Jumaat, 28 Oktober 2022
DUIT PUNYA PASAL
Muda akan bincang kedudukan Syed Saddiq dalam PRU15
PIMPINAN tertinggi Muda akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk menentukan kedudukan presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas mahkamah hari ini memerintahkan beliau membela diri atas empat pertuduhan jenayah.
Syed Saddiq berkata perkara itu akan dibawa kepada parti untuk diputuskan.
“Untuk saya mempertahankan kerusi di Muar, ia bergantung kepada rakyat Muar.
“Tetapi apa pun, saya perlu bawa isu ini kepada parti. Saya orang yang setia dengan parti dan prinsip diutamakan dalam politik,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah.
Ditanya sama ada keputusan mahkamah hari ini akan menjejaskan kempen Muda dalam PRU15, Syed Saddiq berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai.
“Saya rasa ia bergantung kepada rakyat untuk menilainya tetapi dari segi perspektif Muda, apa yang saya akan buat adalah mengadakan mesyuarat dalam kadar segera untuk membincangkan isu ini secara terperinci,” katanya.
Beliau tidak menyebut bila mesyuarat berkenaan akan dipanggil.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu memerintahkan Syed Saddiq untuk membela diri atas empat pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM1 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq.
Perbicaraan bela diri ditetapkan 1o hari antara 22 Februari hingga 14 April tahun depan.
Peguam Gobind Singh Deo yang mengetuai pasukan pembelaan Syed Saddiq berkata anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah dan mengemukakan 14 saksi lain.
Menurut Syed Saddiq, beliau akan menjelaskan kebenaran dalam keterangannya nanti.
“Dalam bab ini, sudah tibanya masa saya diberi peluang untuk memberikan kenyataan saksi bersumpah dalam mahkamah.
“Ia adalah peluang untuk menceritakan kebenaran di pihak saya supaya kebenaran dapat ditegakkan,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq mengulangi pendiriannya kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya berjuang demi rakyat serta niat asalnya menyertai politik iaitu untuk menjadikan politik bersih. – 28 Oktober, 2022.
SAYANG
SERIBU KALI
SAYANG
AMIN
AWAL AWAL
LAGI DAH ADA
KES DUIT
AMIN
KALAU KES DEMO
MOLEK UNTUK
PENGALAMAN
INI KES DUIT
BURUK BUNYINYA
AMIN
SALAH BENAR
APA PUN BIAR
MAHKAMAH
TENTUKAN
AMIN
TANDING KERUSI
ADA BAHAYA
AMIN
KHALAS
HADI BOLEH KALAH - FAKTA SEJARAH
Hadi boleh kalah, saya pernah buktikan – Rahman Bakar
KUALA LUMPUR – Tidak mustahil akan lahir sekali lagi giant killer mengalahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).
Itu pandangan bekas Ahli Parlimen Marang, Abdul Rahman Bakar yang pernah digelar giant killer kerana mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum.
Malah dalam PRU15, beliau yakin giant killer boleh mengalahkan Presiden Pas itu sekali lagi oleh calon Barisan Nasional (BN).
“Tak mustahil giant killer kedua bakal dilahir atau kembali lagi (selepas beliau),” ujarnya ketika dihubungi MalaysiaGazette baru-baru ini.
Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu pada PRU 1986 dan PRU 2004.
Ia boleh menjadi realiti sekiranya tidak berlaku amalan ‘cah keting’ dan jentera BN bersatu hati.
Lebih-lebih lagi difahamkan Parti Amanah Negara dijangka meletakkan calon di Parlimen Marang yang berpotensi memecah undi Pas.
Menurut Abdul Rahman, kekalahan calon BN kepada Abdul Hadi sebelum ini sebenarnya amalan ‘cah keting’ dalam BN sendiri.
