Rabu, 11 September 2024

RUMAH AMAL BAHAYA ?


BAHAYA RUMAH

AMAL

AMIN

INI BARU DI N9

DAN SELANGOR

NEGERI LAIN

AMIN

TOLAK PERSEMPADANAN SEMULA


TOLAK 

PERSEMPADANAN

SEMULA UNTUK

MELAYU SELAMAT

KHALAS

JADI BODYGUARD ATAU APA ?


JADI BODYGUARD

ATAU

JADI PEMBANTU ?

 AMIN

GANJA DAN PISTOL JADI UMPAN


Lelaki saman Anwar kes serangan seksual nafi miliki pistol, dadah ditemui polis, dakwa diperangkap

Seorang lelaki yang memfailkan saman serangan seksual terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah ditahan polis sejak 6 September lalu atas tuduhan memiliki pistol dan dadah.

Peguamnya Rafique Rashid berkata Muhammed Yusoff Rawther menafikan memiliki dua pucuk pistol dan dadah jenis ganja yang didakwa polis dijumpai dalam keretanya.

Menurutnya, anak guamnya juga telah lulus ujian saringan air kencing.

"Yusoff juga telah menyatakan dalam rakaman percakapannya bahawa pistol dan dadah tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap oleh pihak-pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengan beliau," kata Rafique.

Yusoff kini berada dalam tahanan reman yang akan berakhir esok, dan sedang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api 1960.

"Yusoff amat risau tentang keselamatan beliau apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan individu-individu berpengaruh masih berjalan. Kes-kes ini mempunyai sensitivitinya tersendiri.

"Keluarga Yusoff berdiri teguh menyokongnya dan berharap pihak PDRM profesional dalam melaksana tugas mereka," kata Rafique.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Pada 14 Julai 2021, Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik Anwar memfailkan saman mendakwa beliau telah diserang presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum beliau memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson. 

Yusoff mendakwa beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.

Anwar, menerusi pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 28 Sept 2021, mendakwa Yusoff telah berbohong di bawah sumpah dan pihak berkuasa berhubung serangan seksual yang berlaku kepadanya.

Yusoff juga telah memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menuntut gantirugi kecederaan yang dialami selepas didakwa diserang di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada 2018.

Pada Oktber 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff susulan saman fitnah berkait kenyataannya mengenai saman terhadap Farhash.

Tunku Nashrul turut diperintahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yusoff berhubung kenyataannya menafikan insiden serangan oleh Farhash itu berlaku.

WOW

ADA SEPETOL

ADA GANJA

KAH KAH KAH

INI JERAT 

NAK KENA 

HUKUM GANTUNG

 AMIN

KHALAS

YUSSOF RAWTHER DI TANGKAP !!!


Yussof Rawther Dalam Tahanan Reman

1. Pada 06.09.2024 jam lebih kurang 9.30 pagi , Muhammed Yusoff Rawther telah ditahan oleh sepasukan anggota polis di Kuala Lumpur.

2. Polis dilaporkan menjumpai 2 pucuk pistol dan dadah disyaki ganja (berat kasar ) 305gram dalam kereta yang dinaikinya.

3. Yusoff sekarang berada dalam tahanan reman mulai 6.9.2024. 

4. Siasatan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952, setelah reman pertama berkaitan Akta Senjata Api 1960 ditolak.

5. Yusoff telah menyatakan secara jelas pada pihak siasatan bahawa pistol dan dadah tersebut bukan miliknya dan dia tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut. Ujian saringan air kencing juga negatif. 

6. Yusoff juga telah menyatakan dalam rakaman percakapannya bahawa pistol dan dadah tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap( the guns and drugs were planted) oleh pihak-pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengan beliau.

7. Mereka-mereka yang Yusoff maksudkan telahpun dibekalkan nama serta kaitan penama-penama tersebut dengan pimpinan politik  Negara.

8. Pihak polis juga telah dipohon oleh Yusoff serta peguamnya untuk dibenar membuat laporan polis mengenai perkara ini. Surat berkaitan telah pun diutus. Keperluan membuat laporan polis ini adalah supaya pembelaan Yusoff dimajukan pada seawal mungkin agar ianya tidak dilabel "afterthought" atau rekaan.

