Isnin, 6 Mei 2024
TANPA KE JALAN RAYA MUSTHIL MENANG PILIHANRAYA
TAK HASUT
PENGUNDI
KE JALAN RAYA
MUSTAHIL MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
AGEN ISRAEL JUAL SENJATA DI KL
HARAMKAN SYARIKAT SUBAHAT ISRAEL DARI PAMERAN DI KL
BERSATU mendesak kerajaan supaya mengharamkan penglibatan Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai dan menjadi penaja platinum pameran NATSEC Asia 2024 yang bermula pada 6 Mei ini. Ini kerana mereka membekal senjata dan peralatan kepada Israel yang sedang melakukan genosid keatas Palestin, terutamanya di Gaza.
Lockheed Martin mengeluarkan, contohnya, jet pejuang F-35. BAE pula membekalkan, antara lain, peralatan untuk jet tersebut. Ini antara senjata yang digunakan israel mengebom dan membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.
BERSATU kesal bagaimana kedua-dua syarikat ini boleh terlibat dalam program anjuran Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
Keterlibatankedua-dua syarikat ini bertentangan dengan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia selama ini yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
Sementara Kementerian Luar Negeri masih belum menarik balik kenyataan Timbalan Menterinya di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang membayangkan kerajaan ini mungkin mengiktiraf israel dengan alasannya yang lemah, maka, adalah dibimbangi bahawa pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan israel. Justru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut.
Dato' Sri Saifuddin Abdullah,
Ahli Parlimen Indera Mahkota
Ketua Biro Antarabangsa BERSATU.
5 Mei 2024.
LAGI PRO ZIONIS DI UNIVERSITI MALAYA
Langkah UM, Anwar beri penghormatan kepada tokoh Saudi yang disenangi Zionis undang persoalan
Langkah Universiti Malaya (UM) menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada seorang ulama Arab Saudi berkemungkinan mengundang kecaman ketika sentimen anti-Israel yang membuak dalam kalangan umat Islam menyebabkan mereka berhati-hati dengan mana-mana pihak yang dilihat mesra dengan negara Zionis itu.
Mohammad Abdulkarim Al-Issa, yang merupakan setiausaha agung Liga Muslim Sedunia (MWL) adalah antara personaliti terkenal yang dijemput menghadiri dua persidangan di Kuala Lumpur minggu ini.
Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Agama Sedunia dan Persidangan Majlis Ulama Asia dianjurkan dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan MWL, dan masing-masing bakal diadakan pada 8 dan 9 Mei ini.
Manakala pada 7 Mei, Al-Issa akan menerima ijazah doktor kehormat daripada UM sebagai pengiktirafan ke atas "sumbangan beliau yang sangat besar untuk menyebarkan nilai-nilai keadilan, toleransi dan keamanan dunia".
"Beliau menggunakan amanah yang diberikan untuk menjadi suara global terkemuka Islam moderat, komited untuk memberi kesedaran kepada masyarakat," dalam kenyataan yang dikeluarkan UM dan mengumumkan upacara konvokesyen khas yang turut akan dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perkembangan itu berlaku tidak lama selepas UM membuat permohonan maaf susulan kontroversi melibatkan seorang professor pro-Zionis dari Amerika Syarikat, yang mencetuskan kemarahan apabila ucapan beliau di UM menuduh pemimpin Malaysia mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi (holocaust).
Terlibat program berkaitan Zionis
Al-Issa dan MWL sebelum ini dipuji media Israel, yang melihatnya sebagai orang penting dalam menjayakan pelan normalisasi hubungan dengan Riyadh.
Normalisasi hubungan Arab Saudi dengan Israel adalah sebahagian daripada Perjanjian Abraham yang ditaja AS, dengan matlamat supaya regim Arab mengiktiraf negara Israel.
Setakat ini negara yang sudah pun memulakan hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian itu ialah Bahrain, UAE, Magribi dan Sudan.
