Sabtu, 20 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sibuk sibuk dan sibuk
Yang tak sibuk buat sibuk
Yang membeli sibuk mencari
Yang membungkus sibuk mengira

Raya seminggu lagi

Yang tak membeli buat sibuk melihat orang membeli
Yang tak sibuk buat sibuk tercar-cari

Bayangkan masuk ke gedung membeli belah
Lalu ternampak seratus ribu jenis pakaian
Bayangkan masuk ke kedai sepatu ternampak sejuta kasut baru
Lalu kita mengacu dan bergaya
Bayangkan masuk ke kedai makan ada sejuta juadah menunggu
Lalu kita melihat untuk merasa

Kita memilih dan kita membelek
Kita membelek dan kita menilai
Kita menjamah dan kita merasa

Rasakan lah nikmat di alam sempurna
Rasakan nikmat kebebasan membuat pilihan

Hidup ini juga adalah nikamat
Hidup ini juga adalah membuat pilihan

Bayangkan betapa nikmatnya dalam hidup ini
Jika kita dapat memilih apa yang kita mahu
Bayangkan betapa nikmatnya membuat apa yang kita suka
Bagun lewat tidur meninggi hari
Membaca buku mendengar musik
Berjalan sepuas hati tanpa ganguan tanpa digari
Melukis, memancing, melepak sepanjang hari
Tiada tegahan tiada rendah diri

Apakah ini mimpi

Tidak

Sebenarnya kita memerangkap diri
Kita menggadaikan hidup untuk membeli dan memiliki
Lalu kita menjual masa dan harga diri
Dengan niat bila tua nanti kita tidak pedih dan peri
Terapit sesak dalam kereta saban hari
Walhal ada yang lebih nikmat dari ya datuk yes tuan

Hidup ini hanya sekali
Kalau tidak sekarang bila lagi
Bila tua yang tinggal hanya mimpi
Kita gagal untuk mengenal diri
Sampai ke lahad kita tidak tahu potensi diri

Hidup ini ada pilihan
Di hadapan ke kanan
Di hadapan ke kiri

Kebebasan memilih terpulang diri sendiri
Jangan mati muda kerana membeli dan memiliki

Tegok secangkir air sejuk
Nikmati sebuku roti

Sudah tahu maksima potensi diri?



KICKDEFELLA - BEBAS - TERKINI

Polis akan membebaskan penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Abdul Aziz pada pukul 5 petang hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

Peguamnya, Ammit Pal Singh telah berkata demikian.

PAKATAN RAKYAT MOHON MENGADAP AGUNG

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkata : Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat resmi momohon untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung.

YB Dr Mujadid berkata demikian dalam satu forum anti-Isa di Pulau Pinang malam tadi.

Jika pemohonan mengadap di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung maka pucuk pimpinan Pakatan Rakyat akan menyembahkan nama-ahli-ahli parlimen yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pakatan Rakyat berharap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung akan menasihatkan Perdana baru-baru ini di Terengganu semasa 'krisis' perlantikan Menteri Besar.