HA
KALI PERTAMA
GUA MELIHAT RUPA JANTAN
YANG BERKOKOK
INI HADIAH PAGI INI 
UNTUK GUA

BRO
SENYUM
KITA  SAMBUT
AWAL MUHARAM
DENGAN SENYUMAN

BRO
BESI  TERCACAK TIANG DI HUTAN
KAUM KERABAT SUDARA MARA
SANUSI DI TANGKAP AKTA HASUTAN
KINI MENJADI  WIRA NEGARA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI