Sabtu, 26 September 2009

HAPUSKAN ISA - MANSUHKAN ISA !!!




MADEY : JIKA SAYA ISA SAMAD
- malaysiakini

Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

KAH KAH KAH

nota:
jangan hairan kenapa kapitan keling ini heboh
tentang rasuah isa samad. kapitan keling ini bukan
menentang rasuah kerana rasuah bermaharaja lela
dalalam masa mangkok ini berkuasa.


tujuannya heboh heboh ialah :

1 – kapitan keling tahu ada 5000 undi pos – ertinya jamin menang
2 - bila isa samad tak di calon dan gerombolan menang kapitan keling dilihat bijak.
3 - ini untuk memperbaiki status dirinya yang telah ditibai dolah.
4 – biar orang melayu lupa kes kotrek korek korek
5 - kapitan keling sedang test kuasa. pertama dulu kj ditentang.kj kantoi.
6 – kali ini test lagi. kalau berjaya maka kapitan keling junior naik mendadak.


tak percaya:
kenapa kapitan keling tak heboh di permatang pasir?
kenapa kapitan keling tak heboh di manek urai?
ini betul betul auta kapitan keling kah kah kah.




MARI BELAJAR ILMU PROPAGANDA



ASET ATM PERLU DITINGKAT
– berita hairan


Keperluan dan kekukuhan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu ditingkatkan bagi memastikan kawalan keselamatan keseluruhan negara berada pada tahap yang optimum, kata Panglima Angkatan Tentera, JeneralAzizan Ariffin.

Beliau berkata, amanat itu disampaikan Najib Tun Razak, ketika beliau mengadakan kunjungan hormatnya di Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Azizan berkata, Perdana Menteri juga melahirkan harapan untuk melihat barisan pertahanan negara dibentengi oleh angkatan tentera yang komited dan memiliki aset yang berkeupayaan untuk menangkis sebarang ancaman dari luar.

KAH KAH KAH…


woit… INI MESTI NAK BELI KAPAL SEJATA LAGI… kah kah kah..

woit… INI MESTI ADA KONTREK YANG BELUM SETTLE MASA BIK MAMA DI MINDEF…. kah kah kah…

nota:
sila ambil perhatian beberapa hari dahulu ada berita
tentang tank/kereta kebal atm yang dikatakan tidak
baik. berita itu dari blog kemudian dijadikan berita arus
perdana. ini nampaknya macam nak mengolah persetujuan
satu malaysia.

contoh teknik: mula mula berita berita barah bahaya.
buat laporan dalam tv. bawa kamera tv ke hospital.
tiba-tiba muncul cadangan vaksin anti barah.

sebenarnya projek itu dah lama ada. berita ini nak tipu
orang melayu. semua sudah beres. dalam media ini dipanggil
-mengolah persetujuan – manufacturing consent –

sama seperti rancangan bush nak serang iraq.
semua persiapan tentera sudah sedia. apa yang
diperlukan hanya persetujuan rakyat amerika. lalu di susun
satu projek untuk meletupkan dua bangunan world trade center.

bila ini terjadi – rakyat amerika bersetuju iraq di serang.

ini sama trik yang dibuat oleh madey dalam kes rampas senjata di jenalik.
ini untuk mengolah persetujuan satu malaysia bahawa ada unsur
yang nak buat huru hara lawan agung.
ketika orang melayu bangun bukan melawan agung tapi melawan kapitan keling.
ingat tak? senjata 4 tan boleh muat masuk dalam pajero kah kah kah.kantoi kah kah kah




BEST PUNYA KERTAS KERJA UNTUK KEMENTERIAN KESIHATAN JAMIM MASYUUK.




REMAJA PEREMPUAN 13 TAHUN DIBERI PELALIAN HPV TAHUN DEPAN


Mulai tahun depan, remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan pelalian “human papillomavirus” (HPV) bagi melindungi mereka daripada penyakit kanser pangkal rahim.

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya hari ini berkata, program itu akan menelan belanja RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuan yang akan diberikan vaksin setiap tahun.

Beliau berkata, program itu berkemungkinan dilaksanakan di sekolah menengah dan bukannya di hospital atau klinik kerajaan bagi memudahkan pelajar mendapatkan vaksin tersebut iaitu tiga dos bagi setiap enam bulan.

Liow berkata vaksin itu sudah berada di pasaran negara ini dan boleh diperoleh di sektor swasta pada harga sekitar RM1,200 bagi tiga dos yang diberikan.

