Khamis, 4 Ogos 2011
HARI HARI AKHIR SA EKOR NAJIB
HARI HARI AKHIR MAT MONGOL
PAS DAKWA ADA GERAKAN JATUH NAJIB DALAM UMNO - mkini
PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan i Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.
Setiausaha agung PASk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".
"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.
"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.
Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".
Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".
"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit... SEDIH... SEDIH... SEDIH... DAN PILU.... kah kah kah..
kah kah kah...HIDUP DI DUNIA INI TAK BERMAKNA LAGI... kah kah kah..
kah kah kah...JIKA BIK MAMA TAK ADA LAGI.... kah kah kah..
kah kah kah... DUNIA INI MENJADI RINGAN.... kah kah kah..
kah kah kah...GEMPA BUMI AKAN BERKURANGAN... kah kah kah..
woit... SEDIH SEDIH SEDIH.....JIKA MAT MONGOL TAK ADA LAGI... kah kah kah..
kah kah kah... TAK ADA LAGI LAWAK DAN KOMIDI.... kah kah kah..
kah kah kah...MACAM MANA NAK KETAWA TAK KERING GUSI.... kah kah kah..
kah akh akh...MAT MONGOL TAK ADA... MANA ADA KOMIDI....kah kah kah...
kah kah kah... MALIKUL SEMBAB...ISTERINYA COMEL DAN SLIM ...kah kah kah..
kah kah kah...MALIKUL TAK RASUAH... ISTERI BELI BAJU KEDAI BUNDLE... kah kah kah...
kah kah kah...TUKAR TIUB AKAN TUTUP KEDAI.... kah kah kah...
nota:
najib akan tercatit sebagai pm yang paling suwei sekali
satu demi satu timbul
semua nya menunjukkan najib ini suwei
inilah nasib kahwin dengan mak janda
kah kah kah
inilah gerakan anti najib
inilah kumpulan tak suka rosmah
sila baca
PENAWAR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN - mso
Maklumat yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di hospital.
Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan bagi mensuspenkan saya?
Lagi pun kejadian yang boleh menggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku.
Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak.
Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang menjadi aji no moto kepada Najib.
Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya tekah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelembapan ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabur juga dijadikan penyebabnya.
"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.
Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.
"Biar betul?" tanya saya kepada sumber inginkan kepastian.
"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.
Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya mengatakan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.
Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesihatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah NGO nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri.
Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib?
Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
SELAMAT BERBUKA PUASA
HARI KE EMPAT
awan berkumpul
melindungi matahari
awan memanggil anak beanak
awan menjemput kaum kerabat
awan melambai sahabat dan taulan
seperti mendapat arahan
awan berligar berkawan kawan
mengawal panahan matahari
agar puasa hri ini
sejuk dan nyaman
kaum kerabat yang datang
mula berpusu pusu
menari beamai ramai
bergonjeng tak tentu pasal
berasak berasaklah awan langit
himpit berhimpit
mega menjadi mendung
mendung berat menghitam
hingga pecah berderai
retak tebarai
bertaburan gugur
maka renyailah bumi
maka segarlah rumput
maka basahlah tembok
maka selesai puasa hari ke empat
tanpa dugaan
tanpa ganguan
WARUNG
masih belum melihat pasar ramadan lagi
malam tadi melintasi chow kit
batu road
warung dan gerai telah terpacak sedia
untuk berjulaan hari raya
PETANG INI
tak ada apa apa
tidak meemasak apa apa
jam telah enam petang
dengan harapan akan ada sesuatu yang datang
lalu teringat
ini bukan kampong
ini di fle
tidak ada ketukan pintu
tidak ada sedekah di tangga!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SATU LAGI MALAPETAKA
MALAPETAKA – SURAT KEPADA BANI MELAYU
Dua puluh penduduk di Kampung Seberang Star, dekat Gua Musang kerugian teruk apabila kebun getah dan pisang seluas 2.4 hektar musnah diserang sekumpulan 12 ekor gajah liar sejak dua minggu lepas.
Malah, mereka juga tinggal dalam ketakutan kerana gajah liar terbabit pernah berkeliaran di kawasan kediaman setiap malam hingga memaksa penduduk berkumpul di luar rumah untuk menghalaunya –BERNAMA
Wahai Bani Melayu,
Adalah aku ini dari Bani Gajah menulis surat ini kepada kamu Bani Melayu dengan niat yang jujur lagi ikhlas. Surat ini tidaklah aku tulis hanya mewakili Bani Gajah sahaja. Adalah diberitahu kepada kamu wahai Bani Melayu bahawa aku menulis ini untuk menyampaikan rasa hati seluruh Bani Hutan.
Kancil dan napoh telah bersuara. Harimau dan rusa telah berkata-kata. Enggang di pucuk nan tinggi dan kubong di batang kepala semuanya ingin menyatakan rasa tidak puasa hati mereka. Hendaklah kamu sedari wahai Bani Melayu, yang hidup dalam hutan belantara bukan hanya orang hutan sahaja. Musang dan buaya, lotong dan kera - kami telah sebulat suara untuk memberi ingatan tentang Malapetaka.
Sebelum senapang itu melepaskan tembakan. Sebelum das besi panas itu singgah ke atas tengkok aku. Sebelum aku mati di racun. Sebelum kaki aku kau rantai dengan jerat. Sebelum Bani Gajah pupus dari bumi ini, biar aku surahkan rasa hati kami.
Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini bukan hak milik kamu sahaja. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini milik semua. Sesiapa yang yang bernafas , sesiapa yang berbunyi dan bersuara adalah tanda pemilik hak yang sama. Dari unggas, mawas, cikah dan kura-kura – semua meminjam bumi ini untuk hidup sementara.
Adalah telah kami perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh lari meninggalkan bumi ini pada 31 Ogos 1957 dahulu, kamu Bani Melayu telah membawa Malapetaka yang maha sangat. Kamu telah menjadi penganas. Kamu telah merosakkan bumi ini seolah-olah bumi ini adalah milik kamu sahaja.
Wahai Bani Melayu, apakah kamu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa bumi ini untuk kita semua kongsi melintas. Apakah susah sangat untuk kamu menerima hakikat bahawa bumi ini hanya pinjaman. Kemanakah perginya akal dan fikrah kamu sehingga kamu terus membawa Malapetaka ini.
Biar aku surahkan disini bahawa kami yang tinggal di dalam hutan telah lama merasakan Malapetaka ini. Saban hari tanda tanda Malapetka semakin meluas dan semakin jelas. Lalu aku dalam surat ini ingin menyedarkan agar kamu tidak hanyut terkapai-kapai akibat Malapetaka yang akan sampai.
Tidak kah kamu tahu bahawa sebelum kamu berada di bumi ini kamilah Bani yang terawal berkelana di bumi ini. Berbilion tahun sebelum kamu sampai ke sini aku dan Bani Hutan telah berkeliaran bebas di sini. Kami berkelana tanpa ganguan. Kami berkelana tanpa sekatan. Kami berkelana bebas.
Wahai Bani Melayu,
Biar aku catatkan disini satu persatu keganasan yang telah kamu lakukan. Hendaknya apabila telah aku tuliskan ini maka terbukalah hati kamu yang selama ini telah menjadi bagitu kotor dan busuk.
Kamu telah dan sedang menjarah hutan belantara ini tanpa perancangan tanpa peraturan. Tidak kah kamu rujuk apa yang telah ditulis dalam penjanjian kami dengan Orang Puteh dahulu. Perjanjian Hutan Belantara yang tertulis dalam Perlembagaan itu tidak kamu ambil peduli. Tidak pula kamu beri tahu kepada anak cucu cicit kamu tentang adanya tertulis Satu Perjanjian. Telah ditulis: bahawa setiap batang balak yang kamu tebang maka kamu juga diwajibkan menanam anak balak itu kembali. Tidak kamu ajar dan didik cucu cicit kamu tentang perjanjian ini. Kamu pura pura tak tahu dan tidak merujuk kepada apa apa buku.
