Rabu, 19 April 2023
LEMBAGA KEHAKIMAN ROSAK OLEH PENCURI
Tak boleh bincang kes Nazlan di Parlimen, kata majlis peguam
PERKARA berkaitan tingkah laku hakim tidak sepatutnya dibincangkan di Parlimen, kata presiden Majlis Peguam Malaysia Karen Cheah hari ini.
Bercakap mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penemuan terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mana butirannya didedahkan di Parlimen, Karen berkata ia sudah melanggar Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan.
“Seseorang sepatutnya menghalang mana-mana ahli Parlimen daripada membangkitkannya di Parlimen.
“Speaker Dewan Rakyat boleh menghalangnya dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat atau sebenarnya mana-mana ahli Parlimen dalam Parlimen sebenarnya boleh membangkitkan perkara itu.
“Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan amat jelas. Anda tidak mahu kelakuan hakim dicemari di Parlimen kerana ia sangat mudah disalahgunakan,” kata Karen selepas mengadakan forum awam bertajuk SPRM, bekas Perdana Menteri dan kebebasan badan kehakiman.
Perkara 127 menyekat perbincangan Parlimen mengenai kelakuan hakim. Perbincangan hanya boleh dilaksanakan melalui usul substantif yang mana notis diberikan oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli. Dewan Undangan Negeri dilarang membincangkan tindakan badan kehakiman.
Menteri undang-undang dan reformasi institusi Azalina Othman Said sebelum ini memberikan jawapan lisan di Dewan Rakyat pada 23 Februari lalu mengenai kebocoran siasatan SPRM terhadap kes hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan dan hasil siasatan.
Azalina menjelaskan SPRM dalam surat bertarikh 21 Februari berkata pihaknya menyerahkan laporan mengenai Nazlan kepada ketua hakim negara berhubung pelanggaran Kod Etika Hakim 2009.
Sementara itu, dalam surat bertarikh 20 Mac, Azalina mengesahkan peguam Najib Razak daripada Tetuan Shafee & Co bahawa SPRM dalam siasatan mereka terhadap Nazlan membuat kesimpulan mereka telah melanggar Kod Etika Hakim ketika mempengerusikan pertuduhan rasuah Najib membabitkan kes SRC International.
Nazlan, yang ketika itu menjadi hakim Mahkamah Tinggi, mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International dan sejak itu dinaikkan ke Mahkamah Rayuan.
Mengenai perkara itu, Karen menegaskan isu konflik dan Kod Etika Hakim 2009 jelas bukan masalah SPRM.
“SPRM hanya diberi kuasa untuk menyiasat atau membuat penemuan mengenai perkara yang berada dalam bidangnya,” katanya.
“Ini secara amnya adalah perkara berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan kedudukan dan kesalahan lain yang difikirkan dan dinyatakan di bawah Akta SPRM.
“Konflik dan Kod Etika Hakim 2009 bukanlah perkara yang Akta itu ditubuhkan atau bertujuan untuk dikawal selia,” tambahnya.
Karen juga berkata, penggubal undang-undang tidak seharusnya menimbulkan persoalan mengenai kelakuan hakim di kedua-dua Dewan Parlimen.
Sebelum berkhidmat sebagai pegawai kehakiman, Nazlan pernah menjadi peguam am Maybank, yang dipertikaikan peguam Najib kerana menimbulkan konflik kepentingan.
Karen juga berkata penggubal undang-undang harus bercakap mengenai kepentingan mempunyai badan kehakiman yang bebas di negara ini.
“Tidak kira dari spektrum parti politik mana seseorang itu berasal, jika anda seorang ahli Parlimen, anda harus bercakap demi kepentingan apa yang penting untuk negara dan rakyat.
“Sudah tentu, mereka semua percaya kepada badan kehakiman yang bebas dan mereka semua mahukannya,” katanya. – 19 April, 2023.
