Kenyataan Media: Pelancaran Kempen #BantahGST
6 April 2015
Kami telah memerhati perlaksanaan cukai GST dengan penuh teliti. Makluman daripada akar umbi menunjukkan rakyat sangat tertekan dengan cukai GST yang baru ini. Hampir kesemua barangan keperluan naik harga mendadak.
Perlaksanaan GST ini juga penuh dengan kontrovesi. Dalam bajet 2015 Perdana Menteri umumkan 54% daripada 900 barangan akan turun harga, sekarang rakyat tertanya-tanya di manakah 486 barangan yang dijanjikan turun harga?
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari permulaan lagi telah menentang perlaksanaan GST atas 4 sebab utama:
1. 1. GST adalah cukai regresif yang menindas golongan yang susah.
Mengikut kajian Penang Istitute, setiap isi keluarga secara purata perlu bayar cukai GST sebanyak RM1080 setahun (RM90 sebulan). Ini memberi kesan yang buruk terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, pesara, isi-rumah bumiputra dan orang muda.
2. 2. Pendapatan seisi keluarga belum mencapai tahap yang memuaskan untuk melaksanakan GST.
Mengikut jawapan parlimen, 80 peratus daripada isi rumah di Malaysia layak menerima BR1M (pendapatan kurang RM3000 sebulan). Hanya 10 peratus daripada 12 juta pekerja layak membayar cukai pendapatan. Ini bermaksud rakyat Malaysia majoritinya susah dan akan dibebankan dengan cukai GST
3. 3. Perlaksanaan GST membebankan peniaga dengan kos dan kerumitan perlaksanaan
Setiap peniaga pada purata perlu membayar lebih RM20,000 kos perlaksanaan GST. Ini adalah bebanan besar kepada perniagaan kecil. Kerja perlaksanaan cukup rumit. Akibatnya banyak kedai membuat keputusan tutup kedai.
4 4. Kerajaan UMNO/BN harus menangani rasuah, pemborosan dan penyelewengan sebelum mencukai rakyat yang susah
Kerajaan UMNO/BN terpaksa melaksanakan GST kerana mereka gagal mengurus tadbir kekayaan Negara dengan baik. Dengan pemborosan dan rasuah yang berleluasa, hutang Negara naik mencecah 55% siling. Hutang Negara dengan hutang kontingensi telah mencecah RM700 billion. Kegagalan UMNO/BN inilah yang menyebabkan rakyat dimangsakan dengan GST.
Kempen #BantahGST
Atas sebab-sebab yang sama, kami membuat keputusan menghidupkan semula kempen #BantahGST.
Kempen #BantahGST ini bertujuan mendapatkan 1 juta petisyen rakyat secara online melalui laman web bantahGST.com
Tujuan petisyen rakyat ini dilancarkan adalah untuk menghantar mesej secara jelas kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa beliau harus membatalkan cukai GST.
Kami mensasarkan 200,000 bantahan menjelang 1 Mei 2015. Kemudian berperingkat-peringkat mencapai 1 juta. Kalau suara rakyat kuat, rakyat berkuasa. Kami percaya Suara Rakyat, Suara Keramat.
Tema Kempen ini adalah “Bantah Cukai Rakus, Golongan Susah Tertindas!”
Kempen ini adalah kempen bersiri, dalam 2-3 minggu akan datang, kita akan melancarkan kempen mengikut siri.
Kempen Pertama: #BantahGST Top Up Card
Sebagai perlaksanaan kempen pertama ini, kami ingin membangkitkan isu Telco Top Up Card yang penuh kontroversi.
Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up. Ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan merunding dengan syarikat-syarikat Telco.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjanjikan tiada GST untuk Top Up Card, tetapi sekarang terbuktinya GST dikenakan. Ini jelas janji tidak ditepati!
Prepaid service merangkumi 60% daripada jumlah call, sms dan data service syarikat Telco. Dengan mengenakan cukai GST, Kita jangkakan syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM80-120 juta ringgit setahun.
Isu Top Up card ini melibatkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan anak muda, pelajar, golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pesara. Mereka menggunakan service top up kerana tidak mampu bayar postpaid plan.
Buat masa sekarang, kenyataan kerajaan adalah sangat mengelirukan. Kerajaan hanya mengumumkan penyelesaian 3 bulan sahaja. Itu bukan penyelesaian.
Kami akan perjuangkan tiada cukai GST dikenakan kepada prepaid Top Up. Kami menyeru semua golongan yang tidak puas hati menanda-tangani petisyen rakyat untuk menyatakan suara hati kepada kerajaan. Kami juga akan turun padang membuat kempen mengenai isu ini.
Kalau rakyat bersatu #bantahGST, rakyat akan Berjaya hapuskan GST.
Sim Tze Tzin (PKR Bayan Baru)
Teo Kok Seong (DAP Rasah)
Hanipa Maidin (PAS Sepang)
G Manivannan (PKR Kapar)