SEMUA AKAN SELESAI MALAM INI
nota:alangkah baiknya
jika malam ini sang hantu
dan sang jin menunjukkan diri
buat show jimnastik atau berubah
ubah muka atau terjun tambam di stadium
bukit jalil malam ini
persoalan sama ada jin dan hantu wujud sekali gus
akan selesai malam ini dan malaysia akan menjadi
negara terulung memiliki jin dan hantu
sebagai warga negara kah kah kahSITI BALQIS MULA BENGIS – berita hairan
JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan.
“Saya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri sedia membantu gadis itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, tambahan pula Siti Balqis adalah pesakit Thalassaemia (Penyakit Sel Darah Merah).
“Penghidap penyakit ini memerlukan sokongan dan perhatian serius keluarga kerana jika dibiarkan pesakit boleh menjadi tertekan dan emosi yang tidak terkawal,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pakar psikiatri berpendapat Siti Balqis perlu dibawa berjumpa pakar bidang berkenaan bagi mendapatkan penilaian jelas secara saintifik agar gadis itu tidak mengalami tekanan perasaan yang boleh membahayakan termasuk mencederakan diri sendiri.
Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penilaian dengan pakar psikiatri membolehkan mas-alah sebenar Balqis diketahui, sekali gus membantu gadis itu mendapatkan penjelasan keseluruhan dengan cara saintifik apa yang berlaku terhadapnya.
Kisah Balqis dari Kampung Gong Nangka, di sini menggemparkan negara apabila dilaporkan ‘ghaib’ di beberapa tempat termasuk gua dan kubur. Terbaru keluarganya mendakwa Balqis disorok ‘jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, tetapi dia kemudian ditemui polis di rumah seorang kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kelmarin.
Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata berjumpa pakar psikiatri tidak bermakna Balqis mempunyai masalah mental, tetapi untuk mengetahui jenis bantuan untuk gadis itu.
“Andai kata Balqis mempunyai masalah psikologi dan tidak diberikan rawatan sepatutnya, pelbagai perkara boleh berlaku seperti berputus asa, murung, putus semangat serta kompilasi dengan diri sendiri. Keluarganya boleh meneruskan rawatan tradisional tetapi pada masa sama perlu mendapatkan khidmat psikologi,” katanya.
NOTA:disini akhirnya
fikrah yang rasional
keilmuan yang diduga
keilmuan yang ilmiah
bukan ilmu mimpi
bukan ilmu jin dan jembalang
yang dapat mencari sebab dan musabab
masyarakat melayu adalah masyarakat pertanian
yang sedang berubah untuk memasuki ke alam rasional
banyak karut wal marut masih ada lagi dalam pembudayaan pertanian
hantu jembang orang bunyian semua ini adalah sebahagian dari pembudayaan itu
dunia pertanian ini indah penuh dengan dewa dan dewi
kampong batu dan pokok semuanya ada penunggu
ini diperlukan untuk menerangkan erti kehidupan
dewa dan dewi ini diperlukan untuk menerangkan kenapa ada guruh dan petir
penunggu batu dan penunggu pokok ini adalah tanda hormat kita kepada alam
cuba kita tanya kenapa hantu ini:
tidak muncul malam ini di stadium bukit jalil sebelum permaian bola di mulakan
kenapa hantu ini tidak muncul jam 12 tengah hari di bangsar shopping komplek
kenapa hantu ini tidak muncul menari nari di di hadapan klcc hari ahad petang
kenapa muncul hari malam sahaja?
kenapa muncul ketika mamat ini kesaorangan?
ada satu yang amat pelik :
di hadapan kedai toto ada bomoh jual number untuk menang
cuba fikirkan dengan rasional kenapa sang bomoh
iyang dapat meramal angka yang akan menang tidak membeli
semua number ini?
pelik?
bomoh ini sudah tahu number apa yang akan naik
kenapa dia sendiri tidak beli
ini lah namanya karut wal marut
sila tanya para bomoh yang menangkap hantu ini:
kenapa cepat sangat dibuang ke laut?
kenapa tidak tunggu kajian ilmiah?
apakah perlu satu akta di luluskan di parlimen
dimana hantu yang ditangkap
tidak boleh dibuanghkan ke laut kah kah kah
nota:baru sekarang kita diberi tahu bahawa
anak gadis ini rupa-rupanya sakit.
NOTA: paling lawak dalam semua laporan beri ini ialah:
Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah