Selasa, 5 Mei 2020

AWAS OMBAK KE DUA







AWAS 

OMBAK KE DUA

PENGALAMAN INI

PERLIS HEBAT



PERLIS HEBAT

INI BARU BETUL

MB JAGA RAKYAT

JANGAN SEKALI

LAGI KENA PAU

OLEH BENGALI

Individu masuk ke Perlis wajib dikuarantin 14 hari, kata MB

SEMUA individu yang memasuki Perlis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin, kata Menteri Besar Azlan Man.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri Zon Hijau.

“Arahan ini bukan hanya untuk individu yang datang dari Zon Merah sebaliknya untuk semua individu tidak kira sama ada mereka datang dari Zon Hijau seperti Pulau Pinang sekalipun.

“Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun sama ada datang dari luar negara (negara jiran) ataupun dari negeri lain wajib kuarantin seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan bagi membendung Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini.

Azlan berkata sehingga hari ini, sejumlah 116 orang masih dikuarantin di tiga pusat kuarantin di Perlis dengan 49 ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian, 43 di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan bakinya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kangar.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi premis makanan di Perlis sepanjang PKPB, Azlan berkata waktunya dilanjutkan sehingga 10 malam berbanding dari 8 pagi hingga 8 malam sebelum ini.

Katanya orang ramai dibenarkan makan di kedai namun pemilik premis perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil jika gagal berbuat demikian.

Mengulas aktiviti sukan dan rekreasi, beliau berkata orang ramai hanya dibenarkan melakukan aktiviti joging di Trek Denai Larian, Pengkalan Assam, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Taman Bukit Lagi. – Bernama, 5 Mei, 2020.


NEGERI KECIL

SENANG KAWAL

LEMBAH PANTAI

LEBIH RAMAI

PENDUDUK

DARI PERLIS

KAH KAH KAH

SYARIKAT CUKONG ATAU KRONI






PASANG LUKAH

CELAH

KANG KANG


SPRM siasat 5 syarikat ditawar kontrak RM30 juta bina makmal Covid-19

LIMA syarikat kontraktor dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung tawaran kontrak kelengkapan makmal kira-kira RM30 juta, kata sumber agensi antirasuah itu.

Sumber itu berkata, sejak siasatan dimulakan pada 30 April lalu, lima syarikat sudah dipanggil dan banyak lagi syarikat akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Lima syarikat sudah dipanggil termasuk syarikat pembinaan yang dikatakan memperolehi projek pembinaan makmal walaupun mereka tidak memiliki kepakaran dalam bidang itu.

“Namun tiada tangkapan dilakukan berhubung kes yang masih di peringkat awal,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Kata sumber itu, SPRM memberi tumpuan kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

“Keadaan darurat ini bukan satu kelonggaran untuk sewenang-wenangnya melantik mana-mana kontraktor. 

“Ia mesti dianugerahkan kepada kontraktor yang mempunyai lesen, kelayakan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu,” katanya.

Semalam, SPRM mengesahkan sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

The Malaysian Insight juga difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan.

Sumber SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terlibat dalam siasatan itu.

Sumber berkata sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

Siasatan kes ini dimulakan apabila SPRM mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba juga mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta Kementerian Kesihatan bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang melibatkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE. – 5 Mei, 2020.


ADAKAH 

SYARIKAT

CUKONG

SYARIKAT KRONI

ATAU HANYA

SYARIKAT

AIR SUAM

KAH KAH KAH

SELAMAT BERBUKA





BERBUKA
PUASA KE 12 
CUACA AGAK PANAS
PETANG INI CERAH
TAPI DAH LEBIH 10 HARI
DAH SELESA PUASA

HARI INI 
GUA BERBUKA SPESIAL
ADA MEMBER HANTAR
KUEH GULUNG
DAN 
NASI GORENG
AIR SUAM
PISANG
KURMA MASIH ADA
MALAH BUBUR KOBID
MASIH TERSIMPAN
JAWABNYA GUA LUMAYAN
BERBUKA PETANG INI
TERIMA KASEH MAYA DAN TOMI

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT




MAT KOBID MERAYAU RAYAU






AWAS


Hanya 30 kes baharu Covid-19, angka terendah sejak PKP


Peniaga perlu diuji Covid-19 sebelum masuk Pasar Borong KL


Sabah umum longgar sekatan PKP 12 Mei nanti, kata Shafie Apdal


Individu masuk ke Perlis wajib dikuarantin 14 hari, kata MB





AWAS

NAFEE LAGI






NAFI ?

