Ahad, 4 Jun 2023
RAKYAT TAK SUKA TALIBAN
Muslimat Pas ajak UMNO berada di bawah satu payung – Nuraidah
KUALA LUMPUR – Muslimat Pas mengajak UMNO untuk bersama-sama di bawah satu payung demi kesatuan Melayu dan Islam.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuraidah Mohd. Salleh berkata, tempoh selama lebih enam bulan sudah mencukupi untuk UMNO berada di bawah ‘khemah besar’ Kerajaan Perpaduan.
“Cukuplah tempoh selama lebih enam bulan UMNO berkhemah di bawah jajaran khemah besar yang ternyata cantik di luar namun penuh kekotoran di dalamnya.
“Marilah bersatu di bawah payung kesatuan Islam dan Melayu yang mana kita meletakkan asas kesatuan demi perpaduan ummah,” katanya dalam kenyataan.
Nuraidah menegaskan, UMNO harus mengambil langkah berani untuk bersama blok yang betul demi survival agama, bangsa dan negara.
Justeru beliau meminta pemimpin UMNO untuk kembali memegang prinsip perjuangan dan mengangkat wibawa kepimpinan ke tempat yang tinggi.
Pemimpin UMNO, menurut beliau, tidak harus menggadai maruah dan prinsip perjuangan semata-mata kerana jawatan yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.
Nuraidah mendakwa, kepimpinan UMNO tidak bebas membuat keputusan ketika berada dalam Kerajaan Perpaduan.
“Pemimpin UMNO tidak harus menggadai maruah dan prinsip perjuangan semata-mata kerana jawatan yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.
“Pimpinan UMNO harus sedar biarpun memegang kuasa, tangan mereka diikat ketat oleh pimpinan parti lain di dalam Pakatan Harapan agar mengikut telunjuk mereka.
“Perkara ini semua dapat dilihat dengan jelas sepanjang mereka berada dalam Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang ini,” dakwanya.
Tambah beliau, UMNO harus sedar dalam kemelut negara sekarang yang dilanda krisis ekonomi yang teruk dengan nilai ringgit semakin jatuh.
Menurut Nuraidah, kepimpinan UMNO harus meletakkan sentimen peribadi ke tepi dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Beliau juga meminta supaya ahli UMNO tidak membiarkan nasib diri mereka ditentukan oleh pimpinan UMNO yang bermasalah.
Menurutnya, pemimpin terbabit sedaya upaya berusaha untuk melepaskan diri sendiri daripada masalah peribadi yang dihadapi.-
MINAH NI
TAK FAHAM
POLITIK
AMIN
KALAU ZAHID
BERSAMA PAS
ZAHID AKAN
MASUK JIL
AMIN
SEKARANG
ZAHID AKAN
BEBAS
AMIN
RAKYAT TAK
SUKA TALIBAN
AMIN
ITU PASAL RAJA
RAJA MELAYU ARAH
DIRIKAN KERAJAAN
PERPADUAN
AMIN
PAS & BERSATU
SILAP
AMIN
PATUT MASUK
SAMA DALAM
KERAJAAN
AMIN
KHALAS
TALIBAN ANTI PUNK
TALIBAN
ANTI PUNK
KHALAS
Unknown commented on
"TOLAK TALIBAN"
Siapa arah siapa cakap? Ana tahu Hadi pun nak rasa nikmat kerusi PM kah ish kah sedap woit sedap sangat lagi sedap bila kunci bank negara dapat pegang woit nanti ada ayat ayat Arab masuk line clear kah kah kah
PROJEK TALIBAN
Kit Siang poster uncle kebencian orang Melayu – Sian See
KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Lim Sian See berpandangan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya membantah pemberian gelaran Tan Sri kepada veteran DAP, Lim Kit Siang menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Beliau menyifatkan tindakan itu kurang bijak dan boleh menjejaskan sokongan terhadap UMNO dan BN.
“Kit Siang adalah poster uncle bagi kebencian majoriti orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).
“Mungkin Kerajaan Perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat Tan Sri kepada Kit Siang sebulan sebelum enam PRN akan datang?
“UMNO dan BN patut membantah timing yang kurang bijak ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kit Siang merupakan antara penerima gelaran Tan Sri dalam istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.
Gambar Kit Siang menghadiri raptai istiadat tersebut turut dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam laman Facebook beliau.
Dalam hantaran berasingan, Sian See bertanya sama ada pemimpin UMNO akan mengucapkan tahniah kepada Kit Siang atas penganugerahan gelaran Tan Sri itu.
“Jika ada, siapa agaknya?” soalnya.
PERANAN
KIT SIANG IALAH
TBAI PAS
AMIN
BILA TIBAI PAS
MAKA ORANG
MELAYU AKAN
PERTAHAN PAS
AMIN
INI PROJEK
SINGAPURA
MAHU
TANAH MELAYU
JADI TALIBAN
AMIN
KHALAS
KLIM KEMBALI SINGAPURA. !!!
KLIM KEMBALI
SINGAPURA
AMIN
Unknown commented on
"CHINA YANG KAYA"
pada gua tak pelik..andai sanusi mb kedah boleh berhajat mengambil semua penang, gua fikir elok dibuka semula pekung2 ketuan raja2 melayu termasuk raja/sultan kedah.gua ada baca kisah perkwahwinan atau pertabalan diraja kedah dgn kos yg tinggi selama beberapa malam.gua juga pelik mengapa sultan kedah memajakkan penang dan mohon perlindungan british.sedangkan mulut2 kajian prof melayu menunjukkan melayu ini kuat, pandai besi,pandai segalanya malah kuat berlawan.gua fikir parameswara boleh claim melaka raya, parameswara menerima kedatangan china melalui laut oleh armada terbesar didunia yakni laksamana cheng ho.
sejak dulu lagi terjalin persahabatan malah perkahwinan alam melayu dan china demi megukuhkan kekuasaan. british juga berkawan dgn cina kaya raya,tokey2 bijih.org2 cina bukan saja menguasai ekonomi malaysia malah ekonomi indonesia juga, apatah lagi singapore, apatah lagi no 2 dalam ekonomi dunia. ekonomi ulama tangga keberapa?semuanya salah china namun akhirnya china melabur ree di kedah.
china simpan jho low, china doll kesukaan melayu.website niaga shopee cina, tiktok cina, bak kata arwah tuanku, org melayu ni nak buat jarum pun tak reti..tun razak berkawan dgn china utk hapuskan KPM, KPM diluluskan british..last2 hadi masih lagi berada dlm perlembagaan british sehingga kini.begitu la melayu, bolak balik tunding sana sini.
KESAH 1001 MALAM
RETARD DENGAR
DONGENG ARAB
AMIN
panglimo potaseh commented on
"ORANG MUSANG DI TEMUI"
Adam ado sekitar 7,000 tahung dulu .. maknusiyo pra-sejarah ni 14,000 tahon .. poning. Tapi TaT kito sekarang selain kojo eay ngapal ayat, buek air doa, jadi bomoh ngalau Hantu Tetek tapi TaT kito dah pandai sains sekarang .. TaT dah dapek formula yg sogalo bintang dan planit berputar ngeliling dunio .. suhu bulan TaT ukur 114 C .. TaT ooh TaT .. yg idop 14 ribu tahong dulu sapo lak ..
TANAM GANJA
HOK NI
BUKAN
BACA YASIN
TAPI SILA
TANYA YASIN
AMIN
panglimo potaseh commented on
"GANJA TERKENAL"
Caro bojimat paling baek io lah tanam ganja dalam pasu .. tiap kali tanak nasi tarok tigo olai daun ganja dalam nasik tu .. mang sodap eay, tak yah lauk pon sodap .. tu lah yang di amalkan oleh orang tahon 60an sobolom dapek gaji ujong bulan .. hanya molahap nasik dongan poraso ganja jo .. jimat .. Pizi Boyak apo tahu
STADIUM RUNTUH - MANA LAPORAN ?
BALA DARI ALLAH
ATAU
BALA
DARI RASUAH
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"MASJID TAK RUNTUH"
Nak tanyo Stadium Nogori Aji Sotong yang runtuh tu ado tak yang kono tangkap .. di rotan sampai mampuih .. yang ghiuh den dongar orang bolom kawin ngentot kono rotan dopan orang ramai hinggo lobam lobam.. tuckbEEr
SEKALI LAGI DATANG MEMBANTU
Bomba guna anjing K9 kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua anjing pengesan dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa berusia lapan tahun itu dengan melakukan kaedah pencarian di tebing sungai.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan sejauh dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
“Keadaan di lokasi kejadian tidak mengizinkan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk pencarian dan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya usaha mencari mangsa yang memasuki hari kedua itu masih diteruskan melibatkan 24 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, PPDA dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Teluk Intan.
“Operasi ini turut dibantu 12 anggota polis, enam daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia termasuk tujuh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Slim,” katanya.
Semalam, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang. – Bernama, 4 Jun 2023.
ANJING DATANG
DENGAN JUJUR
UNTUK MEMBANTU
AMIN
GANJA TERKENAL
GANJA TERKENAL
AMIN
GANJA KORAT SIAM
HASHISH MAZARI SHARIFF AFGHANISTAAN
HASHISH ZERO ZERO MOROKO
GANJA ACHEH INDONESIA
GANJA PJ DEPAN TAMAN TASIK
TOLAK TALIBAN
Hanya majoriti boleh memimpin, PAS beritahu Anwar
TIADA salahnya PAS menggunakan naratif cara lama dalam mempersoalkan hanya orang Islam boleh memerintah Malaysia, kata pemimpin parti itu.
Mereka berkata secara realitinya majoriti patut memimpin negara dan demi kestabilan, orang Melayu Islam patut mengemudi kerajaan seperti dibuktikan oleh Umno bagi tempoh 60 tahun.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kedua-duanya menyelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana membangkitkan isu Melayu Islam sebagai pemimpin tertinggi negara.
Semalam Anwar berkata PAS harus meninggalkan naratif kolotnya apabila mengatakan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya menjaga hak semua rakyat Malaysia selain tidak mengabaikan orang Melayu.
Beliau menolak dakwaan PAS bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak layak mentadbir kerana gabungan itu terdiri daripada parti bukan Islam.
Anwar berkata PAS harus melihat dasar yang dilaksanakan kerajaannya.
Menurut Tuan Ibrahim, Umno membuktikan dengan jelas ia berjaya mewujudkan kestabilan apabila memimpin negara dengan kerjasama pemimpin Cina dalam MCA dan India daripada MIC.
“Majoriti perlu memimpin demi perpaduan dan kestabilan. Selama lebih 60 tahun Umno melakukannya.
“Anwar kena rujuk hadis Nabi yang mana Nabi pernah bersabda majoriti (kaum Quraisy) ketika itu mesti memimpin orang Arab demi kestabilan.
“Ia berlaku di Amerika Syarikat, majoriti menjadi pemimpin, bukan minoriti,” katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun berkata, majoriti tidak boleh mendiskriminasi minoriti dan mesti bertindak adil terhadap semua.
“Apabila majoriti memimpin, mereka tidak boleh menindas minoriti, mereka mesti menghormati hak minoriti dan dengan berbuat demikian, tidak akan timbul isu diskriminasi.
“Perdana menteri silap. Kita tetap kuat apabila majoriti menjadi tonggak utama dalam kerajaan,” katanya.
Pada Jumaat, Anwar mengingatkan pembangkang, Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang menjaga hak Islam.
“Ini adalah jaminan keamanan negara kita. Saya tidak suka orang terpedaya dengan sentimen ini,” katanya.
Beliau memberi respons komen Presiden PAS Abdul Hadi Awang sehari sebelumnya yang menyatakan PH tidak layak memimpin negara kerana gabungan itu didominasi parti bukan Islam.
Hadi dilaporkan berkata kerajaan lemah kerana tidak dipimpin oleh parti Melayu-Islam.
Sementara itu, Idris mempersoalkan Anwar dengan bertanya kepada ahli Parlimen Tambun itu sama ada salah bercakap mengenai Islam dan orang Melayu.
Bekas menteri hal ehwal agama itu menjadikan Kelantan sebagai contoh yang mana tiada sesiapa pun dilayan buruk oleh kerajaan Islam.
“Ambil contoh Kelantan, tiada seorang Cina pun dihalau keluar dari negeri itu dalam tempoh 30 tahun PAS mentadbir negeri. Apa salahnya mahukan kerajaan Melayu Islam.
“Adakah ia perkauman? Adakah kita hanya mahukan seseorang yang boleh bercakap mengenai Islam, membaca al-Quran namun pada masa sama menari dalam majlis sebagai pemimpin,” kata ahli Parlimen Bagan Serai itu. – 4 Jun, 2023.
UNTUK POLITIK
STABIL WARGA
MAJORITI WAJIB
JADI KERAJAAN
AMIN
MAJORITI MELAYU
MAKA KERAJAAN
DIBAWAH PIMPINAN
MELAYU
AMIN
TAPI
BUKAN MELAYU
ARAB
BUKAN MELAYU
TALIBAN
AMIN
HALANG PROJEK
JADIKAN NEGARA
INI NEGARA
TALIBAN
AMIN
JIKA TALIBAN
BERKUASA PASTI
BAWA HURU HARA
AMIN
KHALAS
PAS HADIAHKAN TEH TARIK KE SELANGOR
Dasar pro rakyat di Selangor akan ditambah baik, kata Perikatan
PERIKATAN Nasional (PN) akan menambah baik dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor yang pro rakyat termasuk menambah peruntukan, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Selangor, kata pimpinan gabungan.
PN juga mahu memastikan kebajikan dan ekonomi rakyat Selangor diurus dengan lebih baik sekiranya pengundi memberi mereka peluang untuk mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri yang dijangka pada Ogos ini, kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.
Katanya, PAS berpengalaman membentuk polisi dan dasar kerajaan kerana pernah 10 tahun bersama dalam kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR sejak 2008.
Pada masa itu, PAS menyertai gabungan Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR dengan wakil rakyat mereka turut dilantik sebagai anggota pentadbiran negeri Selangor.
