Rabu, 9 November 2022

ADA CAHAYA DALAM TOROWONG

 


ADA CAHAYA

DALAM TOROWONG

AMIN

KHAIRY BAKAL PERDANA MENTERI


Saya nak jadi PM satu hari nanti, kata Khairy


KHAIRY Jamaluddin berhasrat untuk memimpin Umno dan jadi perdana menteri jika pengundi di Parlimen Sungai Buloh memastikan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti, kita pimpin Malaysia… Insya-Allah.

“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin Umno.

“Satu hari nanti, saya mahu menjadi perdana menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu,” kata calon Barisan Nasional (BN) itu semasa ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi.

Tetapi hasratnya itu bukanlah sekarang kata Khairy, kerana BN telah pun mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesepuluh jika gabungan itu menang pilihan raya 19 November ini.

“Sekarang ini kita menang, kekanda saya  Ismail Sabri Yaakob jadi perdana menteri Malaysia. Saya baru 46 tahun, boleh tunggu lagi, tapi jangan lama sangatlah. Saya bersedia tapi saya kena buktikan di Sungai Buloh ini dulu.

“Kalau orang Sungai Buloh sokong saya, saya boleh maklumkan kepada orang parti, saya datang ke kandang naga dengan majoriti 26,000, menang untuk kerusi BN.

“Saya mahu memimpin parti dan saya mahu menerajui negara,” jelasnya.

Umno akan mengadakan pemilihan parti enam bulan selepas PRU15. Pada pemilihan 2018, Khairy kalah kepada Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden.

Pada pilihan raya kali ini, Khairy melepaskan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau dicalonkan di Sungai Buloh, yang merupakan kubu kuat Pakatan Harapan.

Khairy akan berdepan calon PKR R Ramanan dalam pertembungan tujuh penjuru. Calon lain yang akan bertanding adalah Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) serta dua lagi calon bebas Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri. – 9 November, 2022.   

MENANTU ABAH

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

CAKAP AWAL

AWAL

KAH KAH KAH

SENANG NAK

SOKONG DAN

SENANG NAK

DI PANCUNG

KAH KAH KAH

KITA ADA

MUSA ITAM

KU LI

ANWAR IBRAHIM

SEMUA NAK

JADI PM

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

AMIN

KHALAS

BUKAN SUMPAH TAJUDDIN



Masalah 'tidak pernah berlaku' punca stesen LRT ditutup, kata Prasarana

ENAM belas stesen LRT terpaksa ditutup berikutan kerosakan yang dikesan dalam sistem kawalan kereta api automatik (ATC) Sabtu lepas, kata Prasarana Malaysia Berhad hari ini.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kerosakan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata jurutera mereka sedang meneliti perkara itu dan setakat ini tidak dapat mengenal pasti punca gangguan itu.

“Kami memutuskan bahawa tindakan terbaik adalah menghentikan sementara perkhidmatan kereta api demi keselamatan penumpang.

“Kami masih cuba mengenal pasti punca sebenar gangguan itu. Pasukan RapidKL kini dibantu oleh pakar pengeluar peralatan asal untuk mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 73 bas pengantara telah digunakan ke lima laluan berbeza di sepanjang laluan Kelana Jaya untuk membawa penumpang ke destinasi mereka sebagai penyelesaian sementara, dan lebih banyak lagi akan ditambah kemudian. – 9 November, 2022.

INI BUKAN

SUMPAH TAJUDIN

KERANA DIBUANG

DARI PRASARANA

KAH KAH KAH

INI MASALAH

TEKNIKAL YG

PASTI KITA

HADAPI

AMIN

INJIN APA PUN

CANGGIHNYA

PASTI AKAN ROSAK

SATU KETIKA

AMIN

KHALAS

CALON TEPAT DARI PAKATAN


CALON  TEPAT

DARI PAKATAN

AMIN

Unknown commented on
 "BEBASKAN GANJA
 DARI BAGINDA QUEEN"

salam bro..mohon promote DR. NORAISHAH MYDIN BINTI HAJI ABDUL AZIZ calon PH..calon ini lebih baik utk warga putrajaya berbanding tengku palsu Ku nan dan bekas menteri mat jidin yg mengucar kacirkan sistem pendidikan, malah dr noraishah terbaik berbanding ras adiba pengerusi bernama.lu sendiri lihat oku2 di brikfield tu..tidak diperjuangkan,dinafikan samarata..ras ni cuma kecoh hak dia je..oku bangsa minoriti..oh ya..macam ne org buta mengundi?mcm mana oku mengundi??


