Selasa, 19 April 2022

PUKEE MAK POLITIKUS

 

PUKEE MAK

POLITIKUS

AMIN

MEREKA 

PENGHANCUR

DUNIA KITA INI

AMIN

NAK CARI UNDI

MINTA  DANA DARI

SYARIKAT MINYAK

SYARIKAT SENJATA

SYARIKAT UBAT

KHALAS

DI MALAYSIA

PENYEBAR SIKAP

RASIS PEKAUMAN

IALAH POLITIKUS

AMIN

ADA BERTOPENG

AGAMA

 BERTOPENG BANGSA

SEMUA PUKEEE MAK

AMIN

POLITIKUS YANG

BAIK LAGI JUJUR

ADALAH POLITIKUS 

YANG DAH MATI

KHALAS

YA MUFTI YA MAULANA

 



Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Berdosa jika seorang peguam membela pihak diketahui bersalah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang haram.

Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.

“Kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.

Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa.

Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.

“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” katanya.

Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela.

Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang.

Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.

“Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.

“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.-


YA MUFTI

YA MAULANA

AMIN

SAPA TAKUT

PADA DOSA

BILA MELIHAT 

 FULUS

KAH KAH KAH

LAGI PUN

AGAMA ADA AJAR

LEPAS  BERDOSA

BOLEH CIUM

BATU ITAM 

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

 TANYA NAJIB

KAH KAH KAH

JADI SUCI BERSIH 

BOLEH  REMBAT

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

WOIT 

MAULANA

CUBA PIKIR 

BAGAIMANA NEGARA

 KAPIR LAKNAT

TAKDA AGAMA

TAKDA DOSA PAHALA

TAPI MASYARAKAT

TERSUSUN

PEMIMPIN NEGARA

TAK MENCURI

AMIN

BOLEH KITA IKUT

CARA

 KAPIR SWEDEN

AMIN

OPPS.... MAAAF

KITA ORANG

ISLAM

TAK LEH IKUT

CARA KAPIR

AMIN

UCAP KRISMAS 

PUN DILARANG

IKUT SISTEM

PEMERENTAHAN

KAPIR SWEDEN

LAGI HARAM

KAH KAH KAH

BRO - PANDANGAN LU BETUL


BRO

PANDANGAN LU

BETUL BAGUS

KHALAS 

Unknown commented on 

"SERAMBI MEKAH

 JADI SERAMBI MOSCOW"

Semakin maju semakin mundur otak manusia, awal kemerdekaan ada jugak pemimpin yang majukan negara, sekarang ini semua nak majukan kewangan diri sendiri, nampak tak perubahan, bukan cuaca saja berubah, perangai manusia sama jugak, semua menjadi pencurik siang malam fikir cara nak tipu, ayat apa nak guna, falsafah apa nak tipu lagi, khemah mana boleh Selamat, bukan untuk negara rakyat agama bangsa, semua bukan, cuma nak Selamat diri masuk penjara, walau jatuh hukum, 



Masih cari jalan, kiri kanan sampai ke London, kah kah pencacai pulak kerja siang malam buat onar kacau planning supaya Bossku Selamat dunia akhirat, hakikat hanya di negaraku saja semua boleh, jemput masuk istana lagi penjenayah, jemput kiri kanan, sokong ITU lah perubahan dunia, ITU lah kiamat dunia sebenarnya, bukan cuaca menghancurkan manusia, tapi sikap perangai takbur kuasa tamak akan hancurkan segala, kah kah kah

ANWAR SOSOK JUJUR BERPRINSIP

 



Anwar masih bertegas ada sokongan majoriti

ANWAR Ibrahim menegaskan beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri pada 2020 dan masih mempunyai surat sokongan daripada ketua parti, katanya dalam satu temubual.

Tetapi presiden PKR dan ketua pembangkang itu berkata beliau tidak akan mendedahkan dokumen yang membuktikan sokongannya sehingga satu tarikh kemudian.

Beliau memberitahu The Vibes dalam temubual bahawa tawarannya untuk menjadi perdana menteri dibatalkan kerana beliau tidak bersetuju dengan “syarat” tertentu.

“Kita tolak dasar perkauman dangkal, kita tolak rasuah dan kita mesti ikut tadbir urus dan kepimpinan (Pakatan Harapan).

“Terdapat juga syarat lain untuk mengelakkan rampasan kerajaan yang pernah berlaku sebelum ini,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu yang beberapa kali dipersendakan berhubung dakwaannya yang tidak menjadi kenyataan.

Anwar ditemubual oleh The Vibes, Malaysiakini dan Sinar Harian di pejabatnya semalam.

Beliau berkata tawarannya gagal kerana tidak bersetuju dengan “jaminan” untuk membenarkan pembebasan mereka yang terlibat dalam pertuduhan rasuah dan beliau tegas dalam perkara ini walaupun ia bermakna beliau tidak akan menjadi perdana menteri.

“Dari awal lagi syarat dalam perbincangan sudah dibentangkan dan saya tidak berganjak.

“Akarnya ialah ini; disebabkan syarat inilah saya gagal menjadi perdana menteri. Tetapi saya tidak boleh mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Pada 23 September 2020 Anwar mengadakan sidang media dan menyatakan ada sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya.

Tawaran Anwar bagaimanapun gagal dan Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri selama setahun lagi sebelum dijatuhkan oleh puak Umno yang diketuai presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak pada Ogos 2021. – 19 April, 2022.

INILAH CONTOH

PEMIMPIN JUJUR

BERHEMAH ALIM

SEMBAHYANG

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

MENOLAK UNTUK

JADI PM

KERANA PRINSIP

KAH KAH KAH

SOSOK INI

WAJIB KITA

NOBATKAN

SEBAGAI CALON

TETAP

PERDANA

 MENTERI

MALAYSIA

AMIN

KHALAS

KAH KAH KAH

KES SENANG SELESAI

 



Polis lepaskan 5 das tembakan selepas dirempuh di Kuantan

POLIS terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu kereta Proton Perdana di Lorong Air Putih 130 di Kuantan malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku ketika dua anggota polis sedang melaksanakan Op Sarang di Jalan Air Putih, di Kuantan sekitar 12 tengah malam dan cuba menahan kenderaan suspek yang dalam keadaan mencurigakan. 

Bagaimanapun, setelah menyedari kehadiran polis, pemandu tersebut memecut kenderaan dan  memasuki jalan mati di Lorong Air Putih 130 di Kuantan. 

“Nekad untuk melepaskan diri, pemandu kenderaan itu telah mengundur dan merempuh kenderaan pasukan polis beberapa kali sehingga berjaya meloloskan diri.

“Anggota polis telah melepaskan dua das tembakan ke udara sebagai amaran dan mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya, tetapi tidak diendahkan dan memaksa anggota tersebut melepaskan tiga lagi tembakan pada bahagian tayar kiri hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Namun, suspek berjaya melarikan diri dan kenderaannya telah ditinggalkan kira-kira 400 meter dari tempat kejadian malah suspek juga gagal dikesan, katanya. 

Akibat kejadian itu, kenderaan pasukan polis telah mengalami kerosakan kemek di bahagian hadapan hingga ke belakang akibat dirempuh manakala anggota polis tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Wan Zahari, hasil siasatan dan pemeriksaan telah menjumpai beberapa dokumen dalam kereta itu atas nama Shaizul Aziram, 46, beralamat terakhir di Taman Seri Muda, Shah Alam, Selangor dan Abdullah Fahmi bin Salleh @ Muhammad, 36, beralamat di Kampung Genting, Tumpat, Kelantan. 

Susulan itu, beliau berkata kedua-dua individu berkenaan dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) atau menghubungi hotline PDRM IPD Kuantan di talian 09-5652222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan. – Bernama, 19 April, 2022.

PDRM MINTA

BANTUAN

ORANG RAMAI

LANGKAH BAIK

AMIN

TAPI KES INI

SENANG BERES

AMIN

KERETA PENJAHAT

ADA NUMBO

CARI SAPA PUNYA

KERETA

AMIN

STERING ADA

CAP JARI

CARI SAPA PUNYA

CAP JARI

AMIN

UNTUK 

ORANG RAMAI

DATANG BANTU

TUNJUKAN GAMBAR

DAN NO KERETA  

DENGAN JELAS

AMIN

TAK PERLU HEBOH

HANYA PERLU

GUNA OTAK

DENGAN BANTUAN

TEKNOLOJI

KHALAS

SERAMBI MOSCOW NEGERI PALING ADIL

 


SERAMBI MOSCOW

CONTOH 

NEGARA ISLAM

PALING ADIL

AMIN

PETANG INI

SEMUA SAMA

BERBUKA PUASA

MINUM TEH TARIK

KHALAS 

Unknown commented on

 "PEMBANGKANG KELANTAN

 TAK FAHAM"

Sapa ini Aktivis ? Sapa ini yang berani mencabar parti pelacur ? Selama 30 tahun terbaik semua baik semua beres masih sokong, apa masalah, banjir no Hal, teh tarik no Hal, kah kah kah jangan lawan tauke balak, semua kroni semua ada kerabat semua ada hubungan, potong balak siang malam sampai banjir no Hal, semua takdir semua kehendak Tuhan, diam diam sudah kah kah kah

HUJAN PETANG INI

 


PUASA KE 17

PETANG INI HAMPIR JAM 3.00
HUJAN LEBAT TURUN
INI DI IKUTI OLEH
RIBUT KUAT

WOIT INI BUKAN
NAK BANTU BAZAR RAMADAN
INI NAK BIKIN
KEMAH BAZAR
BERTERBANGAN
KAH KAH KAH

SEKARANG JAM 5
DAH REDA
RINTIK RINTIK
MASIH ADA

MASIH ADA LAGI
KAWAN MEMBER
YANG TAK CAYA
TENTANG
 MALAPETAKA CUACA
BUKTI MAKIN JELAS

KITA BASAH TIAP PETANG
DI PENANG PANAS 
AIR KERING
TERPAKSA  SEMAI
GARAM KE UDARA
UNTUK MENJEMPUT HUJAN

PERLAWANAN AKHIR
AKAN DITERUSKAN

SALUT UNTUK WARGA UK
DAH LINTAS
SATU MINGGU
MASIH TURUN KE JALAN
MEMBUAT AKSI AMAN
UNTUK MENYEDARKAN
UMAT MANUSIA
TENTANG 
MALPETAKA CUACA

PETANG INI
GUA BERBUKA
DENGAN KUIH MELAYU
KUIH LEPAT PISANG
DAN KUIH KARIPAP
GUA KIRIM DARI KAWAN
YANG BELI DI WARUNG
KAKAK DI JALAN KUCING
TAK SPESIAL APA PUN

KUIH KUIH
INI SEMUA GUA SIMPAN
DALAM FREZZER
BILA NAK MAKAN
GUA HANGATKAN
INI ILMU
HIDUP BERSENDIRIAN

ESOK SPESIAL
GUA ADA JEMPUTAN
JENG JENG JENG
AMIN

SELAMAT BERSUNGKAI

SERAMBI MEKAH JADI SERAMBI MOSCOW

 







SERAMBI MEKAH

JADI

SERAMBI MOSCOW 

TERUS 

JADI PELACUR

KAH KAH KAH 

Unknown commented on

 "PEMBANGKANG KELANTAN 

TAK FAHAM"

Asad utama kebersihan dalam Islam ialah air. Kàlau itu pun kerajaan Yang mendakwa Islam tak boleh nak selesaikan, macamana dengan halx lain. Nak mandi, basuh pakaian, minum mesti dengan air bersih. Kàlau ambil wuduk dengan air macam teh tarik, apa cerita. Jangan duk jaja nama Islam, tapi kehidupan harian comot. Nanti Nik Amar kata mandi sungai, minum air telaga pun boleh jadi TMB Dan Exco.



