Isnin, 24 Ogos 2009
PETANG YANG PERMAI
RAYAKAN KEHIDUPAN
Petang kelmarin di kampong baru
Perniagaan rancak – kueh kueh kueh
Lauk lauk lauk – segala macam
Ayer tebu - ayer kelapa - ayer cincau – ayer ayer ayer
Bubur - bubur - bubur
Ada yang dilambok
Ada yang dipengat
Ada yang dikisar
Manis manis manis
Bulan puasa pesta makan
Bulan puasa menjamu selera
Batu Road khemah baru dipasang
Songkok masih didalam peti
Kain batik belum disidai
Baju melayu belum di pasang
Kedai bundle tidak kelihatan
Kalau sehari sejenis kueh
Baru selesai merasakan semua
Kalau sehari sejenis lauk
Dua tahun puasa blum pasti selesai
Ayam pecik, ayam pedas, ayam berlada, ayam goreng,
Ayam tumis, sambal ayam, kurma ayam – ayam ayam ayam
Gulai ikan kering , gulai ikan basah, ikan dipanggang, ikan dibakar,
Ikan di salai – ikan ikan ikan
Bila matahari turun maka semua orang akan turun sama
Mencari dan mencari dalam satu pesta kelazatan
Merayakan hidup.
Bayanglan betapa susahnya untuk memilih
Antara kueh apam dengan kueh kuci
Antara apam balik dengan lepat pisang
Pilih pilih pilih
Rayakan kehidupan
Rayakan dengan secangkir air anggur
Rayakan dengan sebait puisi
Rayakan dengan sebatang keretek
Rayakan dengan sekotak janji untuk menjadi manusia yang berani.
MITOS DAN PENIPUAN
TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN
Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.
Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.
Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.
Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.
Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.
Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.
Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.
Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.
Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.
Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
MITOS PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.
MITOS KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)
Nota:
Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.
BERITA GUMBIRA SATU MALAYSIA
ONG SAMAN TIONG RM500 JUTA – berita hairan
Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat, memfailkan saman RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing.
Saman itu berkaitan dakwaan Tiong bahawa beliau memberi wang berjumlah RM10 juta kepada Ong.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah….INILAH BERITA LANUN LAWAN LANUN… kah kah kah..
Kah kah kah… BIARKAN TOWKAY LANUN INI BERGADUH… kah kah kah..
Kah kah kah… KALAU BOLEH BUBUH MINYAK LAGI…. kah kah kah…
Kah kah kah…. HANTUK HANTUK KAN MEREKA… kah kah kah…
Kah kah kah…. MANA YANG LEMAH KITA SOKONG…. BILA KUAT … KITA SOKONG LAWANNYA…. Kah kah kah…
Kah kah kah…. ADU DUMBAKAN LANUN DUA EKOR INI…kah kah kah…
SELAMAT JALAN RADZHI
HOWWAT HANG KLIM ELAUAN BANYAK SANGAT.... SPRM MARAH
SELAMAT MEMELOK BINI BARU
Nota:
Mengucapkan selamat jalan. Lain kali jangan banyak berbini-bini.
Lain kali hang jangan buat klim banyak sangat sampai 35,000 ringgit
untuk satu bulan. Rumah hang bukan jauh dari pejabat.
Pasal apa klim bagitu banyak. Padan muka kena perangkap sprm.
Bini hang yang lain lain tu macam mana? Sapa nak jaga?
Hang pergilah sondol tunggul kayu tu. Untung untug hang
dapat bini baru kah kah kah.
AWAS LANUN SEDANG MERANCANG
NAJIB MAHU FELDA, FELCRA DAN RISDA WUJUD KONSORTIUM –mStar
Najib Razak hari ini mencadangkan supaya tiga agensi pertanian terbesar di negara ini bergabung mewujudkan satu konsortium bagi membolehkannya melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi.
Najib yakin kerjasama Felda, Risda dan Felcra itu mampu memberi keuntungan berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan.
Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang akan dilaksanakan.
"Ketiga-tiga agensi masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dengan mewujudkan satu konsortium.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… KONSORTIUM….SIAPA YANG AKAN DI KON …kah kah kah…
Kah kah kah… ADA YANG KENA KON... ADA YANG KENA TIUM… kah kah kah..
Kah kah kah… BILA SEMUA DAH TERKUMPUL DALAM SATU PAKAGE…kah kah kah…
Kah kah kah…HARTA RAKYAT INI AKAN APONG KAN DI BURSA SAHAM…. Kah kah kah..
