Jumaat, 24 April 2015

#KITA LAWAN TURUN LAGI








KAYUH BANTAH ‘KITA LAWAN GST’ DI PERMATANG PAUH
Sekretariat anak muda #KitaLawan mengajak anak muda dan rakyat Permatang Pauh untuk menyertai aktiviti #KayuhBantah bagi membawa mesej anak muda #KitaLawanGST.
Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 4.00 petang
Lokasi berkumpul: Lorong Cermai 8, Taman Samagagah, Permatang Pauh.

Kayuhan ini akan melewati ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Bermula dari Samagagah, jelajah berbasikal ini akan melalui Permatang Nibong, Yayasan Aman dan Permatang Pasir sebelum kembali ke Samagagah. Kami akan singgah betemu masyarakat setempat di kedai-kedai kopi dan runcit untuk menaikkan semangat melawan kezaliman dan memastikan pengundi menunaikan tanggungjawab menolak penindasan GST.
Beberapa kumpulan berbasikal tempatan akan menyertai anak muda #KitaLawan. Saudari Nurul Nuha Anwar juga akan turut bersama.
Mereka yang ingin menyertai aktiviti ini digalakkan membawa basikal atau motosikal sendiri. Sebarang pertanyaan sila hubungi saudari Sandrea Ng 012-532-21-52.
Pada masa yang sama, anak muda #KitaLawan akan turut mengadakan Himpunan #KitaLawanGST jam 4.00 petang esok di hadapan Pasarayaku di Temerloh, Pahang untuk terus menaikkan semangat anak muda untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei. 
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!
24 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN






------------------

SOKONGAN UNTUK USTAZ FAKRULRAZI





USTAZ KITA


Yang ini bagus. jangan ikut sibodoh yg keluarkan statement utk boikot PKR..ingat dia tu maksum ke...tak berdosa...org lain aje tak betul...yg enting hapuskan Umno yg zalim dan sombong itu.. on DEWAN PEMUDA PAS
Anonymous
on 4/24/15

Yang ini bagus. jangan ikut sibodoh yg keluarkan statement utk boikot PKR..ingat dia tu maksum ke...tak berdosa...org lain aje tak betul...yg enting hapuskan Umno yg zalim dan sombong itu.. on DEWAN PEMUDA PAS
Anonymous
on 4/24/15

bravo Ust Mohd Fakhrulrazi....... tetapi dijangkakan perangai sikurus yusni mat piah tidak akan beruhah....... jahat seperti berlaku pilihanraya di nibong tebal.......... apa punya kurus.............. kah...kah...kah..... on DEWAN PEMUDA PAS
Anonymous
on 4/24/15

Alhamdulilah Ustaz Perak ini Bijak Ustaz Perak ini nampak BIG PICTURE Ustaz Perak ini ada OTAK BESAR Ustaz Perak ini Bukan Bahalol Ustaz Perak ini lebih Kepimpinan dari Presiden BODOH si Hadi Nelayan Persoalan sekarang , macsm mana orang orang PAS boleh jadi BODOH pilih Presiden Oramg BODOH ? Ini kena tanya Tun Mahathir on DEWAN PEMUDA PAS
Anonymous
on 4/24/15

hanya kes kecik depa nak boikot kes lagi besar lupa malaun-malaun karat biru sedng usaha matian untuk pecahkan kesatuan umah parti islam , jangan lupa depa sedang gelak ketawa tergolek dog ! ABU ! on DEWAN PEMUDA PAS
Amuraria
on 4/24/15

Bukan semua melayu PAS bahalol,budak negeri teman haruslah bijak..attee. Tp bukan yg itu yg teman nk kabo,pasal Kwsp ni..ni perang saraf ketuanan,deme saja umum nk naik had umur pengeluaran 60,biar rakyat bising lupa Gst..semua susah hati, najib pulak kat kazakhstan pi kenduri entot anak..

balik2 terus umum xda perubahan 55 tahun jugak, semua Happy ending..mcm si kulombia dapat entot. Rakyat lega,lupa 1 mei ni.. Kita lawan jugak, 1juta mesti turun. Mungkin ikang sardin byk kat utara,jd tuang presideng dh pandai sikit.. Presideng suruh tolong bantu P 044,budak Pas bantu lah..yg bahalol biaq pi depa. Nyata,ramai yg pandai mcm ustaz Fakhrulrazi.. Syabas! Apa punya pandai.. on DEWAN PEMUDA PAS