PENCERAHAN TENTANG MALAPETAKA CUACA

 


PENCERAHAN

TENTANG

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS 

SELAGI RAMAI SUKA DENGAR CERITA KARUT

 


SELAGI  RAMAI

PERCAYA CERITA

KARUT 

AMIN

SELAGI ITULAH

TANDA DUNIA

AKAN DILANDA

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

Unknown commented on

 "AGAMA BERASAS

 KEPERCAYAAN"

Solagi tanah arab tidak dipenuhi padang rumput dan sungai.... Selagi sungai Euphrates belum kering dan menimbulkan emas berkoyan koyan.... Selagi belum ada orang yang nembawa zakatnya untuk di zakatkan tetapi tiada orang untuk menerimanya sobab semo manusia kaya raya harta melimpah ruah.... Jangan mimpilah donia nak kiamat.... 


Itu belom lagi dikira tentang hampirnya kiamat bila bangsa romawi menjadi yang terbanyak...wujud lagi ka romawi ni aku pun tak tau..... Perobahan cuaca dimuka bomi ni dah berlaku berkali lipat... Cuma kali ni bangsa manusia akan menghadapinya... Daripada tak sanggup mencium taik koda yang penuh dijalan raya... Manosia mencipta horseless carriage.. Aka car... Haa... Eloklah.. Lari dari taik koda kona asap exhaust keta dapat kanser bagai.. CO2 bertambah2... Hasilnya kekacauan cuaca....

MALAYSIA JADI TONG TAIK TOKSID

 



MALAYSIA 

JADI TONG TAIK

TOKSID

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"BUKTI - MALAPETAKA CUACA

 DAH SAMPAI"

Buruk buruk nogaro maju kapir laknat ..burok lagi nogaro den ..nogaro den sanggup jadi Tong Toksit. Lu tak cayo lu poey kek Kuantan arah polabohan ..langit, tanah, sungai, lahod somuo nyo dah bowarno merah ..kahkahkah. Kito dah jadi tompek buang Taik Toksik utk Australia ..walhal nogaro kangaroo tu ghatuih kali lobey godang dari Tanah Molayu ..Idoop Molayu ..

NAJIB MAHU IKUT CARA SHEHBAZ SHARIF

 



LIHAT BILA 

KERAJAAN 

BERTUKAR

PENCURI DAPAT 

PASPOT DIPLOMATIK

AMIN

INI YANG NAJIB

NAK LAKUKAN 

AMIN

SABRI 114

ADALAH SHEHBAZ 

UNTUK GEROMBOLAN

KHALAS 

SELUT UKRAINE

 


SELUT UKRAINE


Dalam sistem ekonomi kapitalis jual beli ialah kunci induk penggerak. Tanpa jual beli sistem ekonomi kapitalis akan malap dan runtuh. Justeru untuk mengalahkan musuh ekonomi negara musuh wajib dihancurkan. Justeru muncul  strategi perang yang dikenali sebagai sekatan ekonomi.

Apabila Perang Ukraine  pecah pada 24 Februari 2022 ayat : economic sanction - dalam Bahasa Inggeris  semakin kerap kita dengar.  Ini kerana langkah pertama yang diambil oleh  seteru Rusia dan sahabat Ukraine  ialah melakukan economic sanction -  sekatan ekonomi.

Seyogia diberi tahu bahawa strategi sekatan ekonomi ini bukan satu perkara yang baru. Raja Haji (1727-1784) dari Riau pernah melakukan sekatan ekonomi terhadap Belanda. Pahlawan dan pendekar Raja Haji telah  menyerang , melanun, merompak untuk menghalang kapal pedagang keluar masuk ke pelabuhan Melaka yang dikuasi oleh Belanda.

Pada tahun 1959 kerajaan Cuba di bawah pimpinan Fulgencio Batista ( 1901-1973) yang setia kepada Amerika telah dijatuhkan oleh Fidel Castro  (1926 -2016). Pada tahun itu Amerika mula menyekat ekonomi Cuba.
 
Sebelum Cuba , Amerika telah menjalankan sekatan ekonomi ke atas  Korea Utara pada tahun 1950. Ini ketika Amerika berperang  dengan China dalam Perang Korea (1950-1953).

Sekatan ekonomi keatas Iran bermula tahun  1979 apabila Shah Reza Pahlavi (1919-1980)  yang setia kepada Amerika dijatuhkan oleh Ayatolah Khomeini (1902-1989 ). Sekatan ini ditarik pada tahun 1981 dan dikenakan kembali pada tahun 1987 hingga ke hari ini.