PALSU ?

KAH KAH KAH


SPRM nafi tahan lima individu termasuk pegawai khas menteri


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan satu mesej yang ditularkan hari ini, berhubung penahanan lima individu termasuk pegawai khas menteri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM,  Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi memaklumkan berita berkenaan adalah palsu.


KAH KAH KAH

NAFEE  INI

KEDAI ASKAR

KAH KAH KAH

MEMASANG LUKAH






INI NAMANYA

MENANGUK IKAN

DI PASAR 

CHOW KIT


SPRM siasat 5 syarikat ditawar kontrak RM30 juta bina makmal Covid-19


BERITA MENYUSUL


PKR LAGI KUAT BILA AHLI KUREENG








PARTI AKAN

JADI LEBIH

KUAT BILA

AHLI KUREEENG

KAH KAH KAH

PKR Sabah pecat 7,

 gantung 63 ahli

KOTA KINABALU: PKR Sabah memecat 7 ahlinya dan menggantung 63 yang lain ketika parti itu memulakan inisiatif di seluruh negara untuk menyingkirkan individu yang dikatakan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.

Ketua Biro Disiplin PKR Sabah, Sazalye Donol berkata individu yang dipecat itu termasuk beberapa ketua Pemuda negeri, manakala Ketua PKR Bahagian Kudat, Rahimah Majid antara yang digantung.

“PKR yakin selepas pembersihan ini, parti lebih kuat dan boleh melaksanakan agenda reformasinya.”

Beliau berkata, Biro Disiplin Sabah sedang mengenal pasti lebih ramai pemimpin dan ahli yang dianggap terbabit dalam kejatuhan kerajaan PH.


Rahimah antara 9 ketua bahagian yang sebelum ini didakwa memihak kepada bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ketua bahagian lain termasuk Roland Chia (Sepanggar), Kong Hong Ming (Tawau), Amir Pawennari (Kalabakan), Jaffari Wiliam (Libaran), Jonathan Yasin (Ranau), Aslan Kansut (Tenom), Pagrios @ Petrus Zabang (Beluran) dan Haris Tupang (Silam).

Jonathan meninggalkan PKR ketika krisis politik itu berlaku dan dilantik ke Kabinet Perikatan Nasional sebagai timbalan menteri dalam negeri.

Semalam, PKR mengumumkan 348 ahli dipecat, manakala 285 lagi digantung keahlian kerana melanggar peraturan parti.

Antaranya Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis dan Adun Batu Lintang, See Chee How.

PARTI POLITIK

MAHU RAMAI 

PENYOKONG

RAMAI AHLI  

KAH KAH KAH

TAPI PARTI PKR

LAGI KUREENG

AHLI

LAGI TAKDA

SOKONGAN

LAGI REFORM

LAGI GEDEBEST

KAH KAH KAH

SEMUA MELAYU ISLAM




SEMUA

 MELAYU ISLAM
imigresen, kastam, polis, trafik,semua orang siapa? orang Bangla? orang Rohingya? orang Nepal? kah kah kah kalau ludah langit kena muka sendiri kah kah kah, orang kita semua, bukan kera jaan tak tahu, semua tahu, orang kita tu, dok pakai Vellfire, dok pakai Estima, dok pakai pakai mewah semua,
 yang kena tangkap masuk SPRM pun sekejap je, heboh heboh bagi lupa, lama lama tarak apa apa, kah kah kah wal hisab wal amin wal karun wal hamdan 
kah kah kah 
on 
KES IMIGRISEN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

Ha

AMAT CUN 9 MEI PM 9






AMAT CUN

9 MEI PM 9
Chantek susunannye ..
9 Mei nanti, kita dapat PM9. 
Nak tanya, main bontot 
ada gaya 69 tak? 
on 
MARI KIRA HARI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 04/05/20

