Rabu, 28 Disember 2022
PENYOKONG TEGAR ANWAR DI PENJARA
Dalang manipulasi saham John Soh dihukum penjara 36 tahun
MAHKAMAH Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun ke atas dalang manipulasi pasaran saham terbesar Singapura John Soh Chee Wen, lapor Straits Times.
Rakan subahatnya Quah Su-Ling dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dalam kes yang menjejaskan hampir S$8 bilion (RM26.3 bilion) nilai pasaran pada Oktober 2013.
Mahkamah menyampaikan keputusannya hari ini selepas perbicaraan hampir empat tahun. Terdapat 349 pertuduhan yang berjaya.
Kedua-dua Soh dan Quah merayu terhadap hukuman mereka.
Pasangan itu didapati telah memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan LionGold Corp – dikenali secara kolektif sebagai BAL – antara Ogos 2012 dan Oktober 2013, melalui 187 akaun dagangan yang dipegang dengan 20 institusi kewangan atas nama 58 individu dan syarikat.
Hakim Hoo Sheau Peng, dalam keputusan itu, berkata “Dari segi jumlah besar akaun terkawal dan pengantara dan institusi kewangan yang terlibat, dan jumlah besar perdagangan BAL dan peratusan tinggi volum dagangan keseluruhan pasaran, ... tertuduh adalah untuk dipertanggungjawabkan untuk kebanyakan perdagangan.”
Mengenai Quah, Hoo berkata “Pada pandangan saya, tidak ada pertikaian bahawa Quah tidak bersalah, dan dia kurang terlibat dari segi konsep dan pelaksanaan skim itu. Sebagai titik permulaan untuk perdagangan palsu dan caj manipulasi harga, saya akan mengenakan dua pertiga daripada hukuman yang dikenakan ke atas Soh kepada Quah.”
“Tertuduh melakukan skim itu dalam skala yang besar. Mereka mempunyai pemahaman yang baik tentang pasaran kewangan dan mengeksploitasi sistem untuk tempoh yang berpanjangan selama 14 bulan. Mereka berbuat demikian untuk keuntungan kewangan. Pada masa kejatuhan pasaran dan walaupun skim mereka gagal, mereka terus menumbangkan keadilan.
“Adalah perlu dan paling penting untuk hukuman global dikenakan ke atas tertuduh untuk kesalahan berat mereka,” tambah Hoo.
Soh yang berusia 63 tahun telah ditahan reman sejak November 2016, manakala Quah yang berusia 58 tahun dibebaskan dengan jaminan S$4 juta.
Tuduhan itu meliputi perdagangan palsu, penipuan dan gangguan. – 28 Disember, 2022.
SOSOK INI
SATU KETIKA
DULU SENTIASA
BERADA DALAM
PEJABAT PKR
MERCHANT SQUARE
AMIN
SEORANG CUKONG
YANG KELUAR
DANA UNTUK PKR
AMIN
SILAP BESAR
KAWAN KITA INI
MASUK
KE SINGAPURA
LALU KENA NGAP
KHALAS
AMIN
36 TAHUN
BERMAKNA SOSOK
INI AKAN MATI
DALAM PENJARA
KHALAS
APAKAH ADA
SISTEM MINTA
AMPUN DI TEMASIK
?????
KHALAS
HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO
UMNO tak wajar sekat pertandingan presiden, timbalan – Shahrir
KUALA LUMPUR – UMNO digesa membenarkan pemilihan bagi dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden.
Veteran UMNO, Shahrir Samad berkata, UMNO tidak wajar menyekat dua jawatan tertinggi parti itu biar pun Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Bila pilih pemimpin melalui pemilihan, baru parti boleh tentukan hala tuju. Takkan nak sekat. Ini demokrasi, ini caranya untuk hidupkan dan mekarkan kembali UMNO,” katanya dalam laporan Utusan Malaysia Online.
Shahrir turut berkata, UMNO tidak perlu menyekat langkah itu kerana ia dilihat ‘sihat’ untuk parti.
Malah bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, kedua-dua jawatan tertinggi itu perlu dipertandingkan kerana berkait rapat dengan suara akar umbi.
“Siapa yang boleh bertanding dan tawarkan diri, dia layak untuk bertanding. Yang nak mengundi ramai, jadi kena teruskan amalan ini,’’ katanya.
Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan adalah pada 2018 lalu di mana jawatan Presiden dimenangi Ahmad Zahid Hamidi selepas menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara beliau, Khairy Jamaluddin dan seorang lagi veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
Manakala Mohamad Hasan pula dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan Annuar Musa.