“Jika ini dapat dibendung, tak mustahil calon BN kali ini boleh menang kerana saya pernah membuktikannya,” katanya.-
INI FAKTA
SEJARAH YG
RAMAI TAK SEDAR
AMIN
INI HUKUM ALAM
SEMUA BOLEH
BERLAKU
AMIN
KEPALA GEDEBE
PUN BOLEH
KALAH
KAH KAH KAH
AMIN
PENGUNDI DILUAR NEGARA - SAMA SAMA LAWAN PENCURI
Agong titah agar rakyat Malaysia menetap di Singapura tunai tanggungjawab mengundi
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia yang menetap di Singapura menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
“Saya ingin mengingatkan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan untuk mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang walaupun (tinggal) jauh sikit tetapi hati mesti tetap menunaikan tanggungjawab yang lebih berhak sebagai pengundi,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La, di Singapura malam ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis santapan itu yang turut disertai anakanda Seri Paduka Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian untuk pengundi Malaysia melaksanakan tanggungjawab pada PRU15.
Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 10 Oktober untuk pilihan raya umum berkenaan dan bagi permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (Agensi/Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, polis, tentera, dan petugas media); 23 Oktober bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 26 Oktober bagi kategori 1C (agensi/organisasi).
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dan telah saling membantu antara satu sama lain daripada pelbagai aspek ketika kedua-dua negara berdepan pandemik Covid-19.
Turut hadir dalam majlis santapan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin selaku Pegawai Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Isham Ishak dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri kini dalam rangka lawatan negara ke Singapura selama empat hari yang berakhir esok.
Lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas.– Bernama, 27 Oktober, 2022.
SATUKAN
SELURUH TENAGA
HALANG PENCURI
KEMBALI
BERKUASA
AMIN
PULANG MENGUNDI
WALAU DIMANA
BERADA
AMIN
KHALAS
JANGAN HANYA PANDAI KOMPLIN - BERTINDAK SEKARAANG !!!
KITA SELALU
KOMPLIN
KITA SELALU
TAK PUAS HATI
INI TAK BETUL
ITU TAK BETUL
AMIN
KALI INI DATANG
PILIHAN RAYA
AMIN
JADIKAN KOMPLIN
JADIKAN RASA
TAK PUAS HATI
PADA UNDI
AMIN
TERJEMAHKAN
KEMARAHAN
KEPADA UNDI
AMIN
KHALAS
JANGAN TUNGU KERAJAAN
JANGAN TUNGGU
KERAJAAN
SUSUN DAN
BERTINDAK
AMIN
Unknown commented on
"BERI PENCERAHAN"
Isham, politikus dah mula sibuk bangkit isu rasuah, alam sekitar, komunis, zionis, kote, banjir; kenapa belum bangkit isu rakyat seperti harga makanan dan barang keperluan, pekerjaan, perumahan pelajaran anak, bina kilang, dll. Dia orang tak faham ke, rakyat tak ada duit beli makanan, baju, tak ada kerja tetap ...
PERLU ADA KEMPEN BUKU HIJAU
PERLU DASAR
TANI BARU DARI
KERAJAAN
AMIN
BENARKAN TANAH
LAPANG DI TANAM
DENGAN MAKANAN
AMIN
KITA MULA TANAM
DISEKELILING
RUMAH
KHALAS
hamim commented on
"MULA BERKEBUN DIBELAKANG RUMAH LAWAN INFLASI"
TT, berkebun dikawasan rumah ditaman perumahan mungkin boleh dibuat tapi....nak berkebun dikawasan rumah dikampung kampung susah sikit, banyak makhluk perosak, banyak sangat hak milik kerajaan dan jabatan tertentu yang datang memusnahkan tanaman, makhluk makhluk tersebut tidak boleh ditangkap, dibunuh atau apa saja, ajensi ejensi kerajaan dan jabatan jabatan berkenaan akan mengambil tindakan, pernah dengar tak ada orang kena dakwa dan didenda kerana mengecat kera diPahang, jadi makhluk perosak, kera, beruk, monyet, lotong dan babi milik ejensi ejensi berkenaan bebas memusnahkan tanaman yang ditanam, harap ejensi ejensi kerajaan yang berkenaan ambillah tindakan terhadap makhluk makhluk perosak tersebut agar oang kampung boleh bercucuk tanam.