Riyadh yang pernah mengalu-alukan usaha itu terpaksa membatalkan rancangan normalisasi dengan Israel, susulan tercetusnya serangan 7 Oktober oleh Hamas, diikuti serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza.
Al-Issa, yang juga bekas menteri kehakiman Arab Saudi, pernah menyertai lawatan bersama kumpulan pro-Zionis dari AS, American Jewish Committee (AJC), melawat kem Nazi di Auschwitz di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
AJC merupakan antara kumpulan Zionis yang melawan sentimen anti-Israel yang semakin meningkat di AS, dan menyatakan sokongan kepada tindakan Israel yang setakat ini membunuh lebih 30,000 orang awam Palestin.
"Israel mematuhi undang-undang perang dalam operasi ketenteraannya di Gaza, akur dengan prinsip seperti keperluan, perbezaan, perkadaran, dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi orang awam," kata AJC dalam satu ruangan soalan lazim mengenai perang di Gaza.
Pada 2021, Al-Issa mengambil bahagian dalam satu acara dianjurkan Universiti Yeshiva, institusi Yahudi di New York yang mempunyai cawangan di Israel, di mana beliau berkongsi pentas dengan presidennya Ari Berman, seorang rabbi Zionis yang mengetuai usaha mendapatkan sokongan universiti Amerika kepada Israel selepas serangan 7 Oktober lalu.
Pada 2022, media Israel menyambut baik keputusan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melantik Mohammad Abdulkarim untuk menyampaikan khutbah semasa musim haji, dengan rangkaian Channel 12 di Israel menyifatkannya "isyarat penting" dari Riyadh mengenai pendiriannya terhadap normalisasi dengan Israel.
Dalam satu artikel yang memuji Al-Issa, akhbar Times of Israel pula menyifatkan beliau sebagai "suara menentang anti-Semitisme", tuduhan yang kerap digunakan Israel terhadap pengkritiknya, termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Al-Issa juga dilihat kerap mengutuk mereka yang menafikan berlakunya pembunuhan ramai-ramai orang Yahudi dulu, atau "holocaust deniers", iaitu label yang sering dilemparkan pada sesiapa yang mempersoalkan naratif Barat mengenai penghapusan Yahudi di bawah Nazi Jerman.
Bagaimanapun, selepas serangan 7 Oktober, Al-Issa turut mengutuk kempen ketenteraan Israel di Gaza.
MWL yang diketuainya merupakan badan dakwah anjuran kerajaan Saudi yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, termasuk ketika beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, atau Abim.
Tahun lalu, lawatan sulung Anwar ke Arab Saudi sebagai perdana menteri mengundang kontroversi apabila beliau gagal bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Pihak Arab Saudi kemudiannya memberi alasan bahawa terdapat perubahan dalam jadual putera mahkota itu menjelang Ramadan.
Bagaimanapun, Anwar hari ini berkata beliau dapat bertemu Mohammed semasa lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini.
INI CONTOH
ULAMAK
ISLAM YANG
PRO ISRAEL
YANG PRO ZIONIS
AMIN
INI CONTOH
WUJUD
ZIONIS TEMPATAN
BERSARANG DI UM
AMIN
KHALAS
URUT KOTE BESAR
URUT BAGI
KOTE BESAR
AMIN
"CAKAP BANYAK
TINDAKAN TAKDA"
Minyak minyak urut kote bagi besar memang popular dalam TikTok, yang jual online pulak gadis molek cantik mantap memang lelaki suka sembang seks , layan lah kalau nak jual, ini cara bisnes baru, sembang pun kena ada untung,
kalau sembang politik memang orang lari kerana tidak percaya, minyak tak dapat duit jatuh masuk longkang dan mereka kencing atas kepala lagi kah kah kah jangan buang masa, teruskan pembesaran alat sulitnya dahulu kah kah ada faedahnya
SENJATA ISRAEL DI KUALA LUMPUR
MENGAPA SYARIKAT PENYUMBANG SENJATA KEPADA REJIM ZIONIS BERADA DI DSA & NATSEC 2024 ?
