Selasa, 3 November 2020

PANDANGAN JUJUR




 KEBENARAN 

MASIH ADA DARI 

WARTAWAN JUJUR

LU JANGAN TANYA GUA

 



LU JANGAN 

TANYA GUA

LU GI TANYA 

YB DOLAH SANI

 YB NIK NAZMI

YB WILIAM LIONG

YB MUJAHID

DAN

 SENATOR HUSAM

Unknown commented on

 "SENI BAWA KRITIK SOSIAL"

Sham.... Nak tanyo....
Bang Non dah jadi Piem ko lom!

PROJEK REKONSILASI MUHYIDIN GAGAL

 


MUHYIDIN 

MAKIN SUSAH 

MAKIN GOYAH

 MAKIN PARAH

AMIN

APA AKHIRNYA

KEMANA ARAH

SEKARANG

AMIN

BN tolak perjanjian

 keyakinan dan

 pembekalan

BARISAN Nasional tidak bersetuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dicadangkan pembangkang, kata beberapa ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz berkata 43 orang wakil rakyat BN secara kolektif menolak cadangan CSA dibuat pembangkang.

“Kami memutuskan untuk menolak CSA? Mengapa kami perlu adil untuk mereka? Ketika mereka dalam kerajaan mereka tak adil untuk kami,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui selepas mesyuarat ahli Parlimen BN di PWTC, hari ini.

BN mempunyai 43 orang wakil rakyat daripada 222 kerusi Parlimen, dengan Umno menyumbang 39 kerusi, bakinya daripada MCA (2), MIC (1) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (1).

Perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) adalah kerajaan dalam situasi Parlimen digantung yang mana pihak pembangkang bersetuju untuk tidak mengundi menentang kerajaan minoriti dalam undi tidak percaya atau urusan belanjawan tetapi masih berhak membantah rang undang-undang lain.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuklah Liew Chin Tong (DAP) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) menggesa CSA ditandatangani menjelang pembentangan dan pengundian Belanjawan 2021.

Antara tuntutan yang dipercayai jadi terma CSA dicadangkan adalah peruntukan saksama untuk semua ahli Parlimen berjumlah RM3.8 bilion.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menambah yang jika mereka menguatkan pembangkang dengan CSA, ia akan memberi kesan buruk kepada BN pada pilihan raya akan datang.

“Mengapa kami mesti beri kepada mereka? Ia akan bunuh kami. Apa yang mereka buat pada kami, kami buat pada mereka,” katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan kenyataan sumber yang berkata kerajaan Perikatan Nasional sudah memulakan rundingan untuk CSA sejak awal Oktober menjelang pembentangan Belanjawan 2021 kerana bimbang ia ditolak dalam Dewan Rakyat.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan Jumaat ini.

Sumber memberitahu rancangannya adalah “menjual” belanjawan tahun hadapan kepada ahli Parlimen sebagai “belanjawan perpaduan” untuk “memerangi pandemik Covid-19.”

Awal hari ini, Azalina Othman daripada Umno juga menolak idea CSA kerana ia tidak terpakai dengan situasi Malaysia.

Kerajaan majoriti tipis Muhyiddin Yassin kini berdepan cabaran besar selepas beberapa wakil rakyat Umno mengancam menarik sokongan kepadanya bersama-sama blok politik lebih kukuh terdiri daripada BN, PAS dan GPS.

Agong awal minggu ini menasihati semua politikus supaya menyokong Belanjawan 2021 bagi mengukuhkan usaha memerangi Covid-19 kerana dana itu diperlukan pasukan kesihatan negara.

Pada Ahad lalu, Muhyiddin juga menggesa semua parti politik mengetepikan semua perbezaan mereka dan bersatu mengundi menyokong belanjawan era pandemik itu. – 3 November, 2020.

BRO

POLITIK INI

SENI SEGALA

KEMUNGKINAN

AMIN

TERUS RUNDING

TERUS BINCANG

TOLAK ANSUR

AMIN

KALAU TIDAK 

KERAJAAN RUNTUH

AMIN

PRU15 

KITA SEMUA MATI

KHALAS



NEGERI SEMBILAN DISERANG

 



AWAS

12 korban dan 1,054

 kes baharu Covid-19


PKPB di Seremban 

mulai Jumaat

SEMBILAN mukim di Seremban akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai Jumaat, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ismail berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Rasah, Setul, Pantai, Lenggeng, Rantau dan Labu.

Beliau berkata perkara ini diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan.

“PKPB akan dikuatkuasakan bermula 5 November hingga 18 November yang meliputi sembilan mukim,” kata Ismail. – 3 November, 2020.