Ekonomi NIcaragua disekat pada tahun 1985.  Syria dikenakan sekatan ekonomi pada tahun  1986. Sekatan ekonomi keatas Iraq bermula pada tahun 1990 sesudah Iraq melanggar Kuwait.

Sekatan ekonomi ini akan menyekat  produk eksport dari dapat di jual. Menyekat barangan import dari dapat dibeli. Tujuan sekatan ekonomi ini untuk menyusahkan  negara itu.

Menyusahkan negara bermakna menyusahkan warga negara yang kena sekat.  Bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi. Bertujuan untuk memufliskan negara. Bertujuan untuk menurunkan nilai mata wang negara yang dijadikan sasaran. 

Bila warga negara jadi susah, hilang mata pencarian, susah untuk mendapat barang keperluan luar. Contohnya di Iraq  ubatan dari luar negara tidak dapat dibeli. Warga terseksa dan negara jadi muflis.

Dari segi teorinya orang ramai akan marah terhadap kerajaan. Kehidupan payah lagi susah ini akan menaikkan semangat warga untuk  bangun memberontak melawan kerajaan.

Dalam kata lain sekatan ekonomi ini menganjurkan dan mengapi-apikan pemberontakan. Rakyat dalam negara yang ekonomi disekat  wajib bangun memberontak. Memberontak untuk  menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Bila kerajaan sedia ada jatuh maka sekatan ekonomi akan dibatalkan.

Ini teori strategi  sekatan ekonomi. Dari segi praktikalnya sekatan ekonomi tidak berjaya  menukar kerajaan.  Belum ada kerajaan jatuh kerana sekatan ekonomi. Cuba, Korea Utara, Syria, Iran dan Nicaragua  - masih gah berdiri sebagai negara yang berdaulat.  Negara-negara ini dikacau diganggu tetapi tidak runtuh.

Betul warga negara yang dikenakan sekatan menjadi susah dan marah. Tetapi kemarahan mereka diterjemahkan bukan terhadap rejim yang memerintah tetapi kepada kuasa  imperialis Amerika. 

Kebencian dan sikap anti Amerika meledak naik. Malah sentimen nasionalisme memuncak dan diarah untuk  memperkuat kerajaan yang sedia ada.

Malah sekatan ekonomi ini juga mewujudkan industri dan pasaran dalaman. Bahan luar tidak dapat dibeli – di lupakan. Dalam negara muncul sikap berdikari.

Contoh terbaik ialah Korea Utara. Semenjak sekatan ekonomi di kenakan rejim Korea Utara telah menjalankan dasar Juche. Dasar ini mengajukan kekuatan diri, berdikari dan membina kekuatan jati diri. Juche mengajukan negara kukuh berdaulat tanpa melanguk menadah tangan meminta bantuan negara lain.

Jangan lupa kita juga pada satu ketika mengamalkan Juche. Dari apa yang dicatat sejarah ketika Jepun menduduki Tanah Melayu – kita berdikari.  Orang kampung bercucuk tanam makanan, membuat minyak dari kelapa, membuat sabun sendiri dan membuat garam dari air laut. 

Keperluan menjadi pemangkin ciptaan.

Apa dampak sekatan ekonomi keatas Rusia sekarang ?

Sekatan ekonomi terus diperketat. Satu demi satu tindakan sekatan dijalankan oleh Amerika. Semua bertujuan untuk melemahkan ekonomi Rusia dengan harapan Rusia akan bertaubat.

Bank Negara Rusia dan pelbagai bank Rusia yang lain telah dikenakan sekatan.  Rusia di keluarkan dari SWIFT – (Society for Worldwide Interbank Financioal Telecommunication). Ini adalah  pengurusan perniagaan antara bank Rusia dengan bank luar negara.

SWIFT ini dikatakan bom nuklear yang akan menghancur musnah ekonomi Rusia. 

Apakah ekonomi Rusia runtuh?