Rakyat Malaysia memandang serius terhadap keterlibatan syarikat yang menjadi penyumbang senjata kepada rejim Zionis Israel dalam penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang dijadual berlangsung dari 6-9 Mei 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Pameran antarabangsa berkaitan keselamatan ini dianjurkan oleh DSA, dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia yang melibatkan 1,324 syarikat pempamer dari 60 buah negara yang akan mempamerkan aset-aset ketenteraan dan keselamatan terkini, dengan beberapa MoU dijangka akan ditandatangani melibatkan jumlah yang besar.
Tetapi rakyat Malaysia ingin tahu sejauh manakah kebenaran dan kewajaran terdapat beberapa Syarikat yang menjadi penyumbang senjata kepada rejim Zionis melakukan pembantaian etnik dan pembunuhan kejam ke atas rakyat Palestin di pameran berkenaan ?
Adakah benar syarikat yang menyertainya adalah antaranya, Lockheed Martin, MBDA (BAE Systems), Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI, dan Leonardo ?
Adakah benar Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) juga merupakan penyumbang platinum kepada pameran ini. Umum mengetahui Lockheed Martin adalah pembuat Kapal Tempur F-16 dan F-35 yang digunakan untuk mengebom Gaza dan pesawat C-130 Hercules digunakan menyokong serangan darat ke atas Gaza. Mereka turut membekalkan peluru berpandu seperti AGM-114 Hellfire dan Hellfire R9X yang digunakan Israel mengebom Hospital Al-Shifa. Roket M270 MLRS turut digunakan oleh Israel yang dibuat oleh Syarikat ini. Syarikat lain juga, seperti BAE terlibat dalam pembangunan komponen pesawat tempur milik Israel yang digunakan ke atas Gaza seperti F-15, F-16 dan F-35.
Leonardo membangunkan Oto Melara 76/72 Super Rapid 76mm yang digunakan kapal tempur Israel. Aimpoint AB membekalkan antara kelengkapan termasuk Aimpoint Red Dot Sight, Colt membekal persenjataan termasuk M16, SHIELD AI membekal dron, Leupold & Stevens membekal peralatan ketenteraan termasuk skop dan teropong, serta bermacam lagi yang dibangunkan oleh Syarikat-syarikat ini.
Adakah kerajaan PMX, KDN, Kementerian Pertahanan cakna dalam hal ini sedangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lantang, dan bersetiakawan bersama Palestin.
Rakyat menuntut penjelasan ini secara serius dan amatlah malang andainya syarikat yang dimaksudkan ini berada di bumi Malaysia yang tercinta, cintakan keamanan dan kedamaian.
Razali Idris
Ahli Dewan Negara
Ketua Penerangan BERSATU
ESOK 7 MEI - ADA APA DENGAN POLIGRAPH
ESOK SELASA
7 MEI 2024
AMIN
LU JANGAN TIPU
DENGAN UJIAN
POLIGRAPH
KHALAS
PENGGUNAAN PEPERIKSAAN POLIGRAF
Banyak negara menggunakan poligraf sebagai alat penyiasatan dan kaedah pemeriksaan pekerjaan;
Ujian poligraf boleh mendedahkan masa lalu dan salah laku jenayah seseorang;
Ujian poligraf juga digunakan untuk tujuan keselamatan negara; menentukan dan menghalang ancaman kepada keselamatan negara;
Ujian poligraf juga digunakan sebagai sebahagian daripada proses temu duga kerja, terutamanya yang memohon pekerjaan penguatkuasa undang-undang atau pekerjaan yang dianggap sensitif terhadap keselamatan negara;
Ujian poligraf digunakan secara meluas di Singapura melalui pasukan polisnya, Biro Siasatan Amalan Rasuah, Jabatan Penjara, Kementerian Tenaga Manusia, Jabatan Kastam, Biro Narkotik Pusat, Agensi Keselamatan & Perisikan dan Tentera. Pejabat Pendakwa menggunakannya untuk memutuskan pertuduhan untuk difailkan.