9. Yusoff amat risau tentang keselamatan beliau apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan individu-individu berpengaruh masih berjalan. Kes-kes ini mempunyai sensitivitinya tersendiri. 

10. Keluarga Yusoff berdiri teguh menyokongnya dan berharap pihak PDRM profesional dalam melaksana tugas mereka.

11. Reman akan tamat pada esok 12.09.2024 dan perkembangan selanjutnya akan diketahui lewat petang ini.

Sekian.

Rafique Rashid
Peguambela
11.09.2024
10.30 am
Kuala Lumpur

GEROMBOLAN KENCINGKAN NAJIB !!!


    Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran


    KUALA LUMPUR – Presiden Makkal Sakti,  RS Thanenthiran meluahkan kekecewaannya ekoran isu titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada  Najib Razak.

    Beliau yang merupakan penyokong tegar bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun pelbagai pihak berkepentingan termasuklah Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi telah melihat titah itu namun isu itu seolah-olah telah mati begitu sahaja.


    Menurutnya, banyak sangat dolak dalih mengenainya dan pihak yang terlibat sepatutnya bersikap lebih amanah dan bertanggungjawab.

    “Saya cakap dengan anda, jika betul ada titah adendum itu, katakan. Jika tiada, cakap tidak dan kita semua boleh move on. Kita semua perlukan kesahihan, kita perlukan kejujuran. Cuba berlaku adil kepada beliau (Najib).

    “Tidak semestinya isu ini bangkit kerana akhirnya  Najib sendiri bawa isu ini ke mahkamah bagi mendapatkan pengadilan itu. Jujur, ikhlas. Jika ada, katakan ya,” katanya baru-baru ini.

    Thanenthiran terkejut apabila pengesahan seseorang yang berstatus pemimpin nombor dua negara seperti Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga dianggap sebagai hearsay  oleh Mahkamah Tinggi.

    “Zahid nampak sendiri nampak surat itu, bila bawa ke mahkamah keputusannya ditolak kerana sekadar hearsay. Pelik juga kerana yang cakap ini (afidavit) bukan calang-calang tapi TPM.

    “Apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Saya rasa sudah tiba masanya kita perlu bangkit bersuara,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Thanenthiran juga mengetengahkan bagaimana ironinya kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi Najib di negara ini.

    Kata beliau, kes-kes membabitkan penyelewengan dana 1MDB juga ada dibicarakan di mahkamah luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan juga Switzerland namun nama Najib tidak pula terpalit.

    “Tapi di negara sendiri, beliau (Najib) diperlakukan oleh segelintir pihak untuk memastikannya dipenjara dan ia telah dilakukan ketika era pemerintahan  Dr Mahathir Mohamad sejak kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

    “Saya beri contoh, baru-baru ketika Mahkamah Jenayah Switzerland ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda kepada dua penyeleweng dana 1MDB, Tarek Obaid dan Patrick Mahony hanya dikaitkan dengan Jho Low sahaja yang kini masih lagi dalam buruan.

    “Nama lain yang disebut ialah keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BN),  Zeti (Akhtar Aziz) yang juga telah menerima duit daripada Jho Low. Mahkamah Switzerland kata, beliau tidak terlibat dalam penyelewengan dana itu, beliau tidak curi. Satu dunia ketawakan kita sebenarnya.

    “Kita semua tahu, semua ini adalah konspirasi pendakwaan terpilih, pendakwaan bermotifkan politik dengan agenda mahu jatuhkan Najib, itu sahaja,” ujarnya.

    Thanenthiran juga mempersoalkan bagaimana  Azalina Othman Said yang kini Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi lantang mengenai isu Batu Putih dan Sulu namun ketidakadilan terhadap Najib ‘dibisukan’.

    “Dulu beliau sangatlah lantang pertahankan Najib, kini kenapa diam seribu bahasa?” soalnya.

    WOIT

    CAKAP UMNO

    NAK HANTAR

    DELEGASI JUMPA

    BEKAS AGONG

    AMIN

    NAK TANYA HAL

    TITAH ADENDUM

    KAH KAH KAH

    DAH SEBULAN

    BILA DELEGASI

    NAK PERGI JUMPA?