KERANA PENCURI
BERNAMA NAJIB
ROSAK LEMBAGA
KEHAKIMAN
NEGARA
AMIN
PUKEE MAK
PUNYA MALAON
AMIN
KHALAS
BERSEDDIA - PANAS AKAN SAMPAI
Fenomena cuaca panas, bahang akan berakhir tidak lama lagi – MetMalaysia
KUALA LUMPUR – Fenomena bahang dan cuaca panas yang melanda di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka tidak berpanjangan.
Ini kerana, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir akan kerap berlaku menjelang sambutan Aidilfitri membabitkan pendalaman Pahang, Terengganu, Kelantan, timur Sabah dan barat Sarawak.
Bercakap kepada MalaysiaGazette, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)nya, Lim Ze Hui berkata, cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang akibat pemanasan permukaan bumi, kelajuan angin agak perlahan, kelembapan udara yang rendah sekali gus menyebabkan taburan hujan berkurangan.
“Dua hingga tiga hari lepas memang keadaan cuaca panas hampir seluruh negara tapi keadaan ini kita perhatikan mulai berubah sejak semalam.
“Hujan dan ribut petir mulai dikesan terutama di negeri pantai barat Semenanjung seperti Kedah, Pulau Pinang, pendalam Perak, barat Sabah dan utara Sarawak.
“Bagi tempoh peralihan monsun kali ini, cuaca panas kering yang kita alami untuk tempoh panjang baru-baru ini merupakan satu keadaan yang boleh dikatakan luar daripada kelaziman.
“Lazimnya, kita akan alami keadaan panas pada sebelah siang dan ribu petir pada sebelah petang tetapi kali ini sedikit berbeza sehingga keadaan berjerebu dan orang awam merasai bahang kepanasan di rumah pada waktu malam.
“Mengikut cerapan kita ada beberapa kawasan yang masih panas seperti di Terengganu, Kelantan dan pendalaman Pahang yang mana hujan kurang berlaku di negeri berkenaan termasuk timur Sabah serta sebelah barat Sarawak.
“Namun kita jangkakan hujan dan ribut petir akan berlaku tidak lama lagi di kawasan terbabit, suhu kembali seperti biasa dan kita harapkan suhu tinggi atau cuaca panas sekarang akan beransur kurang,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.
Beliau meramalkan peralihan monsun yang melanda negara pada ketika ini dijangka berakhir pada bulan Mei.
Mengulas mengenai kadar jumlah hujan yang turun sepanjang peralihan monsun yang berlaku pada bulan Mac lalu, Lim berkata, ia berada pada paras tidak normal atau kritikal berbanding sebelum ini.
Berdasarkan statistik data jumlah hujan yang dicatatkan, terdapat sembilan kawasan merekodkan kadar hujan di bawah 50 peratus iaitu kurang daripada purata normal.
“Antara kawasan yang terlibat di stesen Kelantan iaitu Kota Bahru merekodkan hanya dua peratus, Kuala Krai (38 peratus), Gong Kedak (27 peratus).
“Manakala di Terenggangu iaitu Kuala Terengganu (9%), Kerteh (42%), Kedah pula di Chuping (13 peratus), Pulau Langkawi (29 peratus), di Perak melibatkan Ipoh (40 peratus), dan di Sabah iaitu Sandakan (49%),” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada orang ramai terutama yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati apabila berada di bawah cuaca yang terlalu panas.
Selain itu, ibu bapa juga disaran untuk memantau tahap kesihatan anak-anak supaya sentiasa minum air yang banyak bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.
BERSEDIA
SUHU PANAS
AKAN DATANG
AMIN
INI MALAPETAKA
IKLIM
AMIN
ALAM BERI INGTAN
PADA MANUSIA
UNTUK BERUBAH
AMIN
KHALAS
DUIT RAKYAT DI TABUR OLEH BARUA NAJIB
LIHAT DAN DENGAR
BAGAIMANA DUIT
RAKYAT DITABUR
OLEH JO LO
CHINA TEMBAM
BARUA NAJIB
KHALAS
BAZAR RAMADAN BANGSAR UTAMA
BAZAR RAMADAN
BANGSAR UTAMA
TIGA HARI
SEBELUM RAYA
TAHUN 2023
PETANG INI JAM 5
GUA PERGI MERAYAU
DI BAZAAR RAMADAN
BANGSAR UTAMA
SAJE NAK TENGOK
NAK NENGOK APA YANG SPESIAL
BANYAK GERAI DAH TUTUP
YANG TINGGAL MUNGKIN
TAK LEBIH DARI 10 GERAI
GAU AMBIL GAMBAR
UNTUK MERAKAM SEJARAH
BAZAR RAMADAN BANGSAR UTAMA
TAHUN 2023
GUA LIHAT ADA
ROTI JON 8 RM SEBUNGKUS
ADA NASI AYAM 8 RM SEBUNGKUS
ADA POPIAH
ADA SAMOZA
ADA KARIPAP
GI GERAI MURTABAK
ADA KAKAK MENJUAL
GUA CAKAP GUA TAKDA DUIT
MINTA KEBENARN
NAK AMBIL GAMBAR
SUDAH SELESAI MERAYAU
GUA NAK PULANG
TERTIBA KAKAK MURTABAK
DATANG DENGAN SEBUNGKUS
MURABAK
' SEDEKAH'
SAMBIL SANG KAKAK
MENYORONGKAN
SEBUNGKUS MURTABAK
PADA GUA
BAYANGKAN HATI GUA
BERKECAI GEMBIRA
DI AKHIR RAMADAN
GUA DAPAT BERJUMPA
ORANG BAIK HATI SEPERTI
KAKAK INI
TIDAK CUKUP
TERIMA KASIH
YANG GUA LUAHKAN
ORANG MEMBERI
KITA MERASA
JIKA ADA INGATAN KEKAL
UNTUK RAMADAN TAHUN INI
PASTILAH
MENERIMA SEDEKAH MURTABAK
DARI GERAI INSHA CORNER
PETANG INI
GUA BERBUKA SEPERTI BIASA
NAK MAKAN
BELUM TAHU LAGI
SELAMAT BERBUKA
AMIN
OTAK OTAK
POPIAH DAN MEE HOON
UNTUK INGTAN
BULAN PUASA 2023
MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB
MEMIKUL KAVADI
BERNAMA NAJIB
KHALAS
Unknown commented on
"MEMIKUL GEROMBOLAN !"
Jalan masing masing sudah, tak payah sibuk nak kahwin paksa, semua begitu, tidur sekali pun boleh bawa cerai, sudah biasa saja, tanpa gerombolon pun kerajaan masih kuat woit, jangan lupa kah kah kah asal Sabah Sarawak ada sokong sudah baru ada akal, ITU lah bila ada kuasa bawa keluar keris parang semua sampai lingkup, mana Kes Hisapudi , kenapa tak dakwa lagi? Kah kah kah semua senyap pasal pembelot kah kah kah susah bagi makan biawak hidup dia nak makan bangkai jugak woit kah kah kah
Unknown commented on
"MEMIKUL GEROMBOLAN !"
Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack Obama pada 2012.
Kah kah kah duit negara nak bergambar sebab ada pemimpin bodoh mudah kena tipu lepas siapa bayar hutang? Rakyat lah kah kah kah gambar saja
CHINA MERAH BUKA BALAI POLIS
CHINA MERAH
BUKA BALAI POLIS
DI SELURUH DUNIA
AMIN
DI MALAYSIA
KETUA BALAI
BERNAMA NAJIB
KHALAS
MENENGOK ANAK BULAN
MENENGOK
ANAK BULAN
Bila bulan Ramadan bermula penganut Islam akan berpuasa. Bila bulan Syawal bermula tanda kita berhari raya. Bila dua detik ini sampai kita akan mula sibuk membincangkan bila anak bulan akan ditengok. Menengok anak bulan ini telah menjadi sebahagian dari budaya kita.
Anak bulan muncul menandakan bulan bertukar. Dari bulan Ramadan masuk ke bulan Syawal.