HATI

HATI

TRUMP DEGIL BENGKENG

 


BERITA BAIK

TRUMP TERUS

  DEGIL BENGKENG 

AMIN


US election: Trump predicts 'great win' at last rally as Biden tells him to 'pack his bags'

Kedegilan yang terakhir, Donald Trump telah membuat tawaran terakhir untuk menyelamatkan presidennya dengan tunjuk perasaan tengah malam di medan perang Michigan di mana, dengan topi merah "Buat Amerika hebat lagi", dia meramalkan "salah satu kemenangan terbesar dalam sejarah politik" .

Tetapi ketika presiden AS menyiarkan keluhan mengenai penyiasatan, pendakwaan Rusia, dan Hillary Clinton pada pukul 12.15 pagi, saingannya, Joe Biden, tweet peringatan: "Jika kita memberi Donald Trump empat tahun lagi di Gedung Putih, dia akan selamanya ubah watak bangsa kita. Kami tidak boleh membiarkannya berlaku. "


 JIKA TRUMP

MENERUSKAN

GAYA INI

AMAT BAIK 

UNTUK DUNIA

AMIN

DUNIA AKAN

HURU HARA

DITAMBAH PULA

SERANGAN KOBID

AMIN



SOALAN BIJAK WAJIB DIFIKIRKAN

 


 SOALAN BIJAK

WAJIB DIFIKIRKAN

Ricesaffron@gmail.com commented on

 "LOGO SUCI"

Gin bkn tonic nak tanya TT jual air beer guna tanda halal dgn jual air liur guna tanda agama yg mana lebih berfaedah,, jual beer kerajaan dapat cukai boleh bantu org susah welfare, negara dan org politik jual agama ustad dan orang politik yg untung,, jadi yang mana harus guna sijil halal?

MAZLEE TINGGAL KASUT HITAM

 


 MAZLEE TINGGAL

KASUT HITAM

cikminah commented on 

"MAZLEE TUKAR KASUT HITAM PAKAI SELIPAR"

Siapalah Maszlee.....? A simpleton in the world of genius. Orang kenal dia kerana kasut hitamnya. Dan ingat dia sebab dia kekal berjuang bersama Tun Mahadir dalam Pejuang. 



Bila dia keluar Pejuang, berapa lama orang masih kenal dan ingatkan dia....? Idealstik vs realistik . Harap dia tak join PKR and ends up, menyesal macam Saiful dan Yusof Rawter!...hehehe

PRCAYA TUHAN INI MACAM MANA ?

 




APA SANGKUT PAUT

PERCAYA TUHAN 

DENGAN KEBENARAN



Unknown commented on

 "WAJIB TEGAK KEBENARAN"

kebenaran di mata makhluk itu subjektif hanya tuhan yg tahu sabenar-benar kebenaran jika tiada perchaya akan tuhan usah bicara soal kebenaran utusan tuhan diutuskan untok menerangkan kebenaran hakiki kebenaran berpaksikan nafsu itu palsu lagi hina

REFORMASI NAK JADI PERDANA MENTERI





 REFORMASI 

NAK JADI

PERDANA MENTERI

Unknown commented on

 "WAJIB TEGAK KEBENARAN"

Sokong TT. Bukan dendam tapi nak buat rakyat sedar. Ada politikus yang dah 22 tahun jerit "Reformasi", ramai yang percaya dan ikut. Tapi selama ini politikus langsung tak bagi maklumat perinci apa matlamat "reformasi". 



Tak bentang peta jalan "reformasi untuk negara dan rakyat. Sebenarnya, "Reformasi" dia hanya ada satu matlamat, iaitu, dia nak jadi perdana menteri. Rakyat Malaysia perlu sedar dan insaf. Jangan diperdaya oleh politikus lagi. Rakyat Malaysia carilah orang yang lebih berkebolehan dan lebih cerdik meminpin negara. Bukan politikus macam dia. 

MAZLEE TUKAR KASUT HITAM PAKAI SELIPAR

 




 MAZLEE TUKAR KASUT HITAM 

PAKAI SELIPAR

Unknown commented on

 "PENYOKONG ATOK"

Lepas satu satu penyokong kuat Atok tinggalkan Atok. Syed Sadiq, Dr Mazlee pasnie ada lagi. Tengok betul2 gambar MP Pejuang masa mula2 Pejuang ditubuhkan berdiri atas kain putih. Semiotik semiotak sekali tarik terus gerak.

LIMA WAKTU TEGAK APA ?

