Ahad, 5 Jun 2022
GLC MANA ?
Rasuah lebih RM600,000, SPRM tahan eksekutif kanan GLC dan isteri
SEORANG eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah lebih RM600,000 bagi kerja-kerja pelantikan syarikat pengangkutan.
Menurut sumber SPRM, suami isteri yang masing-masing berusia 50-an dan 40-an itu ditahan pada kira-kira 7 malam di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Sumber SPRM itu berkata lelaki berkenaan disyaki meminta ‘habuan bulanan’ kira-kira RM20,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat pengangkutan bagi penghantaran produk berasaskan minyak ke seluruh negara untuk tempoh antara Julai 2019 hingga April tahun ini.
Isterinya pula dipercayai bersubahat untuk meminta dan menerima bagi pihak suaminya.
Menurut sumber SPRM itu, isteri eksekutif kanan itu juga dipercayai mempunyai kawalan ke atas kad debit milik syarikat pengangkutan terbabit di mana pemilik syarikat tersebut terlibat dalam urusan rasmi dengan suaminya.
Pasangan itu direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 Jun selepas perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama, 5 Jun, 2022.
WOIT
BERILAH TAU
NAMA GLC
AMIN
BERI NAMA
BERI ALAMAT
TUNJUK GAMBAR
AMIN
MASA TANGKAP
PENDEMO
ERA REFORMASI
SEMUA GAMBAR
ADA
AMIN
BUKAN GAMBAR
BERDEMO
GAMBAR LAMA
DARI FACE BOOK
AMIN
ORANG JAHAT
RASUAH
NAMA TAKDA
GLC TAK TAHU
TUPTUP BERITA
HILANG
KERANA KAUTIM
KAH KAH KAH
KHALAS
IKUT DRAMA ABARB ?
BRO
LU IKUT
DRAMA ARAB KE?
AMIN
Unknown commented on
"ADA HARGA MURAH"
TT, China saja ada dragon. Dragon fruit halal tak?
BUBAR PARLIMEN
Tarikh bubar Parlimen bidang kuasa Agong, kata PM
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam menjawab dakwaan DAP beliau tidak konsisten berhubung bila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan berkata tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan laluan kepada PRU15 adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Ismail Sabri berkata, sebagai perdana menteri walaupun beliau diberi mandat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menasihatkan Seri Paduka berhubung pembubaran Parlimen namun Al-Sultan Abdullah boleh menolak sekiranya tidak bersetuju.
“Eloklah kalau (kenyataan) ‘flip flop’ supaya mereka (DAP) tak tahu bila saya nak adakan PRU15. Cuba tengok daripada kenyataan perdana menteri terdahulu, ada tak mereka menetapkan tarikh pilihan raya. Kalau tanya (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) waktu itu dia kata saya (Dr Mahathir) belum dapat ilham.
“Jadi saya tak boleh katakan tarikh tertentu, kalau saya sebut tarikh, saya dah mendahului Yang di-Pertuan Agong, salah dari segi perlembagaan. DAP punya perangai mungkin dia tak hormat Yang di-Pertuan Agong tapi saya hormat Yang di-Pertuan Agong dan saya patuh pada perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu, Kuala Lumpur hari ini.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke baru-baru ini menyelar perdana menteri kerana pendirian yang didakwa “tidak konsisten” mengenai PRU15.
Ini susulan kenyataan Ismail Sabri dalam wawancara khas bersama kumpulan media Nikkei Asia di Tokyo dilaporkan sebagai berkata, PRU15 tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat, namun dalam ucapannya pada Konvensyen Barisan Nasional pada Rabu lalu beliau mengatakan tidak akan melengah-lengahkan pembubaran Parlimen walaupun sesaat jika gabungan itu bersedia.
Ismail Sabri berkata, soal bila PRU15 turut akan dibincangkan bersama biro politik dan Majlis Tertinggi Umno serta Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional sebelum dibawa ke Kabinet dan seterusnya untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan masih belum bertemu dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin untuk membincangkan kedudukannya dalam Kabinet memandangkan ahli Parlimen Ampang itu masih bercuti.
“Belum bertemu (Zuraida), dia bercuti lagi. Tarikh nanti saya akan tetapkan,” katanya.
Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keputusan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia dan akan berjumpa dengan Ismail Sabri bagi membincangkan kedudukan beliau dalam Kabinet.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kabinet masih belum membuat ketetapan berhubung cadangan melarang mana-mana ahli Parlimen yang sedang berdepan perbicaraan kes di mahkamah daripada menghadiri persidangan di Parlimen.
Beliau berkata, perkara itu dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ia masih belum dibincangkan secara menyeluruh di peringkat Kabinet.
“Itu masih terlalu awal sebab kita akan membawa semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan antara di dalam akta itu termasuklah ahli Parlimen yang dihadapkan ke mahkamah tidak dibenarkan masuk Parlimen. Kita boleh lihat ini secara lebih menyeluruh,” katanya.
Sebelum ini Wan Junaidi dilaporkan berkata, Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837] berkuat kuasa pada 20 November 1993, iaitu pemansuhannya bagi memenuhi keperluan ketika itu untuk membuka perkhidmatan Parlimen yang tertutup kepada perkhidmatan awam Persekutuan. – Bernama, 5 Jun, 2022.
MAKNA BERITA
INI IALAH SABRI
KENA TEKAN OLEH
NAJIB & ZAHID
AMIN
KENA TIBAI
DALAM PARTI
AMIN
SABRI NAK PRU
TAHUN DEPAN
LEPAS NAJIB
MASUK PENJARA
LEPAS ZAHID
DIDAKWA
AMIN
SABRI NYOROK
DIBAWAH KETIAK
RAJA
KAH KAH KAH
INI BAHAYA
KALAU
KETIAK RAJA
MASAAM
APA AKAN JADI
KAH KAH KAH
BERIAT TAK PERLU BACA
PRU15: KKM ambil langkah berwaspada, kata Khairy
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan cermat dan selamat berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata negara masih lagi dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan pihaknya sedang menunggu impak fasa itu.
“Jika Fasa Peralihan ke Endemik tak mencetuskan gelombang yang serius, maka saya rasa pada waktu itu (boleh diadakan PRU15), sebab kalau kita buat Pilihan Raya Negeri (PRN) banyak kita boleh kawal.
“Tapi selepas ini tanpa apa-apa sekatan lagi, mestilah parti-parti politik akan minta buat ceramah. Dulu (ketika PRN) kita tak ada ceramah besar-besaran jadi bagi saya lebih baik kita berwaspada dan hati-hati,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dilaporkan hari ini berkata tiada lagi alasan untuk PRU15 tidak diadakan dalam masa terdekat, kerana memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang akan berakhir selepas Julai ini, selain pandemik Covid-19 juga berakhir.
Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan orang ramai agar menggunakan terma yang tepat berkaitan pandemik COVID-19.
“Kita masih lagi pandemik, lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi umum COVID-19 sebagai ‘public health emergency of international concern’, dan bila diumumkan nanti Malaysia juga akan buat pengumuman bahawa kita tak lagi akan menggunakan Akta 342 (Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Maksudnya di bawah Akta 342, saya sebagai Menteri Kesihatan masih lagi mengisytiharkan Malaysia sebagai kawasan pandemik Covid-19. Jadi tak tepat kita dah tamat pandemik,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata kerajaan akan memberikan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada kanak-kanak pada sambutan tertentu seperti sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan, 16 Jun ini setelah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dihentikan 31 Mei lepas.
“Kita akan buka kepada mereka yang dah melepasi usia lima tahun. Itu keistimewaan…mungkin ada yang tercicir, jadi kita buka balik pada sambutan-sambutan tertentu,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kanak-kanak yang mencapai usia lima tahun akan menerima vaksin secara percuma sehingga 31 Januari 2023.
Beliau berkata tempahan bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan janji temu di klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan tersebut. – Bernama, 5 Jun, 2022.
BERKELINTAU
PUTAR SANA SINI
KAH KAH KAH
UN LAA PBB LAH
ENDEMIK LAA
WHO LAA
SEMUA PUTAR
AMIN
SEBENARNYA
KHAIRY TAK
MAHU PRU15
SEKARANG
AMIN
KHAIRI SOKONG
SABRI 114
AMIN
KJ MAHU LIHAT
NAJIB MASUK JIL
SEBELUM PRU
DIADAKAN
KHALAS
PEJUANG PARTI BARU
PEJUANG
PARTI BARU
AMIN
LEPAS MADEY
APA JADI ?
KHALAS
Unknown commented on
"SEMUA BUNGKUS"
Nak buat khemah besar kena ada toleransi. Kà lau dah berpakat tu, sedarlah diri. Pejuang sebuah parti baru, ahli pun berapa kerat je. Jadi terimalah kà lu diberi sedikit je kerisi Dun atau Parlimen. Ini tak, nak gabung tapi minta lebih kerusi, dah diberi (PRU 14) mulalah letak calon tangkap muat. Sedar lah wahai Pejuang, kau hanya tumpang aura Tun M saja...orang lama tapi parti baru
PARLIMEN JANGAN BUANG. MASA
Usaha halang kluster mahkamah hadiri Parlimen tidak adil, kata Ahmad Maslan
MELARANG ahli Parlimen yang berdepan perbicaraan mahkamah daripada menghadiri Parlimen melanggar prinsip tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Beliau merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan memperkenalkan Kod Etika Ahli Parlimen seperti yang diumumkan semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Dalam Twitter hari ini, Ahmad, yang juga ahli Parlimen Pontian berkata, cadangan itu juga melanggar prinsip beban pembuktian “beyond a reasonable doubt”.
“Jangan ditambah kezaliman kepada mereka yang mungkin sedang dizalimi,” Tweet Ahmad yang didakwa dengan rasuah tetapi dibebaskan pada September tahun lalu.
Wan Junaidi semalam berkata, ordinan berkenaan perlu dikemas kini kerana ia tidak pernah dipinda sejak 1953.
Pembaharuan lain termasuk tatakelakuan untuk ahli Parlimen dan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memulihkan kebebasannya daripada eksekutif.
Ahmad didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan tidak mengisytiharkan RM2 juta diterima pada 2013 daripada bekas perdana menteri Najib Razak.
Pihak pendakwaan tahun lalu menarik balik pertuduhan selepas Ahmad membayar kompaun RM1 juta.
Najib, ahli Parlimen Pekan, masih menghadapi tuduhan rasuah bagi skandal berkaitan 1MDB.
Beliau didapati bersalah pada 2020 atas satu set pertuduhan membabitkan anak syarikat 1MDB dan kini sedang merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Mahkamah Persekutuan.
Sementara menunggu keputusan itu, Najib boleh hadir ke Parlimen.
Sementara itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan tuduhan rasuah membabitkan dana daripada Yayasan Akalbudi, yayasan kebajikan yang dikendalikannya, serta menerima rasuah semasa beliau menjadi menteri dalam negeri berhubung kontrak untuk sistem visa pekerja asing.
Najib dan Zahid digelar sebahagian pengkritik dan pemerhati sebagai “kluster mahkamah” dalam Umno yang mendesak pilihan raya umum awal dengan harapan untuk merampas semula Putrajaya, yang dikatakan pengkritik akan membolehkan mereka menyelesaikan pertuduhan terhadap mereka. – 4 Jun, 2022.
WAJIB UBAH
PERATURAN
KERANA MAKIN
RAMAI YB
JADI PENCURI
AMIN
MAKIN RAMAI
DI DAKWA
AMIN
JANGAN HALANG
MASUK PARLIMEN
INI BUANG MASA
AMIN
JALAN TERBAIK
MASUKKAN
SEGERA KE DALAM
PENJARA
KHALAS HABIS
CERITA
AMIN
BAHAYA UNTUK ORANG MELAYU
Pejuang ada gabungan untuk PRU15, kata timbalan presiden
PEJUANG tidak akan memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian, seperti yang dilakukannya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini, kata timbalan presidennya, Marzuki Yahya.
Pejuang, yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan bergerak bersama gabungan baharu yang dibentuk dengan parti dan kumpulan yang berkongsi matlamat perjuangan yang sama dengannya.
“Buat masa ini kita masih berpendirian solo. Pada masa sama kita juga merangka satu platform baru yang mana saya yakin masih ada parti yang sealiran perjuangan dengan kita, mungkin mereka akan menjadi sebahagian daripada pasukan kita.
