Khamis, 23 Julai 2009
JANGAN LUPA 1 OGOS INI - TULIS DALAM DAIRI SEKARANG
NIK AZIZ – ANWAR SERTAI DEMO ANTI ISA -malaysiakini
Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah…. SEMUA GEDEBE AKAN TURUN…kah kah kah..
Kah kah kah…TAHU KENAPA NIK AZIZ DAN ANWAR AKAN TURUN SAMA?...kah kah kah..
Kah kah kah…. KERANA MENYAMBUT SARANAN DOLAH BADAWAI…kah kah kah..
Woit…. DOLAH BADAWAI.. AKAN TURUN SAMA KE ?.... kah kah kah..
Kah kah kah… SOALAN YANG INI KENA TANYA KJ… kah kah kah…
Woit … TAK CAYA ?.... BACA SUDAH BUAT KENYATAAN DOLAH BAWAH INI….kah kah kah…
Kah kah kah… DIA BUAT BUKAN DI OXFORD… BUKAN DI HAVARD… BUKAN DI YALE…. Kah kah ka..
Kah kah kah… DIA BUAT KENYATAAN DI SINTOOOOOK….kah kah kah
ABDULLAH MAHU ISA DI MANSUH - melayau
SINTOK 17 Julai - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.
Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.
BERITA DI BAWAH INI DI PANGGIL - BERITA PUTAR
ISA MASIH RELEVAN JAGA KESELAMATAN NEGARA – berita hairan
GESAAN supaya kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhir-akhir ini nampaknya semakin lantang kedengaran bukan saja daripada kalangan pemimpin politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bahkan bekas pemimpin kerajaan yang satu ketika dulu bermati-matian mempertahankannya.
Walaupun cadangan itu bukan perkara baru kerana ia sering ditimbulkan dari semasa ke semasa oleh pihak tertentu, keghairahan tuntutan kali ini jelas lebih terancang dan bersungguh-sungguh.
Berita terbaru ialah cadangan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di tiga lokasi utama yang belum ditetapkan di Kuala Lumpur pada 2 Ogos ini untuk menyatakan bantahan terhadap akta itu.
KAH KAH KAH…KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
Woit… LIHAT DAN BACA BAGAIMANA CARA MEDIA GEROMBOLAN CUBA MENGELIRUKAN ORANG RAMAI…. kah kah kah..
Kah kah kah… TARIKH DEMO SENGAJA DI ALIHKAN KEPADA 2 OGOS…kah kah kah..
Woit… TAK CAYA ? …. PERGI BACA SENDIRI …kah kah kah...
CERITA CERITA ORANG BIASA – 4
HILANG ENTAH KE MANA
Setiap kali aku melintasi wilayah Bangsar Utama aku teringat akan Dia. Setiap kali aku melihat stesen LRT Bangsar aku akan teringat Dia. Setiap kali aku melihat bangunan bank yang tesergam di Bangsar Utama aku teringatkan Dia. Apabila bangunan yang paling tinggi selesai dibina di Bangsar Utama aku terngadah melihat – lalu hati aku basah kerana aku tahu ceritanya.
Ceritanya bagini:
Ayah Dia didatangkan sebagai buruh dari Bharat untuk membina landasan Keretapi Tanah Melayu. Sesampai di bumi Melayu ini si Ayah - sebagai kuli - telah tinggal berasak-asak di rumah kongsi yang disediakan untuk para buruh. Bertahun kemudian - sesudah berkahwin dan beranak pinak maka si ayah dapat menyewa rumah KTM - rumah berbilik satu terletak betul-betul di gigi landasan keretapi di Bangsar Utama. Disinilah sesudah perang Dia dilahirkan dan membesar.
Ayahnya keras memburuh meneroka hutan untuk membuka bumi Melayu. Kehidupan - jika dibanding – agak lebih baik dari daerah kampong asal usulnya. Walau apa pun, si ayah selalu teringatkan daerah yang telah bagitu jauh ditinggalkan. Saban malam – si ayah akan berangan-angan untuk membawa keluarganya melihat kampong sanak saudara – bermimpi untuk balik ke kampong asal.
Dengan mimpi dan angan-angan ini si ayah telah mengumpul duit dengan niat dan cita-cita satu hari nanti mereka sekeluarga akan belayar pulang melihat candi-candi kuno yang tersergam indah di Bharat.
Dia mendewasa – persekolahan gagal - tanpa ilmu yang cukup maka akhirnya Dia juga menjadi kuli seperti ayahnya. Hanya satu bezanya - dia berupaya untuk memandu kereta. Akhirnya Dia melamar kerja untuk menjadi dreber. Dari satu tuan ke satu tuan Dia memandu. Usianya bertambah dan akhirmnya Dia pun beristeri. Rumah semakin sempit maka mereka wajib mencari satu rumah yang baru.
Akhirnya dengan duit yang diangan-angankan oleh ayahnya untuk pulang ke Bharat kini digunakan untuk membeli sebidang tanah.
Di tanah baru inilah mereka sekeluarga berjanji bersetia untuk mendirikan dunia baru. Ayahnya - sehari demi sehari - semakin pudar niat dan mimpinya untuk pulang memuja Krishna dan merendamkan badan di sungai Ganga. Maka terdirilah rumah papan – bukan lumayan tetapi selesa - berselang seli dengan tetanga Melayu dan China. Akhirnya mimpi ayahnya untuk pulang ke Bharat hanya dibawa mimpi ke rumah pembakaran. Debunya ditaburkan di Sungai Klang. Berakhirlah mimpi seorang kuli.
Ketika – aku sampai ke kota kita ini - Bukit Bangsar - masih lagi kebun getah. Rumah Doshi di kemuncak Bukit Pantai masih dalam pembikinan. Ketika itu Bukit Damansara namanya masih kolonial - Bukit Guillemard. Ketika itu ada landasan keretapi melintas dari laluan yang ada sekarang untuk masuk ke dalam kawasan kilang Lever Brothers di sebelah bangunan NST. Ini bagitu lama dahulu.
Demi Zeus – aku teringat lagi ketika itu - harga sebotol air soya hanya 25 sen, sebungkus nasi lemak 10 sen, nasi campur – sayur dan lauk hanya 70 sen – kalau ditambah telor masin hanya menjadi 95 sen. Harga secawan teh susu hanya 15 sen. Sebotol Harimau hanya 1. 30 sen.
Di zaman inilah aku mula berkenalan dengan Dia yang kerja sebagai seorang driber.
Aku pernah juga berkenalan dengan anak-anak Dia. Ini kerana Dia pernah membawa anak-anaknya berjumpa aku – anak lelaki berumur 12 tahun dan anak perempuan mungkin 9 tahun. Ini hanya anggaran kerana aku tidak dapat menilai umur anak-anaknya yang bagitu kurus seperti dirinya sendiri.
Tidak jauh dari tempat Dia tinggal - di hadapan sebuah kuil kayu - ada sebuah warong menjual air nira masam. Ini adalah sebahagian dari cara kolonial untuk memastikan kuli dan buruh di tanah Melayu sentiasa setia dengan tuannya. Warong papan berpangkin kayu ini cukup dikenali oleh kuli dan buruh KTM. Di sini jugalah Dia selalu menghabiskan masanya sesudah pulang dari kerja.
Beberapa kali aku di beritahu yang Dia kadang kala gagal datang bekerja. Pelbagai sebab musabab telah diberikan. Sesekali isterinya sakit. Sesekali anaknya demam. Malah aku pernah sekali diberitahu ada bahawa Dia telalu sedih untuk datang memandu kerana kucing kesayangan telah menjadi arwah. Aku hanya tersenyum kerana telah beberapa kali aku tercium bau alkohol apabila aku bersua dengan Dia.
Mungkin ramai dari kita yang kurang faham atau memiliki pandangan moral yang tinggi – tetapi inilah sahaja jalan rentas untuk para buruh dan kuli yang ingin mencari keindahan maya dalam hidup yang semakin susah dan semakin menekan.
Aku juga difahamkan di warong papan ini – setiap petang – akan hadir seorang lelaki berdhoti putih lagi bersih membawa sekaki payung hitam dan mengepit sebuah beg kulit. Setiap petang lelaki berdhoti bersih ini – dari apa yang aku tahu - akan sentiasa bersedia untuk menghulurkan wang kepada kuli dan buruh yang keputusan modal jika mereka ingin terus belayar melayan air nira masam.
Cerita aku ini terputus disini kerana dengan tiba-tiba aku pergi jauh dari kota ini.
Demi Zeus – bila aku pulang kembali semuanya telah berubah. Kota lama aku telah meluas. Rumah KTM di tepi landasan keretapi di Bangsar telah tidak wujud lagi. Kota lama aku telah menjadi bagitu asing untuk diri aku. Bila aku mula mengenap maka aku pun bertanya-tanya tentang si anu dan si anu. Siapa kahwin dengan siapa. Siapa bercerai dengan siapa.
Dan akhirmya aku menjadikan di Bangsar Utama sebagai kampong halaman aku. Tidak dapat tidak Bangsar Utama memaksa aku untuk tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Dia.
Kau mungkin tidak pecaya apa yang aku ceritakan ini. Warong air nira masam dan kedai-kedai arak di Brickfield dan Bangsar Utama - sepeninggalan aku - adalah tempat Dia menghabiskaan masanya. Setiap kali Dia keputusan duit maka lelaki berdhoti puteh bersih akan menghulurkan wang. Semua duit yang diberi dikatakan tercatit dalam kertas-kertas yang tersimpan di dalam beg kulit yang dikepit oleh lelaki berdhoti ini.
Pernah satu kali aku diberitahu bahawa Dia datang kembali mencari kami – kaum kiri - yang sentiasa akan membantu mereka yang tertindas – ketika itu aku entah berada di benua mana. Semuanya gagal. Maka akhirnya tanah tapak rumahnya tergadai. Semuanya lupus.
Demi Zeus – kau mungkin tidak pecaya – bila kau melihat tapak bangunan yang tersergam besar yang baru sahaja didirikan di sebelah LRT Bangsar Utama itu - yakinlah – sebahagian tanahnya pada satu ketika ada milik Dia. Aku cukup pasti hal ini kerana pada satu hari Dia telah memberhentikan van yang dipandunya dihadapan kawasan ini. Dia berhenti kerana ingin menyampai barang untuk anak lelakinya. Dan orang duduk dalam van itu adalah aku.
Hingga ke hari ini Dia telah hilang entah ke mana.(TT)
TUKAR TIUB MINTA MAAF
SILA BACA INI
-thethinker- berkata...
1 Malaysia kena tipu lagi.. termasuk TT taiko kite nii..
Yg ditubuh utk menyiasat kematian BengHock ialah Inkues ( bahasa melayu takda kaa ) yg diketuai oleh Majistret..
Suruhjaya Diraja yg ditubuh plak , hanya utk menyiasat cara penyiasatan SPRM ...
sekali lagi , 1 Malaysia kena kong ngan kangkung dari Pekan
( Yang diatas adalah komen dari salah seorang pembaca TT )
Memang betul satu Malaysia kena kelentong.
Suruhajaya itu BUKAN untuk mengetahui bagaimana Teoh mati.
Tetapi tentang prosedur/tata kerja SPRM.
Ini adalah penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib Razak.
Najib terang-terang menipu satu Malaysia.
Inkues hanya akan dilakukan oleh magistrate. Mamat atau Minah ini hanya akan mendapat data dan fakta dari laporan polis. Maka keputusan inkues ini pastilah :
1 – Teoh Beng Hock telah mati
2 – Teoh Beng Hock seorang lelaki
3- Teoh Beng Hock lelaki China
2 – Teoh Beng Hock jatuh dari bangunan.
3 – Teoh Beng Hock patah di sana dan di sini
4 – Mayat Teoh Beng Hock di temui jam 1.30 petang
Dan lain lain fakta yang semuanya diketahui umum.
Bukan ini yang warga satu Malaysia mahu.
Warga satu Malaysia mahu tahu :
Bagaimana Teoh Neng Hock jatuh?
Tukar Tiub minta maaf kerana memberi salah lapor.
Ini kerana ingin cepat memecah berita.
Berita awal dari TT seolah-olah Suruhanjaya Di Raja
ditubuh untuk menyiasat bagaimana Teoh jatuh mati.
Laporan ini salah. Tukar Tiub salah. Minta maaf.
Terima kaseh kepada thethinker.
JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA LAGI
SURUHANJAYA DIRAJA PATUT SIASAT PUNCA KEMATIAN : MAJLIS PEGUAM – berita haira
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak hari ini akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja.
"Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya adalah seorang pegawai yang paling junior.
"Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian," katanya.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… INI BETUL BETUL TIPU SIANG HARI…kah kah kah..
Kah kah kah… DULU KES BUNUH ALTANTUYA… kah kah kah..
Kah kah kah… KALI INI KES MATI TEOH BENG HOCK….kah kah kah..
Woit… CUKUPLAAA… JANGANLAH TIPU SATU MALAYSIA… kah kah kah..
Kah kah kah... SATU MALAYSIA... RAKYAT DAH BENCI...kah kah kah..
Woit… JANGANLAH BODOHKAN ORANG MELAYU…kah kah kah…
Woit...JANGANLAH BODOHKAN SATU MALAYSIA...kah kah kah..
SATU LAGI PROJEK TERBURAI – MAT IKANG TERCONGNGOK MELOPONG
AHMAD AKUR ARAHAN JKR TUTUP STADIUM UNTUK SIASATAN - mStar
HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akur dengan tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menutup Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak untuk disiasat kerana didapati ada kerosakan.
Menteri Besar Ahmad Said berkata, beliau tidak mahu membuat ulasan lanjut kerana penyiasatan itu akan dibuat oleh JKR pusat dan terpulang kepada mereka untuk melakukannya.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… DISINILAH TERBARAINYA WANG EKHSAN ..kah kah kah..
Kah kah kah… LEPAS SATU .. SATU LAGI PROJEK TERBURAI…kah kah kah..
Woit…LEPAS SATU .. SATU PROJEK RUNTUH…kah kah kah..
Woit… BILA LAH AGAKNYA ORANG MELAYU NAK SEDAR…kah kah kah..
Kah kah kah…NAPALAH MAT IKANG MELAYU INI BODOH SANGAT…kah kah kah...
AL-MALIKUL SEMBAB SPIK INGLIS
THINKING CULTURE ASAS KEPADA MASYARAKT MAJU – TPM - melayau
Muhyiddin Yassin menyeru masyarakat memperluaskan penghayatan budaya fikir (thinking culture) dan menjadikannya sebahagian daripada budaya hidup mereka sebagai sebuah masyarakat maju.
Timbalan Perdana Menteri berkata, budaya fikir inilah yang akan menjadi faktor penentu utama yang bakal menjamin pembangunan tamadun baru dan kewujudan bangsa yang cemerlang pada masa depan.
Beliau juga mahu masyarakat membuang sindrom kelesuan, kemalasan dan kelemahan berfikir.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… SO.. YOU SPIK INGLIS … kah kah kah..
Kah kah kah… MAK CIK FELDA NO UNDERSTAND…kah kah kah..
Kah kah kah… WHAT TINKING IS…. kah kah kah…
Kah kah kah… TIN IS BIJEH TIMAH… KING IS RAJA… kah kah kah
Kah kah kah… KALCHA WHAT ?... KALCHA IS BROKEN GLASS ?..kah kah kah..
Woit… YANG HARI HARI GEROMBOLAN BODOHAN MELAYU PROJEK SIAPA?... kah kah kah…
Woit … YOU KNOW WHAT WE ARE THINKING NOW ?...kah kah kah..
Kah kah kah… WE ARE THINKING TO GAHARKAN SEKILO LADA API TO YOUR UGLY SEMBAB FACE…kah kah kah..
Kah kah kah… PLEASE DON’T LOOK IN THE DICTIONARY THE MEANING OF THE WORK GAHAR…IT’S BEYOND YOUR BIRD BRAIN…kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)