Ini menjadi lawak kerana sekatan ekonomi ini juga dikenakan keatas individu yang dikatakan rapat di sekeliling Putin. Penasihat politik, oligarch-cukong , ahli perniagaan yang rapat dengan Putin semua disekat kewangan bank  mereka. 

Lawak bodoh menjadi lawak bangang apabila Presiden Biden dari Rumah Putih telah mengumumkan sekatan ekonomi menutup akaun bank dan membekukan harta  Maria Voronsova dan Katerina Tikhonova jika ada di Amerika. 

Minah dua orang ini adalah anak gadis kepada Presiden Putin. Maka dua perempuan  Rusia  menjadi susah lagi sulit untuk membeli   burger dari Mek Dogal dan punan dari merasa nikmat Kentaki Fried Fak. Dan tidak dapat minum kopi dari Starbucks. Kah  kah kah.

Sekatan ekonomi ini menjadi lawak kerana ekonomi dunia sekarang  bukan lagi di zaman Raja Haji. Juga bukan di zaman Castro atau Ayatollah Khomeini. Sistem ekonomi kapitalis  hari ini adalah jaringan ekonomi global. Ikat berikat kait berkait. 

Sistem ekonomi kapitalis yang bersifat global ini menjadi musuh kepada strategi  sekatan  ekonomi.  Justeru Karl Marx ahli falsafah German 100 tahun dahulu telah menunjukkan bahawa sistem ekonomi kapitalis ini akan membunuh diri sendiri.

Ini dibuktikan dengan tindakan balas Presiden Putin. Rusia memberi arahan  semua bahan bakar minyak dan cecair gas yang dibeli dari Rusia wajib menggunakan Ruble bukan Dolar atau Euro.

Sebelum dan ketika perang berjalan negara-negara Eropah Barat masih mengimport  40%  tenaga bahan bakar mereka dari Rusia.

Untuk lari dari SWIFT  China  bersama Rusia berjaya membuat satu saluran perniagaan bank yang baru.  Sistem  CIPS ( Cross-Boder Interbank Payment System)  yang masih kecil tapi berpotensi untuk menjadi pesaing hebat kepada SWIFT.

Dalam masa yang sama bukan  semua negara bersetuju tunduk kepada permintaan Amerika untuk tidak berniaga dengan Rusia. Negara contoh terbaik ialah India. Kini India semakin banyak membeli minyak dan gas dari Rusia. 

Jelas projek boikot minyak dan gas Rusia ini gagal. Ini menaikkan kemarahan Amerika  terhadap India.  India tidak ambil pot bila berhadapan dengan kemarahan Amerika. Untuk India yang penting ialah kepentingan ekonomi India sendiri.  

Sikap India  ini  sama seperti sikap German,  Hungary, Peranchis dan Itali yang  perlu bahan bakar minyak dan gas dari Rusia. Norway, Bosnia, Serbia dan Belarus mengimport 99% gas keperluan  negara dari Rusia.  

Data tahun 2020 menunjukkan negara Kesatuan  Eropah mengimport 2.2 juta tong minyak  sehari dari Rusia. Apa yang jelas tanpa minyak dan gas dari Rusia ekonomi negara-negara ini juga akan runtuh. Amin

Jika sekatan ekonomi gagal maka timbul persoalan apa yang akan dilakukan  seterusnya  oleh Amerika ?

Perang Ukraine akan masuk ke bulan ke tiga. Tidak ada tanda-tanda jalan penyelesaian akan dicapai.

Dari segi bala tentera Ukraine ini kacang putih untuk Rusia. Kekuatan dan teknologi Rusia berlipat ganda berbanding dengan Ukraine. Tapi dari laporan media dunia diberitahu bahawa warga dan tentera Ukraine telah berjaya memberi tentangan yang hebat.

Dari mana datangnya kekuatan Ukraine ini ?

Apa yang jelas Ukraine terus bertahan kerana di belakang Ukraine ini ialah  negara NATO (North Atlantic Treaty Organisation ). Perjanjian Persenjataan dan Pertahanan ini dianggotai oleh 30 buah negara. Kepala besar NATO ialah Amerika. 

Justeru taktik dan strategi NATO adalah taktik dan strategi untuk merealisasikan kepentingan  Amerika.