WOIT
SHAHRIR
TAK FAHAM
AMIN
ZAHID NI KUNCI
KERAJAAN
AMIN
TANPA ZAHID
TALIBAN MASUK
BERKUASA
AMIN
JADI ARAB
ORANG MELAYU
SEMUA
KAH KAH KAH
KHALAS
SABAH SARAWAK - AMARAN BANJIR
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Disember ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
AWAS !!!
HUJAN TURUN
BERTERUSAN
DI SABAH
DI SARAWAK
KHALAS
RINGANKAN BEG SEKOLAH
RINGANKAN
BEG SEKOLAH
KHALAS
Unknown commented on
"PERANG UKRAINE BERDAMAI ???"
bro..mohon sebaran kpd menteri pendidikan.mohon diringankan beg2 sekolah murid2 sekolah rendah.kita sudah 22tahun dalam zaman digital zaman melinnium.gua tau projek makmal komputer dah jadi makmal tiktok.gua dgr certot mengenai projek abah mahiaddin..pada ketika ini, mohon menteri pendidikan meringankan beg2 murid2 sekolah.gua faham kenapa selama 33bulan PN PAS ore kelate mat jidin gagal sbg menteri tetapi berjaya memenangi undi ore putrajaye.dgr certot, pegawai pendidikan punya dakwah dan kempen..apapun, kpd menteri pendidikan.tolong ringankan beg2 persekolahan murid.
FAKE NEWS !!!
SEMUA AGAMA
BAWA
FAKE NEWS
KAH KAH KAH
KAHLAS
Unknown commented on
"SELAMAT MENYAMBUT
MAULUD NABI ISA"
Sohai jugak la TT nie.25 Dec bukan besday Jesus,baginda lahir musim bunga.25 Dec besday Odin bapak Thor .lu bukan sambut maulid nabi Jesus tp perayaan pagan.
PERLU ADA PENCERAHAN
SEBELUM AKSI
WAJIB ADA
KESEDARAN
PERLU ADA
PENCERAHAN
KHALAS
Unknown commented on
"BANJIR BELUM
PERNAH SEDALAM INI"
Talk talk no action no point Bro TT, we talk daily of the global warming but no point talk, no action no protest no action so no news kah kah kah sini negara tak jadi apa apa kalau cakap cakap tarak bikin kah kah kah
MANUSIA PEMUSNAH ALAM
MANUSIA
PEMUSNAH ALAM
KHALAS
"BANJIR BELUM
PERNAH SEDALAM INI"
Merata dunia alam memberontak, kelam.kabut manusia ini, salji, hujan kemarau panas sejuk melampau, air Laut naik meninggi, masa sudah sampai, masa kiamat Kian dekat, jadi jangan sombong sangat jangan ego sangat wahai Lebai sekelian semua, buat baik sebelum disembahyangkan amin
ZAHID WAJIB MENANG
Zahid serah kepada perwakilan Umno tentukan pemilihan parti
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan parti untuk menentukan sama ada perlu atau tidak jawatan tertinggi parti dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan.
Ahmad Zahid mengaku beliau seorang demokrat, membayangkan kesediaannya untuk dicabar sebagai presiden Umno pada pemilihan parti yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun depan.
“Saya seorang yang demokrat. Saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya ketika diwawancara di program bual bicara di NR Channel TV di Facebook, malam tadi.
Ahmad Zahid juga mengingatkan proses membuat keputusan dalam parti yang melibatkan biro politik kemudian disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi, diikuti Perhimpunan Agung Umno.
Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunan bagi 2021 antara 11 hingga 14 Januari ini.
Awal minggu ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pucuk pimpinan parti belum lagi memutuskan kedudukan jawatan presiden dan timbalan presiden sama ada dipertandingkan atau tidak.
Katanya, perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno yang akan bermesyuarat pada 12 Januari ini.
Sejak awal bulan ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin bahagian Umno secara terbuka mencadangkan supaya dua jawatan tertinggi iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan demi menjaga kestabilan parti.
Pemilihan awal
Dalam pada itu, Ahmad Zahid membayangkan pemilihan Umno akan diadakan lebih awal sebelum hujung tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, mengikut peruntukan baharu perlembagaan parti yang dipinda awal tahun ini.
Beliau mengingatkan Umno hanya memerlukan sehari untuk mengadakan persidangan peringkat bahagian secara serentak bagi ahli parti mengundi memnilih barisan kepimpinan parti.