    KAH KAH KAH

    ATAU ITU HANYA

    LAWAK TEATER

    MASA

    PERHIMPUNAN

    KAH KAH KAH

    KHALAS

    NEGARA BANYAK MASAALAH


    SELESAIKAN

    MASAALAH DALAM

    NEGARA DULU

    AMIN

    SEBELUM MERAYAU

    KE LUAR NEGARA

    KHALAS

    Unknown commented on 
    "HAMAS MASIH BERJAYA
     MEROKET ISRAEL DARI GAZA"

    Masalah sendiri lagi banyak, kerja semakin kurang, harga barang semakin naik, minyak barang keperluan kena tunggu lori Madani sampai, makanan minuman dinaikkan harga, samada ada sijil halal atau tidak tetap sama naik, gaji masih tahap sama, orang-orang politik asyik berbicara tahap gaban mereka, tidak faham susah rakyat, jalan masih rosak lif masuk rosak tangki air flat masih berlumut, tempat parking penuh dengan kereta rosak, kiri kanan jalan dipenuhi peniaga sampai tutup jalan separuh,

     kedai tepi longkang masih buang sampah ke longkang sungai laut, kita bolehlah berbicara hal dunia hal rantau hal sains teknologi AI sebagai tetapi hakikatnya rakyat tetap tahap sama, ini kena faham, ini kena ada tindakan, bukan jalan sini jalan sana jumpa pemimpin dunia nak selesaikan masalah dunia, masalah rumah tak selesai masalah stokin tak selesai masalah bendera terbalik tak selesai, masalah curi rasuah pow oleh orang-orang penguatkuasaan masih tak selesai, 

    yang ingat selepas gaji semua akan jadi suci murni tanggapan salah, sebabnya mudah yang atas bergaji juta pun lagi kuat rasuah juga pun dibiarkan berleluasa bersenam berjalan lancar saja kah kah kah jadi ambil ikhtibar selesai masalah sendiri dahulu sebelum menjenguk masalah orang warga asing pulak kah kah kah

    GERILA MESIR SERANG ISRAEL


    PERKEMBANGAN

    BARU

    AMIN

    GERILA MESIR

    SERANG ISRAEL

    AMIN

    WARGA TANPA NEGARA


    WARGA 

    TANPA NEGARA

    AMIN




    SALAHKAN PENDATANG ASING ?


    SALAHKAN

    PENDATANG

     ASING ?

    AMIN

    Unknown commented on 
    "CETAK PASPOT SENDIRI"

    Jadi semua ini salah pendatang asing la kan?
    Orang dalam bangunan kerajaan, penjawat awam penguatkuasa yang dibayar gaji dengan hasil cukai, lansung tak tahu menahu kerja jahat lagi keji ini ya?
    kerja jahat dengan dapat hasil rasuah paw duit pendatang asing melalui perlbagai cara kemudian awak beli bmw mercedes, ke mekah madinah konon buat umrah hapus dosa, bagi anak bini makan.

    nak tutup pekong di dada buat la berita konon pendatang asing memang salah belaka. konon awak pandai buat kerja.

    ingat semua 33juta rakyat malaysia ini bodoh macam pintu?

    tak boleh baca apa yang tersirat?


    SAYA ULANG - SAYA ULANG


    SAYA ULANG

    SAYA ULANG

    AMIN


    Unknown commented on
     "HAMAS MASIH BERJAYA
     MEROKET ISRAEL DARI GAZA"

    Pagi ini rating HotFM melonjak tinggi... Jom vote for KJ the best presentatier DJ Radio Malaysia....

    https://vt.tiktok.com/ZS2ad1Vqs/

    Terngiang ngiang jer kannn... Kikikiki

    https://vt.tiktok.com/ZS25nkmSt/

    Tag line KJ

    https://vt.tiktok.com/ZS25Wee66/

    "Menang hari ini Esok makan ramai ramai..'

    Saya ulangggg..!!

    Yang walaoun Koyak rabak pasai apaaa....!?

    Relex la cai...!! Kah kah kah

    https://vt.tiktok.com/ZS2572wvL/

    #vote4KJ

    SAYA ULANG - SAYA ULANG


    SAYA ULANG

    SAYA ULANG

    AMIN

    RAJA PETRA YANG SAYA KENALI



    RAJA PETRA 

    YANG SAYA KENALI


    Pagi Selasa 10 September 2024 dalam perjalanan membawa anjing saya – Ezi dan Tak Tak –  berjalan-jalan di Tanah Perkuburan Hokkien talipon bimbit saya sibuk berbunyi. Banyak pesanan masuk. Saya mengabaikan.


    Sekembali di bilik saya membuka komputer. Wow -  ada berbelas-belas pesanan dari Whatapps yang  sampai.  Bila saya buka semuanya membawa berita yang sama : Raja Petra Kamaruddin telah meninggal dunia di Manchester. Al-Fatihah.

    Semua kawan-kawan dan kenalan mahu memberi tahu saya maklumat penting ini. Amin.

    Saya ambil muat berita ini dan masuk kan ke dalam Blog Tukar Tiub.

    Lalu saya teringat dalam hidup ini jika kita menjalani hidup dengan baik – sekali hidup pun sudah cukup. Saya yakin Raja Petra atau RPK telah menjalani hidupnya dengan baik.

    Saya hanya mengenali Raja Petra a.k.a RPK ini  sepulang saya dari dua puluh tahun berkelana. Saya berkenal baik dengan RPK kerana kami sesama terlibat dalam kumpulan teater Bargeaves Ballerz.

    Ini kumpulan teater  MCOBA – Malay College Old Boy Association  - murid tua dari MCKK – Malay College Kuala Kangsar. Nama  kumpulan teater ini kami diambil untuk mengingati nama William Hargeaves. Sosok ini menjadi guru besar Kolej Melayu dari penubuhan 1905  hingga ke tahun 1918.

    Raja Petra Kamaruddin adalah senior saya di MCKK. Saya menjadi murid MCKK pada tahun 1969.   Ketika saya menjadi Budak Koleq Raja Petra Kamaruddin telah  keluar meninggalkan MCKK pada tahun 1965.

    Saya ingat lagi  ada dua kumpulan yang secara terbuka menerima saya pulang ke tanah air tanpa prejudis atau pandangan serong. Pertama  kawan-kawan dari Kelab Sosialis . Kedua kawan-kawan dari MCOBA.  Ah lan wa sah lan mereka cukup jujur.

    Pada tahun 1995 setahun sesudah pulang ke tanah air saya mula aktif dalam MCOBA. Persatuan murid tua ini menganjurkan pelbagai aktiviti. Ada Kelab Ragbi, ada  pasukan Golf dan setahun sekali ada Old Boy Weekend. Ini hujung minggu  dimana semua murid tua diajak kembali pulang bermalam di sekolah lama.

    Setiap tahun juga  MCOBA akan mengadakan Jamuan Makan Malam Tahunan. Dan kami dari Ballgreaves Ballerz akan  naik ke  pentas  beraksi sesudah jamuan makan malam. Kami penghibur dan penghadam diner.

    Saya ingat lagi teater What If... yang kami pentaskan pada tahun 1995. RPK telah berlakon sebagai Mat Salleh kolonial yang mencadangkan kepada empat  Raja-Raja Melayu untuk menubuhkan  kolej Melayu.

    Tiap tahun bila Ballerz memerlukan Mat Salleh untuk berlakon pasti nama Raja Petra naik. Kami tak pernah panggil dia Raja Petra. Untuk kawan-kawan dalam MCOBA kami panggil dia dengan nama manja  Pet.

    Politik dan iklim politik berubah. Anwar Ibrahim yang juga murid tua Kolej Melayu dibuang dari kerajaan. Di bicara dan di masukkan ke penjara.

    Kami dari MCOBA semuanya penyokong setia Anwar Ibrahim. Semua menyimpan harapan old boy yang ini akan melakukan sama  seperti old boy Tun Razak yang telah membawa pembaharuan kepada negara.

    Dalam masa yang sama  teater kami juga pernah  ada menyelitkan babak-babak komidi yang menganjing Anwar Ibrahim. Sketsa-sketsa  ini kami pentaskan untuk   untuk para Old Boys mentertawakan sesama sendiri.

    Pada 20 September  1998 -  Anwar dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Saya dengan seorang Junior Isham Kecik telah pergi ke Sungai Buluh. Saya ingat lagi malam itu kami ke rumah Raja Petra. Kami meminta Pet terlibat untuk menyokong Anwar. Caranya cukup senang – beratur di pintu masuk mahkamah dengan memakai tali leher murid tua Kolej Melayu.