lupa plak, pegawai2 SPR sekarang tengah menyorok dari media dan rakyat..mana prof azmi sharom?kalo banjir besar dtg, mcm ne oku nak mengundi??gua teringat ank2 ronasina..gua teringat ronasina dihina oleh pelakon mengaku alim, pelakon tu kata disbkan dosa ronasina maka ank2 ronasina jd OKU..babi pun pelakon..gua masih ingat teater bilik sulit.kalo la record gua tak rosak, gua wajib upload ke youtube..nak tunggu lu mmg susah sb lu sendiri takda budget...

DASAR MANTAP DARI PAKATAN



DASAR MANTAP

DARI PAKATAN

AMIN

KRISIS EKONOMI PASTI SAMPAI



KRISIS EKONOMI

PASTI SAMPAI

KHALAS


Unknown commented on
 "EKONOMI DUNIA MELESET"

ayat2 klise dari menteri bank,tok pa ialah msia tiada impak dgn krisis ekonomi dunia..lepas tu bila ringgit jatuh , baru la mrk kata terpaksa naikkan itu ini sb krisis ekonomi dunia..sejak tahun 2020, inflasi sudah diramalkan sudah dijangkakan tapi mahiadin scheme of thing menafikan bahawa mahiaddin cirit disbkan inflasi..kini ismail tanggung inflasi disbkan gagal urus negara dari mahiaddin sampai ismail penyu..kalo zahid jadi PM, kj mensti jd menteri atau senator..oh ya.ada menteri yg dilantik tanpa melalui pilihanraya..lu lupa..dr zul al bakri, tengku zafrul banker dan dan dan..

APA JADI DENGAN NOH OMAR - TANJUNG KARANG


TANJUNG KARANG

TEMPUA 

BERSARANG

RENDAH

KHALAS

hamim commented on 
"TAIKO SELANGOR 
KENA PANCUNG"
TT, kat Hokien ada tempua buat sarang kat pokok lagi ke tidak? Ada yang buat sarang rendah tak? Ingat pepatah melayu " jika tidak ada ada masakan tempua bersarang rendah", mungkinkah tempua bersarang rendah diTanjung Karang, Kerteh, Kota Tinggi....dan dan dan?

PILIH CALON MACAM MANA ?


SAPA PALING

CANTIK CUN

BERGETAH

KAH KAH KAH

AMIN



SAINTIS DAH BERI AMARAN - POLITIKUS DEGIL



SAINTIS DAH BERI

AMARAN TAPI

POLITIKUS DEGIL

KHALAS

SIAPA BANGSAT ?


SIAPA  BANGSAT ?


Tamrin  Tun  Ghafar

Isnin  -  07/11/2022



1.   Najib kata  orang  Melayu  akan TERBANGSAT  jika  tidak  sokong  UMNO

2.  ALLAH  SWT  Maha  Berkuasa ;  orang  yang  membuat kenyataan  melampau tersebut  terhadap bangsa nya  sendiri kini merengkok  dipenjara Kajang  apabila  9 orang  Hakim  sebulat suara   mendapati  beliau  bersalah  MENCURI wang rakyat  dalam kes SRC  International  ,  dan dihukum  sebanyak  12  tahun penjara  dan denda RM210  juta - gagal bayar, hukuman  tambahan 5 tahun penjara  lagi  dikenakan

3.   Jika  bayar ,  beliau  perlu  menyiadakan hujah yang boleh diterima akal  oleh LHDN  dari mana  sumber  RM210 juta itu diperolehi

4.   Samada  Agong  akan  MENGAMPUNKAN  Banduan  yang kebetulan rakan kenalan baik beliau  yang  belum sampai setahun dua  dipenjarakan , sama - samalah  kita tunggu  dan lihat  kerana  Najib  sudahpun  membuat  rayuan  Pengampunan  Di Raja  atau  Royal  Pardon

5.  Apakah  beliau  juga  akan diberi Pengampunan  Di Raja  diatas  beberapa  kes  berkaitan pencurian  wang  negara sebanyak  RM2.3 Billion  yang  BELUM  selesai  dan  SEDANG  berjalan  diMahkamah  atau  Lembaga  Pengampunan  dan  Agong  mahu  SEMUA  kes  tersebut  selasai  sebelum Pengampunan  di beri ?