“(Gabungan) tidak boleh terjadi kepada parti politik sahaja… di luar banyak kumpulan dan tokoh yang mampu menyumbang untuk memulihkan negara,” kata Marzuki dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, di pejabatnya, di Cyberjaya, minggu ini.
“(Pejuang) akan tampil dengan satu kumpulan dan kita akan bawa ke PRU15. Ada kumpulan politik dan bukan politik, kemungkinan besar, dan kumpulan yang sealiran perjuangan dengan kita… mereka yang mempunyai jati diri sayangkan bangsa, agama, dan negara kita,” tambahnya.
Jelas beliau, gabungan itu tidak hanya tertumpu pada soal politik semata-mata tetapi turut memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi negara termasuk orang Melayu.
“Kita akan umum kemudian. Kita sudah rangka satu strategi dan sampai ke satu peringkat persetujuan. Pejuang hari ini masih solo tetapi untuk menempuh PRU15 kita dengan kumpulan kita sendiri.
“Untuk PRU15 kita dah siap sedia,” tegas Marzuki.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut bentuk atau anggota gabungan yang sedang diusahakan itu.
Semalam, Dr Mahathir berkata Pejuang sedia bekerjasama dengan golongan profesional dan badan masyarakat untuk mengharungi PRU15.
Katanya, Pejuang tidak akan bertanding sendirian tetapi tidak akan bekerjasama dengan “penyangak”.
“Banyak NGO sudah kita jumpa termasuklah pesara guru dan tentera kerana kumpulan ini juga berhak mengundi. NGO ini masing-masing ada penyokong, kita tahu mereka bercakap tentang masalah orang Melayu dan mereka juga berminat menyelamatkan masa depan (orang Melayu),” katanya.
Pejuang menyertai PRN Johor pada 12 Mac lalu secara solo dan tewas di semua 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya. Semua calonnya juga hilang wang pertaruhan, termasuk Ketua Pejuang Johor Shahruddin Md Salleh.
Beliau juga berkata Pejuang akan menyertai PRU15 akan datang dengan strategi berbeza berbanding yang digunakannya dalam PRN Johor.
“Kita akan bertanding di 120 kerusi yang diputuskan pengerusi kita (Dr Mahathir) cuma strategi dan rangka kerja berbeza,” katanya.
Pejuang juga katanya, menyedari kesilapan dan mengambil iktibar dari PRN Johor lepas. Beliau mengakui parti ketika itu tidak bersedia menghadapi pilihan raya.
“Kita dalam gerak kerja perkasakan parti. Semua maklum sekarang gerak kerja untuk menubuhkan cawangan di peringkat akar umbi terutama di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM).
“Ini satu daripada organisasi parti yang perlu dilengkapkan tapi amat malang pada PRN Johor kita tiada kesempatan buat gerak kerja ini sehingga kita tak tahu siapa wakil kita di setiap PDM,” katanya.
Pejuang menyertai PRN Johor kurang setahun selepas pendaftarannya disahkan secara rasmi pada 18 Julai, 2021.
Marzuki bagaimanapun tidak melihat keputusan PRN Johor sebagai tanda pengundi menolak Pejuang sebaliknya peratusan keluar mengundi yang rendah antara punca ia kalah.
“Bila orang kata kita kalah maksudnya tiada sokongan, sebenarnya kita tak dapat undi yang banyak bukan kerana tiada sokongan tapi kerana orang tak keluar mengundi.
“Itu tak boleh menjadi penanda aras kekalahan kita sebab perkara lain, perkara besar adalah kerana orang tak keluar mengundi pada PRN Johor.
“Sudah tentu tugas kita yakinkan kalau pengundi tak mahu keluar mengundi, yang akan menjadi masalah kepada masa hadapan adalah kita akan terus mengiyakan kerosakan dilakukan pimpinan atau parti politik sedia ada,” katanya lagi.
PRN Johor menyaksikan hanya 54.92% pengundi yang keluar membuang undi mereka daripada keseluruhan 1,426,573 pengundi berdaftar di negeri itu yang layak mengundi di kesemua 56 kerusi DUN.
Pejuang pula hanya memperoleh sekitar 18,692 undi atau 1.34% daripada keseluruhan undi.
Barisan Nasional (BN) yang menguasai dua pertiga DUN Johor menerima 599,753 undi atau 43.11% undian.
Mendepani PRU15, Marzuki berkata Pejuang akan menggunakan kempen kesedaran kepada pengundi salah guna kuasa, rasuah, dan penyelewengan yang menyebabkan rakyat melalui kesukaran dalam kehidupan mereka hari ini.
“Parti Melayu seperti kita ada cabaran besar, orang Melayu masih rasa Umno adalah wadah perjuangan Melayu hingga mereka tak hiraukan soal kleptokrasi, salah guna kuasa, dan rasuah, tapi saya yakin rakyat merasakannya.
“Masalah harian dari sudut keperluan harian harga barang yang berlipat ganda naik, peluang pekerjaan yang menguncup, saya rasa ini beri kesedaran kepada rakyat.
“Kita kena sedarkan mereka, salah guna kuasa dan ketirisan pentadbiran kerajaan ini yang akan membuat kesusahan rakyat lalui,” kata Marzuki lagi.
Selain Dr Mahathir yang mewakili Langkawi, tiga lagi ahli Parlimen Pejuang ialah Dr Shahruddin (Seri Gading), Mukhriz Mahathir (Jerlun), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).
Marzuki turut menegaskan Pejuang tidak hanya tertumpu kepada sesebuah negeri sebaliknya berhasrat menubuhkan kerajaan di Putrajaya walaupun Kedah merupakan kubu mereka.
“Tujuan kita tubuh Pejuang untuk ambil alih kerajaan, sudah pasti kena kuatkan semua negeri yang mana bagi saya sudah pasti Kedah kubu kita, dan kita akan terus berusaha.
“Parti kita parti nasional dan mahu ambil alih Putrajaya. Kita tak tertumpu kepada satu-satu negeri sahaja,” katanya.
Setakat ini Pejuang merekodkan sekitar 50,000 ahli berdaftar, dengan pertambahan kira-kira 1,000 ahli setiap minggu, katanya. – 5 Jun, 2022.
SAPA NAK
MENANGI
HATI MELAYU
WAJIB AMBIL
GARIS NASIONALIS
ANTI
CHINA MERAH
AMIN
PARTI KOMUNIS
CHINA MERAH
SOKONG UMNO
AMIN
INI BAHAYA UNTUK
ORANG MELAYU
KHALAS
PAKISTAN DAN MALAYSIA
MALAYSIA & PAKISTAN
PM MALAYSIA ISMAIL SABRI
PM PAKISTAN SHEBAZ SHARIF
PAKISTAN ADA IMRAN KHAN
MALAYSIA ADA NAJIB CUNT
ISMAIL SABRI MAJORITI 4 UNDI
SHEBAZ SHARIF MAJORITI 2 UNDI
IMRAN KHAN HILANG KUASA
NAJIB CUNT HILANG KUASA
IMRAN KHAN MAHU PRU SEKARANG
NAJIB CUNT MAHU PRU SEKARANG
IMARAN KHAN NAK KENA TANGKAP
NAJIB CUNT NAK MASUK PENJARA
IMRAN KHAN TEKAN SHEBAZ SHARIF
NAJIB CUNT TEKAN ISMAIL SABRI
IMRAN KHAN TURUN KE JALAN RAYA
NAJIB CUNT HANYA BERHARI RAYA
ANTARA
IMRAN KHAN
DENGAN NAJIB CUNT
DUA DUA AKAN BERJAYA
IMRAN KHAN
BERJAYA
MENANG PILIHAN RAYA
KERANA TURUN
KE JALAN RAYA
NAJIB CUNT AKAN BERJAYA
MASUK PENJARA
MASIH SEMPAT
BERHARI RAYA
AMIN
ADA HARGA MURAH
ADA HARGA
MURAH
AMIN
Unknown commented on
"BERITA DARI CHOW KIT"
TT, gwa beli dragon fruit semalam sbb harga turun (musim berbuah, dengar towkay cakap "supply banyak tinggi"). 8 biji RM 4.