“Seluruh 191 bahagian akan mengadakan persidangan serentak pada hari yang sama di seluruh negara dan mengadakan pemilihan kepimpinan bahagian dan pusat.
“Ertinya, tidak perlu tunggu cukup tempoh enam bulan untuk mengadakan pemilihan parti. Ia mungkin diadakan awal,” katanya.
Ahmad Zahid juga membayangkan pemilihan boleh jadi berlangsung sebelum hujung Mac.
“Kita kena ingat 22, 23 haribulan Mac sudah masuk Ramadan, selepas itu Syawal dan selepas itu bulan haji.
Jadi jangan fikir banyak-banyak, pusing-pusing kepala. Saya serahkan kepada perwakilan untuk tentukan bentuk sistem demokrasi yang kita mahukan (dalam Umno),” katanya.
Umno sepatutnya mengadakan pemilihan parti selepas Jun 2021 tetapi ditangguhkan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Dalam tempoh menunggu itu, Umno kemudiannya meminda perlembagaan parti untuk menetapkan pemilihan diadakan tidak lebih enam bulan selepas pilihan raya umum. – 28 Disember, 2022.
WOIT
ZAHID WAJIB
MENANG
AMIN
KALAU ZAHID
KALAH PAK LEBAI
AKAN DATANG
KAH KAH KAH
DGN APA CARA
ZAHID WAJIB
TERUS JADI
PRESIDEN KALAU
GAGAL PMX
PASTI RUNTUH
KAH KAH KAH
KHALAS
SEKETUL DAGING BABI
SEKETUL
DAGING BABI
AMIN
Pocik commented on
"HADI WANG REKRUT ALLAH"
dia sudah peluk semua orang,masa dia peluk dap,umno tak halal,masa dia peluk umno, dap pulak tak halal, dulu seketul daging babi dalam sekawah gulai lembu,bila dia berenang dalam gulai tu sekawah daging babipun dia kata gulai lembu, orang pi mekah pun dia kata berdosa sebab tak pi mengundi..aku pun confuse yang mana satu ajaran islam yang mana satu ajaran sekular..setau aku,demokrasi tu adalah ajaran sekular,haji umrah tu ajaran islam..ke dia berasal dari Efxinos Pontos
HASAN MALIK KAT APA ?
HASAN MALIK
KATA APA ?
KAH KAH KAH
JANGAN BELI
AYAM ??
KHALAS
Unknown commented on
"GENTING DITUTUP"
Kah kah kah casino mana nak tutup, masa ini lah nak buat duit, duit Judi duit haram jadi bantuan banjir, kalau fikir fikir lah duit inilah nanti jadi habuan lebai sekelian dapat semua kah kah kah yang bantu siapa, yang untung siapa, kalau lah semua tutup mana nak duit cukong masuk? Kah kah kah nanti casino aiap helicopter orang masuk casino kalau jalan tak siap siapa nanti kah kah kah
Unknown commented on
"GENTING DITUTUP"
Orang Kita cukup baca tak habis, cukup laju Komen Komen tak cerdik, Rafizi kata sebagai kuasa beli rakyat boleh kontrol harga Barang, dia kata kalau harga mahal sangat jangan beli, supaya harga turun, tahu lah tak cerdik, tak fikir, dalam ekonomi dunia ada satu nama dia kuasa beli, maksud pembeli ada kuasa, boleh boikot, boleh tak beli dulu bukan selamanya, macam durian, kalau harga sekilo musang king RM 150 jangan beli makan durian kampung, tengok berapa lama penjual nak simpan musang king kah kah kah cukup mudah nak faham tak ? Anon dah jangan Bodoh sangat Amin kah kah kah
ZELENSKY LUAKAN PERANG !
AWAS !!!