6.  Walupun  telah dinyatakan dalam tulisan saya  bertajuk  :

'JUSTICE  DELAYED
JUSTICE   DENIED'

bertarikh 10/10/2022

namun ianya  HARUS  diingatkan selalu dengan  harapan  Lembaga  Pengampunan  dan  Agong  BERTINDAK  SEGERA  dengan  TIDAK  melewat - lewatkan  keputusan  melainkan  ada  sesuatu  perancangan  yang  umum  tidak tahu

7.  Penyokong -  penyokong  tegar beliau  terutama  yang  dibayar  mengenakan  baju dengan perkataan 'MALU APA  BOSSKU'  sudah mula pudar ;  rakyat  mula sedar  ini semua  PROPAGANDA  Najib bagi   menagih  simpati  terhadap  beliau  dan Rosmah

8.  Tanpa  disedari  ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO  dan  Pengurusi  BN  di Perhimpunan  MIC  baru - baru ini  telah  dengan sendirinya  meluahkan  rahsia  yang  tersimpan  didalam hati  beliau

9.  UMNO , seperti biasa  akan menafikan ucapan tersebut  yang   telah  disiarkan  beberapa kali di TV  dengan mengatakan ucapan itu diputar belit , salah  pengertian dan akhir sekali  meyalahkan Pembangkang  dan  pemberita  -  itulah  penyakit  'PENAFIAN'  atau   'DENIAL  SINDROM'   UMNO  dari dulu  hingga lah  sekarang

10.  Kenyataan Zahid  itu  MEMBAWA  ERTI :

I.   Zahid tidak  rela   beliau  diheret  ke penjara  tanpa    pemimpin - pemimpin  UMNO /BN diheret  sama

ii.  Mengesahkan  beliau tahu  pemimpin  - pemimpin  UMNO/BN  korap

iii.  Beliau tahu  kesalahan - kesalahan yang dilakukan  jestru  Pilihanraya  Umum  PERLU  diadakan  sebelum Mahkamah  menjatuhkan  hukum keatas beliau  bagi  melayakan  beliau  bertanding

iv.  Jika  berjaya  menubuhkan Kerajaan ,  beliau dan  pemimpin - pemimpin UMNO/BN  yang  korap akan terlepas dari  segala hukuman

v.  Najib  dan Rosmah  SUDAH  PASTI  diberi Pengampunan  DiRaja  bagi  membolehkan  beliau  menjadi  Pemimpin UMNO/BN   semula

11.  Jika ini berlaku maka Sistem  Perundangan Negara  AKAN  HANCUR ;  UMNO/ BN  akan bermaharajalela  terutama  meneruskan  agenda  rasuah mereka ;  bak kata  pepatah :

RETAK  MENUNGGU
BELAH

12.  Kenyataan  Zahid  juga  membawa erti beliau  tidak boleh  memimpin Parti  tersebut  lagi  - beliau  sudah mula  kehausan  'lakunan drama' 

13.  Difahamkan  Hari Mengundi pada 19hb Nobember  ini  kebetulan  jatuh pada  'Hari Tandas  Sedunia'   jestru  bagi menghormati nya  rakyat  perlu   'FLUSH'   UMNO/BN  yang korap  dari  atas  hingga kebawah buat selama - lamanya

14.  Kita  sedang  dipertuntunkan dengan  beberapa  'adegan  drama'  oleh   mereka sehingga  Bulan ini boleh digelar  'Bulan  Murah  Hati'  , apa tidaknya :

wang ringgit ada  yang  diberi terus  dan ada yang  menyelitkan nya bersama  makanan  yang  dibungkus ,  pemberian  beras , minyak masak  dan  lain - lain lagi  keperluan  dapur  ,  yang tak mampu  makan  dan uzur  di suapkan  dan diberi ubat  ,  mereka akan ke dapur ,  dan membawa yang kurang upaya  ke Pusat  Mengundi

Ingat  kata - kata ini

 "Baik , Baik Ada 
   Makna"

15.  Selepas  menang  bukan kata nak jumpa  calon ,  malah  nak jumpa  pegawai  pun susah  -  situasi  ini  akan  di ulang  setiap  kali Pilihanraya  diadakan -  itu pun  maseh  ramai  yang  tak peduli  kerana  mendapat  sedikit  upah -  CUKUP  LAH  DENGAN  MAINAN  DAN  PENIPUAN  UMNO/BN 

16.  Inilah peluang rakyat  bertindak  MEMBUKTIKAN  mereka  BUKAN  seperti :

LEMBU  DI CUCUK
HIDUNG

Buktikan  kepada  dunia  bahawa  orang Melayu  BUKAN  BANGSAT  seperti  tuduhan Najib

17.  Bak pesan arwah  Tok Guru  Nik Aziz :

Dia Beri Kain , Ambil
Dia Beri  Duit , Ambil
Undi Adalah  Hak Kita

lagi pun dari manakah  datang nya sumber  UMNO/BN  tiba - tiba  bermurah hati  memberi  duit  dan sagu hati  kepada  pengundi

18.   JANGAN  PERDAGANGKAN  MERUAH  KERANA  TERMAKAN  BUDI  JIKA  SAYANGKAN  ANAK CUCU  KITA 

19.  SEPATUTNYA  nya  mereka yang  di tuduh apatah lagi  berhadapan  dengan Perbicaraan  TIDAK  DI BENARKAN  BERTANDING

20.    SESAL  
          DULU
          PENDAPATAN
          SESAL 
          KEMUDIAN
          TIDAK
          BERGUNA

21.    JANGAN
          BIARKAN
          SENJATA
          MAKAN
          TUAN

22.  Semoga  pengundi  tidak  seperti  ikan termakan  umpan dikail , akibatnya dikuali jua ia berakhir


Wassalam
Terima  Kasih

PAKATAN KE PUTRAJAYA


Tumpuan di Perak mampu cetus gelombang Pakatan ke Putrajaya, kata penganalisis


STRATEGI menurunkan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) di Perak mampu mencetus gelombang bagi gabungan itu kembali menguasai Putrajaya, kata penganalisis.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, karisma presiden PKR itu serta demografi di banyak kerusi campuran di Perak  mampu membantu gabungan tersebut mencapai tujuan itu.

Penganalisis politik Mazlan Ali menjangkakan fenomena Anwar sebagai calon perdana menteri PH di kerusi Tambun berkemungkinan boleh merebak ke kawasan Parlimen lain.

“Sebagai ketua pembangkang dan pemimpin lama dengan rekod cemerlang dalam pilihan raya, saya fikir keputusan Anwar bertanding di Tambun boleh mewujudkan gelombang.

“Ini juga dilihat oleh pengundi sebagai peluang untuk Perak ada wakil rakyat (yang bakal) menjadi perdana menteri.

“Aura beliau juga mungkin akan memberikan sentuhan di tempat lain, dalam erti kata lain rakyat bersemangat, pertama kali seorang perdana menteri datang dari kawasan pilihan raya di Perak.”

PH juga kata Mazlan mempunyai peluang disebabkan Perak juga antara negeri yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang besar, dengan keseluruhan sejumlah 24 kawasan.

“Sekiranya PH berjaya menang banyak kerusi Parlimen di Perak dan DUN mungkin Perak akan kembali kepada pemerintahan PH, dalam PRU14 Perak memang milik PH.

“Jadi apabila PH berjaya menawan Perak, ia boleh menyebabkan pertambahan bilangan kerusi Parlimen dimenangi PH yang boleh menyumbang pembentukan kerajaan Persekutuan di Putrajaya,” katanya.