Menengok anak bulan ini mengembalikan ke zaman aku mula dididik oleh alam sekeliling untuk belajar menghayati Islam Budaya.
Hari ini aku telah menjadi penganut Islam Budaya yang tegar. Menengok anak bulan ini menjadi ciri Islam Budaya. Budaya yang aku maksudkan ini budaya Melayu bukan budaya Arab. Islam Budaya ialah Islam Budaya Melayu bukan Islam Budaya Arab.
Zaman aku membesar tidak adalah hari yang paling di nanti melainkan Hari Raya. Ini adalah hari pesta-pestan yang ditunggu dengan sabar.
Bila akan sampai masa untuk berpesta ini semuanya bermula dengan melihat anak bulan. Ketika membesar aku tidak faham pun bagaimana cara melihat anak bulan itu. Malah hingga ke hari ini aku masih lagi bebal dalam hal ini.
Arwah Emak aku seorang guru pernah bersurah bagaimana akan ada Pak Lebai dan Pak Haji akan pergi ke Telok Kemang Port Dickson untuk meneropong anak bulan. Di katakan cahaya anak bulan ini akan melintas beberapa saat dalam bayangan air laut. Jika terlihat maka puasa akan bermula hari esoknya.
Ini ilmu pengetahuan yang aku terima ketika aku membesar.
Untuk aku melihat , menanti, menunggu apakah anak bulan akan muncul menjadikan aku penuh saspens dengan debaran.
Hati berdebar menunggu bukan kerana aku hendak berpuasa. Tidak.
Aku menunggu berita anak bulan dan bila mula berpuasa kerana ini menjadi tarikh permulaan sebulan yang penuh dengan makanan yang enak. Bulan puasa bulan dimana orang dewasa berlapar di siang hari dan satu keluarga menjamu selera bila mata hari terbenam.
Segala jenis kuih muih akan muncul. Segala lepat dan pengat akan di hidangkan. Janda Pulang dan Puteri Mandi akan hadir kembali. Kuih Kelepung gula kabung menjadi tarikan.
Di rumah aku gulai ikan sawah akan menjadi hidangan istimewa. Paling istimewa jika gulai umbut kelapa atau umbut bayas datang menjelma, Hakikatnya sebulan Ramadan adalah sebulan kami kanak-kanak akan berpesta.
Puasa ?
Aku tidak berpuasa di zaman kanak-kanak. Di zaman itu ada pantun seloka untuk kanak-kanak menyambut bulan puasa. Setiap kali di tanya oleh orang dewasa apakah aku berpuasa maka jawapan:
Puasa mesti puasa
Puasa yang yuk
Pagi pagi buka periuk.
Aku masih ingat lagi ketika aku membesar di kampung Tengkek kami tidak ada jam dan radio. Aku menunggu hari petang. Menunggu matahari turun untuk berbuka puasa.
Di kampung tanda berbuka puasa bila bunyi beduk masjid kedengaran di pukul.
Untuk kampung aku kami mendengar beduk dari Masjid Majau. Beduk masjid ini macam rebana. Kayu balak yang telah di di kelompongkan isi dalamnya dan ditutup dengan kulit lembut. Bila diketuk bunyinya bergenaung ke seluruh kampung.
‘ Wan dah boleh berbuka atau belum....’ Aku melaung bertanya pada Wan Rahmah yang amalan agamanya tidak pernah tinggal.
‘ Tengok bulu roma.... kalau tak nampak baru boleh berbuka....’ Wan Rahmah aku memberi fatwa.
Bila aku melihat bulu roma di lengan aku matahari dah condong tapi belum gelap. Aku masih dapat melihat bulu roma di lengan aku.
‘ Wan.... dah tak nampak bulu roma...’ Aku cuba membuat konspirasi agar dapat berbuka awal.
‘ Duduk bawah pokok tak achi....’ Wan Rahmah aku berfatwa lagi.
Bila keluarga kami berpindah ke Kuala Klawang Jelebu suasana berubah. Dari orang kampung kini kami menjadi orang pekan. Tetapi melihat anak bulan masih sesuatu yang akan aku beri perhatian rapi.
