Jumaat, 5 Mac 2010

BUDAYA BODEK




INI SEKOLAH YANG BAIK - MURID PEREMPUAN PUN BOLEH MAIN BOLA




TIMUR : SEKOLAH DIMINTA SEDAI PROGRAM GALAK MEMBACA – berita hairan

Pentadbir sekolah diminta melaksanakan program bagi menggalakkan amalan budaya ilmu di kalangan pelajar sebagai usaha melahirkan generasi yang tidak terpengaruh dengan masalah gejala sosial.

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Daerah, Mohd Nadzri Abd Wahab turut menyarankan supaya Guru Besar merancang program pembangunan pendidikan di sekolah secara berterusan yang menepati perkembangan serta kehendak pelajar.

Malah, saranan PPD Temerloh itu bertujuan membentuk pelajar cemerlang sahsiah diri serta akademik selaras hasrat memajukan negara menjelang Wawasan 2020.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab, Salim Rantau, berkata program budaya ilmu perlu lebih kerap dijalankan di peringkat sekolah untuk mendidik pelajar supaya memahami konsep menuntut ilmu.

"Oleh itu, generasi muda akan menjadikan budaya membaca sebagai amalan dalam kehidupan sekali gus membantu membentuk keperibadian,” katanya ketika ditemui pada majlis Mesyuarat Perancangan Tahunan 2010 peringkat daerah ini, di sini kelmarin.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, Hasan Mohd Amin berkata budaya ilmu perlu disemai dalam jiwa pelajar supaya mereka menjadi generasi yang cemerlang.

Justeru, katanya, pihak sekolah perlu mempelbagaikan program untuk memastikan pelajar sentiasa mengamalkan budaya ilmu supaya ia selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan pelajar menjadi insan cemerlang.

"Negara memerlukan generasi yang memiliki peribadi dan pengetahuan tinggi untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya.

KAH KAH KAH...


kah kah kah.... NAK KETAWA SUSAH... NAK MENANGIS PUN SUSAH... kah kah kah..

woit... APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA INI?.... kah kah kah...

woit..... SEKOLAH BUKAN TEMPAT BELAJAR MEMBACA KE?.... kah kah kah..

woit... SEKOLAH BUKAN TEMPAT ASAS DI MANA ANAK ANAK DI DIDIK UNTUK MEMBACA.... kah kah kah..

woit.... INI SUDAH TEROOOOK.... kah kah kah..

kah kah kah.... APAKAH SEKOLAH SEKARANG SUDAH JADI PUSAT MAIN GASING KE?..... kah kah kah..

woit... ITU PASALAAAA... HENTIKAN BUDAYA BODEK...kah kah kah..

woit... HENTIKAN BUDAYA BUAT REKOD.... kah kah kah...

woit... BALIK KEPADA ASAS...SEKOLAH TEMPAT BELAJAR...BUKAN TEMPAT MEMBODEK.... kah kah kah..

nota:
kenali budaya bodek
jika berjumpa perkataan-perkataan ini
bermakna berjumpa budaya bodek:
1 - cemerlang
2 - modal insan
3 - nilai nilai murni
4 - membangun negara
5 - masa depan negara
6 - wawasan 2020 negara
7 - panggung negara
8 - stadium negara
9 - muzium negara
10 - batang negara kah kah kah




BODEK JANGAN TAK BODEK



MALAYSIA BOOK OF RECORD: TERKENTUT BERAMAI RAMAI UNTUK SATU MALAYSIA




FIESTA NASI LEMAK DITANGGUH - melayau

Fiesta Nasi Lemak satu Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Mac ini ditangguh kepada Mei depan bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertai pertandingan itu.

Pengerusi program pesta berkenaan, Chef Yang Jamil berkata, penangguhan tersebut dibuat atas permintaan Rais Yatim.

"Beliau mahu jumlah penyertaan daripada 200 orang ditambah kepada 500 peserta termasuk penyertaan pelbagai kaum bagi memenuhi kehendak tema 1Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay di sini hari ini.

Menurut Yang Jamil, penangguhan itu juga kerana penganjur Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Sri Warisan Event Management ingin membuat percubaan mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records.

KAH KAH KAH...


KAH KAH KAH..

woit... BODEK JANGAN TAK BODEK.... kah kah kah...

woit... BILA NAK BUAT PERTANDING KENTUT SATU MALAYSIA.... kah kah kah..

woit.... KALAU BUAT PASTI REKOD DUNIA... kah kah kah..

kah kah kah... JAMBAN SATU MALAYSIA SUDAH ADA... kah kah kah..

woit... FIKIR.... FIKIR.... FIKIR.... kah kah kah...

kah kah kah... CARI JALAN UNTUK BODEK...kah kah kah




SATU ARAHAN BARU !




ARAHAN: IKAN MASIN WAJIB KURANGKAN GARAM UNTUK MENGELAK DARI DARAH TINGGI




JOHOR : HARGA IKAN NAIK MENDADAK DI MUAR

Harga ikan di sini meningkat secara mendadak semalam berikutan pengimport mula memboikot kemasukan ikan daripada Thailand dan Indonesia mulai Isnin lalu disebabkan tidak bersetuju dengan langkah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mewajibkan ikan yang diimport perlu disimpan di dalam kotak berinsulasi.

Kira-kira 20 peratus daripada 500 nelayan laut dalam sepanjang Muar-Bagan bergegas ke laut semalam untuk menangkap ikan berikutan keputusan LKIM, namun kurang separuh daripada mereka mampu mendapatkan pulangan modal cukup makan bagi kos perjalanan pergi ke laut yang dianggarkan RM200.

Penjual ikan di Pasar Parit Jawa, Lim Ah Hong, berkata walaupun harga ikan baru kembali stabil selepas musim perayaan Tahun Baru Cina, ia mula melambung semula sejak Isnin lalu apabila pemborong memboikot ikan daripada Thailand dan Indonesia.

“Harga ikan melambung antara 15 hingga 20 peratus. Ikan tenggiri contohnya, hanya RM16 setengah kilogram sebelum ini tetapi kini menjadi RM18.30. Ikan cencaru pula naik 80 sen sekilo berbanding harga sebelum ini RM5.

“Bagi ikan yang besar pula seperti ikan merah dan kerapu kini berharga RM38 sekilo berbanding RM36, manakala ikan bawal mencecah RM35 berbanding RM32. Harga ikan dijangka melambung lagi menjelang Rabu dan Khamis ini berikutan stok ikan tempatan mulai berkurangan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Nelayan Muar-Batu Pahat berkata, Tan Yong Hwee, berkata boikot yang dilakukan ketika hasil tangkapan kurang memberangsangkan turut menjejaskan pendapatan nelayan.

“Apabila berita boikot diterima, nelayan bergegas ke laut untuk menangkap ikan tetapi hasilnya sungguh mengecewakan apabila hasil tangkapan di Selat Melaka sangat berkurangan berbanding dulu,” katanya.

KAH KAH KAH


woit... APA PUNYA MENTERI BAGI ARAHAN MACAM INI...kah kah kah..

woit...APA PUNYA MALAON....kah kah kah..

woit... INI PROJEK KRONI... kah kah kah..

woit... TAK ADA FASAL CARI FASAL.... kah kah kah...

woit... TAK ADA KERJA ...BUAT KACAU... kah kah kah..

woit....MENYUSAHKAN ORANG RAMAI... kah kah kah...

woit... TAK ADA KERJA PERGI HANTUK KEPALA PADA DINDING...kah kah kah

kah kah kah... JANGAN BAGI SUSAH ORANG RAMAI... kah kah kah..

nota:
bila harga naik
pasti akan keluar nasehat
makan ayam dan sayur lebih baik dari ikan.

bila harga harga beras naik
pasti akan keluar nasehat
makan roti lebih baik dari nasi

bila harga leterik naik
pasti akan keluar nasehat
lampu minyak tanah lebih baik dari lampu leterik

bila harga barang naik kerana cukai
satu Malaysia tunggu kenyataan mat mongol
makan sehari sekali lebih sihat
kerana akan slim macam ziana zain kah kah kah




JUAL PERMAIDANI ATAU JUAL ORANG




HABIS MELAYU KENA KELENTONG




POLIS DIGESA SIASAT CARPET RAYA – malaysiakini

Polis digesa menyiasat pengarah syarikat permaidani, Deepak Jaikishan, yang dikaitkan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam kes Altantuya Shaariibuu, kerana didakwa memperolehi pendapatan yang "amat meragukan" berjumlah jutaan ringgit.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Dang Wangi, di ibu negara petang ini.

Dalam laporannya, Badrul Hisham mendakwa, terdapat sumber yang memaklumkan kepadanya bahawa syarikat Deepak - Carpet Raya Sdn Bhd - telah mencatatkan pendapatan RM122 juta dan keuntungan sebanyak RM7 juta pada 2005.

Badrul mendakwa, keuntungan dan transaksi sebesar itu meragukan jika dirujuk kepada perniagaan berdaftar syarikat tersebut, iaitu penjualan karpet.


KAH KAH KAH...


woit.... MALIKUL SEMBAB TAK NAK TARIK LESEN MALAON INI...kah kah kah..

woit... MALAON INI SEWA KEDAI .... DARI WARGA NEGARA... kah kah kah..

woit...MACAM MANA MALAON ORANG LUAR... BUKAN BUMIPUTERA BOLEH BUAT DUIT.... kah kah kah...

woit... MANA DIA GPMS... MANA DIA PERKASA... MANA DIA PEWARIS... kah kah kah..’

woit... CAKAP BERJUANG UNTUK MELAYU... MALAON INI BUKAN MEKAYU .... kah kah kah..



PERLI JANGAN TAK PERLI



SITI GEMOK BINTI HOTOK




MAHATHIR KECEWA RAKYAT TERLEBIH GEMUK – arkib melayau

“Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

KAH KAH KAH...

woit... INI NAK PERLI SAPA NI?.... kah kah kah...

kah kah kah... INI MACAM NAK MULA PERANG SAJE..kah kah kah..

nota:
siapa makan cabai
dialah yang terasa masin kah kah kah





CABARAN DEBAT PERDANA RAKYAT 2010



AJAK EEE INI MAKAN DAUN SIREH - BARU DATANG !




TRIO – NORMAN –JAIS –RIZAL – TERUS MENIKUS!

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini sekali lagi menegaskan cabaran kami kepada Trio ‘Norman-Jais-Rizal’ untuk berani tampil menyahut cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran”

Tarikh 3 Mac 2010 semalam adalah merupakan tarikh akhir untuk mereka menjawab cabaran dari pihak kami. Tiada jawapan rasmi yang kami terima dari mereka bertiga, cuma seperti mana yang kita maklum, Rizal Faris (Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang) tidak mahu berdebat dengan ‘ikan bilis’ cuma mahu berdebat dengan ‘ikan jerung’, Jais Abdul Karim (Presiden GPMS) pula hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Norman Zahalan (Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang) yang ‘desperate’ tidak mahu hadir, sehingga mengoyakkan surat jemputan yang kami hantar dengan penuh adab kepada beliau.

Kepada Trio Norman-Jais-Rizal, buktikanlah kalian adalah benar-benar ‘Pembela Melayu’ dan bukannya ‘Pengeliru Melayu’.

Kepada Rizal, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang meningkatkan taraf ekonomi kaum Melayu di negeri ini dan bukannya lari bila berdepan dengan kebenaran di saat Melayu Pulau Pinang amat memerlukan anda.

Kepada Jais, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bersungguh-sungguh komited berjuang membela nasib pelajar Melayu di Pulau Pinang dan bukannya lebih gemar menikus, pada masa dan saatnya mereka memerlukan penjelasan dan pembelaan dari anda.

Kepada Norman, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang mengangkat martabat generasi muda Melayu di Pulau Pinang dan bukannya ‘terdesak’ mengelak untuk hadir sehinggakan dengan biadabnya mengoyak surat jemputan rakyat pada anda, untuk bersama mereka.

Justeru, kami, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) mencabar Trio ‘Norman-Jais-Rizal’ untuk menyahut cabaran kami. Seluruh rakyat Pulau Pinang akan tunggu kalian hadir pada 7 Mac ini di Tapak Expo Seberang Jaya, sebagai ‘Anak Jantan’ dan bukannya lemah longlai seperti ‘Puteri UMNO’ adanya!

Kami Yang Membawa Amanah Rakyat.


KAH KAH KAH...

woit... MALAON INI BUKAN MELAYU LAAAA.... kah kah kah...

woit.... MEREKA EEEEEEEEEE..... kah kah kah...

woit....AJAK MAKAN SIREH BOLEH LAAAA.....kah kah kah..

woit.... NAK BINCANG PEKARA MACAM NI.... JANGAN HARAP... kah kah kah..