Khamis, 3 November 2022

ISTERI PM SUNAK TAK BAYAR CUKAI



ISTERI PM SUNAK

TAK PERNAH 

BAYAR CUKAI

AMIN

AWAS !!! EKONOMI MAKIN PARAH - BUNGA NAIK


BNM naikkan OPR kepada 2.75%


BANK Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, kenaikan keempat berturut-turut sejak Mei tahun ini apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank pusat mengambil keputusan untuk membuat pelarasan selanjutnya terhadap tahap akomodasi monetari.

Pada mesyuarat terakhirnya untuk tahun ini, bank pusat berkata kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus

Ia berkata pelarasan ini juga akan menguruskan secara lebih awal berhubung dengan risiko tekanan permintaan terhadap harga yang berlebihan dan selaras dengan penyesuaian semula penetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko terhadap inflasi dan pertumbuhan dalam negeri yang mampan.

“Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC tidak membuat sebarang ketetapan awal dan akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah serta kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat turut meluluskan jadual mesyuarat MPC untuk tahun 2023, dengan mesyuarat pertama akan diadakan pada 18 dan 19 Januari.

Menurut BNM, sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan terus dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil.

Katanya, penunjuk terkini ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi terus bertambah kukuh pada suku ketiga tahun 2022, didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang teguh.

“Pada masa hadapan, permintaan dalam negeri akan terus menjadi pendorong utama pertumbuhan meskipun persekitaran global mencabar. Perbelanjaan isi rumah akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja dan prospek pendapatan yang bertambah baik,” tambah BNM.

Pada masa yang sama, ketibaan pelancong telah meningkat susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa dan akan mengukuhkan lagi sektor berkaitan pelancongan manakala aktiviti dan prospek pelaburan akan disokong oleh pelaksanaan projek berbilang tahun.

“Walau bagaimanapun, permintaan luaran dijangka sederhana berikutan pertumbuhan global yang semakin perlahan.

“Meskipun terdapat episod volatiliti yang ketara dalam pasaran kewangan global dan pertukaran asing, perkembangan ini dijangka tidak akan menjejaskan pertumbuhan Malaysia,” kata BNM.

Kata bank pusat itu keadaan mudah tunai domestik terus mencukupi, dengan pasaran kewangan dan pasaran pertukaran asing terus berfungsi dengan teratur manakala institusi kewangan juga terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh.

Hal ini akan memastikan pengantaraan kewangan terus menyokong ekonomi.

Sementara itu, bank pusat berkata  inflasi keseluruhan mungkin berada pada tahap tertinggi pada suku ketiga 2022 dan dijangka menjadi sederhana, meskipun kekal pada tahap tinggi selaras dengan penilaian sebelum ini.

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, diunjurkan untuk berpurata lebih hampir kepada tahap tinggi dalam julat unjuran 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun 2022, setelah berpurata 2.7 peratus sejak awal tahun sehingga kini, berikutan wujudnya sedikit tekanan yang didorong permintaan dalam keadaan kos yang tinggi.

“Menjelang tahun 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta apa-apa perubahan pada langkah-langkah dasar dalam negeri.

“Kesan tekanan inflasi menjadi lebih tinggi juga sebahagiannya akan terus dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi dan lebihan kapasiti yang masih wujud dalam ekonomi,” kata BNM.

Walau bagaimanapun, risiko pertumbuhan ekonomi dalam negeri menjadi perlahan terus berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, aktiviti penghindaran risiko yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan global berikutan dasar monetari yang lebih ketat secara agresif di ekonomi utama, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk.

BNM berkata ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

“Kesan faktor-faktor ini melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya kebanyakan ekonomi dan sempadan antarabangsa.

“Tekanan inflasi berlarutan lebih lama daripada jangkaan disebabkan oleh permintaan yang kukuh, pasaran pekerja yang ketat serta harga komoditi yang tinggi meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik,” jelasnya.

“Kesan daripada ini, banyak bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah bagi menguruskan tekanan inflasi. Khususnya, pelarasan kadar faedah AS yang terus agresif dan jangkaan kadar penamat (terminal rate) yang lebih tinggi di AS telah menyumbang kepada persekitaran dolar AS yang terus kukuh,” tambahnya.

Hal ini telah menyebabkan volatiliti yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, lantas memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit.

Pada masa hadapan, prospek pertumbuhan global akan terus menghadapi rintangan daripada keadaan kewangan yang lebih ketat berikutan inflasi yang lebih tinggi di ekonomi utama serta cabaran-cabaran dalam negeri di China.

“Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan terus menjadi lebih perlahan, termasuk ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, halangan domestik di China yang semakin buruk dan kemungkinan catuan tenaga di Eropah,” kata BNM. – Bernama, 3 November, 2022.

POLITIKUS

BEREBUT KUASA

AMIN

EKONOMI JATUH

RAKYAT SUSAH

BARANG MAHAL

AMIN

HUTANG BUNGA

NAIK

AMIN

BALA SAMPAI

POLITIKUS MASIH

TAK SEDAR

AMIN

KHALAS

AKU JANJI FITNAH - ZAHID KATA



Lawan BN tak habis-habis tabur fitnah, kata Zahid

SURAT akujanji yang kononnya perlu ditandatangani calon Umno, yang kini tersebar di media sosial adalah tindakan merapu lawan politiknya, kata  Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas surat akujanji yang ditandatangani penyandang kerusi Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah bagi menyokongnya menjadi perdana menteri kesepuluh, Zahid menyifatkannya fitnah dan tipu daya yang digunakan lawan sebagai kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Semasa BN (Barisan Nasional) berusaha mengajak rakyat untuk bersama memulihkan negara pada PRU15, lawan BN tidak habis-habis menabur fitnah dan tipu daya sebagai bahan ‘kempen’.

“BN berusaha menyatakan kebenaran, mereka pula gigih menyebarkan ‘surat aku janji’ palsu yang kononnya perlu ditandatangani oleh calon Umno.

“Mereka fikir BN macam mereka agaknya, sejurus menang PRU14 dan jadi kerajaan terus menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin mereka,” tulis Zahid yang juga pengerusi BN di Facebook.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan secara khusus mana-mana parti.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata lawan BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri, sambil menggesa taktik sebegini dihentikan.

“Dulu mungkin mudah untuk mereka membohongi dan memperdaya rakyat dengan taktik sebegini.  

“Hari ini rakyat Malaysia adalah masyarakat yang rasional dan mudah memahami antara kebenaran dan kebatilan. Tidak sukar mereka `membaca’ pembohongan itu.

“Fitnah terbaru lawan BN ini menjadi bukti jelas lagi kukuh mengapa rakyat perlu menolak mereka dan pastikan mereka ini tidak menang apatah menjadi kerajaan semula,” katanya.

Selain Shamsul Anuar, calon BN di Sungai Buloh Khairy Jamaluddin juga didakwa menandatangani akujanji dengan kepala surat Umno yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

Fitnah terbaru ini katanya menjadi bukti jelas mengapa rakyat perlu menolak mereka dan pastikan mereka ini tidak menang apatah menjadi kerajaan semula. 

Khairy juga menegaskan beliau menyokong Ismail Sabri Yaakob calon perdana menteri kesepuluh. – 3 November, 2022.   


ZAHID KATA

AKUJANJI ITU

FITNAH PARTI

PEMBANGKANG

KAH KAH KAH

WOIT

TEKNOLOJI

MASA KINI

YANG MATI BOLEH

DATANG MENGUNDI

KAH KAH KAH

YANG TAK WUJUD

BOLEH WUJUD

MENGUNDI

AMIN

KHALAS

LANGKAH CERDIK ANNUAR MUSA


Annuar Musa dedah parti baharu bernama Muafakat Nasional

SEHARI selepas digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang Parlimen Ketereh dan veteran Umno Annuar Musa mendedahkan parti baharunya yang dinamakan Muafakat Nasional.

Melalui Facebook, beliau mendedahkan telah mendaftarkan parti itu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 September 2019 dengan dirinya sebagai presiden.

Semua pemegang jawatan lain adalah pembantu rapatnya.

Bagaimanapun menurut laporan FMT, setiausaha akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz berkata menteri komunikasi dan multimedia itu hanya menubuhkan NGO dan bukan parti politik.

Semalam Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Marzuani Ardila Ariffin akan menggantikan Annuar sebagai calon kerusi Ketereh.

Annuar, ahli Parlimen Ketereh dua penggal, antara lima menteri dan timbalan menteri Umno yang digugurkan sebagai calon.

Mereka semua dikenali sebagai penyokong perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, dan kerap mengkritik Ahmad Zahid dalam pelbagai isu, termasuk tekanan terhadap Ismail Sabri supaya mengadakan PRU15 tahun ini.

Selepas beliau digugurkan, timbul spekulasi Annuar akan menyertai parti Melayu lain supaya beliau boleh bertanding mengekalkan Ketereh.

Bagaimanapun kini Annuar berkata beliau mempunyai platform untuk terus berkhidmat, merujuk kepada partinya sendiri.

“Insyaallah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah.

“Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika bersatu padu.Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu.

“Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut mendedahkan senarai pemegang jawatan dalam parti baharu itu.

Setiausaha parti itu ialah Shahrul Nizam Yunos manakala Wizanie Zerith Shah Putra Shahrul Nizam sebagai bendahari.

Ahli jawatankuasa lain termasuk setiausaha politik Annuar, Budiman Mohd Zohdi, setiausaha sulitnya Mohamed Azam Ismail dan setiausaha akhbarnya Tun Faisal Ismail Aziz.

Muafakat Nasional juga merupakan nama gabungan kerjasama antara Umno dan PAS pada 2019 untuk menentang kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun kerajasama itu berakhir apabila PAS memutuskan untuk kekal bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional. – 2 November, 2022.



BIJAK AMAT

BIJAK

LAGI LICIK

KAH KAH KAH

DAH TUBUH

PARTI SEJAK

SEPTEMBER 2019

KAH KAH KAH

CARI MAKAN

DENGAN 

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

JADI PRESIDEN

PARTI LAIN

KAH KAH KAH

AMIN

SD - AKU JANJI DENGAN


APAKAH SD

AKUAN JANJI

BENAR ATAU

BERITA PALSU

AMIN

TEKNOLOJI BOLEH

BUAT MACAM HAL

AMIN

KALAU BENAR

JENG JENG JENG

 KHALAS



SAYUR MAHAL - BAGAIMANA NAK ATASI


Pekebun sayur beri amaran harga lebih mahal menjelang Tahun Baharu Cina

PARA pekebun sayur-sayuran memberi amaran kemungkinan harga lebih mahal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akan datang jika banjir besar melanda semasa musim tengkujuh.

Mereka berkata sayur-sayuran yang ditanam di tanah pamah yang rata pasti akan musnah jika berlaku banjir manakala petani di tanah tinggi, seperti di Cameron Highlands, musim tengkujuh yang teruk boleh menyaksikan bekalan biasa berkurangan kepada 10% hingga 15%.

Tahun baru Cina tahun depan jatuh pada 22 Januari manakala musim tengkujuh dijadualkan bermula pertengahan November.

Presiden Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur Wong Keng Fatt memberitahu The Malaysian Insight yang tempoh paling cepat diambil daripada menanam semula tanaman yang musnah hingga menuai adalah antara 20 hingga 30 hari.

Ada juga yang lebih lama, antara dua hingga tiga bulan, tambahnya.

“Sebarang kejadian banjir hujung bulan ini dan seterusnya pasti akan menjejaskan bekalan sayur-sayuran pada Januari dan seterusnya menyebabkan harga melambung tinggi apabila permintaan Tahun Baharu Cina bermula,” katanya.

Wong berkata bekalan hanya akan kembali normal pada Februari.

Hujan lebat sekali-sekala yang dialami negara pada permulaan monsun tidak menjejaskan bekalan sayur-sayuran setakat ini, tambahnya.

“Ia stabil dan harga juga kekal stabil. Hanya harga timun yang jatuh menjunam.”

Beliau berkata ini disebabkan oleh lebihan bekalan.

“Apabila harga timun baik dalam tempoh dua hingga tiga bulan lepas, ramai petani mula menanamnya.

“Apa yang kita ada sekarang adalah lebihan.”

Bagi menggambarkan lagi kestabilan harga semasa, Wong berkata harga borong tomato ketika ini ialah RM1.80 hingga RM2 sekilogram – lebih rendah berbanding RM3 sekilogram tahun lepas.

Beliau berkata harga kekal stabil berikutan petani memenuhi permintaan.

“Pekerja asing sudah kembali dan kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh ladang berkurangan.

“Musim hujan tahunan mempunyai kesan ke atas penuaian sayur-sayuran.”