-------------

TEATER KOMIDI POLITIK




 PESTA

KETAWA

pj live arts
jaya one - seksyen 17
petaling jaya
bersama lawak berdiri
komidi politik
paling cool
paling counter culture

KETAWA LAH KAMU
sebelum ketawa 
diharamkan


-------------

SATU JEMPUTAN








UNIVERSITI 

BANGSAR UTAMA

Dari Yogjakarta Indonesia. 

Sesi perkongsian bersama 'Deden Bangkit'.


Tarikh : Sabtu 25 April 2015
Masa : 8.00 hingga 10.00 malam. Tempat : Kelab Bangsar Utama. 52C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (off Jalan Bangsar) (Dekat Stesen LRT Bangsar) 

Dari kampung halaman Yogjakarta, Indonesia. Sebuah organisasi yang bekerja bersama anak-anak muda menggunakan video/visual.

Mengenai Kampung Halaman:
http://www.kampunghalaman.org/home
http://depotvideo.kampunghalaman.org/home

JOM DATANG RAMAI-RAMAI!!










---------------------

PROGRAM HASUT DAN LAWAN





PROGRAM 

HASUT & LAWAN
sila pilih program ini
semua membawa pencerahan
semua anti-kerajaan
semua berniat suci
untuk menjatuhkan kerajaan
united malays national organisation
semua cool dan cun


SABTU PAGI



SABTU PAGI 

SAMPAI PETANG


 SABTU MALAM


SABTU MALAM


AHAD MALAM



-------------

LAWAK KOMIDI POLITIK





SEJARAH
kumpulan teater bukan teater
dari universiti bangsa utama
pemula teater politik di malaysia
tidak pernah undur
teater bukan teater pemula
satira komidi politik
terus tajam melawak

zaman mahathir : TOK AMPOO
zaman dolah : TOK SLOO & BILIK SULIT
zaman najib : BILIK KABINET




Pindaan Akta Hasutan sekat gurauan dan satira

23 Apr — Jenaka, gurauan dan sindiran, atau satira, kini bukan lagi boleh dijadikan bahan ketawa apabila Putrajaya mengetatkan lagi undang-undang hasutan bagi mengawal pandangan berbeza dan komen melalui Internet. 

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 9 April itu juga memaksa saluran berita satira lebih berhati-hati menjadikan ahli politik dan badan kerajaan sebagai bahan gurauan mereka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pindaan-akta-hasutan-sekat-gurauan-dan-satira#sthash.pU8jvhUF.dpuf


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
woit
beli tiket sekarang
sebelum ketawa diharamkan
DOH DOH DOH



BELI 


TIKET


---------------------

MEDIA BARU LAPOR BERITA





BERITA BENAR
hanya laman dan blog
yang menyiarkan kes bunuh altantuya
hanya  laman dan blog
berani membawa kebenaran

NOTA
terima kaseh
ronald reagan




Jangan mudah percaya laporan media sosial, kata Najib


Najib Razak menasihatkan golongan pelajar supaya tidak mudah percaya atau terpengaruh dengan laporan dalam media sosial kerana tidak semua kandungan yang disebarkan itu adalah benar. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-mudah-percaya-laporan-media-sosial-kata-najib#sthash.Duix70ag.dpuf

KAH KAH KAH

woit
tak kan nak baca sinar
tak kan nak percaya utusan
mutahil tengok RTM
wajib baca M'kini
wajib baca Minsider
wajib rujuk TUKAR TIUB
hanya portal dan blog
bersuara tepat jujur
hanya media baru bertanya
SIAP ARAH SIRUL 
BUNUH ALTANTUYA



-------------------

CHINA TEMBAM ENJOY LAGI





Lebih RM1.8 bilion dipindahkan antara akaun bank Jho Low, kata Sarawak Report

Good Star Limited, firma ahli perniagaan Low Taek Jho yang didakwa menyalurkan AS$ 700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009, didapati memindahkan lebih AS$ 500 juta (RM1.8 bilion) kepada satu daripada akaun banknya di BSI Bank Limited di Singapura daripada 2011-2012, menurut laman web Sarawak Report, memetik dokumen daripada pihak berkuasa kewangan republik itu. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lebih-1.8-bilion-dipindah-ke-akaun-jho-low-lapor-sarawak-report#sthash.Xwb7PHgP.dpuf