Di Kuala Klawang kami duduk di pinggir pekan. Daerah Jelebu ada Datuk Undang sebagai kepala adat. Di hadapan balai undang ini ada meriam.
Jadi untuk mengumumkan bila masa berbuka meriam Datuk Undang akan berbunyi. Ini hanya adat Jelebu kerana tidak mungkin seluruh Jelebu akan dapat mendengar bunyi meriam Tok Undang.
Tapi untuk aku ini adalah ciri Islam Budaya. Budaya adat istiadat Melayu yang berjumpa dengan agama Arab untuk melahirkan Islam Budaya.
Pernah satu tahun di Kuala Klawang ketika itu aku masih belum masuk ke sekolah. Petang Khamis itu aku difahamkan Pak Haji dan Pak Lebai akan meneropong anak bulan di Teluk Kemang.
Untuk menyeramkan cerita pada petang itu langit mendung dan hujan renyai mula turun.
Aku memandang ke langit dan melihat awan yang makin gelap. Bayangkan betapa kecewanya hati aku. Melihat cuaca di Jelebu aku merasa cuaca yang sama juga terjadi di Teluk Kemang.
Ketika kami berbuka aku terus memasang telinga untuk mendengar Warta Berita dari Radio Malaya.
Aku nak tahu Hari Raya jatuh pada hari Jumaat atau hari Sabtu.
‘ Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu.... mengumumkan anak bulan tidak kelihatan di Telok Kemang...maka hari raya jatuh pada hari Sabtu....’ Juruhebah membacakan berita yang aku tunggu-tunggu.
‘ Port Dickson ujan... sini hujan...tu pasal bulan tak nampak...’ Kata-kata aku yang tidak berasakan ilmu cuaca.
Waktu bersahur juga menarik. Bersahur berpandukan kokok ayam jantan. Bila subuh nak sampai lepas tengah malam dinihari ayam di kampung akan berkokok.
Kokok ayam juga menjadi penanda waktu bila akan tamatnya waktu bersahur.
Awas ! Walau pun zaman berubah sudah ada radio dan jam tangan tapi bila hari nak raya ini masih menjadi kontroversi. Melihat anak bulan ini masih menjadi agenda utama setiap tahun.
Aku ingat lagi ada satu kali aku dengar bagaimana Perak beraya hari Jumaat manakala Negeri Sembilan beraya hari Sabtu.
Apa yang aku difahamkan perselisihan ini berlaku kerana ada yang mengikut kiraan matahari dan bulan mengikut Ilmu Falak. Untuk aku pengamal Islam Budaya aku setia mengikut Mohor Besar Raja-Raja Melayu.
Sekarang di zaman Internet masih ada lagi kontroversi tentang bila tarikh hari raya. Kalau dulu yang aku dengar hanya Perak raya awal dari Negeri Sembilan. Kali ini dari Internet aku juga boleh membaca tahun lalu Indonesia dan Arab Saudi beraya lebih awal dari kita di Malaysia.
Internet telah memungkin kan kita mengetahui apa yang sedang berlaku ratusan ribu batu dari kampung kita.
Teknologi dan modeniti telah juga mengubah dan menambah ciri-ciri baru Islam Budaya.
Di Jelebu tidak perlu lagi meriam Tok Undang. Azan masjid berkumandang menandakan bila masuk waktu berbuka puasa. Saat dan waktu dijaga oleh arloji dalam poket sendiri. Talipon bimbit akan memberikan waktu yang tepat.
Teknologi telah membolehkan kita mengetahui jam berapa kita wajib berhenti makan sesudah bersahur.
Teknologi juga memberikan kita peluang untuk melihat bagaimana warga di Beirut atau di Karachi berbuka.
Budaya berpuasa dan beraya juga ada penambahan. Dari budaya Ang Pau China bersampul merah kita alihkan dengan Duit Raya bersampul hijau. Ini penambahan ciri Islam Budaya yang tidak ada dalam Quran atau Hadis. Ini budaya Melayu Islam.
Dulu tidak ada Bazar Ramadan, tidak ada Bufet Berbuka di Hotel. Kini ciri dan pola budaya berpuasa kita menjadi lebih kosmopolitan. Kuasa pasaran memunculkan ciri budaya baru.
Hari ini mungkin amat susah untuk ditemui gulai umbut bayas atau Janda Pulang tetapi berbuka puasa tahun 2023 ini boleh disulam dengan Takoyaki masakan Jepun atau Kimchi sambal pedas dari Korea.
Aku sebagai penganut Islam Budaya merayakan semua yang baru ini. Dalam merayakan yang baru kita jangan lupa pada asas budaya menengok anak bulan di Teluk Kemang.
Aku tidak ada masalah tarikh puasa dan raya tidak pernah ditentukan. Untuk aku hari raya tahun ini Jumaat atau Sabtu bukan satu masalah. Ini tanda kita masih merayakan budaya tengok anak bulan. Telok Kemang Port Dickson masih lagi menjadi tanda Islam Budaya. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALASIA NOW.COM
menengok-anak-bulan
DAN
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/438622
MEMIKUL GEROMBOLAN !
Permintaan Umno untuk 10 kerusi di Selangor sangat tidak mungkin, kata sumber PKR
PERMINTAAN Umno untuk bertanding 10 kerusi dalam pilihan raya negeri Selangor akan datang dilihat sangat tidak mungkin, kata seorang pemimpin peringkat tinggi PKR.
Sumber itu berkata selain lima kerusi yang akan dipertahankan Umno, parti Barisan Nasional (BN) mahu tambahan lima kerusi.
Perkara ini dibangkitkan semasa rundingan awal kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH).
“Umno tidak akan dapat semua kerusi yang diminta.
“Paling banyak PH akan berkompromi, ialah tujuh,” kata sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.
Minggu lalu, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.
Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.
Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6).
BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.
Sumber itu tidak mendedahkan kerusi tambahan yang diminta Umno, mendakwa ia hanya permintaan awal mereka dalam perbincangan awal.
“Tiada apa-apa yang disahkan sekarang tetapi keputusan akan dibuat selepas Hari Raya,” tambahnya.
Pada Selasa, Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata keputusan rundingan kerusi PH dan BN bagi enam pilihan raya negeri akan diumumkan selepas Raya atau akhir Mei.
Sumber itu juga berkata parti komponen BN MCA dan MIC juga akan dipertimbangkan untuk kerusi tertentu tetapi menambah ia masih belum dimuktamadkan.
Sementara itu, sumber itu berkata, Parti Muda, mungkin tidak akan mendapat sebarang kerusi di Selangor.
“Kemungkinan besar Muda mungkin tidak mendapat sebarang kerusi di Selangor.
“Mereka nampaknya tidak mendapat sokongan di lapangan. Sokongan mereka pada dasarnya adalah dari media sosial.
“Mereka mungkin diberi kerusi di tempat lain,” tambah sumber itu.
Hubungan berterusan antara Muda yang dipengerusikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan PH nampaknya tidak berjalan lancar.
Muda masih belum dimasukkan ke dalam gabungan PH walaupun telah menghantar permohonan rasmi.
Saifuddin, yang juga menteri dalam negeri, berkata beliau masih belum membaca surat yang dihantar Muda kerana sibuk dengan tugasnya sebagai menteri.
Muda diketepikan daripada kedua-dua mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, Saifuddin mengakui parti politik yang mengutamakan belia itu adalah sebahagian daripada kerajaan seperti yang termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) kerajaan perpaduan. – 19 April, 2023.
MEMIKUL KAVADI
AMAT BERAT
AMIN
INI MEMIKUL
GEROMBOLAN
AKAN MEROSAK
SOKONGAN RAKYAT
PADA PAKATAN
AMIN
KAVADI INI LEBIH
BERAT DARI MEMIKUL
BIAWAK HIDUP
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)