“Kita akan teruskan apa yang telah dimulakan sebelum ini, untuk memasyarakatkan ekonomi Selangor dan mengurangkan jurang masyarakat antara di bandar dan luar bandar.
“Pembangunan antara luar bandar dan bandar dilihat seperti tidak seimbang,” katanya, kepada The Malaysian Insight.
Sejak Mei 2018, di bawah pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari, Selangor melaksanakan 45 program melalui dasar pro rakyat dikenali Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang diperbaiki daripada pentadbiran sebelumnya.
PAS berada dalam pentadbiran Selangor di bawah menteri besar Allahyarham Khalid Ibrahim pertama kali selepas Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan mandat di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008.
Ia kekal dalam kerajaan Selangor pada penggal berikutnya bawah menteri besar Mohamed Azmin Ali yang ketika itu timbalan presiden PKR.
“Daripada 15 tahun (pentadbiran PKR) 10 tahun bersama dengan PAS, kebanyakan pelan Khalid dan Azmin semasa menjadi menteri besar itu idea kita juga tapi kredit kepada mereka,” jelas Roslan.
Sepanjang tempoh itu juga, hampir 15 wakil rakyat PAS bersilih ganti pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri di samping pimpinan akar umbi mereka dilantik sebagai ahli majlis dan pimpinan masyarakat termasuk ketua kampung.
Pentadbiran kerajaan negeri Selangor ketika itu memperkenalkan beberapa inisiatif prorakyat dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang memberi fokus kepada kumpulan sasar dan golongan memerlukan.
IPR dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri merangkumi 26 insentif untuk membantu dan meringankan keperluan rakyat khususnya mereka berpendapatan rendah.
Pada 2015, PAS memutuskan kerjasama politik dengan komponen PR dan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.
DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) bersama parti baharu yang merupakan serpihan PAS, Amanah.
Pada PRU14, PH yang disertai Bersatu mengukuhkan kedudukan di Selangor apabila menguasai 51 daripada 56 kerusi.
Bersatu waktu itu mempunyai lima Adun dengan seorang daripadanya dilantik sebagai exco iaitu Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid As’ari.
Selepas menarik diri daripada PH dalam episod politik Langkah Sheraton, Bersatu dan PAS menubuhkan gabungan PN yang turut disertai Gerakan.
Roslan berpendapat rakyat Selangor sudah biasa dan berpengalaman dengan cara pentadbiran PAS kerana sepanjang waktu itu, pimpinan rakyat di peringkat bawah seperti kebanyakan ketua kampung di Selangor terdiri daripada akar umbi PAS.
“Orang dah ada pengalaman perkhidmatan PAS jadi tidak mustahil mereka akan balik semula (mengundi PAS),” kata Roslan.
Roslan juga berkata PN akan turut memberikan tumpuan kepada pengundi Melayu kerana mereka majoriti penduduk Selangor.
“Teras kita adalah kawasan Melayu, undi terbesar kita pada PRU15 adalah orang Melayu.
“Program (rancangan) banyak (akan) memperbetulkan semula kedudukan ekonomi mereka yang terpinggir termasuk orang Melayu, bukan sahaja Melayu luar bandar tapi juga di bandar.
“Di kawasan Gombak, Ampang contohnya, isu kawasan perumahan tak tersusun, tak sepatutnya itu berlaku di Selangor,” tambahnya.
Dalam pada itu, Setiausaha Bersatu Selangor Azman Yaakob pula berkata selain menambah baik program-program berteraskan rakyat, kerajaan PN katanya memberikan pengkhususan kepada anak muda di samping isu perut dan ekonomi.
“Kita akan beri tumpuan lebih kepada anak muda ini sebagai pengundi yang mampu beri perubahan masa akan datang.
“Merekalah yang perlu diambil tahu, dijaga, khususnya tentang isu terkait sukan, aktiviti rekreasi, peluang pekerjaan, dan ekonomi yang lebih baik.
“Kita juga tidak melupakan isu seperti rumah mampu milik, di seluruh negeri Selangor dan skop sara hidup yang kita sebut sebagai ‘bread and butter’,” katanya. – 4 Jun, 2023.
PAS BERJAYA
DI KELANTAN
BERI SEMUA
RUMAH TEH TARIK
SETIAP HARI
AMIN
30 TAHUN
TEH TARIK
NON STOP
UNTUK WARGA
KELANTAN
AMIN
TEH TARIK
SATU KEJAYAAN
KERAJAN TALIBAN
AMIN
KINI TALIBAN
MAHU SALUR
TEH TERIK
NON STOP
KE SELANGOR
AMIN
AWAS !
TEH TARIK DARI
TALIBAN KALAU
TAK MINUM
KENA ROTAN
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)