Kah kah kah… KEMUDIAN JUAL…PADA SINGAPURA…kah kah kah..
Kah kah kah…. MACAM SYARIKAT PADI BERAS NEGARA …JUAL PADA HONG KONG... Kah kah kah…
Woit…NGOOOK... PENEROKA BUKAN NAK KONSORTIUM….kah kah kah...
kah kah kah... PENEROKA HENDAK GERAN TANAH…kah kah kah…
Kah kah kah… BILA NAK BAGI GERAN TANAH… HAK MEREKA….kah kah kah…
SURUH LAIN BUAT LAIN
LUNAS BIBIT KETIDAKSEFAHAMAN PEMBANGKANG:NAJIB – berita hairan
Najib Razak berkata, keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan bibit ketidaksefahaman dalam kerajaan pembangkang.
NAJIB berkata, secara prinsipnya semua pihak perlu terima keputusan Mohd Radhi ia dibuat tanpa dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak termasuk Umno.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… KALI PERTAMA USTAZ MONGOLI CAKAP BETUL… kah kah kah…
Kah kah kah… MEMANG TIDAK ADA KESEFAHAMAN… kah kah kah…
Kah kah kah… PKR KATA C4…. MUNKEE NI KATA C2… kah kah kah…
Kah kah kah… PKR KATA ALTANTUYA … MUNKEE NI KATA MINAH RONGGENG…. Kah kah kah…
Kah kah kah… PKR KATA ZIANA ZAIN… MUNKEE NI KATA BIK MAMA…kah kah kah..
Kah kah kah…. PKR KATA BOLEH BLAH… MUNKEE NI I NAK TERUS JADI EXCO…kah kah kah…
JAMIN KALAH
RAIS YAKIN MAJORITI PAS MEROSOT - malaysiakini
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin majoriti undi pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan menurun kerana rakyat sudah sedar bahawa mereka perlukan pembaharuan.
Beliau berkata tindakan pembangkang menggunakan isu peribadi untuk menyerang calon BN Rohaizat Othman membuka mata rakyat bahawa mengundi sebenarnya perlu menggunakan akal dan bukan emosi.
KAH KAH KAH..
Kah kah kah…. KALAU KENYATAAN MACAM INI…. kah kah kah…
Kah kah kah… JAMIN GEROMBOLAN LINGKUP…. Kah kah kah…
Kah kah kah…. BILA KALAH 10 GOL … DAPAT SATU TENDANG KONER GEROMBOAN SUDAH HAPPY…. Kah kah kah…
Kah kah kah…. INI BETUL PARTI NAK LINGKUP….kah kah kah…
Kah kah kah…. BERTANDING HANYA UNTUK KURANGKAN UNDI….kah kah kah..
Woit… PARTI BERTANDING UNTUK MENANG…kah kah kah…
Kah kah kah…. NAK KURANG KAN UNDI…JANGAN BAGI ORANG DATANG MENGUNDI….kah kah kah…
TAIKO JUMPA TOWKAY
KAMI BUKAN SAMSENG – KAMI MCA GELANG PATAH – berita hairan
Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh hari ini berkata sekumpulan 40 orang yang berkumpul di hadapan pejabat MCA Johor di Jalan Segget di sini Selasa lalu bukan kumpulan samseng.
"Mereka sebenarnya adalah anggota MCA Gelang Patah dan sebahagian daripadanya wakil badan bukan kerajaan yang telah datang untuk menemui Timbalan Presiden, Dr Chua Soi Lek, yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat di bangunan itu," katanya menolak kenyataan Presiden MCA yang mengecap mereka sebagai sekumpulan samseng.
KAH KAH KAH…
Woit …. TIMBALAN PRESIDEN PARTI TAK KENAL AHLI PARTI…kah kah kah…
Kah kah kah….APA SUDAH JADI…. kah kah kah…
Woit… SAMSENG PAKAI JAKET DAN TALI LEHER….PANDU BMW…kah kah kah…
Kah kah kah…. DUDUK DI MINES DAN COUNTRY HEIGHTS...kah kah kah
Kah kah kah… AHLI PARTI PAKAI SELUAR PENDEK….kah kah kah…
Kah kah kah… INI TANDA PARTI POLITIK NAK TUTUP KEDAI…kah kah kah..
Labels:
mama juwie,
MAT GELAP,
ngoooook
Langgan:
Catatan (Atom)