Faktor sokongan pengundi bukan Melayu dan kumpulan pengundi atas pagar kepada PH juga perlu diambil kira untuk Perak menjadi tambahan kepada tiga negeri dikuasai PH setakat ini, tambahnya.

Namun Mazlan menjangka kejayaan itu akan ditentuk kecenderungan pengundi pertama kali dan pengundi berumur 18 tahun yang didaftarkan secara automatik.

“Sokongan pengundi Cina dan atas pagar kepada PH ada peningkatan, pada masa sama isu sekarang agak menyebelahi PH dan di Perak PH berpeluang menambah kerusi Parlimen dan ada peluang kembali memerintah.

“Cuma ada beberapa pembolehubah lain yang menyebabkan kita rasa sukar membuat agakan kepada keputusan ini.

“Ada sejumlah pengundi baharu, pertama kali yang mungkin boleh mempengaruhi hala tuju itu dan boleh mempengaruhi landskap politik,” katanya.

Di Parlimen Tambun, terdapat sejumlah 52.8% kumpulan pengundi berumur 18 hingga 39 tahun, daripada keseluruhan 160,558 pengundi di kawasan itu. Baki 75,648 pengundi pula berumur 40 tahun ke atas.

Dalam PRU14 penyandang Ahmad Faizal Azumu menang atas tiket PH ketika Bersatu bersama gabungan itu dengan 38,661 undi dan memperolehi majoriti sekitar 5,320 undi.

Ahmad Faizal kali ini mempertahankannya atas tiket Perikatan Nasional (PN), selepas Bersatu keluar dari PH.

Dengan penyertaan Anwar, beliau sukar mempertahankan undi yang diterimanya daripada penyokong PH dalam PRU14.

Mazlan menjangka kerusi Tambun yang mempunyai demografi pengundi Melayu sekitar 67% dan Cina 20% serta India 11% antara faktor yang akan membantu kejayaan Anwar.

“Kalau dilihat demografi dan trend semasa PH ada kelebihan di Perak, banyak kerusi kawasan ada pengundi bukan Melayu signifikan. Di Tambun jumlah pengundi Cina tinggi, itu sebenarnya satu potensi untuk Anwar berjaya di Tambun,” kata Mazlan.

Namun begitu, sekiranya PH gagal dalam langkah menawan Perak, ia menunjukkan gabungan itu masih bergelut dengan prestasi mereka, kata Mazlan.

Tanpa bilangan kerusi mencukupi dari Perak, PH sukar merebut kembali Putrajaya, katanya.

“Jika PH gagal menawan Perak menunjukkan PH belum pulih daripada prestasi terbaik pada PRU14.

“Maknanya mereka masih bergelut dengan prestasi, kegagalan di Perak boleh sebabkan kegagalan PH ke Putrajaya, Perak boleh sumbang kerusi banyak untuk tubuhkan kerajaan,” tambah Mazlan.

Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Azmil Tayeb pula berkata, kemenangan PH di Perak juga boleh menjadi tanda aras parti gabungan itu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, sekiranya PH gagal di Perak, ia menunjukkan kelompok pengundi luar bandar masih belum dapat menerima mereka.

“Ini satu percaturan yang boleh menghantar mesej besar kepada parti lain jika PH berjaya menawan Perak dan merampas banyak kerusi BN dan Umno di sana.

“Perak ada banyak kawasan campur dan kawasan majoriti Melayu dan luar bandar. Kemenangan PH di Perak boleh dijadikan tanda yang PH boleh diterima oleh pelbagai jenis masyarakat.

“Tetapi jika gagal, PH akan masih dikenali sebagai gabungan yang cuma disokong oleh pengundi bukan Melayu dan pengundi bandar besar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Selain Anwar, PH turut meletakkan bekas ketua penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin di Perak di kubu kuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Bagan Datuk.

Shamsul membawa rekod sebagai ‘giant killer’ kerana berjaya menewaskan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam di kerusi Hang Tuah Jaya dalam PRU13.

Nik Omar Nik Abdul Aziz yang merupakan anak kepada bekas mursyidul am PAS turut menjadi calon PH untuk bertanding kerusi Pasir Salak. – 9 November, 2022.