PERMINTAAN KEPADA PEMBACA TUKAR TIUB
KEPADA PEMBACA
YANG BUDIMAN
YANG BERIMAN
AMIN
SILA AMBIL MASA
DENGAR KLIP
INI BAIK BAIK
AMIN
KITA SEMUA
DALAM BAHAYA
AMIN
KHALAS
HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA
Hentikan kleptokrat dan pencuri, kata Khalid Samad
NASIB negara ini terletak di tangan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika mereka mahu hapuskan kleptokrat buat selamanya, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Penyandang ahli Parlimen Shah Alam itu berkata walau apa pun berlaku, rakyat perlu keluar mengundi, kerana ia akan memberi kesan kepada negara.
“Jika kita mahukan perubahan, kita perlu berusaha untuknya. Jika tidak, keadaan akan sama saja (seperti kerajaan sebelum ini). Kita perlu pilih kerajaan yang tepat.
“Nasib negara ini terletak pada rakyat, jika tidak negara ini akan ditadbir oleh kleptokrat dan pencuri. Kita perlu hentikan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Khalid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa berkata amat penting untuk kita menghalang golongan kleptokrat daripada kembali mentadbir negara.
“Kita perlu tarik pengundi. Kita perlu buat yang terbaik untuk mendapatkan undi dan kita akan berjuang.
“Sama ada kita sedia atau tidak, itu bukan persoalannya…pilihan raya umum sudah pun tiba di sini.”
Ini kerana Barisan Nasional (BN) sudah pun memilih tarikh untuk PRU15, katanya.
“Keadaan sekarang tidak bagus. Kita tidak pernah jangka mereka (BN) akan buat, tetapi kami tahu (penyandang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob) diberi tekanan.
“Kami tahu Zahid (Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi) yang membuat keputusan. Kami pada masa ini bersedia dan akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan mandat rakyat.”
.
Berkenaan pengundi yang tidak dapat keluar mengundi kerana musim hujan, Khalid sekali lagi berkata BN sudah pun menetapkan tarikh untuk PRU15.
“Rakyat tidak akan keluar mengundi jika banjir. Itulah niat mereka. Mereka mahu elak 80% pengundi keluar mengundi.
“Rakyat perlu memilih kerajaan yang mereka mahu. Jika kami menang, kami akan berkhidmat untuk rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang dan membersihkan pentadbiran ini.
“Kami diberikan mandat pada 2018 tetapi tidak dapat memenuhi matlamat kami. Jadi kali ini kami ingin melengkapkan apa yang kami mulakan (membersihkan kerajaan),” katanya.
Khalid berkata sebab mereka tidak membubarkan tiga dewan undangan negeri di bawah pentadbiran PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ialah kerana berjaga-jaga kemungkinan rakyat memerlukan bantian sepanjang musim hujan.
Ini bagi membolehkan kerajaan negeri mempunyai sumber tenaga dan kemudahan untuk membantu rakyat jika banjir berlaku.
Malaysia akan mengundi pada 19 November. Mengundi awal ditetapkan pada 15 November.
Hari penamaan calon pada 5 November. – 28 Oktober, 2022.
MARI KITA
BERSAMA
BINA NEGARA
AMIN
TANGKAP DAKWA
PENJARAKAN
PENCURI
PERASUAH
AMIN
HUJAN RIBUT
BANJIR KITA
TETAP KELUAR
MENGUNDI
AMIN
HALANG PENCURI
KEMBALI
BERKUAS
AMIN
INI TUGAS
SUCI KITA
KHALAS
TAKDA JALAN LURUS
TAKDA JALAN
LURUS
AMIN
Unknown commented on
"MAIL BERA BETUL"
Kat mesia mana ada satu jalan yg lurus. Jalan kemahkamah bersimpang-simpang jalan kepenjara bercabang-cabang jalan ke hospital pun berliku-liku jalan ke parlimen berputar-putar jalan keistana pulak berbukit-bukit.Jalan yg benar2 lurus ialah jalan kekubur.
SPR TAK BERANI LAWAN TOWKAY
SPR TAK BERANI
LAWAN TOWKAY
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"BANJIR -
PRU AKAN DIBATAL"
Aduhai apa lah posting stim pulak ini, kah kah watak watak SPR ini pun kroni mereka jugak, apa lah lu orang macam bodoh sangat, woit apa lu orang ingat SPR berani lawan tauke kah ? Kah kah kah sudah susah jangan buang masa, siap bot, siap pelampung siap semua paying rain coat segala supaya boleh undi mampooos ajar orang tak cerdik ini amin
HUJAN DAN RIBUT
JUMAAT 28/10/2022
HARI INI KITA LIHAT
KITA SAKSIKAN PERUBAHAN CUACA
KITA SAKSIKAN PERUBAHAN CUACA
DARI BULAN 9 CUACA
DAH MERENGEK
BANJIR SANA SINI
MASUK BULAN 10
TIAP HARI HUJAN
BULAN 11 & 12
KITA BELUM TAHU
MACAM MANA AGAKNYA
KITA BACA
KITA LIHAT PAKISTAN
DI LANDA BANJIR
KITA LIHAT CHINA
SUNGAI YANG TZE KERING
DI UTARA PULA BANJIR
DI KENYA
DI SOMALIA DI ETHIOPIA
KEMARAU
SEMUA INI TANDA TANDA
BAHAWA CUACA DUNIA
MAKIN PORAK PERANDA
AMIN
HARI INI
KITA TUNGGU
APA AKAN JADI PADA
PEGUAM NAJIB
DI BEBAS ATAU KENA DAKWA
AMIN
EROPAH
NATO BUAT LATIHAN
PASUKAN NUKLEAR
RUSIA JUGA BUAT
LATIHAN NUKLEAR
DUNIA MAKIN TEGANG
KITA MAKIN HAMPIR
DENGAN PERANG NUKLEAR
POLITIKUS DENGAN EGO
MASING MASING TERUS BERDEGIL
MENERUSKAN PERANG
GUA MENUNGGU
RAKYAT DUNIA BANGUN
MENUNTUT PERDAMAIAN
INILAH SATU JALAN UNTUK SELAMAT
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI BASAH
LOPAK AIR DISANA SINI
RUMPUT BASAH
CENGKERIK GEMBIRA
BALAM MENCARI CACING
ATAS JALAN RAYA
PIPIT BERTERBANGAN
MENJUNAM MASUK
KE SAWAH RUMPUT
DI BUKIT JANTAN BERKOKOK
DI UDARA KENG KENG BERSUARA
MATAHARI MUNCUL
TAPI SINAR LEMAH
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
HOKKIEN JUGA
DALAM KABUS
KETIKA GUA MENGETIK INI
MATAHARI DAH BERSINAR
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI JUMAAT
BRO
KITA TIDAK AKAN BERJAYA
TANPA DI DUGA
DENGAN RINTANGAN
BRO
KITA BOLEH MERAIH SESUATU
KITA JUGA BOLEH
MELEPASKANNYA
BRO
BILA LU TANAM POKOK SEKARANG
CUCU CICIT LU
BOLEH AMBIL BUAH
BOLEH BERTEDUH
BRO
KITA YANG TIDAK MALU
BERTANYA HARUS BERTANYA
KITA DILIHAT BODOH
UNTUK LIMA MINIT
TAPI YANG MALU BERTANYA
AKAN BODOH SELAMANYA
BRO
BILA LU DALAM GELAP
JANGAN KUTUK GELAP
PASANG PELITA
BRO
JANGAN TAKUT SALAH
ATAU KEKURANGAN
LEBIH BURUK LAGI
DAH TAHU SALAH
TAPI TIDAK MEMPERBAIKINYA
BRO
KUAT MANA PUN
PASTI ADA SESEORANG
YANG LEBIH KUAT
BRO
LU PIKIR MASAK MASAK
SEBELUM LU BERTINDAK
BRO
JIKA LU TAK DAPAT
BERSABAR PEKARA KECIL
PROJEK BESAR AKAN GAGAL
BRO
HIDUP INI SEDERHANA
KITA YANG JADIKAN
HIDUP INI SUSAH
BRO
BERI BANTUAN
PADA ORANG LAIN
INI AKAN BUAT LU HAPPI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT
HARI JUMAAT
Langgan:
Catatan (Atom)