DUNIA DALAM
BAHAYA
AMIN
ZELENSKY
LUASKAN PERANG
UNTUK TARIK
AMERIKA & NATO
MASUK BERTEMPUR
KHALAS
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
UNTUK SEMUA
KORBAN
AMIN
Unknown commented on
"AWAS !!! SATU JUTA
DAH MATI DI CHINA"
Al fatihah semua yang terkorban, tak kira korban apa, korban tetap korban, apa cara apa penyakit apa musibah melanda semuanya dihujung nyawa manusia, tetapi selagi hidup biar bermakna, biar buat baik ITU saja kah kah kah kalau baik hujung baik juga, kalau jahat hujung masuk penjara penyamun jugak kah kah kah
FAKE NEWS AKAN DIHAPUS
20 TAHUN LAGI
AGAMA DATA
TUHAN ALGORITMA
TELAH BERJAYA
MENGENEPIKAN
SEMUA FAKE NEWS
DARI PAK LEBAI
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"RAKAMAN SEJARAH"
Budak-budak tu bila 20 tahun kemudian..tenguk gambar-gambar tu akan cari jirat hang..ludah dan kencing.....kah kah kah
LAGI DUA HARI
TAHUN BARU
RABU 28/12/2022
LAGI DUA HARI
KITA MASUK TAHUN 2023
MUSIM BANJIR
MUSIM TENGKUJUH
MASIH BERSAMA KITA
INFLASI JUGA BERSAMA KITA
HARGA BARANG NAIK
APA YANG BERLAKU DI NEGARA KITA
SEDNAG DIALAMI DI SELURUH DUNIA
INI AKIBAT KOBID
INI AKIBAT PERANG UKRAINE
INI AKIBAT FEDERAL RESERVE
BANK AMERIKA
MENCETAK DUIT
BUKAN JUTA
BUKAN BILION
TAPI TRILION DOLAR
UNTUK BELANJA HANTAR SENJATA
KE UKRAINE
KITA JUGA CETAK DUIT
600 BILION BELANJA KOBID
DARI MANA PUNCA NYA ?
BUNGA BANK NAIK
SAPA ADA HUTANG BANK
AKAN TERASA DI TEKAN
AMIN
AMERIKA
LEBIH 60 WARGA AMERIKA
GUGUR AKIBAT RIBUT SALJI
30 ORANG DARI WILAYAH NEW YORK
DI JEPUN
SALJI MAKIN MENEBAL
DI KENYA
DI SOMALI
DI MADAGASCAR
KERING KONTANG
RATUS RIBU PELARIAN
MENCARI AIR DAN MAKANAN
SEMUA INI
ADLAH WATAK
MALAPETAKA CUACA
TAHUN INI PARAH
TAHUN DEPAN MAKIN PARAH
DALAM MASA TIGA TAHUN
JIKA KITA TAK BERJAYA
MENGURANGKAN
2 DARJAH CENTIGRADE
SUHU DUNIA
MAKA KITA TIDAK ADA
JALAN PULANG
DUNIA AKAN
TAMBAH BERTAMBAH PANAS
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI SEJUK KELAM SEGAR
KELMARIN TAK HUJAN
HA HA
TEPI BLOK LE CHATEAU
DALAM HUTAN ATAS BUKIT
JANTAN BERKOKOK
CUKUP DEKAT DAN KUAT
DI LORONG MASUK
HOW WOW BERLAGU
DARI POKOK MENGKUDU
CUKUP KUAT
HANYA TIGA ELA DARI GUA
SAYANGNYA GUA TAK NAMPAK
POKOK MENGKUDU RIMBUN
DI BALUTI PULA
OLEH JALARAN RUMPUT RAMPAI
KL & KL SENTRAL KELAM
LANGIT KELAM
MATA HARI BELUM KELUAR
GUA HARAP AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI RABU
BRO
HIDUP INI ADALAH
SERANGKAIAN PERUBAHAN
ALAMI DENGAN SEPONTAN
BRO
JANGAN LAWAN MEREKA
YANG AKAN MENCIPTA
KESEDIHAN
BRO
BIARKAN KENYATAAN
MENJADI KENYATAAN
BIARKAN ALAMI INI MENGALIR
KE DEPAN
DENGAN APA CAR YANG
MEREKA SUKA
BRO
JAGA KATA KATA LU
PERHATIKAAN KATA KATA LU
ITU AKAN JADI KEBIASAAN LU
PERHATIKAN KEBIASAAN LU
ITU AKAN MENJADI KAREKTER LU
PERHATIKAN KAREKTER LU
ITU AKAN JADI TAKDIR LU
BRO
DIMANA ADA ORANG BERKERUMAN
DISANA ADA FAKE NEWS
BRO
RUMAH BELUM JADI RUMAH
JIKA TAK DA DAPUR UNTUK MASAK
BRO
MASAKAN MELAYU
AKAN GAGAL
TANPA ULAM DAN SAMBAAL
BRO
JIKA LU TAK DAPAT
SEDEKAH MAKANAN
UNTUK 100 ORANG
SEDEKAHLAH UNTUK
SEORANG SAJA
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT MENUNGGU
TAHUN 2023
Langgan:
Catatan (Atom)