APA SUDAH JADI DENGAN MADANON !!!
Syarikat bantu pertahanan Israel sertai pameran di KL, Mindef dituntut beri penjelasan
Sebuah gabungan tempatan yang menyokong perjuangan Palestin mendedahkan penglibatan syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel dalam sebuah pameran aset pertahanan yang berlangsung empat hari mulai hari ini di Kuala Lumpur.
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menggesa Putrajaya memberikan penjelasan bagaimana syarikat Lockheed Martin, MBDA (BAE Systems), Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo turut tersenarai dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec), acara dwitahunan yang kini memasuki edisi ke-18.
Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, melibatkan 1,324 syarikat dari 60 negara yang mempamerkan aset ketenteraan dan teknologi keselamatan canggih.
"Bagaimana Malaysia, sebagai sebuah negara yang lantang, dan bersetiakawan bersama Palestin boleh membenarkan syarikat-syarikat ini masuk dan dengan bangga menayangkan produk persenjataan mereka?
"Mereka inilah yang membekalkan kelengkapan melakukan genosida, khususnya apabila genosida masih sedang berlangsung sehingga ke hari ini?" kata SSP dalam satu kenyataan.
"Ini masanya bagi kerajaan untuk benar-benar membuktikan bahawa sokongan kepada Palestin bukan sekadar satu bentuk retorik."
MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan respons daripada Menteri Pertahanan Khaled Nordin mengenai penglibatan syarikat itu.
Khaled dalam catatan di X hari ini mengalu-alukan peserta ke pameran tersebut.
"Matlamat pameran ini bukan hanya tentang senjata, teknologi mahupun keupayaan baharu semata-mata. Tetapi ia juga tentang jalinan dan perkongsian melibatkan komuniti pertahanan global, yang merupakan sebahagian daripada proses pembentukan masa depan pertahanan dan keselamatan yang lebih baik," tulisnya.
Sebelum itu, akaun #Gegar di X mengajak orang ramai melakukan bantahan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef), menggesa dibatalkan penyertaan syarikat-syarikat yang didakwa membantu pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, terutamanya Lockheed Martin dan BAE Systems.
Akaun #Gegar di aplikasi X mengajak orang ramai melakukan bantahan kepada kementerian pertahanan menggesa penyertaan syarikat yang didakwa membantu pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dibatalkan.\
Akaun #Gegar di aplikasi X mengajak orang ramai melakukan bantahan kepada Kementerian Pertahanan menggesa penyertaan syarikat yang didakwa membantu pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza dibatalkan.
Ia juga menyenaraikan beberapa universiti tempatan yang menyertai acara itu, termasuk Universiti Malaya yang sebelum ini terpalit kontroversi mengundang seorang penceramah pro-Zionis dari Amerika Syarikat.
Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.
"Pesawat C-130 dan F-16 kami telah berkhidmat dengan setia untuk tentera udara Israel sejak 1970-an dan 1980-an, dan apabila Surat Perjanjian ditandatangani pada Oktober 2010, Israel menjadi negara pertama memilih F-35 melalui proses Jualan Ketentaraan Asing kerajaan AS," kata syarikat itu.
Pesawat F-16 dan F-35 buatan Lockheed antara yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza, manakala pesawat C-130 Hercules untuk melakukan serangan darat.
"Mereka turut membekalkan peluru berpandu seperti AGM-114 Hellfire dan Hellfire R9X yang digunakan Israel mengebom Hospital Al-Shifa," kata SSP.
Lebih 30,000 rakyat awam Palestin, sebahagian besarnya kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lalu.