    Kami minta Raja Petra menjadi ketua untuk mengepalai beberapa orang lagi Budak Koleq yang telah di rekrut. Ini untuk menunjukkan pada orang ramai bahawa murid tua MCKK juga bersama Anwar Ibrahim.

    Pet bersetuju. Gambar Budak Koleq  berbaris dengan tali leher  MCOBA keluar dalam Berita Harian. Saya puas hati.

    Hubungan  saya dengan Raja Petra dari pentas teater kini beralih ke pentas politik. Raja Petra ini menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris.  Bila Anwar didapati bersalah dan masuk penjara Raja Petra menerbitkan laman Internet  Free Anwar Campaign. 

    Ketika ini dunia Internet baru bermula. Ketika ini ada laman bawah tanah   bernama Mahazalim yang menyerang Mahathir Muhamad secara gelap. Manakala Free Anwar Campaign -  laman yang dikendalikan oleh Raja Petra secara terbuka.

    Duta Amerika John Malott sendiri pernah menulis untuk Free Anwar Campaign.

    Saya terlibat dalam ke dua-dua laman ini. Saya menghantar tulisan untuk FAC kepada Raja Petra. Saya juga menulis dan menyunting  secara  gelap laman  Mahazalim yang membalun kerajaan Mahathir.

    Saya ingat lagi pada 4 April 1999 dimana Raja Petra berada. Pada petang Ahad itu PKN -  Parti Keadilan Nasional  di rasmikan penubuhan di Hotel Renaissance di Kuala Lumpur

    Pada petang itu saya mendapat panggilan talipon dari Pet.

    ‘ Isham come over... aku di Concorde...datanglaaa... aku dengan Rehman Rashid  ... ‘ Raja Petra mempelawa  untuk minum petang. Rehman juga Old Boy yang selalu terlibat dalam Bargreaves Ballrez.

    ‘.... mari kita bet berapa lama parti ini akan bertahan....’ Raja Petra agak sinikal dengan penubukan Parti Keadilan Nasional. Saya menolak jemputan itu. 

    Anwar masuk penjara. Kami  yang di luar meneruskan perjuangan menentang Mahathir Muhamad dan United Malays National Organisation. Beberapa demonstrasi kami anjurkan.

    Pada 10 April 2001 seramai 10  aktivis Reformasi ditangkap di bawah ISA. Saya termasuk dalam senarai tangkapan. Para Reformis sedang merancang untuk keluar  berdemo di hadapan pejabat SUHAKAM di Jalan Tungku Abdul Rahman pada 14 April. Untuk mengingati hari  Black14 – hari Anwar dijatuhkan hukum penjara. 

    Saya di tangkap di pejabat saya di Jalan Kemuja Bangsar dan di  bawa ke tempat rahsia yang hingga sekarang saya tidak tahu dimana tempat itu. 

    Saya dikurung dalam bilik sulit. Setiap hari  kami  berhadapan dengan lima pegawai polis tanpa uniform dan tanpa nama. Kami disoal siasat – non stop – setiap hari – pagi petang ada kala ke malam.

    Saya dikurung bersendirian. Ketika ke bilik siasatan kami digari dan  mata kami ditutup. Kami tidak tahu  dimana kami berada.

    Untuk menjadikan cerita satu hari dalam minggu ke tiga Abang Polis yang mengawal kami telah menjalankan kesilapan. Waktu saya hendak di masukan kembali ke sel  - saya terserempak dengan Raja Petra di meja Abang Polis.

    Mata kami tidak ditutup lagi. Dua Old Boy  MCKK bersua di Bilik Sulit.

    ‘ How are you old boy....’ Ini kata-kata Raja Petra yang saya masih ingat hingga ke hari ini.

    ‘ Ok.... me okay  Pet...’ Jawapan ringkas dari saya  sebelum Abang Polis membuka gari dan  dengan pantas memasukan saya ke dalam  sel. Esoknya saya di pindahkan ke sel lain. Maka saya tahu bahawa Raja Petra juga sama ditahan seperti saya.

    Sebulan kemudian saya dipindahkan lagi. Kali ini di bilik tahanan yang lebih ketat. Mata masih ditutup. Berhampiran dengan bilik tahanan saya ialah dewan sukan. Sesekali saya terdengar suara Raja Petra dari  dewan sukan. Dia sedang bersukan dengan Abang Polis.