 



 LIMA WAKTU 

NAK TEGAK APA

KEBENARAN BUKAN

TEGAK IKUT WAKTU

 WAJIB TEGAK 

SEPANJANG MASA 

TAK PERLU BIDADARI

 JADI VIAGRA

Unknown commented on 

"WAJIB TEGAK KEBENARAN"

ekau 5 waktu yang wajib pun tak tertogak

PERANG SAUDARA - GUN AND ROSES


 

PERANG SAUDARA

GUNS N ROSES


panglimo potaseh commented on

 "PERANG SAUDARA AMERIKA"

TT kasik tangkap lagu "Civil War" darik Gun & Roses.

TEGAK KEBENRAN BUKAN TEGAK ASAH PEDANG

 




 TEGAK KEBENARAN

BUKAN TEGAK

ASAH PEDANG

capt salai commented on

 "WAJIB TEGAK KEBENARAN"

Tegakkan mana yg boleh tegak..kalau dah xleh tegak alamat..punah la harapan nak asah pedang

SELAMAT DATANG PERANG

 


 BERITA BAIK

AMERIKA TEGANG 

SELAMAT 

DATANG PERANG

BRO

BILA LU BACA INI
AMERIKA SEDANG TIDUR
BILA KITA TIDUR MALAM INI
AMERIKA AKAN BANGUN
 MENGUNDI

TAPI AWAS
KEPUTUSAN BUKAN
DIKETAHUI PADA RABU ATAU KHAMIS
LAMBAT LAMBAT


300+++ JUTA PENGUNDI
UNTUK UNDI POPULAR
KEMUDIAN ADA UNDI
DARI 50 NEGERI

MENANG UNDI POPULAR
TAK JAMIN AKAN MENANG
YANG PENTING UNDI NEGERI
YANG DI KUMPULKAN

BIDEN DAN TRUMP SAMA SAJE
INI PEPSI COLA DAN COCA COLA
DUA DUA MEJAGA
KEPENTINGAN KAUM KAPITALIS

GUA SOKONG TRUMP
KERANA DIA JUJUR
DIA SERANG MEDIA
YANG SELAMA INI 
BERLAGAK DENGAN LAPORAN ADIL

TRUMP SERANG CIA
TRUMP SERANG FBI
TRUMP SERANG WALL STREET

TANPA SEGAN SILU
DENGAN BAHASA KASAR
DENGAN KURANG AJAR
TRUMP TIBAI ELITE POLITIK
TIBAI ELIT EKONOMI
TIBAI ELIT MEDIA
YANG SELAMA INI
PURA PURA DEMOKRATIK
TAPI
SETAN MEMAKAI SERBAN

TRUMP MEWAKILI
KETIDAK PUASAAN
KELAS MISKIN 
KULIT PUTEH AMERIKA

GUA SOKONG TRUMP
DIA JUJUR 
TAK BERSELINDUNG
MACAM OBAMA
GUNA KULIT HITAM
TAPI DALAM SEJARAH AMERIKA
PRESIDEN KULIT ITAM INI
MEMILIKI REKOD PALING TINGGI
MEMBUNUH WARGA
NEGARA DUNIA KETIGA 

TRUMP JUJUR 
TERHADAP CHINA MERAH
BIDEN DALAM GELAP
DI TAJA OLEH DANA
CHINA MERAH

APA YANG BERLAKU
DI AMERIKA SEKARANG
ADALAH TANDA TANDA
KERUNTUHAN SATU EMPIRE

SATELAH 200 TAHUN
MAKA EMPIRE INI
MEROSOT

TRUMP HANYA MANIFESTASI
DARI KEMEROSOTAN INI

UNTUK GUA 
LAGI 4 TAHUN TRUMP
DIRUMAH PUTEH
LAGI MOLEK

TRUMP AKAN HURU HARAKAN 
SELURUH DUNIA
TRUMP AKAN TIBAI CHINA MERAH
TRUMP AKAN BUKA
KANCAH PERANG
DENGAN IRAN 
DI LAUT CHINA SELATAN

PERANG ADALAH
KACAU BILAU
KALAU BILAU
MEMBUKA PELUANG

SAPA MENYUSUN PASOKKAN
JIKA PERANG PECAH
MAKA KUMPULAN ITU 
AKAN
BERKUASA

INI DIBUKTIKAN 
DENGAN MELIHAT 
SEJARAH  PERANG DUNIA PERTAMA
SEJARAH PERANG DUNIA KE DUA


SSUDAH PERANG
DUNIA  KEDUA
INGGERIS NAIKKAN
BONEKA
UNITED MALAYS
 NATIONAL ORGANISTION

SAMPAI HARI INI
SELASA 2/11/2020
KITA  DALAM NAKBA
KITA DALAM MALAPETAKA

PECAH PERANG SEKALI LAGI
KITA SUSUN
TATA DUNIA BARU

SIAPA CEKAP DIA BERJAYA
SIAPA LEMBAB
AKAN JADI BUDAK SURUHAN
AMIN




BAHAYA CHINA MERAH UDAH SAMPAI - PDRM WAJIB DEDAH NAMA

 

 

INI BUKTI BAHAYA

CHINA MERAH

DAH SAMPAI

AMIN

PEGWAI POLIS

DAK KENA REKRUT

AMIN



4 cara sindiket 

tipu mangsa dalam talian, 

kata Bukit Aman

TERDAPAT empat cara yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian, atau lebih dikenali sebagai sindiket Macau Scam untuk memperdayakan mangsa mereka, kata pegawai kanan polis yang bertanggungjawab terhadap jenayah siber.

Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman SAC Victor Sanjos berkata sindiket terbabit bergantung kepada kealpaan masyarakat dan memperdayakan mereka dengan menyamar sebagai anggota pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah jenayah.

“Cara yang digunakan adalah dengan menawarkan cabutan bertuah, menyamar sebagai pegawai polis atau penjawat awam, menyamar sebagai pegawai Bank Negara dan juga meminta wang tebusan dalam kes penculikan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau turut menjelaskan sindiket berkenaan akan menggunakan teknik penipuan menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VoIP) untuk membolehkan mereka menggunakan sebarang nombor telefon bagi memperdaya mangsa.

“Dalam kes cabutan bertuah, pemanggil akan memaklumkan mangsa telah memenangi wang tunai jutaan dolar dari Hong Kong dan mereka akan berikan nombor telefon untuk dihubungi mangsa sekiranya mahu mendapatkan hadiah wang tunai itu.

“Mangsa kemudiannya akan diminta menjelaskan cukai dengan memindahkan wang ke akaun bank tertentu dan sebaik sahaja wang dipindahkan, mereka akan menghilangkan diri,” katanya.

Victor berkata, cara kedua adalah sindiket ini akan menyamar sebagai anggota polis dan menuduh mangsa melanggar undang-undang.

“Bagi menyelesaikan kes, mangsa perlu pindahkan semua wang dalam akaun mangsa ke bank. Ini kononnya bagi mengelakkan akaun bank mangsa dibekukan.

“Teknik ini sama yang digunakan oleh penyamar pegawai bank. Tetapi mereka akan mengatakan mangsa menggunakan kad kredit dan melebihi amaun dengan bank,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Victor berkata ada juga sindiket yang menggunakan tebusan atau penculikan untuk mendapatkan wang.

“Sindiket akan menghubungi mangsa dan mendakwa saudara atau ahli keluarga mereka telah diculik.

“Untuk membebaskan mereka, mangsa perlu memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga. Dalam sesetengah kes, mereka juga gunakan alasan lain seperti langgar lari,” tambahnya.


Victor berkata nama Macau Scam berasal daripada bentuk penipuan yang berasal dari Taiwan dan China.

Berita mengenai Macau Scam sudah biasa dilaporkan di akhbar.

Bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman beberapa personaliti terkenal yang didakwa terbabit dengan sindiket ini, namun mereka dibebaskan selepas tamat tempoh reman.

Susulan itu, polis mengambil alih kes berkenaan dan setakat ini menahan 20 individu, termasuk dalang dan lapan pegawai polis.

Bagaimana pun, setakat ini tiada siapa yang dibawa ke mahkamah.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan menjawab soalan berhubung tindakan terhadap sindiket penipuan di Parlimen pada Isnin berikutan soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong berhubung perkara itu.

Drama suspek meloloskan diri

Artis tempatan merupakan antara mereka yang disiasat kerana disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam.

Artis terbabit, Shuib Sepahtu dan isterinya Siti Sarah Raisuddin dipanggil oleh SPRM baru-baru ini namun mereka tidak ditahan.

Sementara dalang sindiket berkenaan pula mencetuskan kemarahan umum selepas meloloskan diri daripada polis dengan memanjat pagar selepas dibebaskan SPRM.

Goh Leong Yeong bagaimanapun ditahan semula pada Selasa dalam satu operasi khas selepas 15 hari melarikan diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Juzir Mohamed berkata Goh dikehendaki kerana ada kaitan dengan sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

“Beliau ditahan di sebuah hotel pada pukul 1.20 pagi. Kini beliau di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur sementara menunggu perintah reman,” kataya kepada The Malaysian Insight.