Kamu bagitu angkuh dengan kuasa dan kudrat kamu. Lalu kamu tolak runtuh bukit dan gunung ganang. Lalu kamu landaikan bumi ini agar kereta yang kamu naiki dapat meluncur laju. Satu demi satu kerabat pokok hilang dari muka bumi. Satu demi satu kerabat ulat dan kerabat unggas hilang untuk selama-lamanya. Satu demi satu Bani Rumput dan Bani Lalang hilang.
Kamu dengan angkuh telah mentafsirkan Bani Hutan sebagai benda untuk buruan. Lalu kami diburu dan dihalau. Lalu kami di jerat dan di tembak. Lalu kami ditangkap dan diracun. Kami dimasukkan ke dalam kurungan. Kami pun dijadikan barang peniagaan. Kamu menjual tiket untuk menayangkan kami kepada anak cucu cicit kamu. Kau menjadikan Bani Hutan barang pemainan untuk menghibur hati hati kamu yang masam kulam.
Tidakkah kamu sedar hutan balak dan bukit bukau yang telah kamu ratakan adalah kampong and halamana aku. Tidak kah kamu memiliki perasaan apabila kamu menjarah dan merampok balak dihutan kamu telah merosakkan alam yang berbilion tahun tersusun rapi dalam satu rantaian kehidupan yang bagitu harmoni.
Tidak kan kamu sedar bahawa alam ini diikat dengan hukum dan hakam. Alam ini sujud kepada hukum Yang Maha Esa. Alam semesta kita ini bergerak diatas syarat dan aturan yang tertulis semanjak kun fiyakun.
Wahai Bani Melayu, biar aku surahkan disini agar dapat kamu memahami tentang rantai kehidupan yang aku katakan ini. Biar aku contohkan disini akan hukum alam yang menjadi bumi ini dengan nyata.
Ketika musim durian sampai maka kami Bani Gajah pun akan berkenduri berkendara. Setiap durian yang kami telan adalah tanda kesyukuran kami kepada hutan. Lalu kami merayau jauh berbatu batu. Di lereng lereng bukit kami berakan biji biji durian yang kemudiannya menetas, membesar dan berbuah kembali. Tanpa Bani Gajah , kamu Bani Melayu tidak akan kenal durian dan tempoyak.
Tidak cukup dengan ini kamu keluarkan berak bergantang gantang. Lalat dan langau hidup membiak diatas berak kami. Lalu berak yang membusut jantan ini membajai seluruh hutan. Maka suburlah hutan dimana sahaja kami berada. Kami merayau, merentas dan berjalan. Danau dan lurah yang kami teroka menjadi denai untuk babi dan rusa.
Wahai Bani Melayu, rantai kehidupan ini bukan ada pada Bani Gajah sahaja. Setiap binatang, setiap unggas , setiap ulat, setiap serangga adalah talian rantai kehidupan di bumi ini. Setiapa pokok, setiap batang, setiap rumput dan setiap lalang adalah rantai kehidupan. Jika satu rantai ini pupus maka akan kendurlah rantai kehidupan ini. Selama tiga puluh tahun kebelakangn ini kamu Bani Melayu telah memutuskan banyak rantai rantai ini. Justeru, Malapetka telah sampai.
Kami Bani Hutan sedang memerhati Malapetaka yang sedang membadai kami. Setiap kali kamu menggondolkan hutan Bani Gajah akan hilang tempat bercumbu dan padang mencari makan. Berbulan bulan aku kurus kelaparan. Tidak lagi aku terberak durian untuk membajai hutan.
Sesudah gunung ganang kau gondoli kini sungai pula kau empangi. Lalu lurah dan paya tenggelam dan hilang. Tidak kah kau tahu berapa ratus jenis kupu kupu dan belalang turut sama mati. Yang selamat kini hidup tunggang langgang?
Wahai Bani Melayu,
Aku saekor Gajah menulis surat ini meminta kamu berhenti sebentar dari menebang hutan dan belukar. Berhenti menarah bukit dan gunung. Berhenti dari menimbus lurah dan gaung. Berhenti dari mengempangi sungai. Tidak kah kamu sedar bawa gunung dan bukit itu ialah paku bumi ini. Tidak kah kamu sedar gaung dan lurah itu ialah nadi penafasan bumi. Sungai dan paya ialah aliran darah bumi. Bumi dan alam ini juga bernafas dan bernyawa. Jangan kamu menjadi anggkuh menganggap bumi dan alam ini hanya milik kamu sahaja.
Minggu ini kamu telah memburu suku sakat aku. Kamu menghalau. Kamu menuduh Bani Gajah membawa Malapetaka. Tetapi, wahai Bani Melayu , tidakkah kamu sedar bahawa hutan yang kamu tarah itu adalah rumah aku. Balak Balak yang kamu tebang itu adalah tiang tempat aku bemain dan menyandarkan badan. Tidak kah kamu sedar bahawa hutan yang kau tebang adalah dapor makanan aku.
Aku lihat kamu semakin anggkuh. Aku perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh pergi kamu bagitu rakus mengumpul harta pribadi. Entah berapa ratus spesi rumput rampai yang pupus akibat haloba kamu mengumpul harta. Berapa banyak cikah kera dan lotong menjadi penggangur. Kini mereka berdiri ditepi jalan raya meminta-minta sedekah kerana kampong halaman mereka telah kau robek robek. Dalam setahun berapa ratus ribu Bani Tenggiling dikumpul dan dibunuh untuk memuaskan nafsu ringgit kamu. Berapa banyak pula Bani Musang dan Bani Biawak mati di jalan raya akibat dilanggar kereta kamu.
Inilah Malapetaka yang sedang mengancam kami. Dihutan kami digelodak. Tasek dan danau kami semakin kering. Paya dan lurah semakin terhakis. Kau secara bijak menamakan tempat kami hutan belantara simpanan. Kau gazetkan kawasan simpananini. Tetapi satu demi satu tanah simpanan ini mengecil. Satu demi satu wliayah Bani Hutan semakin sempit. Inilah Malapetaka yang sedang kami hadapi kerana kamu Bani Melayu sedang rakus mengumpul harta.
Ingatlah bumi ini kita lalui bersama-sama. Bumi ini kita duduki hanya untuk sementara. Bumi ini hanya pinjaman sahaja. Sedarlah Gedong dan Istana yang kau diri itu tegak diatas runtuhan kampong kami. Kereta yang kau naiki itu sedang mercun udara bumi.
Wahai Bani Melayu,
Apakah kamu sedar setiap pokok yang kamu tebang sebenarnya kamu sedang mengurang udara bersih di bumi ini. Apakah kamu sedar setiap hutan yang kamu robek adalah tapisan air untuk kita semua. Apakah kamu sedar bahawa otak dan akal yang kamu miliki itu wajib diubah kerana ianya bertangung jawab jawab membawa Malapetaka ke atas bumi ini.(TT)
p/s :
dari gua musang ini
kau hendak hantar Bani Gajah ini ke mana?
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
yang sedang dalam poasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingghun ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
Labels:
anak muda berani bangun melawan
CERITA YANG TAK MASUK AKAL
SEMUA MENIPU
AHMAD SARBAINI TERJATUH DENGAN TIDAK DISENGAJAKAN - meloya
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan.
Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.
Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.
"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.
Dr Shahrom berkata, Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.
Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. – Tienama
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
ini adalah teori kang kong
teori yang tak lengkap
sekali tibai teori ini hancur
mari kita tanya:
pasal apa arwah ini keluar ikut tingkap?
inilah soalan induk
ini sama seperti kenapa seluar beng hock koyak
walhal beng hock dikatan terjun ke luar tingkap
macam mana sleuar boleh koyak
dalam kes sarbaini
arwah dikatakan keluar dari tingkap pantri
pasal apa?
pasal apa ikut tingkap?
pasal apa tak ikut pintu?
pelik hairan
adakah arwah telah hilang akal?
adalah arwah nak menangkap burung merpati
atau arwah dihumbankan keluar?