INI BERITA BAIK

UNTUK RAKYAT

AMIN

GEROMBOLAN

AKAN KALAH

AMIN

PERAK DULU

PERNAH DIBAWAH

PAKATAN

KINI AKAN KEMBALI

KEPADA PAKATAN

AMIN

KHALAS

MAIL BERA TAK JADI PM


MAIL BERA

TAK JADI PM

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "MAIL BERA JADI 
POSTER PEMBUNGKUS"

TT hang kalau jadi batu api memang pandai kan? Jika 2ekor malaon getombolan bergaduh maka tugas hakiki lagi suci untuk kita ialah kita simbah curah minyak bagi terbakar. Bagi gaduh itu lebih teruk. Kakkahkah Untuk pak mail. Gunakan isu skandal kapal tldm lcs tu untuk tikam si penyamun zahid najib etc. RPK sudah buka jalan. Hang kasi hangat saja sampai ke hari mengundi. Biar kita semua pembayar cukai benci kepada mat sakau zahid/najib dan rakan2. Kahkahkah
cikminah commented on
 "PRU 15 BAWA APA ?"

PRU15 takan bawa apa-apa perubahan, kecuali mungkin pertukaran Perdana Menteri dpd party lama kpd party baru. Tapi tiada satu party pun bercakap pasal bagaimana mahu menangani RASUAH. Semua bercakap senada, "Undilah kami, kami mahu pemimpin kami so and so jadi Perdana Menteri. Sudah lama dia dinafikan", !!! Seolah-olah itu hak dia untuk jadi Perdana Menteri...😝dan mengutuk-ngutuk pengkhianat dan ATOK. Semua salah ATOK! Bila ditinjol pasal rasuah yg melibatkan calon mereka, jawapan mereka sungguh Deja Vu..."Najib dan Rosmah berbillion rasuahnya, yang penting undilah kami"...😓😓😓

TRUMP CALON PRESIDEN 2024



DONALD TRUMP 

CALON

PRESIDEN 2024

KHALAS

KEMPEN BERAS PERCUMA


KEMPEN

BERAS PERCUMA

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "SATU MUSUH 
ZAHID TERLEPAS"

Semua yang nak jadi YB sudah turun padang, sudah keluar siang malam jumpa pengundi, macam macam barangan bertukar tangan, isi minyak motor, tak mahu pulak isi minyak kereta kah kah modal banyak kot, bagi kasut, bagi maggie mee, bagi minyak masak, bagi gula garam tepung Milo, semuanya terberes sampai sekarang, lepas raya semua hilang, sibuk menjadi u katak, menapak jadi Munke, susah nak jumpa dah, kalau perlu apa apa kena tanya pembantu, banyak pembantu akan muncul, pekerja tukang kebun pulak jadi pengantara YB dan pengundi, semua ini sudah biasa semua sudah tahu tapi masih mengundi kepada YB begini, semua ini datang dari mana? 


Dari parti dari ahli dari penyokong dari cukong tak pernah penerima tanya, adakah kena bayar balik dengan kenaikan harga barangan nanti? Tak ada soal, dapat percuma semua terima amin, budaya ini perlu dimantapkan di kampung kawasan ulu sungai kah kah kah sokong tetap sokongutang tetap bayar, tak ada benda free lah woit, semua hutang kad kredit, nanti depa kutip balik Ganda Ganda nanti kah kah kah Selamat Raya Selamat berhutang amin

DUA INDIA BERLAWAN



SUNGAI BULUH

DUA INDIA KAYA

BERLAWAN

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"INDIA TAK SEKOLAH"

PRU Sungai Buloh ..klasik sekali .. Keling dengan Keling (KJ) tengah bersilambam. Macam filem tamil lawan ..naik bukit, terjun sungai ..masok gaung ..lompat atas keretapi. Apo pon gwa tetap undi PH ..mari kita sama-sama bulat undi PH ..kalau tidak Penyamun UMNO akan menang ..macam di Melaka dgn JOHOR dimana BN hanya dapat 30% je undi .. balen 70% kongsi antara PH, Bersatu, PN, GTA, Bebas. Woi, takkan kena berak 2 kali di tempat yang sama ..bodoh ..