KAH KAH KAH

woit
china tembam enjoy lagi
tuang lagi air champagne
tongeng lagi paris hilton
jangan risau
melayu bangang
jangan risau
mak cik felda tak tahu
jangan risau
haji hadi tak faham
ini bukan kes hudud
ini kes sutut
APA PUNYA SUTUT
-------------

APA PUNYA TUN






 Mahathir tidak yakin Malaysia jadi negara maju 2020


Mahathir Mohamad tidak melihat ia jaminan negara sudah mencapai status negara maju.
Bekas perdana menteri itu berkata, kemajuan sesebuah negara tidak dilihat semata-mata kepada pendapatan penduduknya tetapi sebaliknya, perlu dibentuk mengikut acuan sendiri.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/status-negara-maju-tidak-bergantung-hanya-kepada-pendapatan-tinggi-kata-dr#sthash.CBE3wV9h.dpuf

KAH KAH KAH

woit
yakin gagal ni
semua orang tahu
tapi yang lawak tu
ikut acuan sendiri
kah kah kah
APA PUNYA TUUN



--------------------

AL- FATIHAH





AL-FATIHAH





ayahanda adam adli
meninggal dunia pagi ini
kemalangan jalan raya
petang kelmaran
kebumi hari ini
dikampong - di kepala batas

ADAM BOLEH DI HUBUNGI:
018-911-89-05



---------------

NAJIB TAK SELAMAT






APA KHAIRY TAHU








Web pro-BN dakwa komplot dalaman anti-Najib

Sebuah laman web pro-Umno mendakwa, terdapat pemimpin Pemuda Umno yang berkomplot untuk menjatuhkan  Najib Razak.

Laman Mykmu.net melaporkan, usaha itu dilakukan dalam satu mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin malam tadi.


KAH KAH KAH

woit
nampaknya pemuda
mula ambil sikap
mampooos kalau macam ini
tercekik nama leher mat mongol
PEMUDA HARAPAN BANGSA

----------------

DEWAN PEMUDA PAS






KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
23 APRIL 2015

PERMATANG PAUH: MEDAN PROTES RAKYAT, JANGAN BOIKOT


JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK menggesa seluruh jentera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu gerak kerja pilihanraya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada negeri Perak yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Pemuda PAS Perak berharap semua dapat wala' kepada keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kita bertugas di Permatang Pauh.

Harus diingat, PAS mempunyai satu kerusi di dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Dun Permatang Pasir dan gerak kerja ini adalah salah satu usaha mengekalkan kemenangan PAS Dun itu.

Kami tidak mahu mana-mana pihak membuat keputusan dan tindakan melebihi apa yang diputuskan oleh PAS Pusat sebaliknya mengikut sahaja arahan yang telah dikeluarkan.

Dewan Pemuda PAS Perak beranggapan PRK Parlimen Permatang Pauh adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan bantahan serta kemarahan mereka terhadap perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kekecewaan yang sedang dirasai perlu dimanifestasi dalam bentuk undi sebagai isyarat kepada BN agar tidak mudah untuk sewenang-wenangnya menjerut rakyat.

Pengundi di Permatang Pauh adalah wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan kuasa yang ada menolak BN yang gagal mentadbir dengan baik hatta menambahkan lagi derita rakyat khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kami berpandangan, BN sememangnya takut dengan suara rakyat dan rakyat pula tidak seharusnya takut untuk memberi amaran kepada pemerintah agar lebih menghormati hak serta suara mereka.

Walaupun keputusan di Permatang Pauh nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ianya adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Najib Razak di mata rakyat.

Undi kepada Pakatan Rakyat juga adalah sebagai solidariti terhadap Anwar Ibrahim yang kini disumbat dalam penjara atas tuduhan yang sangat tidak masuk akal.

Terus Beristiqamah

USTAZ MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Pengarah Jabatan Pilihanraya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak




----------------