    Satelah dua bulan di soal siasat saya bersama lima Reformis – Ezam, Tian, Pak Abu, Ustaz Badrul dan Lokman Adam di hantar ke Kamunting. Raja Petra di bebaskan. 

    Keluar dari Kamunting saya meneruskan apa yang terhenti. Pengalaman  ISA saya rakam dalam teater Bilik Sulit.

    Walau pun awalnya sinikal tetapi Raja Petra  tetap di yakini untuk mengendalikan akhbar mingguan Suara Keadilan – akhbar resmi Parti Keadilan Rakyat. Ini sesudah Parti Keadilan Nasional. Parti Rakyat bergabung pada 3 Ogos 2003.

    Raja Petra yang mengendalikan portal FAC terus menulis. Laman FAC menjadi rujukan. Tulisan Raja Petra menjadi ikutan. Analisa dan gosip Raja Petra dibaca dan menjadi perbualan nasional.

    Tertiba satu Malaysia terkejut dengan pembunuhan Altantuya bekas penyedap Najib. Juga kekasih Razak Baginda – kawan baik Najib.

    Raja Petra terus menulis. Saya ingat lagi satu tulisan Pet dimana dia memaparkan angka kilometer  perjalanan kereta Rosmah Mansor  pada malam Altantuya di bunuh.

    Dari angka kilometer ini Raja Petra memberi tahu kita semua bahawa  Rosmah berada di tempat Altantuya di bunuh. Buktinya ialah jumlah kilometer pergerakan kereta Rosmah pada malam itu.

    Dari mana Raja Petra mendapat maklumat ini hanya Guru Nanak yang tahu.

    Polis ingin menangkap Raja Petra sekali lagi. Raja Petra menghilangkan diri dan muncul di Manchester. Dia menjadi sosok pelarian politik. 

    ‘ I changed..FAC ... Fuck Anwar Completely  ... ke   Malaysia Today....’ Raja Petra memberitahu bila laman ini berubah nama dan Anwar telah dibebaskan.

    Laman yang dikendalikan oleh  Raja Petra ini terus  menjadi rujukan politik untuk warga Malaysia. Raja Pet tidak berhenti menulis walau pun kita berada di luar negara.

    Pada bulan Mac- April 2014  saya membawa teater Bilik Sulit ke United Kingdom. Selama sebulan Kumpulan Teater Bukan Teater  mementaskan  teater Bilik Sulit di Nottingham, di Sheffield, di Manchester  dan di London

    Di Manchester  sesudah pementasan kami singgah ke  Gossip Cafe – kedai makan milik Raja Petra. Festival Uno Malasie – Satu Malaysia ini yang membawa Bilik Sulit ini terdiri dari 9 pelakun termasuk Adam Adli.

    Di Cafe ini saya bertemu, berbual dan berlabun dengan Pet. Banyak yang kami labunkan.

    Paling yang saya ingin nak tahu ialah bagaimana dia berjaya melarikan meninggalkan Malaysia.

    ‘ Alaaa... Anwar baik dengan Datuk Eskay.... dia  bekas kaunselor kita di Haatyai....Datuk Eskay yang bantu aku lari... Anwar bohong dia tak kenal Datuk Eskay.....Anwar ni kaki kencing....’  Old Boy bercerita kepada Old Boy.

    Itulah  kali akhir kami bertemu.

    Sekali sekala saya buka juga laman Malaysia To-Day. Kebelakangan ini  Pet kelihatan agak kurus dan cengkung dalam  siaran podcast nya.

    Pagi ini saya menerima berita kematian Raja Petra. Saya menalipon Bull atau Nik Azmi kawan baik Pet  – kawan satu dormitori di MCKK untuk penjelasan.

    ‘ ...tak tahu dia sakit apa...’

    Maka dalam hidup ini jika kita lakukan dengan baik sekali pun sudah mencukupi.  Raja Petra Kamaruddin kerabat Selangor telah menjalani hidupnya dengan baik.

    Ini tulisan Budak Koleq kepada Budak Koleq. Al- Fatihah. Amin.  (TT)



    TULISAN INI JUGA DISIARKAN
    DALAM PORTAL MALAYSIA KINI
    https://www.malaysiakini.com/columns/718781


    SAYA ULANG ESOK SAYA ULANG


    Hot FM diancam boikot gara-gara lelucon 'hari ini menang, esok...'
    Stesen radio Hot FM menuai polemik di media sosial apabila ungkapan yang sering dikaitkan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi bahan lelucon dalam satu siaran yang turut menampilkan Khairy Jamaluddin. 