Ketika Goh meloloskan diri, SPRM sedang bersedia untuk menyerahkan tiga individu  – yang juga suspek utama, Addy Kana dan dua pegawai polis  – kepada pihak polis untuk membantu siasatan berhubung judi dalam talian dan kes Macau Scam.

Sementara itu, sumber memberitahu The Malaysian Insight, 20 individu termasuk dua wanita, dipercayai memainkan peranan penting dalam aktiviti penipuan.

“Daripada 20 individu itu adalah lelaki (Goh) yang dipercayai menjadi dalang aktiviti Macau Scam dan menguruskan pusat perjudian dalam talian yang beroperasi dari kediaman mewah di negara ini dengan menyasarkan pemain dari luar negara.

“Terdapat juga empat ndividu yang menjadi orang kanannya. Empat individu ini membantu suspek utama melabur wang dalam perniagaan yang dijalankan oleh selebriti di negara ini,” kata sumber.

“Setakat ini, pegawai penyiasat mefokuskan kepada proses mendapatkan maklumat daripada semua suspek dan akan memanggil saksi termasuk beberapa selebriti,” katanya.

Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan selebriti yang terbabit dalam sindiket berkenaan.

Pada 12 Oktober, polis menahan reman kesemua suspek selama 21 hari hingga 3 November.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata polis menahan 20 individu, termasuk lapan pegawai polis dan wagra China untuk membantu siasatan.

Katanya SPRM turut membekukan lebih 730 akaun bank yang mempunyai wang sebanyak RM101 juta dan merampas wang tunai sebanyak RM5 juta.

Selain itu katanya, pihak berkuasa turut merampas 23 kenderaan dan motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli untuk meneruskan operasi. 

Pengubahan wang haram

Sumber yang dekat dengan siasatan berkata sindiket terbabit menggunakan pelbagai cara untuk mengubah wang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Terdapat tiga fasa untuk membersihkan wang, pertama di mana wang itu disimpan, kemudian wang itu ditapis, dan diikuti dengan dikumpulkan.

“Pada fasa pertama, wang haram ini akan dilaburkan dalam sistem kewangan sah. Sindiket akan gunakan rangkaian luas dengan beberapa nama berbeza dan akaun untuk melakukan transaksi agar ia tidak dapat dikesan pihak berkuasa,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Fasa kedua melibatkan transaksi wang yang rumit yang mana wang haram akan diasingkan ke beberapa lapisan ketika transaksi. Ia bagi menjauhkan wang daripada sumber asal.

“Ketika ini ahli sindiket akan mengeluarkan wang beberapa kali menggunakan pelbagai akaun bank termasuk bank di luar pesisir di negara berbeza menggunakan syarikat palsu tanpa aset atau operasi,” tambahnya.

Menurut sumber, syarikat in akan membuat transaksi palsu seperti biasa untuk membolehkan aliran wang tunai dan dana diterima dikitar semula menerusi syarikat lain sebagai wang “bersih”.

“Langkah terakhir adalah penyatuan. Wang ini akan diserap masuk ke dalam sistem kewangan sah. Ia mengubah wang haram ke wang bersih diperoleh melalui saluran yang sah. Ketika ini sukar untuk pastikan sama ada ia wang haram atau sebaliknya.

“Wang ini sedia untuk digunakan bagi membeli apa sahaja. Penjenayah akan membeli aset seperti hotel, rumah, barang kemas luar negara,” katanya.

Satu lagi sumber berkata penjenayah ini juga akan mewujudkan perniagaan dan syarikat untuk campurkan wang haram dengan pendaoatan bersih, termasuk pelaburan ke atas selebriti. 

Sumber berkata, agensi anti-rasuah mula menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian selepas mengesan “aliran wang” dari luar negara terutamanya dari China.

Tambah sumber berkenaan, dalang utama sindiket dipercayai warga China namun menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan “pelaburan” termasuk mencari perniagaan yang berpotensi sebagai platform untuk “mencuci duit”. – 3 November, 2020. 


 KENAPA POLIS

TAK DEDAH

NAMA YG TERLIBAT

AMIN

KENAPA KENAPA

AMIN

ZAMAN REFORMASI

1998 - 2001

POLIS BUBUH 

GAMBAR  DALAM

AKHBAR 

BELUM PUN

 KENA TANGKAP 

AMIN 

PUKIMAK 

ORANG JAHAT

 SEKARANG 

DAH KENA  TANGKAP 

DAH KENA SOAL SIASAT

 TAPI NAMA TAK ADA

 WOIT 

POLIS NAK JAGA 

SAPA ? 

ORANG JAHAT INI 

AKAN TERUS 

BUAT SCAM BARU

KERANA RAKYAT

TAK KENAL

AMIN