Minggu lalu, MalaysiaNow mendedahkan sebuah kapal kargo milik syarikat Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, walaupun sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengharaman ke atas semua kapal berasal dari negara Zionis itu daripada menggunakan kemudahan pelabuhan tempatan.
Semakan MalaysiaNow menggunakan Marine Traffic, aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa, mendapati kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.
Kementerian Pengangkutan dan pihak pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang masih belum menjawab pertanyaan MalaysiaNow.
MADANON
OOOH
MADANON
AMIN
AWALNYA
PROF ZIONIS
DIJEMPUT BERUCAP
DI UNIVERSITI MALAYA
AMIN
SEKARANG KILANG
SENJATA PEMBUNUH
PALESTIN DI JEMPUT
KE PAMERAN SENJATA
AMIN
INI CAKAP TAK
SERUPA BIKIN
AMIN
CAKAP BERDEKAH2
TAPI BUAT DEAL
DENGAN ZIONIS
AMIN
KHALAS
AL-JAZEERA HARAM !!!
Reporters Without Borders kutuk arahan penutupan Al-Jazeera di Israel
ANKARA – Reporters Without Borders (RSF)mengutuk sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Israel yang mengarahkan penutupan operasi Al Jazeera.
“Kerajaan Israel mengundi sebulat suara untuk menghentikan operasi Al Jazeera di Israel tanpa menyatakan bila keputusan itu akan berkuat kuasa,” kata RSF mengenai X.
RSF mengutuk sekeras-kerasnya “perundangan menindas” yang menapis saluran milik Qatar kerana liputannya mengenai serangan Israel di Semenanjung Gaza, yang telah membunuh lebih 34,600 rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.
Pada hari Ahad, kerajaan Israel mengundi sebulat suara mahu menutup biro Al Jazeera di wilayah itu, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan keputusan itu dalam satu kenyataan.
Undi yang dibuat oleh Kabinet Israel selepas Parlimen meluluskan undang-undang membenarkan penutupan sementara penyiar asing yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara semasa perang selama berbulan-bulan di Gaza.
Netanyahu mengumumkan keputusan itu di X: “Kerajaan yang diketuai oleh saya sebulat suara memutuskan: saluran hasutan Al Jazeera akan ditutup di Israel,” tulisnya.
Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata, beliau telah menandatangani arahan terhadap Al Jazeera, yang akan berkuat kuasa serta-merta.
Karhi juga mengarahkan rampasan peralatan penyiaran Al Jazeera “yang digunakan untuk menyampaikan kandungan saluran”, termasuk peralatan penyuntingan, kamera, mikrofon, pelayan dan komputer riba, serta peralatan penghantaran wayarles dan beberapa telefon mudah alih.
Keputusan itu meningkatkan perselisihan lama Israel terhadap Al Jazeera, selain mengancam untuk meningkatkan ketegangan dengan Qatar, yang membiayai rangkaian media, ketika Doha memainkan peranan penting dalam usaha pengantaraan untuk menghentikan perang di Gaza.
Israel telah lama mempunyai hubungan yang sukar dengan Al Jazeera, menuduhnya berat sebelah dan bekerjasama dengan Hamas.
Namun, rangkaian yang berpangkalan di Qatar telah berulang kali menolak tuduhan itu.
Al Jazeera adalah salah satu daripada beberapa saluran media antarabangsa yang kekal di Gaza sepanjang perang, menyiarkan adegan berdarah serangan udara dan hospital yang penuh sesak, dan menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Al Jazeera mempunyai pejabat di Israel dan pasukan wartawan yang bekerja sepanjang tahun. – Agensi
BUNUH TUKANG
SAMPAI BERITA
AMIN
BERITA BUNUH
MASIH TERSEBAR
AMIN
NAZI TETAPI NAZI
ZALIM TETAP ZALIM
WALAU PUN
PAKAI SERBAN
KHALAS
AGENDA TERAJANG ANWAR DARI MEDIA ASING ?
