Sabtu, 31 Mac 2012
HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB
KOMENTAR TUKAR TIUB:
masa yang tepat
kes ini dibuka di paris
ini satu kejayaaan
ini tanda bahawa inilah
hari hari akhir saekor najib
semua akan terbongkar
semua akan di ketahui
siapa dalam kapal terbang bersama altantuya
dimana najib dan razak bertemu altantuya
di restoran masa mereka berdiner
semua ada dalam kertas laporan ini
kelamarin dijamuan makan malam persatuan wartawan
najib berkata yang akan ada undang undang baru
untuk mengawal alam siber
sebenarnya ini bertujuan untuk menutup
kes kapal selam yang sesdang bermula di paris
tapi semua terlambat
maklumat telah ada
hanya menunggu masa
untuk meletup
SIAPA DIA ORANG KETGA ITU?
NOTA:
persoalan
siap beri arahan
untuk azilah dan sirul
mereka kata di mahkamah
mereka di upah
siapa upah mereka?
kenapa hakim tak tanya
siapa upah sirul dan azilah
PEGUAM DAPAT BACA KERTAS LAPORAN MAHKAMAH PERANCHIS - mkini
Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.
Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion.
Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya.
"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
LAGI LEMBU SHAHRIZAT - SHAHRIZAT LEMBU
KEADILAN TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA UGUTAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.
Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.
Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit.
Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.
Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.
Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan KEADILAN untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
31 MAC 2012
BERSEDIA UNTUK PENGUMUMAN
NOTA:
sentiasa layari tukar tiub
untuk mendapat tahu
maklumat terkini
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA
KOMENTAR TUKAR TIUB
dibawah adalah potongan berita
semua berita ini adalah tentang dmeo
jadi telah jelas
demo atau tunjuk perasaan
jadi telah jelas
politik jalan raya
telah mendahulu politik pilihanraya
justeru sebelum pilihan raya ini
jika 8 tuntutan bersih 2.0 tidak ditunai
maka sekali lagi bersih akan menjemput
ribuan anak anak muda
menjemput ribuan para demokrat
menjemput semua warga malaysia
untuk turun ke jalan raya
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya
DEMONSTRASI TUNTUT LIM PERJELAS ISU TAPAK MASJID - meloya
GEORGE TOWN: Lebih 50 orang ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman di sini pada Jumaat mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.
LEBIH 100 BERDEMONSTRASI BANTAH ANWAR SOKONG ISRAEL - berita hairan
KUALA LUMPUR 30 Mac – Lebih 100 wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini bagi membantah sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dan rejim Zionis itu.
DEMO ANTI-PTPTN 14 APRIL , DATARAN MERDEKA - mkini
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa, termasuk mangsa hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun.
PERARAKAN KE PEJABATB PM BANTAH PENYENARAIAN FELDA - mkini
Kira-kira 200 orang berarak ke depan Pejabat Perdana Menteri bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
PROGRAM MELAWAN DAN PROGRAM MENGHASUT DISANA SINI
TEMERLOH 4 APRIL
SAMM JELAJAH MALAYSIA SUSUN KOMRAD MUDA SEBELUM PILIHANRAYA
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seperti yang anda kenali adalah sebuah gerakan radikal anak muda yang mendapat sambutan besar dari golongan muda dan juga yang berjiwa muda. Sedia maklum, SAMM bukanlah front kepada mana-mana parti politik tetapi menjadi front kepada rakyat terbanyak. Itulah resam anak muda, pertahan rakyat dan lindungi tanahair dari dijahanamkan oleh regim tidak bertanggungjawab.
Sejak sekian lama tanahair kita telah dikhianati dan perubahan total diperlukan untuk mengubah sistem korup. Perubahan hanya boleh dilakukan selepas regim pewaris penjajah ini dijatuhkan. Jesteru itu sedaya upaya usaha menjatuhkan regim menjadi tumpuan utama SAMM buat masa ini.
Ketika ini, ribuan anak muda kini sudah berjuang dalam kerangka SAMM samada secara terang di medan lapangan mahupun bersolidar melalui rangkaian media sosial. Dari jumlah ribuan itu, ratusan operator terlatih SAMM sedang bergerak hebat di seluruh negara dalam pelbagai aksi yang disusun rapi. Antara program yang dilaksanakan oleh komrad operator SAMM termasuklah menganjurkan program rakyat seperti bantuan kepada rakyat susah, program ceramah penerangan, pengedaran maklumat secara konprehensif dan juga program-program anak muda seperti konsert dan aktiviti konvoi rakyat.
Dalam aspek menumbangkan sebuah regim, SAMM terlibat dalam mengedarkan 100ribu DVD kesedaran beserta dengan risalah kesedaran seperti Risalah Cincin Puaka. Pelbagai risalah di peringkat negeri dan nasional telah diterbitkan SAMM demi menumbangkan regim. SAMM juga telah menerbitkan beberapa judul buku yang mendedahkan konspirasi melibatkan kepimpinan tertinggi negara. SAMM juga telah acap kali menggegar parlimen dengan pendedahan yang mencelikkan minda rakyat.
SAMM juga terlibat secara langsung mengaktifkan semula slogan Asalkan Bukan Umno yang menjadi senjata penting menghadapi PRU-13. Roadshow ABU fasa pertama telah berjaya dilancarkan di 18 venue seluruh negara walaupun beberapa venue diganggu oleh regim yang terdesak.
Pada 17 - 18 Mac yang lepas telah diadakan Rapat Kebangsaan kali ke 3 SAMM yang mengumpulkan penggerak SAMM dari seluruh negara. Beberapa keputusan telah dicapai. SAMM telah bersepakat mengenai peranan yang harus dilakukan sebelum, ketika dan selepas pilihanraya. SAMM juga bersedia untuk mobilisasi besar rakyat khususnya dalam menangani pencabulan demokrasi dan penipuan pilihanraya. Untuk mempeturunkan 'pedoman' dari rapat tersebut maka satu siri jelajah akan diadakan ke seluruh negara. Siri jelajah akan diadakan dalam bentuk aktiviti pertemuan dalaman dan ceramah umum.
Pertemuan-pertemuan (seperti dalam jadual di bawah) ini sangat penting dan wajib dihadiri oleh semua komrad berdaftar. Perbincangan serius peranan SAMM Pra-PRU13 dan juga Pasca-PRU13, iaitu detik paling kritikal yang menyaksikan bagaimana kerajaan berusia 55 tahun tumbang. Pertemuan dalam Jelajah Anak Muda SAMM Juga akan turut membincangkan aksi dan strategi SAMM dalam demo terbesar tanahair iaitu BERSIH 3.0.
Berikut adalah jadual Jelajah Anak Muda SAMM, dan komrad sekalian diwajibkan untuk luang masa dalam pertemuan tertutup seperti yang diatur;
10 April (5.30 ptg) JOHOR
12 April (5.30 ptg) KEDAH & PERLIS
13 April (5.30 ptg) P.PINANG
15 April : (5.30 ptg) WPKL & SELANGOR
16 April : (6.00 ptg) MELAKA
19 April : (6.00 ptg) PERAK
21 April (9.30 pg) N.SEMBILAN
3 Mei (6.00 ptg) TERENGGANU & PAHANG
5 Mei (3.00 ptg) KELANTAN
Maklumat mengenai lokasi pertemuan akan dimaklum melalui hebahan email dan sms. Kepada yang belum berdaftar keanggotaan sila daftar segera, inilah wadah untuk berjuang tanpa kongkongan dan limitasi kepartian. Kita anak muda, buat cara anak muda!
Sekarang tiba masanya untuk SAMM jelajah pusing ke seluruh negara untuk pertemuan secara tertutup dengan komrad-komrad baru yang telah mendaftar keanggotaan di alamat portal http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/ .
Penyelaras-penyelaras negeri akan berhubung dengan semua komrad untuk menjayakan Jelajah Anak Muda SAMM kali ini. InsyaAllah kita akan menjurus ke fasa seterusnya iaitu fasa latihan komprehensif menjadi pejuang rakyat yang berkualiti.
Pada tarikh tersebut juga akan diadakan ceramah umum bagi menerangkan kepada rakyat untuk bersedia menyertai mobilisasi terbesar rakyat berdepan dengan pencabulan demokrasi.
"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"
EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com
AMPANG 7 APRIL
--------------------------------------------------------
JAMUAN MAKAN MALAM DI SHAH ALAM
Untuk memesan tiket sila hubungi :
Puan Shamsiah- 019-620- 40-06
Puan Azizan Jamaluddin - 019-388-90-05
NOTA:
stand up comic
tim teater lembu
akan membuat persembahan
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
DARI LEMBU JADI AYAM - INILAH YANG PALING HINA
NASIB LEMBU JADI AYAM
DOLLAH KOK LANAS: SHAHRIZAT JANGAN BERKOK - mkini
Bekas timbalan menteri, Abdullah Ahmad berpandangan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil juga perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.
Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdullah berkata tindakan itu merupakan langkah yang ideal.
Abdullah juga berkata, buat masa ini Shahrizat tidak perlu tampil untuk memberi kenyataan. Sebaliknya bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu perlu menyusun gerakan untuk kembali ke arena politik.
"Tak payah bersorak, susun saja. Bila kes habis, balik. Bukan? Dia jangan berkokok. Kalau dia berkokok, orang kata ha... Macam-macam orang cakap," kata Abdullah.
Abdullah menyifatkan isu tersebut sebagai sesuatu yang malang buat Shahrizat.
BERSEDIA UNTUK PENGUMUMAN
NOTA:
sentiasa layari tukar tiub
untuk mendapat tahu
maklumat terkini
disini lembu berkokok:
KERUSI KEPIMPINAN WANITA MEMERTABATKAN WANITA : SHAHRIZAT - mStar
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan Kursi Kepimpinan Wanita di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menjalankan penyelidikan berkaitan kepimpinan wanita di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil berkata kursi berkenaan akan memberi input dasar kepada kerajaan berhubung kepimpinan wanita.
Selain itu, beliau berkata kursi ini akan menjalankan latihan kepimpinan kepada golongan wanita dan menjalankan aktiviti advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat berhubung isu-isu wanita masa kini dan masa hadapan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit...INI GILA PUNYA DOLAK KOK LANAS... kah kah kah..
kah kah kah.... MENGHINA AMAT SANGAT BERTINA EEE INI.... kah kah kah....
kah kah kah..INI SATU PENGHINAAAN... DARI LEMBU JADI AYAM... kah kah kah
kah kah kah...LEMBU INI MINGGU DEPAN AKAN KELUAR KANDANG LEMBU...kah kah kah..
woit... SEMPAT KE KE JADI AYAM UNTUK BERKOKOK.... kah kah kah..
kah kah kah...DI BRICKFEILD ADA KOSONG... BOLEH JADI IBU AYAM.... kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
APA HUKUMNYA BERSUBAHAT DALAM PROJEK PENIPUAN
KOMENTAR TUKAR TIUB
pilihan raya yang akan datang ini
adalah pilihan raya tipu
semakin jelas
semakin saheh
semakin di buktikan
bukti demi bukti
telah di paparkan
apa suruhan jaya pilihanraya lakukan?
bagaimana hendak memperbaiki?
jika pru13 ini dijalan
tanpa pembaikan maka
kiat semua terlibat
kita semua bersuhabat
untuk menipu sesama sendiri
para alim ulamak
para agamawan dari semua agama
wajib memberikan pandangan
apa hukumnya mengambil bahagian
dalam rancangan menipu?
ini persoalannya sekarang
APA JADI DENGAN 8 TUNTUTAN BERSIH
hanya satu akan diterima pakai
penggunaan dakwat kekal
apa jadi dengan 7 yang lain?
justeru bersih wajib
ke jalan raya sekali lagi
NOTA:
semua wajib bersedia
sila baca tukar tiub
laman dan blog untuk
mengetahui perkembangan terkini
tentang tarikh bersih 3.0
BERSEDIA UNTUK PENGUMUMAN
NOTA:
sentiasa layari tukar tiub
untuk mendapat tahu
maklumat terkini
AUDIT DAFTER PEMILIH KESAN 8% ALAMAT TAK SAH - mkini
Audit bebas yang dijalankan kumpulan NGO terhadap daftar pemilih yang dikritik hebat pembangkang mendapati wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah.
Antara 92 peratus yang mempunyai alamat sah, sebanyak 74 peratus tidak dikenali berbanding 31 peratus yang dikenali dan tinggal di alamat masing-masing.
Alamat yang tidak diketahui dikesan paling tinggi di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, menurut NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre.
"Lapan peratus alamat tidak diketahui itu ekoran pembangunan pesat dan pembangunan semula ibu kota dan penyelarasan lemah antara unit perancangan bandar, dan penyelarasan silang serta kerjasama untuk mengekalkan lokaliti selari dengan perubahan dalam daftar pemilih," laporan itu dipetik.
Langgan:
Catatan (Atom)