REBUT JAWATAN
GILA NAK
REBUT JAWATAN
AMIN
Unknown commented on
"SABRI TERTEKAN"
Terjdi macam ni, semua duk sibuk isi jawatan. Cuba renung sekejap, kà lu tak isi jawatan yang Mek Lampir kosongkan tu, boleh huru hara kah negara, harga sawit merudum smpai rm100 ke satu tan. Kà lu tak, jangan duk sibuk isi lah, jimat duit kerajaan. Ini nak lantik Wan Saiful PPTN jadi Menteri, apa jasa yang beliau dah buat. Nak sangat, lantik je Pengerusi manax felda dalam negara ni, bebas dari pengaruh politik.
LAGI 33 HARI
TUNGGU HUKUMAN
AHAD 5/6/2022
KITA TUNGGU LAGI 33 HARI
ROSMAH AKAN DIHUKUM
KITA TUNGGU LAGI 33 HARI
ROSMAH AKAN DIHUKUM
ANGKA NAIK
2000+++
MASIH TURUN NAIK
HEBOH
KHEMAH BESAR
DALAM POLITIK
KELAS AWAL IALAH
MENGENAL MUSUH
MENGENAL KAWAN
KELAS KE DUA
BANYAK KAN KAWAN
KURANGKAN KAN MUSUH
KELAS KETIGA
AKSI POLITIK
AGAR IDEA PERJUANGAN
DAPAT DI TANAM
KELAS KE EMPAT
PRATIKAN AKSI POLITIK
TURUN KE JALAN RAYA
KELAS KE LIMA
MENGUNDI & MENNAG
LIMA RUKUN POLITIK
TIDAK BERUBAH UBAH
INI HUKUM SYARAT AZALI
SEMENJAK
KUN FI YA KUN
KALAU PH & PN
DAN YANG LAIN TIDAK
ADA PERJANJIAN KERAJSAMA
PENCURI AKAN KEMBALI
BERKUASA
AMIN
UKRAINE
PERANG DAH LINTAS 100 HARI
MEDIA PRO AMERIKA
ADA SADIKIT PERUBAHAN
KERANA SEMAKIN BANYAK
WILAYAH DI DONBAS
KINI DALAM TANGAN KERAAAN BARU
ORANG PELARIAN PERANG
MASIH LAGI
6 JUTA +++
EROPAH MAKIN BERAT
MENANGGUNG KOS MEREKA
DALAM MASA YANG SAMA
HARGA GAS
HARGA MINYAK
HARGA BAHAN MAKANAN
MAKIN NAIK
KITA TUNGGU MASA
SATU GERAKAN ANTI PERANG
AKAN MUNCUL
BILA WARGA EROPAH PARAH
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH
LANGIT BIRU
KL & KL SENTRAL CANTIK
ARAH KE SUNGAI
GUA DENGAN BETINA BERKETAK
PASTI DAH BERTELOR
TIONG TERBANG RENDAH
HINGGAP DI BATU NISAN
GUA HAMPIRI TERUS TERBANG
MATA HARI
BERSINAR INDAH
PANAS YANG MENJANJIKAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA LAHIR KEMBALI
UNTUK BERBUAT BAIK
BRO
LU JADI TIDAK ADIL
BILA LU TAK
MELAKUKAN APA APA PUN
HANYA MELIHAT
APA YANG BERLAKU DI DEPAN MATA
BRO
LAKUKAN SETIAP
TINDAKAN DALAM HIDUP INI
SEOLAH OLAH ITU
TINDAKAN TERAKHIR
BRO
SATU KEKAYAAN
YANG KITA SIMPAN
SELAMA LAMANYA
ADALAH KEKAYAAN
YANG TELAH KITA BERIKAN
BRO
BUAT JAHAT ERTINYA
BUAT JAHAT PADA DIRI SENDIRI
MELAKUKAN KEADILAN
ERTINYA
MELAKUKAN KEADILAN
PADA DIRI SENDIRI
BRO
SESUATU TIDAK AKAN JADI
LEBIH BURUK ATAU LEBIH BAIK
KERANA TELAH DIPUJI
BRO
KEBAHAGIAN HIDUP KITA INI
BERGANTUNG PADA KUALITI
PEMIKIRAN KITA
BRO
KITA TANGGUH TANGGUH
TAPI HIDUP
TERUS BERJALAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
7 JULAI
Langgan:
Catatan (Atom)