MEDIA ASING
AGENDA TERAJANG
ANWAR ?
AMIN
Unknown commented on
"MEDIA ASING SEBAR
BERITA PALSU"
Betulkah media asing hasad dengki dengan pencapaian luar biasa madani? Setiap hari ada kes rasuah kes pau duit, sapu projek sapu segala tak kira siapapun asalnya orang kita?
Atau memang ada percaturan bawa masuk warga China Merah yang suka berjudi? Kadangkala berita disembunyikan berita betul hanya terbongkar kerana sosok bernama Ronald Reagan bukan Mahathir Mohamad kah kah kah
ANWAR AKAN SAMAN BLOOMBERG ?
ANWAR SAMAN
BLOOMBERG ?
AMIN
Unknown commented on
"MEDIA ASING SERANG MADANON - BILA NAK SAMAN BLOOMBERG ?"
Dia tunggu Najib saman WSJ dulu hari selasa, baru dia nak saman Bloomberg hari rabu, yang dulu didulukan, kah kah kah
HARGA MINYAK NAIK ?
HARGA MINYAK
NAIK ?
SENIN 6 MEI 2024
SEKALI LAGI MEDIA LUAR NEGARA
BUAT FITNAH ?
KALI INI BERITA HARGA
MINYAK PETROL
AKAN NAIK
BETULKAH BERITA INI?
BERITA INI BERPUNCA
BILAMANA KERAJAAN MADANON
NAK HAPUS SABSIDI MINYAK
BETUL KE NAK HAPUS
SABSIDI MINYAK ?
WOIT
MASUK AKAL KALAU
SABSIDI DI HAPUS
HARGA MINYAK PETROL
PASTI AKAN NAIK
INI LOJIK AKAL
JENG JENG JENG
BILA HARGA MINYAK PETROL NAIK
YANG LAIN AKAN IKUT SAMA
INI ISU PENGANGKUTAN
JENG JENG JENG
KALAU MEDIA ASING
BUAT FITNAH
MENGAPA TAK SAMAN ?
KAH KAH KAH
ZIONIS ISRAEL
BUKA GERAI PAMERAN
JUAL SENJATA DI KL
JENG JENG JENG
APA SUDAH JADI
DENGAN MADANON ?
ISRAEL
STESEN TV AL-JAZEERA
DI HARAM KAN BEROPERASI
DI ISRAEL
INI KEPUTUSAN PARLIMEN
ISRAEL
UK
PARTI KERAJAAN KONSERVATIF
KALAH 400 KERUSI
MAJLIS TEMPATAN
INI TANDA PARTI BURUH
AKAN MENANG BESAR
DALAM PRU YG AKAN DATANG
BRAZIL
MADONNA BUAT KONSERT PERCUMA
DI PANTAI COPACABANA BRAZIL
1.6 JUTA DATANG MENONTON
GAZA
ISRAEL BERI TEKANAN
PADA HAMAS UNTUK
TERIMA GNECATAN SENJATA
JIKA TIDAK AKAN DISERANG
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH BERSINAR TERANG
LANGIT BIRU MUDA
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
ARAH KL SENTRAL
LANGIT AGAK KELAM
AIR DAH MULA BERKUMPUL
DI PINTU MASUK
CENGKERIK BERSIMPONI
TERRKUKUR DARI JAUH
BERLAGU
PAGI SENIN INI
AGAK SUNYI
PERKERJA KUBUR PUN
TAK MELINTAS
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM AKAN SEJUK
BRO
SENYUM
SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN
BRO
BILA KAWAN DATANG
NAK BANTU
TERIMA SAJE
BRO
LU TAK PERLU TERANGKAN
KAWAN LU TAK PERLU PENERANGAN
MUSUH PULA
TAK AKAN PERCAYA
BRO
JIKA LU DI BERI PELUANG
JANGAN LEPASKAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SEALAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)