S

SATU PENGAJARAN




HENTIKAN

MENGGUNA

TENAGA KERJA

PENDATANG 

HARAM

PAKAI TENAGA

TEMPATAN

BAYAR UPAH

BERPATUTAN


Pasar Borong KL perlu 2 bulan untuk kembali pulih selepas PKPD

SEKURANG-KURANGNYA dua bulan diperlukan sebelum kapasiti operasi Pasar Borong KL di Selayang kembali pulih walaupun selepas perintah kawalan pergerakan diperketat di kawasan itu dibatalkan, kata peniaga.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight yang terdapat masalah serius kekurangan pekerja pasar itu dan hanya 50% peniaga sayur dan makanan laut di situ beroperasi bagi memastikan bekalan makanan tidak terganggu.

Sebelum pasar itu diletakkan di bawah PKPD, majoriti pekerja di situ adalah warga asing yang kini dilarang memasuki kawasan pasar kerana risiko jangkitan dan ketiadaan permit kerja.

Peniaga pula enggan mengupah pekerja tempatan kerana mereka perlu menanggung kos ujian Covid-19 untuk setiap pekerja.

Sing Kian Hock yang merupakan presiden Persatuan Pemborong Ikan Kuala Lumpur Hoi Seng berkata pada awal pagi semalam iaitu hari pertama perintah kawalan pergerakan dilonggarkan dikuatkuasa, hampir 50 pemborong ikan membuka kedai masing-masing.

“Ada pemilik gerai meminta tolong orang tempatan, saudara mara atau kawan. Bagaimanapun, tenaga kerja masih tak cukup. Sebelum ini, kita ada 800 pekerja asing bekerja di sini,” kata Sing.

Terdapat 168 kedai makanan laut dan 320 kedai pemborong ikan di situ.

Sing berkata beberapa pemborong ikan memutuskan tidak beroperasi kerana kekurangan pekerja, jualan rendah dan kekurangan kedatangan peniaga pasar kecil lain untuk membeli barangan di situ.

Katanya lagi, kes peniaga pasar lain yang dijangkiti Covid-19 di Pasar Borong KL juga menyebabkan wujud kebimbangan.

“Ada peniaga yang takut ke mari untuk beli barang kerana takut dijangkiti yang kemudiannya menjangkiti pula pelanggan mereka,” katanya.

“Lagipun sekarang sukar hendak menjangka sama ada harga akan terus turun kerana kurangnya permintaan dan bekalan makanan laut.

“Tetapi ramai pemilik kedai masih beroperasi bagi memastikan bekalan tidak terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ketika bulan Ramadan. Makanan laut yang kami pesan dari nelayan juga kurang 50% berbanding biasa.”

Pasar borong itu juga kini berdepan masalah kekurangan antara 700 sehingga 800 pekerja dan memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk kembali kepada kapasiti penuhnya. – 5 Mei, 2020.


KOBID AJAR

UNTUK UBAH

CARA SUSUN

TENAGA KERJA

JANGAN IMPOT

BURUH ASING

KHALAS

PISANG TERJULUR







PISANG TERJULUR
usop bidin ni memang banyak masalah. 
macam ni ke nak lawan trump? 
bercakap pun gigi tercabut 
on 
DICUCUK BIDEN
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 04/05/20

ni

LAGI EMPAT HARI





LAGI EMPAT HARI
Perjalanan jauh tk kurasa kerana 9 mei bakal tiba...hohoho pm baru hohoho pm baru..malaysia riang...itu hanya mimpi siang hari...hohoho mimpi saja...hohoho 
on 
MARI KIRA HARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/05/20

