Rabu, 14 September 2011

MINTA MAAF - SATU KESILAPAN BESAR



CIK SITi PUAN ROSMAH



nota:
sedang kyusuk dan terdudoq
waduk melikok likok
tandan umalok yang sikok
kok kok kok



CIK SITI PUAN ROSMAH

Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu raya – kami kanak-kanak menganggp hari raya ini satu bulan. Dari lojik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, dihari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.

Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.

Ceritanya bagini : selama satu bulan – dibulan puasa – saya selalu mengidam hendak berbuka puasa dengan Rosmah berendam ...oopsss maaf dengan badak berendam sambil minum air tuak. Idaman saya ini gagal. Kerana kegagalan ini maka munculah kesedaran kepada saya bahawa selama ini saya telah silap kerana sebenarnya badak berendam...opps maaf ... sebenarnya Cik Siti Puan Rosmah Mansor bukan musuh. Kesilapan besar saya ialah menganggap Rosmah sebagai musuh. Ini silap yang betul betul silap.

Saya sedar - habis sahaja para pembaca membaca ayat diatas maka pastilah ramai yang akan menuduh bahawa saya telah belot. Atau saya telah dibeli. Atau saya telah bertaubat. Wahai pembaca yang budiman. Sabar dahulu biar saya terangkan kenapa saya tidak lagi menganggap Rosmah Mansor sebagai musuh.

Kesahnya bermula sebelum bulan puasa lagi. Saya mula mendengar cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Dari hari ke minggu dari minggu ke bulan - cerita ini semakin kuat saya dengar. Mula-mulanya saya hanya terbaca dari laman dan blog yang terkenal sebagai laman fitnah dan tohmah. Tetapi bila saya lakukan kaji selidik maka saya dapati cerita dari Haji Desus ini bukan lagi desas desus tetapi telah menjadi fakta.

Mula-mula dahulu saya mendengar bahawa Munyiddin Yassin amat marah kepada Cik Siti Puan Rosmah kerana beberapa kali Rosmah Mansor telah mengambil tempat dan kedudukan resmi Muhyiddin dalam hal pembelajaran. Rosmah seakan-akan telah menjadi Menteri Pelajaran. Telinga saya sendiri telah mendengar dari tim Muhyiddin tentang bagaimana Muhyiddin menyinga marah terhadap Cik Siti Puan Rosmah.

Kemudian muncul pula berita tentang Cik Siti Pun Rosmah kita ini pergi ke Kazakhtan untuk meminang. Memang pelik - bak kata orang Melayu ini macam perigi mencari timba. Atau lebih tepat lagi macam lesong mencari antan. Ini bukan kerana anak perempuan Rosmah ini memiliki mulut seluas lubang lesong atau bakal menantu Rosmah ini memiliki anu sebesar antan. Ini tanda kehebatan pepatah Melayu – tepat lagi erotik

Semua kesah-kesah ini cuba memburukkan Rosmah Mansor. Tak cukup dengan kesah lubang mencari antan tetiba timbul pula kesah besan Rosmah ini rupa-rupanya ada kaitan dengan Marlon Brando oopps...salah... bukan dengan Godfather Itali tetapi dengan mafia Russia. Tidak diketahui bagaimana berita ini terbocor dalam akhbar Kompas – harian terbesar di Indonesia. Nampaknya kempen membenci Cik Siti Puan Rosmah ini telah menular ke seberang.

Kesah ini rupa-rupa tidak berhenti disini sahaja. Tup tup terbarai pula berita Cik Siti kita ini telah membeli sebentuk cincin berlian dari New York. Untuk saya berita cincin ini tak masuk akal. Cuba para pembaca renung dan fikirkan - munusabah kah Cik Puan kita yang berat badannya 143 kilo 75 gram ini mahu menambah setengah kilo lagi berat cincin ditangan? Mustahil.

Dengan melihat semua ini, saya mengambil rumusan bahawa telah wujud satu perancangan yang licik lagi rapi untuk memburuk-burukkan Rosmah Mansor. Telah ada ajenda yang tersusun untuk memastikan Rosmah kita ini tidak tidur lena. Semua berita dan kesah-kesah ini adalah gangguan yang menjadikan Rosmahr tidak nyenyak tidur. Apabila Cik Siti Puan Rosmah kurang tidur maka berat badannya akan menurun. Inilah strateji jahat puak puak ini. Apabila Rosmah kehilangan berat badan pastilah rakyat jelata satu Malaysia tidak dapat mengenal mukanya lagi. Anak-anak yatim piatu yang selalu berteduh dibawah dagu Rosmah akan mencari kopek yang baru untuk berteduh.