SEMUA MENTERI KENA NASI KANG KANG
LIHAT DAN SAKSIKAN
nota:
lihat gambar ini
ini adalah gambar terbaik
posing untuk menunjukkan gelang
cara untuk menunjukkan cincin
cara untuk menunjukkan anting anting
kalau ini orane melayu tak faham
memanglah dah kena nasi kang kang
kah kah kah
PELIHARA KEAMANAN NEGARA : ROSMAH - meloya
Usaha memelihara keamanan negara tidak harus disandarkan kepada anggota keselamatan semata-mata kerana ia amanah yang perlu digalas dengan jiwa yang kental dan semangat tinggi oleh seluruh rakyat.
Rosmah Mansor berkata, keamanan adalah ‘kemewahan’ yang harus dipelihara dengan apa cara sekalipun kerana setiap pergolakan akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik yang akhirnya membawa kesengsaraan kepada rakyat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...MULA MULA GANTIKAN ANAK MAMI.... kah kah kah..
kah kah kah...SHARIZAT JADI MENTERI PENGIRING.... kah kah kah..
kah kah kah.... LEPAS TU AMBIL TEMPAT MALIKUL MASA LAWAT SAUDI.... kah kah kah..
kah kah kah...MUHYIDDIN ...HILANG KUASA.... kah kah kah..
kah kah kah... SEKARANG AMBIL ALIH MENTERI PERTAHAHAN.... kah kah kah..
kah kah kah...ZAHID HAMIDI ANGGUK SAJE..... kah kah kah...
woit... NAJIB DAH LAMA JADI TUKANG SAPU.... kah kah kah..
NOTA:
baca sekali lagi berita ini
baca sekali lagi
nampak?
nampak tak?
utusan telah menggunakan perkataan KEMEWAHAN
faham tak?
ini tandanya bahawa
utusan memberi singnal
bahawa kemewahan itu
ialah kemewahan rosmah mansor
kerana itu perkatan kemewahan
di bubuh '.......' ka kah kah
SURAT DARI PEMBACA
NOTA:
rakyat semakin marah
kalau dulu gerombolan
memberikan jus soli untuk kerakyataan
kini lebih senang dari jus soli
kalau dinegara lain dalam dunia ini sebelum mendapat
kerakyataan wajib tahu sejarah negara bangsa
wajib tahu bahasa dan budaya negara
wajib tahu undang undang dan hukum
ada perasmian angkat sumpah
bukan jadi rakyat dengah bayar duit kopi
di malaysia TIDAK boleh ada dua kerakyatan
apa yang berlaku sekarang
ialah united malays national organisation
sedang menjualkan negara ini kepada mat indon
kepada mat bangla
kepada mat nigeria
kepada mat burma
keran hendak terus merembat harta negara
SURAT SATU
Salam TT, pagi-pagi ni syok cerita pasal undi pos. sekitar tahun 2004 sebelum pRU11,aku sempat berbual dengan seorang tentera laut yang aku tidak kenali. katanya masa dalam kapal mereka mengundi macam biasa.Tapi tu lakonan saja. sebenarnya ketua mereka di kem-kem tentera sudah pangkah untuk mereka.
Katanya peti-peti pos yang di bawa keluar oleh helikopter dari kapal semua dihumban kedalam laut. Jadi sahlah hingga sekarang,puak-puak gerombolan ni menipu dan mendirikan kerajaan haram sejak Mahatiew memerintah.
Sebab tu dia boleh kekal berkuasa selama 22 tahun. Aku harap suatu hari dia akan menerima hukuman bila Pakatan menang,dia akan didakwa seperti Hosni Mubarak yang hina itu,dibawa ke mahkamah atas pengusung.Harap doa ramai-ramai yang telah ditipu oleh PM paling bodoh Mahatiew akan terjadi seperti Presiden negara firaun tu.
Oleh Tanpa Nama pada KONPIRASI GEROMBOLAN UNTUK MENANG PILIHANRAYA pada 11/08/04
SURAT DUA
Hi TT Selamat pagi, Dalam program pemutihan pekerja asing, diberitakan ramai yang telah mendaftar dan kini tempohnya telah dipanjangkan lagi. Mungkin jumlah yang mendaftar nanti akan menceceah ratusan atau puluhan-ribu, kita tunggu sahaja pengumumannya.
Adakah mereka ini memasuki negara secara 'sah' hingga berjaya mendapat pekerjaan atau mendapat 'permit hantu' untuk membolehkan mereka bekerja. Kiranya mereka memasuki secara haram mungkin kita mahu ketahui dari jalan mana ?
Dari langit, atas air, bawah air atau terowong dari negara asal ke Tanah Melayu, kalau-kalau ada terowong ?. Sungguh menghairankan, kita punya Tentera Laut yang handal yang punya kapal-canggih, heli dan kapal-selam. Ditambah pula dengan kehebatan Polis Marine, Kastam dan Imigresen. Di darat masih ada Polis, tentera darat, udara, juga Rela. Malang sekali, tiada satu yang dapat menjejaki atau mengesan perjalanan masuk pendatang-pendatang ini ke negara kita.
Bagaimanakah agaknya ketua pihak berkuasa yang diamanahkan ini menjalankan tugas ?. Tolonglah, kalau pun tidak dengan didikasi sekurang-kurangnya perlu celik mata buat kerja dengan betul. Kalau seorang-dua mungkin juga tertutup mata tak nampak ~ ini beribu beb !!, Atau mereka guna ilmu silat yang boleh mengkaburkan mata pengawal kita. MER-BA-HA-YA.
KDN mungkin mahu bertanyakan majikan yang memiliki pekerja haram ini akan mana sumbernya. Mustahil tak ada siapa yang tahu atau mahu mengambil tahu untuk mencegah. Kini sempadan kita asyik dicerobohi. Ia bukan diceroboh tentera asing yang tentunya siap dengan kelengkapan, tetapi oleh manusia kerdil yang hanya berbekal pakaian dan sedikit makanan.
Kalau orang naik tongkang pun tak dapat kesan, apa lagi yang boleh kita harapkan?. Kut kalau ada apa-apa saja ?. Oh KDN !, OH Malaysia Tanah Air kita !. Siapa yang boleh kita harapkan sebenarnya ?. Pun masih baik kerana masih boleh mengesan Bot karam walaupun ditengah lautan.
Oleh Tanpa Nama pada SIAPA KENA NASI KANG KANG pada 11/08/04
Labels:
anak muda berani bangun melawan
KES BINI ROSMAH DIBUKA DI PARIS
NO MORE SHOPPING!
KEADILAN PERTIMBANG HANTAR PEMERHATI KES SCORPENE - keadilan daily
KEADILAN sedia mempertimbang untuk menghantar wakil pemerhati sepanjang perbicaraan Scorpene di mahkamah terbuka Perancis, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, perkara itu akan ditentukan dalam masa terdekat memandangkan perbicaraan tersebut dijadual bermula pada September depan.
“Keputusan untuk menghantar wakil bagi mengikuti perbicaraan yang bakal berlangsung september ini akan dipertimbangkan. Ianya akan ditentukan dalam masa terdekat dalam bulan puasa ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Sementara itu, beliau menganggap adalah sesuatu yang malang dan amat memalukan bagi negara apabila skandal pembelian Scorpene itu kini dibicarakan di mahkamah Perancis.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...HANTAR WAKIL...JANGAN TAK HANTAR.... kah kah kah..
kah kah kah... HANTAR UNTUK BUAT LAPORAN HARIAN.... kah kah kah..
kah kah kah... RAKYAT SATU MALAYSIA WAJIB TAHU.... kah kah kah..
kah kah kah...APA AKAN JADI DENGAN BINI ROSMAH..... kah kah kah..
kah kah kah... UTUSAN PUN PATUT HANTAR WAKIL... kah kah kah...
woit... BUJET JANGAN RISAU.... kah kah kah..
kah kah kah...MALIKUL SEMBAB AKAN SPONSOR... kah kah kah..
kah kah kah... INI SAP SAP SOoooi.... kah kah kah..
NOTA:
ini peluang baik untuk malikul
kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SIAPA KENA NASI KANG KANG
MAT MONGOL SUDAH KENA
GADAI KESELAMATAN NEGARA - harakah daily
Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia, lapor Roketkini.
Katanya, penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.
“Malah yang lebih mengejutkan ialah dalam masa empat jam sahaja, status pengundi baru yang menimbulkan kecurigaan itu telah ditukar daripada pemastautin tetap kepada warganegara Malaysia, mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini petang semalam mengenai seorang individu bernama “Mismah” dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan “Mismah” sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.
Pua mendakwa penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang.ai keselamatan negara demi secebis kertas undi.
NOTA:
telah sampai masanya
orang melayu berfikir secara waras
memikirkan masa depan tanah air mereka
satu ketika dahulu dizaman orang melayu kureng ada pelajaran
orang puteh telah membawa masuk buruh dari india dan china
yang mengubah lanskap tanah melayu untuk selamalamanya
ini fakta sejarah negara bangsa
ini lahir ketika orang melayu kurang ilmu pengetahun
ketika orang melayu dibuli oleh british
kali ini tidak ada sesiapa memberi tekanan
kali ini tidak ada british membuli
jadi kenapa bodoh sangat beri hak kerakyatan
pada mat indon
pada mat bangla
pada mat myamar
kenapa sempit kan negara ini
kenapa bawa masaalah
warga asal masih miskin dan terbengkali
warga asal masih jauh ketingalan
kenapa bawa pendatang haram
mana dia ngo melayu
mana dia pesilat melayu
mana dia wira melayu
mana dia ketuanan melayu
kenapa melayu jadi bodoh amacam ini
cukuplah mat mongol seoarang kena nasi kang kang'
tak kan semua bani melayu pun kena nasi kang kang
kang kang kang
Labels:
anak muda berani bangun melawan
PAKATAN RAKYAT AKAN KALAH KERANA DITIPU
HANTU DAN HANTU
PR JADI WARGANEGARA, KONSPIRASI TERANCANG - harakah daily
Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.
"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.
"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof.
Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.
Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.
"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...
"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... KESILAPAN TEKNIKAL?.... kah kah kah..
kah kah kah...TEKNIKAL KEPALA BANA APA?.... kah kah akh...
woit... KALAU LOJI NUKLEAR ADA KESILAPAN TEKNIKAL... SEMUA DAH MELETUP.... kah ah kah...
nota:
tidak ada kesilapan teknikal
ini perancangan licik dan tersususn
kesilapan teknikal ialah teknikal dimana
kes menipu ini ini diketahui umum
rancangan ini termasuk pemutihan pendatang haram
pendatang haram ini didaftarkan agar mereka juga
boleh mengundi
persoalan?
apa langkah pakatan rakyat?
apa tindakan seterusnya?
jeas pru 13 ini pakatan rakyat akan menang
tetapi dengan perancangan ini maka pakatan
akan ditipu
jelas : kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
maka pilihanraya ini telah diharamkan
Labels:
ANAK LELAKI PANDDY
KONPIRASI GEROMBOLAN UNTUK MENANG PILIHANRAYA
INI BUKTI UNDI POS TIPU
nota:
selagi undi pos
tidak dihapuskan
pakatan tidak akan menang
pru 13 nanti pakatan mendapat sokongan ramai
tapi tidak akan dapat menaawan puterajaya
ini kerana undi pos akan memnyelamatkan gerombolan
sampai kiamat pun pakatan tak akan menang
jika ada undi pos untuk gerombolan
PENGUNDI CINA DIDAKWA RAMAI CICIR DARI DAFTAR SPR - mkini
PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.
Setiausahana Mohd Khairuddin Othman berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.
"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.
Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.
Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.
Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
NOTA:
rancangan licik sendang disusun
dari awal lagi blog ini telah memberitahu
bahawa mat indon mat bangla mat myamar sedang didaftar
yang kelihatan hari ini ilah bukti bukti saheh
persoalan?
apa yang wajib dilakukan untuk dapat mengalahkan
rancangan melahirkan pengundi segera ini?
apa yang harus dilakukan?
apa tindakan patut diambil?
apa langkah untuk melawan kembali?
tahu - memang orang ramai telah tahu
bukti? semua bukti telah di depan mata
apa tindakan seterusnya
ini yang patut di bincangkan
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)