us

PASCA MARXIS - POLITIK IDENTITI







PASCA MARXIST

POLITIK IDENTITI

PERSOALAN  

NASIONAL

tak cakap salah 100 persen. tapi propaganda sebegini tidak baik-ini garis kanan yang tidak internasionalis-ini garis donald trump kata kaum buruh sedunia bersatulah - tapi anti pekerja asing, anti-pelarian, dulupun pernah jadi pelarian tanpa analisa marxist, pandangan tt tempang. jangan sombong pada pekerja asing-pembangunan - binaan, kilang, ladang, segala kerja bawah yg hina, bahaya - 
di Malaysia ini kederat dorang dgn upah murah jangan lupa kapitalisme malaysia adalah etsarzt capitalism-sistem modal tipu-punca kekayaannya no 1: rezeki terpijak minyak petroleum no 2: surplus value-nilai lebih kaum pekerja-majoriti buruh asing-sektor ladang kelapa sawit, pembinaan, kilang, perkhidmatan 
on 
BARU 
SEKARANG SEDAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

Kala

BERATIB LAGI









BERATIB LAGI
Hhaaahha. Sial nya tt. Gwa harap tok sheikh je naik. Gwa bkn penyokong sheikh. Tp sbb dia benar2 nak naik, gwa nak tau benar apa yg bgs sgt dia ni kalau naik. Sikit2 ratib. Langsung sikit2 gwa jadi penyokong dia. 
on 
MARI KIRA HARI
Publish | Delete | Spam
Nole
on 04/05/20

C

APA PAKISTANI KATA?






APA ORANAG 

PAKISTAN KATA
TT buat suspen yo.. 
ingatkan kes anak ikan tadi.. 
bunyi dah mcm biasa 
dengar pukrak wakrak 
tp rupanya kes mat kobaid 
on 
ADA LAGI 
KES BARU
Publish | Delete | Spam
kjaklsja
on 05/05/20

K

BARU MINUM AR SUAM





BARU MINUM

AIR SUAM

DAH MULA

MINTA JUTA JUTA 

SPRM siasat kontrak makmal, Dr Adham umum KKM sedia kerjasama

AGENSI anti rasuah sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta, kata sumber. 

The Malaysian Insight juga difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan.

Sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terlibat dalam siasatan itu.

“Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Sumber memberitahu sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

“Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak,” katanya.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

“KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik. 

“KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan. 

“KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta Kementerian Kesihatan bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang melibatkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE. – 4 Mei, 2020


INI BERAT

PASANG LUKAH

CELAH KANGKANG

SAPA AGAKNYA

APA NAMA

SYARIKAT INI

CUKONG?

KRONI?

KELUARGA?

SAPA SAPA

SATU NEGARA

MAHU TAHU

MAT SONGEL JADI MAT SAILANG






MAT SONGEL

MENJADI 

MAT SAILANG

Mat songel dah sah sailang orang orang yang dia tak boleh ngam dalam PKR, parti yang di terbitkan, di meterai, di jalankan dengan hanya satu matlamat iaitu project PM...
wei beratus dah dia sailang termasuk Tian Chua tuh...mat songel dah goyang dan masih berkira kira nak jadi PM nak jadi PM nak jadi PM....PM nih apa ah? PM = Pi Mampus! 
on 
KE HELSINKI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

Je

LAGI DUA BULAN





LAGI DUA 

BULAN

Pasar Borong KL perlu 2 bulan untuk kembali pulih selepas PKPD


BERITA MENYUSUL

KETUA PENGHALANG







KETUA 

PENGHALANG

Kesian jugak kat pak sheikh.. Dulu 16 september dah gagal. Kali ni 9 mei pun gagal. Lepas persidangan apec pun macam nak gagal. Sabar la pak sheikh. Semoga ada sinar buat anda. Kalau jawatan piem bukan rezeki anda pun takpe dah cukup dah setakat yang ada setakat yang pernah dapat. 
Apakata pak sheikh fokus tuk jadi ketua pembangkang je. Tak kisah la piem nanti bertukar ganti tapi ketua pembangkang tetap pak sheikh.. Jawatan tu nampak macam dekat dengan pak sheikh berbanding jadi piem 
on 
MARI KIRA HARI
Publish | Delete | Spam
Ayob Anak Tulakang
on 05/05/20

tak

KES AIR SUAM?