Kemudian - dua minggu sebelum berhari raya saya terbaca berita yang amat menakutkan. Berita ini melaporkan tentang bekas balaci Mahathir telah mula mengumpulkan satu pasokan politikus pencen untuk meminta Najib berundur. Kumpulan yang memanggil diri mereka Penawar Kaseh ini telah menerangkan bahawa salah satu dari kesilapan Najib Razak ialah Najib tidak ada keupayan untuk mengawal tingkah laku Rosmah Mansor.

Apabila saya kumpulkan semua berita dan kesah kesah ini maka barulah saya sedar bahawa Cik Siti Puan Rosmah ini bukan seorang musuh. Cik Siti Puan Rosmah ini adalah sahabat baik kita yang perlu kita sokong. Para pembaca yang budiman kita tidak harus terikut-ikut dengan politik semasa. Jangan sesekali terpengaruh dengan jalur pemikiran yang menuduh Cik Siti Puan Rosmah kita ini seorang Mak Janda yang menggunakan khidmat bomoh kerana gila kuasa. Kesah kesah Nasi Kang Kang yang mula tersebar luas dikalangan Mak Cik Felda itu adalah fitnah semata-mata. Saya sendri tahu bahawa Cik Siti Puan Rosmah tidak meminati Nasi Kang Kang. Cik Siti kita ini adakah peminat setia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.

Haji Desas bin Lebai Desus selalu bercerita tentang Rosmah Mansor ini adalah seorang Mak Janda Ligat sebelum berkahwin dengan Najib. Ini juga berita palsu. Ini berita fitnah yang cuba melukakan hati Cik Situ Puan Rosmah. Adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah-ubah bahawa ketika berkahwin dengan Najib dahulu Rosmah Mansor ini masih seorang anak dara. Istilah anak dara disini bermakna - 300 lelaki yang terawal itu tidak akan diambil kira.

Setelah para pembaca membaca dan faham apa yang saya tuliskan diatas – kini saya ingin membawa para pembaca sekelian ke satu babak dalam sejarah Eropah. Babak ini berlaku dalam kancah politik Revolusi Peranchis. Pada zaman ini ditakdirkan ada seorang perempuan bernama Marie Antoinette yang telah menjadi pemaisuri kepada Raja Louis Ke14. Marie Antoinette ini juga mengakui dirinya sebagai First Lady of France. Perempuan ini juga amat suka memiliki intan berlian dan selalu mengadakan ‘soiree’ dengan para artist. Ketika ini Sharukh Khan dan Bollywood belum wujud maka artis yang dijemput datang dari Sepanyol dan Austria.

Sebelum Revolusi Peranchis berjaya pada tahun 1789 banyak kesah dan cerita Marie Antoinette telah tersebar. Marie Antoinette dikatakan seorang perempuan yang gila mengumpul harta, gila intan berlian, gila beg kulit dan suka memakai bomoh. Cerita ini tersebar luas untuk warga kota Peranchis mendengar. Warga Paris pada ketika ini amat meluat dengan tingkah laku Marie Antoinete. Tetapi ketika ini belum ada blog dan laman fb maka warga kota Paris hanya menunggu masa untuk memancung kapala betina ini.

Mungkin ada pembaca kurang faham kesah Marie Antoinette kerana berlaku ratusan tahun dahulu. Maka biar saya buka kesah baru yang dekat dengan kita.. Malah perempuan yang hendak saya kesahkan ini masih hidup lagi. Nama perempuan ini ialah Imelda. Cik Puan Imelda adalah bekas ratu cantik dan juga seorang pelacur. Dengan menggunakan khidmat bomoh Puan Imelda telah dapat berkahwin dengan Marcos yang kemudian menjadi Presiden Filipina.

Puan Imelda ini juga telah menggelarkan dirinya FLOP – first lady of the Philipines. Puan Imelda amat suka pergi berkonferensi dimerata dunia. Pekara paling disukai oleh Cik Siti Puan Imelda ialah melihat mukanya keluar di kaca tv tiap tiap malam. Malah Cik Siti Puan Imelda ini akan menalipon ketua pengarang semua akhbar untuk memastikan ada laporan berita tentang diri dalam akhbar setiap hari.

Rakyat Fililipa amat menyampah dan meluat melihat kerenah Ilmeda Marcos ini. Bertahun tahun rakyat Filipina mememdam rasa. Mereka menyusun. Mereka mengumpul kekuatan. Imej Imelda Marcos telah menjadi ikon yang mengumpulkan kemarahan rakyat Filipina. Kemarahan ini meluap-luap. Akhirnya rakyat Filipina seperti rakyat di Peranchis 300 tahun dahulu telah turun ke jalan raya. Kalau di Paris kepala Marie Antoinete telah dipenggal, di Manila Cik Siti Paun Imelda sempat lari dengan suaminya Ferdinand Marcos ke Hawaii.

Justeru, saya meminta para pembaca yang budiman jangan sesekali menganggap Cik Siti Puan Rosmah sebagai musuh. Rosmah Mansor sebenarnya sedang membantu kita untuk menaikkan rasa kebencian rakyat. Dengan adanya Rosmah Mansor dikaca tv tiap-tiap malam orang ramai semakin meluat. Kerana itu gerakan anti Rosmah ini sebenarnya ialah gerakan untuk menyelamat United Malay National Organisation.

Ramai pemimpin United Malay National Organisation melihat Rosmah sebagai biawak hidup yang sedang dipikul oleh United Malay National Organisation. Mengikut kumpulan anti Rosmah ini jika Rosmah dapat dinyahkan maka keyakian rakyat terhadap United Malay National Organisation akan kembali. Yang dibenci orang ramai bukan United Malay national Organisation tetapi Rosmah Mansor.

Dengan ini saya berdoa agar Cik Siti Puan Rosmah akan lebih lama duduk di Putrajaya. Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah.

Kita jangan sesekali bersetuju untuk menghumbankan Rosmah. Spesie Rosmah ini hanya datang ke Tanah Melayu seribu tahun sekali. Kita jangan tergopoh gapah. Pada hemat saya masa dan ketikanya belum ranum. Kita tunggu ke tahap kebencian orang ramai terhadap Rosmah Mansor masak ranum seperti kebencian terhadap Mahathir. Bila ini terjadi maka amat senang untuk kita menghumbankan Rosmah Mansor walau pun berat badannya 400 kilo.(TT)

p/s:

Imelda suka mengumpul kasut kulit
Rosmah suka mengumpul beg kulit


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon

03-22-72-40-45

KENAPA MAT EZAM SUKA KENA BUANG KE JAKARTA




DIMANA DIA KOTAK ITU?






nota:

sila teka
kenapa senatak ini
suka dibuang ke indionesia?
kah kah kah




BUKIT KEPONG : MAT SABU FAIL SAMAN HARI INI, EZAM GESAR DIUSIR NEGARA
- minsider


Ezam Mohd Nor menyertai pemimpin-pemimpin Umno menggesa agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dikenakan tindakan tegas - kali ini digesa agar diusir keluar dan dilucutkan kerakyatan ekoran kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu akan memfailkan kes saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan Mohamad akan memfailkan kes saman beliau.
Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KESIALH PADA MAT SABU....kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA NAK PERGI KALAU KJENA HALAU....kah kah kah...

kah kah kah...KALAU DIA PERGI IRAN..DIA PULANG NANTI SEORANG AYAHTOLLAH....kah kah kah...

kah kah kah...LAGI BAHAYA...kah kah kah

kah kah kah....KALAU DIA KENA BUANG KE PARIS... LAGI BAHAYA...kah kah kah...

kah kah kah....DIA AKAN JADI INTELEKTUAL GURU DUNIA KE TIGA....kah kah kah

kah kah kah.... KALAU DIA DI BUANG KE LONDON.... kah kah kah...

kah kah kah...DIA AKAN BUAT RESEARCH ... BUKTIKAN NAJIB RAZAK TAK ADA IJAZAH... kah kah kah..

kah kah kah.... DAN BUAT RESEAFRCH.... BAHAWA ZIANAK KLIHG INI BUKAN ANAK KLING...kah kah kah

NOTA
mat ezam suka kena buang ke jakarta
kah kah kah
tahu kenapa?
kah kah kah
sila tanya lokman adam
kah kah kah



LAGI JANJI - APA JADI DENGAN JANJI DULU?



TAK PERLU BERI AMARAN






nota:
tetapkan tarikh
susun anak muda
turun ke jalan fraya
tak perlu amaran!




TUNAI 5 TUNTUTAN ATAU BERSIH 3.0
- harakah daily

Kerajaan BN diingatkan agar melaksanakan tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jika tidak mahu himpunan aman Bersih 3.0 yang akan mengambil tempatnya.

Tuntutan lima perkara itu bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihanraya di tanah air, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, sekiranya Kerajaan BN enggan melaksanakan 5 tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen, kerajaan ternyata hanya sekadar bermain-main dengan kenyataan-kenyataannya ke arah itu.

Menurut beliau, oleh itu, Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan itu bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.

NOTA:
disini para politikus kurang faham
tak perlu beri amaran
amaran ini mat mongol tak akan ambil pot
amaran ini gerombolan tak akan peduli

amaran saja gtak memadai
yang ditakuti oleh gerombolan
bukan amaran tetapi tindakan

lalu

banyak kan tindakan
tak perlu beri amaran
selalunya yang amaran ini
tak ada tindakan

MERDE MERDE MERDE KA



PASAL APA TUNKU INI?






nota:
macam macam punya gila
yang ini gila menjerit jerit
merde merde merde ka!





KELUARGA TUNKU GESA MAT SABU MOHON MAAF
– berita hairan

Anggota keluarga perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, hari ini menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya mengenai Bapa Kemerdekaan itu.

Anak saudara Tunku, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, berkata tindakan pemimpin PAS itu mempertikaikan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam sejarah kemerdekaan negara mengguris hati seluruh anggota keluarga Almarhum.

"Mat Sabu (Mohamad) tidak perlu mempertikaikan hasil usaha Tunku Abdul Rahman kerana dia sepatutnya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman ini dan jangan cuba ubah fakta dan putar belitkan sejarah negara ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit....KELUARGA TUNKU INI SALAH.... kah kah kah..

kah kah kah...SEHARUSNYA BUKAN SAMAN MAT SABU....kah kah kah...

kah kah kah.... SAMAN SIAPA YANG KATA KITA TAK DI JAJAH...kah kah kah...

kah kah kah...KALAU TAK DIJAJAH MAKNANYA TUNKU RAHMAN GILA.... kah kah kah...

klah kah kah...TUNKU GILA MENJERIT MERDE MERDE MERDE KA....kah kah kah

nota:
tunku gila kita tak dijajah
tapi melaung merde merde merde ka
kah kah kah


MACAM MACAM PUNYA GILA




ADA GILA MELAUNGKAN MERDEKA!



nota:
gila macam macam
ada gila melaungkan merde ka
ada yang gila beli gelang
kah kah kah







CERGAS PANTAS ELEMEN PERSEMBAHAN
- meloya

Persembahan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini akan berpaksikan kepada elemen kepantasan dan kecergasan dengan kebanyakan segmen didominasi oleh peserta muda, kata Rais Yatim.

Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, acara perbarisan dan persembahan padang yang disertai oleh 85 peratus peserta belia, diolah dengan pendekatan lebih pantas, cergas dan menarik bersesuaian dengan kehendak generasi itu.

"Penonjolan rasa perjuangan generasi dalam lingkungan bawah 40 tahun memang mendapat perhatian, khusus dalam susunan aturcara kali ini dan penonjolan itu dapat dilihat dalam semua empat komponen utama aktiviti persembahan," katanya ketika ditanya mengenai kelainan sambutan kemerdekaan kali ini yang kembali diadakan di Dataran Merdeka setelah diadakan di pekarangan bangunan Parlimen pada 2009 dan Stadium Putra, Bukit Jalil, tahun lepas.

Sambutan kemerdekaan negara akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada Jumaat ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI PESTA ORANG GILA APA NI?.... kah kah kah...

kah kah kah.... APA SUDAH JADI...INI PERHIMPUNAN ORANG GILA KE?...kah kah kah..

kah kah kah kah...CERGAS UNTUK JADI GILA....kah kah kah...

kah kah kah....PANTAS UNTUK JADI GILA.....kah kah kah...

woit...MERDEKA KEPALA BANA APA?.... kah kah kah...

kah kah kah...CAKAP NEGARA INI TIDAK PERNAH DIJAJAH....kah kah kah...

nota:
jangan lupa 31 ogos ialah hari malapetaka untuk tanah melayu
16 september ialah hari malapetka untuk sabah dan sarawak!