"Bagaimanapun, kita akan terus berunding dengan penyedia vaksin bagi mengurangkan harganya kepada RM500 seorang supaya orang ramai akan mendapat vaksin yang lebih murah," katanya.


nota:
siapalah punya projek ini.bilion bilion.

sila tanya lebai google kalau nak tahu bahayanya.
juga sila tanya lebai google tentang negara kaffir
semuanya mencadangkan secara sukarela dan di beri PERCUMA.
peranchis sweden autralia canada semua beri percuma dan bukan
untuk dijual.

projek ini sama macam bubuh paku dijalan raya – kemudian
buat iklan tukar tiub.

perniagaan cukup baik : pertama takut takut bakal pembeli
kemudian jual ubat pada pembeli.

ini jamin perniagaan bumiputera. cara cukup senang.
buat kertas cadangan pada menteri.
macam projek beli kapal selam tank atau jet pejuang
buat proposal. janjikan menteri dapat komisen
untuk dana politik. kontrektor yang buat proposal
dapat bini baru kah kah kah

p/s : satu lagi projek tipu melayu !




KAH KAH KAH




RASUAH : MALAYSIA MERUNDUM LAGI, NEGARA ISLAM TERCOROT
- harakah daily

Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

KAH KAH KAH…

woit… NAK BUAT MACAM MANA ? … kah kah kah…

kah kah kah.. PEMIMPIN NEGARA ISLAM BELI IJAZAH… kah kah kah..

kah kah kah… PERJUANGAN BUKAN MENENTANG RASUAH… kah kah kah…

kah kah kah… PERJUANGAN MELAWAN KONSERT….kah kah kah..



USTAZ AL-MONGOLI BERFATWA LAGI




TONJOL IMEJ ISLAM ELAK DITUDUH PELAMPU : NAJIB


Najib Razak berkata Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bukan sekadar platform kerjasama di kalangan ummah tetapi juga pentas pertahanan bagi menangkis tohmahan yang mengaitkan Islam dengan kegiatan pelampau dan Islamofobia.

Tanggapan negatif dan penghinaan terhadap Islam yang semakin meluas itu bertambah buruk terutama terhadap umat Islam yang tinggal di negara Barat.

Katanya, menjadi tanggungjawab ummah untuk menonjolkan imej Islam yang sebenar dengan menekankan nilai universal, pencapaian dan warisan yang kaya dalam agama suci itu yang mengajar umatnya bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… IMEJ MACAM MANA YANG DIPANGGIL IMEJ ISLAM?…. kah kah kah…

kah kah kah….IMEJ BELI KAPAL SELAM BOLEH LAH.... kah kah kah…

kah kah kah… ATAU IMEJ GADIS MONGOLIA LAGI CUN.. kah kah kah..

kah kah kah… ATAU IMEJ BAWA KEPALA LEMBU… kah kah kah…

woit…. APA MACAM DENGAN IMEJ PENGUNDI POS… BOLEH ISLAM KE?..kah kah kah…



MENUDUH KUCING MEROMPAK BANK




MENGANTUK HUJAN PANDU LAJU PUNCA KEMALANGAN MAUT


Memandu melebihi had laju, cuaca yang tidak menentu dan pemandu mengantuk merupakan tiga punca utama yang mengakibatkan kemalangan maut pada musim perayaan kali ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Suret Singh berkata ini adalah sebab utama kemalangan maut yang dikenalpasti menerusi Ops Sikap ke-20 sejak 13 Sept lepas dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

"Ada kemalangan maut yang direkodkan melibatkan pemandu mengantuk tidak cukup rehat, ada pula yang memecut tanpa menghiraukan had laju yang dibenarkan lebih-lebih lagi pada musim hujan pada waktu ini yang kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai menyebabkan mereka tidak sempat menekan brek," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan topi keledar kepada pengguna motosikal di Plaza Tol Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini.

nota:
macam macam teori keluar tentang kemalangan.
hujan panas ribut pandu laju semua dituduh.
ngantok pun dituduh bersalah. kesian dolah
badawi bukan saja madey tibai jpj bukan tibai sama.

semua ini dikenal pasti sebagai penyebab.

kepala hangguk mana yang bujat kajian ini.
mata buta ke ? tak nampak? kereta dan motosikal
lah yang jadi pembunuh. woit… kalau ada orang
mati kena tembak apa yang polis cari ?
polis bukan cari almari kipas angin atau tempat
abuk rokok. polis akan cari pistol dan senapang.

kenapa ngoook sangat serban pak bai sampai
ke mata ke hingga tak nampak kah kah kah.

p/s: dah ramai mati kenapa tak haramkan macam mercun?