KES AIR SUAM

SPRM siasat kontrak makmal, Dr Adham umum KKM sedia kerjasama


BERITA MENYUSUL

PROJEK KAPITALIS CARI BURUH MURAH








PROJEK KAPITALIS

GUNA PAKAI  

BURUH MURAH
Putar putar jugak yang dap kat mlaysia ni pun TT sokong jugak.. Yang TT tak sebulu dengan nuar pak berahim jak kan... Mana TT pernah kondem LKS dengan LGE padahal dah berapa ramai cina merah duk bemastautin kat mlaysia yang dapat ic pun dah berapa ramai yang bawah projek Dap. 
Cina india dah lama kat malaysia sikit ari lagi malaysia negara berbilang bangsa bangla rohingya indon pilipin tailand myanmar nigeria sume ader meriah betul nanti ye... 
on 
SEKALI BOLEH PUTAR - 
DUA KALI POODAH
Publish | Delete | Spam
Dol Mat
on 05/05/20

ta

BERITA DARI NOKIA







BERITA NOKIA
AMALKAN DISPLIN DIRI,
 PATUH JARAK SOSIAL SELAMAT SEKURANG-KURANGNYA 1 METER, 
GUNAKAN PELITUP MUKA
 JIKA BERADA DILUAR RUMAH 
DAN 
JAGA KEBERSIHAN DIRI

MAJLIS 
KESELAMATAN NEGARA



SEJAK CHINA MERAH ADA AJEN DI TANAH MELAYU





SEJAK 

CHINA MERAH

ADA AJEN

 DI TANAH MELAYU
Isham, sejak bila kau dijangkit penyakit sibertrooper umno? Isham yang aku ikut di tukar tiub pejuang kebenaran, tak sebar fitnah kehinaan kaum. Kalau nak tuduh China bohong kobid, buatlah lebih sikit kajian. Jangan buat malu sendiri. Cuba tengok video link dibawah: https://youtu.be/JIMadIbCK6A 
on 
SEKALI BOLEH PUTAR - 
DUA KALI POODAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

Je

KES IMIGRISEN








KES IMIGRISEN 
Setuju. Tak percaya mari ronda kawasan KLIA. Menurut sumber mereka lepaskan bangla,china,pakistan pada masa2 tertentu. Dari bawah sampai atas ada bahagian.Kaya woo imegresen duduk Taman area KLIA ni. 
on 
STAF
 IMIGRISEN MISKIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/05/20

Je

PUASA KE 12 - KHALWAT KE 49







PUASA

BERKHALWAT
SELASA 5/5/2020
PUASA DAH MASUK HARI KE 12
BERKHALWAT MASUK HARI KE 49

HARI INI 
HARI KE DUA PKPB

GUA  MASUK KWANTUNG 
JAM 7.28 PAGI
TERDENGAR MENDERAM
BUNYI KERETA 
DARI ARAH BRICKFEILD
DARI ARAH PLUS SUNGAI BESI
TERDENGAR BUNYI
REMPITAN MOTOSIKAL

OKESTRA UNGGAS 
MASIH ADA 
TAPI DERAMAN MODEN
HAMPIR MENUTUP
SIMPONI

GAK GAK GAK
TERKUKUR BALAM
MERBAH TIONG
MASIH BERLAGU
AYAM BERKOKOK AMAT SAYU
AMAT JAUH DATANG BUNYINYA
ENTAH TAKUT KEPADA APA
ENTAH DARI BUKIT MANA
KOKOK DATANG

GUA TERNAMPAK
SEORANG MAMAT NAIK KAP CAI
MEMAKAI BAJU T
BERWARNA  HIJAU PUCUK PISANG
GUA TAHU
INI BAJU PEKERJA KUBURAN KWANTUNG
HANYA SAORANG  KELIHATAN
MUKA MUKA BIASA
MASIH BELUM MUNCUL
MASIH TAKUT TAKUT

HARI INI 
ADA SPESIAL
GUA TERNAMPAK SERINDIT
DARI BALKONI GUA
SIOLNYA
AMAT MENARIK
JAKETNYA HIJAU MERAH

SAYY SAYU GUA TERDEGAR
JERITAN RAJA UDANG
APAKAH DALAM KWANTUNG
ADA ANAK IKAN?
KAH KAH KAH

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT