Jumaat, 25 November 2011
BERKUMPUL PETANG SABTU ESOK DI KLCC
TURUN BERKUMPUL UNTUK MELAWAN
PROGRAM MELAWAN DI KLCC SABTU PETANG
sila datang berkumpul di wilayah klcc
jam 2.00 petang
datang secara bersantai
kita membantah undang undang baru
yang akan menyekat hak warga untuk berhimpun
datang beramai-ramai
tunjuk perasaan kita pada petang sabtu ini
tanda kita tidak bersetuju
terhadap langkah gerombolan
yang semakin menyekat ruang kebebasan kita
datang dengan anak bini
datang dengan datuk dan nenek
datang dengan mak we dan pak we
datang dengan balak dan sepat
kalau boleh wajib dilihat cool
denim biru
berbaju t
berseluar hitam
berbaju puteh
cool macam resevoir dog
jangan jadi skema
jangan jadi poyo
kalau ada t shirt scarf atau baju kuning lagi cun
perhimpunan ini dianjurkan
oleh SUARAM
oleh WARGA AMAN
PESTA LILIN DI MAJLIS PEGUAM
SEBELAH MALAM
sila datang ke wilayah majlis peguam
disebelah pasar seni
jam 8.00 malam
sila bawa lilin
ini pesta lilin sebagai tanda bantahan kita
terhadap undang undang yang zalim
NOTA:
hidup hanya sekali
hidup bukan ambil gambar
boleh ambil dua kali
boleh diulang kalau tak jadi
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
KALAU DEGIL - JAWABNYA JALAN RAYA
HANYA JALAN RAYA JADI PENENTU
NOTA:
rejim yang ganas
rejim yang zalim
rejim yang korup
amat takut bila rakyat turun ke jalan raya!
AZMIN : UMNO SUDAH MUFLIS MORAL JAGA HAK RAKYAT, KAMI AKAN GANTI - minsider
PULAI, 25 Nov — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya sudah bersedia untuk menerajui Malaysia — menggantikan Umno — kerana parti teras BN itu bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan tetapi juga muflis nilai dan moral bagi mempertahankan hak rakyat.
Berucap merasmikan serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita partinya di sini, Azmin ( menyenaraikan bahawa “Umno sekarang sudah tua yang antidemokrasi, antiintelektual, antihak asasi manusia, antipekerja, sarat dengan politik fitnah dan membudayakan rasuah.”
PKR, komponen Pakatan Rakyat mengadakan kongres tahunannya di Johor, kubu kuat Umno-BN di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... SAHEH ...HARI HARI AKHIR SEBUAH GEROMBOLAN..... kah kah kah..
kah kah kah...SUDAH MUFLIS... SUDAH BANGKRAP....kah kah kah..
kah kah kah.... RAKYAT SUDAH BENCI.... kah kah kah..
woit... MULA MULA ORANG CHINA BENCI GEROMBOLAN.... kah kah ka..
kah kah kah...LEPAS TU ORANG INDIA MULA BENCI GEROMBOLAN.... kah kah kah..
kah kah kah...SEKARANG ORANG MELAYU BERBONDONG BONDONG BENCI GEROMBOLAN... kah kah kah
tetapi awas !
gerombolan tidak akan dengan senang
gerombolan tidak akan sukarela
gerombolan tidak akan meninggalkan harta dan kuasa
gerombolan tidak akan meninggalkan putrajaya
justeru
sekarang sedang merancang
pelbagi bentuk undang undang
semuanya untuk memastikan united malay national terue berkuasa!
HANYA JALAN RAYA JADI PENENTU
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
BERITA TERKINI DARI TUKAR TIUB
DARI LAMAN YAHOO MALAYSIA
HISHAMUDDIN RAIS MENULIS DI YAHOO
bermula dari hari ini hishamuddin rais
akan menulis di laman yahoo malaysia
untuk mengetahui apa yang akan muncul
ikutilah laman yahoo:
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/pecah-berderai-frus-menonggeng-110237167.html;_ylt=AhBsO1Kn6SzyGDpBclE5mFJBV8d_;_ylu=X3oDMTNsOW4ydjhhBG1pdAMEcGtnA2Q2ZjM0ODgxLWViNmQtM2E5Yy05MTYwLTdiODhhN2M3ZTdjZgRwb3MDMQRzZWMDbG5fWWFob29OZXdzcm9vbV9nYWwEdmVyAzEyYjU5ODQwLTE2OTMtMTFlMS1iZjJmLTVlZjZhZDJkZTliNA--;_ylv=3
sila cari disini:
www.yahoo.com.my
TRADISI PERJUANGAN ANAK ANAK MUDA
LIHAT DAN TONTON
anak anak muda mesir
meneruskan perjuangan
untuk membawa ke matlamat akhir
menghancur kuasa ganas tentera
BERITA DARI DATARAN TAHRIR
anak anak muda
akhirnya dunia ini adalah milik kamu
anak anak muda bersedia
anak anak muda sedarlah
kapitalis antarabangsa sedang merancang
kaum pemodal sedang merancang
orang orang kaya sedang merancang
towkay towkay sedang merancang
untuk memastikan harta kekayaan mereka terselamat
di mesir anak anak muda telah bangun kembali
anak anak muda melawan rejim tentera
anak anak muda mahukan pilihan raya adil
anak anak muda tidak mahu ditipu lagi
anak anak muda tidak mahu pengundi hantu
anak anak muda tidak mahu undi pos
anak anak muda tidak mahu undi tentera
lalu aku sampikan berita sedih
berita perjuangan anak anak muda mesir
di dataran tahrir 33 orang anak muda telah gugur angka terus meningkat
di dataran tahrir kemah dan demo masih berterusan
di dataran tahrir anak anak muda masih berkumpul
di dataran tahrir kini masuk ke minggu ke dua
di dataran tahrir perjunagn akan diteruskan
anak anak muda di amerika telah bangun ke jalan raya
they no longer take the shit dari coca cola dan pepsi cola
anak anak muda sedang melawan untuk menewaskan kaum pemodal
telah hampir 4 bulan anak anak muda ke jalan raya
anak muda kini menentang kubu kuat kapitalisma
anak anak muda sedang mengepong wall street
new york seattle chicago boston los angles
anak anak muda sedang berkumpul
dengarkan tempikan anak anak muda
di london paris milan tel aviv lisboa roma athens
semua turun ke jalan raya
mengoncang sistem kapitalis yang ada
anak anak muda
akhirnya dunia ini milik kamu
di kuala lumpur rejim yang ganas sedang merancang
di kuala lumpur undang undang baru akan di luluskan
di kuala lumpur ruang demokrasi makin di sempitkan
semuanya bertujuan untuk memastikan
united malay national organisation terus berkuasa
semua ini untuk memastikan vincent tan ananda daim lim goh tong
syed mokhtar yeoh tong lai freddy fenandez mukzani terus kaya
terus kita dijadikan hamba
anak anak muda
jika kamu membaca tulisan ini
kamu ada lah sebahagian dari arus perubahan
anak anak muda
jika kamu membaca tulisan ini
kamu ada di barisan hadapan mencanai fikrah
anak anak muda
di hadapan kamu ialah kapitalisma
di hadapan kamu ialah penindas
di hadapan kamu ialah kezaliman
anak anak muda yakinlah
masa depan malaysia di tangan kamu
anak anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!
NOTA:
anak anak muda
berjuang untuk jadi yb
berjuang untuk dilihat oleh ketua umum
berjuang dengan baju batik lengan panjang
adalah satu kehinaan yang paling hina
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
INI FATWA PUJANGGA KITA
NOTA:
sila rujuk apakah makna fatwa
sila tanya mereka yang faseh
berbahasa arab
bukan kah fatwa ini hanya pandangan
fatwa juga memberi makna cadangan
pandangan dan cadangan datang dari fikrah manusia
kalau takm guna akal fikiran
lebih baik jadi hydra
lebih baik jadi amiba
APA FATWA ANDA BILA MELIHAT INI?
FATWA FATWA DARI PEMBACA
Contoh mudah....cuba lihat penaung AGAMA ISLAM itu sendiri disetiap negeri ada berapa kerat bini bini mereka menutup aurat,sedang itu asas yang WAJIP dalam hukum agama juga kepada diri sendiri...cuba dengar dan lihat para KADI dan MUFTI berceramah tentang hukum hakam,confirm mereka tak berani nak tegur puak dedalu dipohon rendang ini...sedangkan itulah pokok utama diperbetulkan dahulu..gerabak akan ikut kepala keretapi..,KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN UNCLE MAHATHIR kata...
alasan popular KADI atau MUFTI mereka makan gaji FATWA ikut bayaran...tak kan nak lawan tokey, dedalu dipohong rendang..semakin kuat menegur harapan nak dapat gelaran DATO atau TAN SRI amat tipis dan gelap...ini bentuk perniagaan yang amat menguntungkan...bukan mamak saja jual agama gantung ayat Quran dalam restoran..kena faham betul betul..selagi ada dedalu dipohon rendang ISLAM dan HUKUMNYA tetap jua dicelah kangkang..selagi ada makan bersuap berak mencangkung ISLAM ITU tetap jua dibawah tempurung..
By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/25/11
Fatwa nie adalah untuk benda2/perkara2 yang baru. Adapun suara perempuan sama ada aurat atau tidak ianya telah lama dikeluarkan hukum. Fatwa nie misalnya nak beri hukum bila hendak menggunakan jantung babi ganti jantung manusia, hukum merokok dan sebagainya yakni hukumnya tiada dikeluarkan oleh ulamak terdahulu. Penulis syaitan nie bercakap menggunakan otak syaitan. Yang tukang siar pun sama jer....
By Wassini on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/25/11
Sah tulisan ni dari si kafir ni...sebab tu dia tak boleh ulas pakai otak...macam agama dia gak...berhala perut buncit pun dia sembah...kah..kah..kah..
By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11
Eh...ada gak yang bengap macam ni buat statement...tak sesuai dengan kehebatan tukartiub...ni menjatuhkan imej tukartiub yang penuh rasional..tapi fatwa-fatwa bodek ni betul-betul bengap tidak bertahap... maka siJebon ni geng anti hadith le ni nak masuk jarum...he..he..he.. Orang putih masuk Islam dia guna kepala otak...orang melayu keluar islam - murtad dia guna kepala lutut...kalah tak pun kepala bana...
By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11
Bro TT, lu dasyat bab main ayat. Cara lu simpulkn satu2 situasi politik mmg gua kagum. Tp tulisan bodoh mcm ni xkn lu x mampu nilai. Jgn jd mr bean la TT. Kpd penulis mangkuk tu: kalo lu islam, baik lu taubat n berharp lu x mati sbelum taubat. Kalo lu kafir, baik ko kaji n cari rasional disebalik sembah patung2 n jgn msk campur dlm bab agama aku! Phm
By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11
wey celaka , mu boddo ugama mu duk diam la boddo . mu boddo ugama , mu g blajo . dok komen ikut suka pala hotak mu . mu ingat Islam ni milik mu ? wey isham rais . kau ni pun satu . semua orang tau mufti malaysia makan gaji . base mufti tak dok telur . kau tak payah la nak bawok pengikut kau ni jadi sesat pulak. sampai suka - suka mentafsir Islam ikut kepala hotak sendiri .
kau tak faham agama , kau belajar lah boddo . bukan cerita pasal pencerahan minda itu ini sampai pengikut kau boleh komen suka hati . kau pun nak rekrut Allah jugak ke ? aku sokong kalau kau banned mufti sebab hanya keluar fatwa hanya perkara remeh sedangkan perkara besar tak dok fatwa macam rasuah semua tu . tapi jangan sampai kau racun pemikiran supaya berfikir di luar batasan . kau faham tak ? Socrates pun bukan macam ni cara melawan orang munafik .
Socrates sendiri mengajar agar fikrah anak muda Yunani kembali kepada konsep monotheisme . kembali kepada monotheisme daripada menganut paganisme . kau pula ? nak ajak orang jadi apa ? jadi konpius pasal Islam ? tak payah laa . orang Islam skrg da cukup konfius la isham wey . blog ko ni kalau bab politik , bab lawan aku salut . tapi bila bab agama , fail . sejak kau bersyair John Lennon adalah nabi itu dah cukup fail bagi aku . ingat Isham . kau nak ajak orang berfikir , nak ajak orang pecahkan 'bonsification' mesti ada cara . bukan cara begini . akhirnya pengikut2 kau berfikir melampaui batas pemikiran kau sendiri .
satu lagi , Dajjal Al Masih tidak pernah berkahwin . dan buta sebelah matanya . jangan sampai kerana pengikut kau berfikir luar batasan , tuhan butakan sebelah mata kau . kau nak buat baik pada tamadun , tapi kau sebenarnya pembawa fitnah . ingat tu isham . lawan tetap lawan . kau nak terima ini atau tidak terpulang . aku sebagai rakan yang boleh dikatakan rapat dengan kau cuba bagi pandangan . ikhlas . 'sahabat kau'
By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11
LAWAN TETAP LAWAN
SEKALI LAGI KITA TURUN KE JALAN RAYA
ANAK MUDA BERSEDIA BERSIH 3.0
UNDANG UNDANG PERHIIMPUNAN AMAN PERLU ELAK DEMONSTRASI - meloya
BANDAR BAHARU 24 Nov. - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dua hari lepas perlu mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen kerana ia akan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan, kata Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, langkah kerajaan memperkenalkan undang-undang itu menunjukkan kesediaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi ruang lebih luas kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dan halangan tetapi dalam keadaan terkawal.
"Ini sepatut dilihat sebagai perkembangan proses transformasi politik yang lebih besar,” katanya.
Katanya, jika pembangkang tidak menyokong dan tidak berpuas hati dengan undang-undang baru itu, ia mungkin diandaikan mereka melihat ia sebagai sekatan dan halangan untuk mereka.
"Ada perlakuan mereka tidak disenangi rakyat seperti demonstrasi jalanan. Dengan rang undang-undang baru ini, demonstrasi jalanan tidak dibenarkan. Kalau nak suarakan, (mestilah) ikut peraturan... ini sudah disediakan ruang lebih luas untuk rakyat suarakan pandangan,” katanya. - Tiewnama
NOTA:
undang undang anti demo ini
diwujudkan dengan harapan PAS akan setuju
undang undang ini memastikan gerombolan
akan terus berkuasa
undang undang ini wajib dilawan
undang undang seperti ini jika tidak
dilawan maka gerombolan akan terus berkuasa
hingga hari kiamat
kenyataan sembab lebih jujur
undang undang ini bertujuan untuk
menghalang orang ramai dari berani keluar
untuk berdemo
sembab jujur bukan macam mat mongol
yang berkelintau dalam usaha
untuk menipu mak cik felda
apakah masuk akal apabila mat mongol
kata bahawa undang undang ini
amat revolusineer dan akan membawa demokrasi
nampak jelas mat momgol tak boleh berfikir
dan memezakan mana yang menindas dan mana
yang revolusineers
TUNGGU DAN NANTI BERSIH 3
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)