LAGI SEMBILAN HARI KITA MENGUNDI

 




LAGI 9 HARI

RABU  9/11/2022

LAGI  SEMBILAN  HARI
KITA MENGUNDI
SAPA AKAN MENANG
BN PN PH ???
JENG JENG JENG

SAYANG CUACA GANGGU
DI BEBERAPA TEMPAT
KEMPEN MASIH BELUM HANGAT

PEKARA REMEH
DITIMBULKAN 
MENYERANG H
HAL DUIT RAFIZI
INI SEMUA BUKAN AJENDA NASIONAL

RAKYAT NAK TAHU
APA CARA MELWAN INFLASI
APA DASAR EKONOMI
YANG MENJAMIN
MASA DEPAN

YANG GUA DENGAR
ADA VAN JUAL MURAH
IKAN AYAM SAYUR BERAS
WOIT!!!!
BERAPA LAMA KENA SABSIDI
GILA PUNYA KEMPEN
RAKYAT MASIH
DIBODOHKAN
AMIN

AMERIKA
KETIKA GUA MENULIS INI
PENGUNDIAN HAMPIR SELESAI
INI UNTUK PEMILIHAN
DEWAN KONGRES
DEWAN SENATE
GOVENOR
GUA TAK FAHAM SANGAT
CARA AMERIKA MENGUNDI

YANG GUA TAHU
KALAU REPUBLIKAN MENANG
BANYAK DASAR BIDEN
 AKAN DIKETEPIKAN
TERUTAMA
DASAR BERI SENJATA
PADA UKRAINE

KALAU REPUBLIKAN MENANG
 SUDAH PASTI
TRUMP JADI CALON 2024
DAN MUNGKIN BIDEN
AKAN DIGANTIKAN
AMIN

HOKKIEN 
SEGAR CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH

GUA LALU DEPAN POKOK ARA
HA HA
BAWAH POKOK ARA
JANTAN BERKOKOK
GUA RASA JANTAN YANG SAMA

DI SATU POKOK
GUA DENGAR
TUK TUK TUK
BUNYI KUAT
DI SAMBUT PULA
DENGAN TUK TUK TUK
BUNYI YANG SAMA
ERTINYA ADA DUA EKOR
APA BURUNG GUA TAK TAHU
TAPI SUARA KUAT

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
GUA NAK BERJEMUR
UNTUK VITAMIN D
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT 
PAGI RABU YANG INDAH

BRO
MEMAAFKAN
ADALAH SATU KEBAJIKAN
YANG BERANI

BRO
KITA TAK BISA
BERJABAT TANGAN
BERBAIK BAIK
DENGAN  TANGAN TERKEPAL

BRO
KEMULIAN TERBESAR
DALAM HIDUP INI
BUKAN TAK PERNAH JATUH
TAPI KITA BANGKIT
SETIAP KALI KITA JATUH

BRO
LU ATASI RASA  TAKUT
MAKA LU AKAN JADI
ORANG BERANI

BRO
AWALNYA KITA LIHAT
TIDAK MUNGKIN
HINGGA KITA SELESAI
MENYELESAIKANNYA

BRO
SATELAH MENDAKI
SATU BUKIT
ADA SATU LAGI
BUKIT TINGGI YANG
MINTA DI DAKI

BRO
JIKA KITA ADA
KEBULATAN TEKAD
SEMUA HAL BOLEH
DIATASI

BRO
LU NILAI SESEORANG ITU
BUKAN DENGAN KEJAYAAN
TAPI DENGAN BERAPA KALI
DIA JATUN
DAN. BANGKIT KEMBALI

BRO
SALAH SATU
RAHSIA UNTUK
MENEMUI KEBAHAGIAN HIDUP
ADALAH TERUS MENERUS
 MELAKUKAN 
HAL SEDERHANA

BRO
JIKA KITA INGIN PERDAMAIAAN
BERJALAN UNTUK KEADILAN
JIKA KITA INGIN KEADILAN
PERTAHANKAN KEHIDUPAN
JIKA KITA INGIN KEHIDUPAN
RENGKUHLAH KEBENARAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
HARI MENGUNDI