    Ia berlaku semasa siaran pagi semalam apabila Khairy menyebut “saudara-saudara, kalau menang hari ni, esok…kita makan ramai-ramai” ketika bercakap tentang kemungkinan dia memenangi undian untuk Anugerah Bintang Popular anjuran Berita Harian yang bakal berlangsung Oktober ini.

    Sindiran Khairy itu kemudian disambut dengan deraian ketawa penyampai Fara Fauzana (Fafau) dan Johan Raja Lawak.

    “Saya ulang!” sambung Khairy dengan sekali lagi disusuli ketawa Fafau dan Johan.

    Walaupun tidak merujuk Anwar secara khusus, ungkapan itu serta nada yang digunakan Khairy dilihat menyerupai cara Anwar menyebutnya sebelum ini.

    Ungkapan itu sememangnya sering dikaitkan dengan Anwar ketika dia menjadi ketua pembangkang, berhubung janjinya untuk menurunkan harga minyak. 

    Ia pertama kali disebut Anwar pada 2008, ketika dia masih mengetuai gabungan Pakatan Rakyat.

    "Hari ini (8 Mac) kita diumumkan menang, esok (9 Mac) kita umumkan penurunan harga minyak," katanya ketika itu.

    Namun lelucon itu mencetuskan kontroversi apabila segelintir pendengar berpendapat jenaka tidak sepatutnya diperdengarkan di radio seperti Hot FM.

    Mereka juga berkata tindakan Hot FM membenarkan ia berlaku sebagai tidak bertanggungjawab.

    Kata mereka, ia terutama apabila jenaka tersebut ditujukan secara terbuka kepada pemimpin negara.

    “Nak kritik, dipersilakan. Nak troll, guna platform lain. Bukan platform stesen radio atau TV. 

    “Kalau nak bandingkan zaman perdana menteri sebelum ni, cuba semak ada troll ke di stesen TV atau radio? 

    “Kalau ada troll pun, troll bekas PM. Bukan PM semasa,” ciap seorang pengguna di X.

    Malah segelintir pengguna media sosial yang lain mengancam untuk memboikot stesen berkenaan. 

    “Sungguh mengecewakan. Daripada Fafau dan FBI (Faizal Ismail) jadi DJ, saya masih ikuti tapi mulai hari ini sudah tidak mahu dengar Hot FM. 

    “Apalah melawak benda sensitif, perdana menteri kot. Patutnya Hot FM kena tunjuk adab. Ini tidak, sama saja dengan orang tidak cerdik yang menghina, memfitnah orang sesuka hati,” kata seorang pengguna di Instagram pula.

    Namun ada yang mempertahankan Hot FM dengan berkata kalangan yang tidak berpuas hati bersikap terlalu sensitif dengan jenaka itu.

    “Dah kenapa? Okey saja lawak dia aku dengar. Entah-entah PMX pun tidak ambil hati, kamu saja triggered lebih,” kata seorang pengguna media sosial.

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Hot FM berhubung perkara ini.

    ‘Tak apalah, saya terima’

    Ketika sidang Dewan Rakyat pertengahan tahun lalu, Anwar sempat menjawab sindiran yang sering dihalakan kepadanya berhubung perkara itu.

    Menjawab Ahli Parlimen Pasir Mas daripada PAS Ahmad Fadhli Shaari, dia berkata PAS sendiri menjadikannya sebagai bahan kempen semasa parti itu masih berada dalam Pakatan Rakyat.

    “Semua kempen PKR, PAS gunakan itu,” katanya sambil menambah dia malah pernah dipesan agar menyebut perkara itu dalam satu program di Kelantan pada masa lalu.

    “Tak apalah, saya terima (sindiran) itu. Tiada masalah.

    “Apakah saya ada sebut dulu, ya saya sebut. Tapi saya nak beritahu, harga minyak di Arab Saudi ketika itu 50 sen (seliter), harga kita RM1.80 sen (seliter),” katanya lagi.

    KAH KAH KAH

    SAYA ULANG

    KAH KAH KAH

    SAYA ULANG

    KAH KAH KAH

    AMIN