Punca numero uno awal wahid Perang Ukraine ialah niat Ukraine untuk menjadi anggota NATO. Jika Ukraine dalam NATO ini akan mengancam keselamatan Rusia. 

Rusia telah menjelaskan bantahan dan memberi amaran  menentang niat Ukraine ini  secara terbuka kepada Kesatuan Eropah, NATO dan Amerika. Fakta dan amaran Rusia pasti akan membawa bencana. Ini  diketahui oleh Amerika

Jika Amerika tahu bencana akan timbul kenapa disokong niat Ukraine untuk menjadi anggota NATO?

Amat jelas Amerika sekali lagi mengulangi taktik dan strategi yang telah Amerika lakukan  di Afghanistan.

Pada ambang Hari Krismas 24 Disember 1979  tentera Rusia telah masuk ke Afghanistan. Dengan cekap lagi  pantas Amerika telah mewujudkan pasukan bersenjata penentang Rusia. Kumpulan yang dikenali sebagai Mujahidin diberi senjata, di beri dana dan disokong secara gelap dan secara  terbuka oleh Amerika.

Hasil strategi Amerika ini Rusia terjerut ke dalam Selut Afghanistan. Selama 9 tahun Mujahidin bergerila melawan tentera Rusia. Akhirnya  pada 15 Februari 1989 tentera Rusia mengundur dari Afghanistan. Rusia kalah di Afghanistan.

Kali ini Amerika sedang memasang perangkap untuk menjerut leher Rusia masuk  ke Selut Afghanistan.    Seperti di Afghanistan Amerika akan terus mempersenjatai rakyat Ukraine untuk memerangi Rusia.

Pada tahap ini jelas kelihatan taktik ni berjaya. Dari hari ke hari  tentera Rusia sedang disedut masuk  ke dalam  Selut Ukraine .

Sama seperti di Afghanistan Amerika mahu perang ini berpanjangan.  Lagi lama perang ini berterusan lagi baik untuk Amerika. Perang membawa harga yang mahal. Nyawa dan harta benda akan musnah.

Lagi lama Rusia berperang dengan Ukraine lagi huru hara kucar kacir ekonomi Rusia.

Niat dan cita-cita  Amerika cukup jelas. Bumi Rusia yang kaya dengan hasil bumi yang masih  dara wajib di teroka oleh  syarikat multi nasional milik Amerika.  Dari kajian ilmu alam  dan kaji bumi Rusia terbukti  kaya dengan sumber alam. Minyak, gas dan bahan galian  masih melimpah ruah dalam perut  bumi Rusia. Siberia – wilayah besar dari Eropah hingga ke Asia – masih lagi berhutan dara  belum dirogol oleh jentolak  Caterpillar.

Kota, bandar dan pekan Ukraine akan  runtuh rantah punah ranah. Ratus ribu warga Ukraine akan tewas gugur. Jutaan warga  Ukraine akan  menjadi statistik warga pelarian perang.

 Semua imej perang, data perang dan fakta kemusnahan ini akan digunakan oleh media arus perdana Amerika dan jaringan diseluruh dunia bukan untuk menghentikan perang. Malapetaka  dan kesengsaraan warga Ukraine ini akan digunakan untuk  mengolah persetujuan warga  dunia untuk menyokong Amerika terus membekal senjata kepada   Ukraine.

Amerika mahu sekali lagi melihat Rusia terus berdarah meleleh seperti terjerut leher dalam Perang Afghanistan. Amerika mahu melihat tentera Rusia bercawat ekor pulang ke Moscow.

Amerika masih berdegil dan terus membekal senjata kepada Ukraine.  Presiden Putin telah memberi amaran. Langkah Amerika ini akan membawa mudarat.

Bencana  dan tempias dari Perang Ukraine ini sedang mengampuh dunia.

Apakah Perang Ukraine  akan membawa ke Perang Dunia Ke 3 ? Paling menakutkan apakah amaran Presiden Vladimir Putin ini  mencakupi juga amaran penggunaan senjata nuklear? Tunggu  minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM
PORTAL MALAYSIAKINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/618391