Wong berkata dua tahun lalu, tomato dijual pada harga RM10 sekilogram, begitu juga timun.

Makanan laut turut terjejas

Presiden Gabungan Persatuan Peladang Sayur Malaysia, Lim Ser Kwee berkata bekalan sayur-sayuran sudah pasti terjejas akibat musim tengkujuh dan banjir.

Mengenai bekalan ikan, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur Sing Kian Hock berkata bekalan itu pada masa ini mencukupi tetapi menjangka ia akan menjunam apabila laut bergelora.

“Memang apabila musim tengkujuh tiba, tangkapan berkurangan tetapi tidak banyak memberi kesan sekarang,” katanya.

Ini kerana permintaan untuk makanan laut menurun dalam pasca pandemik Covid-19.

“Orang ramai kurang makan makanan laut.”

Bagaimanapun, Sing berkata tangkapan seperti ikan bawal hitam sukar ditemui di pasaran semasa Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata ini kerana restoran makanan laut sudah menempah semua ikan bawal terus daripada nelayan.

“Ia diborong sebaik sahaja bot berlabuh.”

Namun persatuan nelayan memberi amaran akan berlaku kekurangan bekalan semasa Tahun Baharu Cina nanti jika bot tidak dapat turun ke laut akibat cuaca yang tidak menentu. – 3 November, 2022.   


BILA SAYUR MAHAL

KITA TANAM SAYUR

AMIN

RASUAH INI VIRUS

 

RASUAH INI

VIRUS BAHAYA

AMIN

MENGANCAM

KESELAMATAN

KITA SEMUA

AMIN

Unknown commented on 
"ADA TALI BARUT IMIGRESEN"
Hadi Awang kata mereka mangsa rasuah, kesian pegawai polis, pegawai imigresen, pegawai kastam, pegawai perbandaran semua tak ada gaji, tak ada elaun, terpaksa mengambil rasuah untuk kelangsungan hidup, sebab itu mereka menjadi mangsa rasuah, kesian oh kesian, tafsiran Tok Guru mesti betul tepat belaka, sebab orang warak alim ilmuwan dikenali seluruh pelusuk dunia, menandingi wakil khas ke tanah arab, bisa bisa orang begitu, kah kah kah syukur

IKUT ARAHAN UNTUK SELAMAT


MAT KOBID

MENGGANAS

AMIN

IKUT A. U. S

ARAHAN

UNTUK SELAMAT

AMIN




KERAJAAN GERMAN DALAM KRISIS


KERAJAAN GERMAN

DALAM KRISIS

AMIN

PAS GUGUR NAIK ABDUH



PAS gugur Nik Abduh, kekal 8 penyandang


PAS mengumumkan penyandang kerusi Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak akan mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum (PRU) 19 November.

Anak kepada pemimpin besar PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu digantikan dengan setiausaha politik kepada presiden PAS, Mohd Shahir Che Sulaiman.

Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yaakob turut mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Md Nawi digugurkan.

PAS akan meletakkan calon wanita, penyandang kerusi DUN Demit Mumtaz Md Nawi di kerusi itu.

Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan turut mengumumkan PN Kelantan mengekalkan 8 penyandang di kerusi Parlimen:

- Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian)
- Takiyuddin Hassan (Kota Bharu)
- Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa)
- Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas)
- Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh)
- Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai)
- Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang)
- Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)

PN Kelantan juga menampilkan calon baharu antaranya Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang diletakkan di Parlimen Machang.

Penyandang kerusi Jeli pula, Mustapa Mohamad yang mengumumkan tidak bertanding kerana masalah kesihatan akan digantikan dengan setiausaha politiknya, Zahari Kechik.

Di kerusi panas Ketereh, bekas pegawai risikan Angkatan Tentera Malaysia, Khlir Mohd Nor diumumkan sebagai calon baharu menggantikan penyandang Radzi Jidin yang beralih ke Putrajaya.

Menteri dari parti Umno Annuar Musa yang digugurkan daripada senarai calon partinya mengumumkan akan mempertahankan kerusi itu melalui parti yang baru didaftarkannya dengan nama Muafakat Nasional.

Peluang Nik Abduh untuk bertanding PRU15 menjadi perhatian kerana beliau giat menyokong kerjasama dengan Umno dalam gerakan Muafakat Nasional.

Ia menimbulkan spekulasi bahawa Nik Abduh akan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU15 selepas namanya tidak tercalon.

Nik Abduh bagaimanapun tetap dilihat hadir dalam majlis pengumuman calon PN Kelantan malam tadi. – 3 November, 2022.   
 

WOIT

INI HANGAT

ANAK TOK GURU

KENA TENDANG

AMIN

PASAI APA

NIK ABDUH

DI GUGUR

AMIN

DULU PERNAH

BUAT BOHONG

UNTUK SELAMATKAN

PARTI

AMIN

BERAT AMAT

BERAT

KAH KAH KAH

RAMAI PEJUANG

KALI INI GUGUR

AMIN

JELAS LEPAS PRU

AKAN ADA

PERSERIKATAN

BARU

AMIN

KHALAS

JENERASI INTERNET


Polis tahan anak disyaki pukul emak sebab tak kemas rumah

POLIS menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata wanita berusia 44 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata semasa kejadian suspek yang berusia 19 tahun dikatakan bertindak mengunci pintu hadapan dan membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu turut bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.

Bertindak atas laporan dibuat ibunya pada Isnin lepas, polis menahan remaja itu pada 7.30 malam dan kini direman sehingga Sabtu (5 November) ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohamad Fakhruddin berkata suspek didapati negatif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya.

Beliau turut mengesahkan kejadian berkenaan bukan kali pertama dan pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya. – Bernama, 2 November, 2022.

WOIT

INI JENERASI

INTERNET

WHATAPPS

KAH KAH KAH

JENERASI

MELINIAL

KAH KAH KAH

POLITIKUS

MENCURI

AMIN

ANAK PUKUL

EMAK

AMIN

LAGI 10 TAHUN

MACAM MANA

AGAKNYA DUNIA

KITA INI

AMIN

FENOMENA INI

SDG BERLAKU

DI SELURUH DUNIA

AMIN

KHALAS

ANWAR - ZAHID KERJASAMA ?


Muhyiddin beri amaran kepada penyokong Umno berhubung kerjasama Anwar-Zahid pasca PRU15


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan pelbagai pertuduhan di mahkamah dan Presiden PKR Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika parti itu tidak mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Bercakap dalam acara di Kuala Berang , Muhyiddin berkata kerjasama antara dua pimpinan parti itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu, kerana Anwar akan membawa sama komponen parti Pakatan Harapan (PH) lain termasuk DAP dalam membentuk kerajaan.

“Adakah orang yang sokong Umno mahukan ini terjadi? Kalau tidak mahu maka orang Umno perlu sokong PN bagi elak musibah berlaku,” kata Muhyiddin dipetik Astro Awani.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali mendedahkan pemimpin utama DAP Lim Guan Eng, yang merupakan menteri kewangan ketika PH menguasai pentadbiran kerajaan telah menyekat peruntukan program ekonomi Melayu di bawah Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Selain itu, Azmin turut berkata Lim turut memotong peruntukan projek membaiki jalan Felda sehingga ia menyebabkan keretakan besar dalam pentadbiran PH ketika itu.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan pandangan penganalisis mengenai kerjasama sedemikian, di mana Ahmad Martadha Mohamed dari Universiti Utara Malaysia berkata ia hampir mustahil berlaku kerana parti komponen PH mempunyai perjuangan dan ideologi yang berbeza.

Namun, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata kerajaan BN-PH masih boleh berlaku sekiranya kedua-dua gabungan politik ini memiliki pecahan kerusi Parlimen sama rata.

Dalam pada itu, Muhyiddin, menggesa jentera PN menyedarkan penyokong Umno dan meyakinkan mereka untuk mengundi PN pada PRU15 nanti.

Menurutnya, usaha menyedarkan orang Melayu dan penyokong Umno mengenai isu DAP dalam pentadbiran adalah jihad yang perlu diteruskan.

“Kalau kita tidak ambil langkah dan beri kefahaman yang betul, mereka akan undi BN dan PH, saya takut kalau lepas PRU kita hadapi (musibah) yang teruk,” katanya.

KERJASAMA

INI BAIK UNTUK

STABIL NEGARA

AMIN

KALAU PH & BN

KERJASAMA

BANYAK PEKARA

BOLEH SELESAI

AMIN

TAK PERLU LAGI

GUNA HANTU CINA

UNTUK TAKUTKAN

ORANG MELAYU

AMIN

KHALAS