REFORMASI DAN AGENDA PERUBAHAN
Pada petang 20 September - dua puluh tahun dahulu saya tahu dimana saya berada. Pada petang Ahad itu - dalam jam 4.30 - saya berada di wilayah Masjid Negara. Saya bersama lebih dari 50,000 anak semua bangsa menunjukkan setia kawan kepada Anwar Ibrahim yang telah dituduh meliwat.
Anwar Ibrahim membuat labon ceramahnya di anjung Masjid Negara. Anwar mempertahankan dirinya dari tuduhan liwat. Menuduh musuh politik dan Mahathir Muhamad yang membuat fitnah. Di anjung Masjid Negara Anwar melaungkan - reformasi. Anwar melaungkan lawan tetap lawan.
Anwar Ibrahim timbalan Presiden United Malays National Organistion telah dilucutkan dari partinya. Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan telah diberhentikan dari jawatan kerajaan pada 2 September 1998. Anwar dikatakan telah meliwat adik angkatnya Sukma Dermawan. Anwar juga dituduh meliwat pemandu kereta keluarganya yang bernama Azizan Abu Bakar.
Justeru - tahun 1998 dinobatkan sebagai Tahun Meliwat Malaysia. Kes Anwar ini telah menjadikan perkataan - LIWAT - satu perkataan yang paling pop hingga ke hari ini.
Liwat terus menjadi berahi seksual terlarang. Walhal dari kajian bentuk hubungan seksual ini bukan satu yang asing dalam mana-mana budaya bangsa - termasuk budaya Bani Melayu. Sama ada homoseksual mau pun hetroseksual liwat wujud sebagai bentuk nikamat seksual. Liwat menjadi nikmat seksual yang gelap lagi digelapkan.
Terima kaseh kepada Mahathir. Terima kaseh kepada Anwar. Dua sosok ini telah berjaya mengetengah perkataan liwat. Dari yang tak tahu kini satu Malaysia telah tahu. Dan ramai pula yang ingin mencuba. Amin
Malam 20 September Anwar ditangkap. Pada malam itu juga anak-anak muda yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim telah bertindak. Anak anak muda yang tidak mengenal siapa Anwar Ibrahim sebenarnya telah sepontan terjerut untuk turun ke jalan raya.
Mahathir Muhamad yang menuduh Anwar sebagi peliwat telah ditakrif sebagai Mahafiraun. Mahathir dilihat sebagai telah menzalimi Anwar.
Pada malam 20 September 1998 Anwar ditangkap. Demonstrasi jalanan bermula. Laungan reformasi kedengaran disana sini. Laungan lawan tetap lawan kedengaran disana sini. Penyokong Anwar dari dalam United Malays National Organisation juga telah keluar menentang Presiden Parti mereka Mahathir Muhamad.
Harus saya terangkan disini. Ramai yang membuat salah bacaan. Ramai yang menganggap reformasi itu demonstrasi dan demonstrasi itu reformasi. Ini salah. Demonstrasi itu ialah manifestasi reformasi.
Reformasi itu ialah tuntutan anak semua bangsa untuk melahirkan Malaysia yang lebih adil dan demokratik. Berjuang untuk melahirkan Malaysia tanpa rasuah. Berjuang untuk meghapuskan nepostisma. Berjuang untuk membasmi budaya feudal yang memenjarakan fikrah Bani Melayu. Berjuang untuk membebaskan fikrah Bani Melayu dari terus terjerumus dalam padang pasir Arab.
Justeru ajenda reform - ajenda perubahan yang awal ialah membuka ruang demokrasi.
Wajib saya terangkan secara tuntas disini. Ajenda perubahan ini TIDAK bermula pada 2 atau 20 September 1998. Tuntutan ajenda perubahan bermula pada jam 12.01 - malam 31 Ogos 1957. Pada malam itu secara resmi kuasa kolonial Inggeris telah memberi kuasa memerintah Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation.
Pada malam 31 Ogos 1957 ini juga anak semua bangsa telah meneruskan perjuangan anti British kepada anti United Malaya National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini adalah parti anak didik dan boneka Inggeris.
Parti Komunis Malaya dan jaringannya semenjak 1948 telah mengangkat senjata melawan Inggeris kini meneruskan perang kolonial untuk melawan parti United Malays National Organisation.
PMIP - Pan Malayan Islamic Party - nama asal Parti Islam PAS - terus menentang kerajaan United Malaya National Organisation . Parti Rakyat dan Parti Buruh - dua parti kiri yang amat tersusun dan kompak telah memberi perlawanan yang hebat kepada Parti Ketuanan Melayu
Tiga tahun kemudian - 1960 - United Malays National Organisation telah memperkenlakan ISA atau Akta Keselaman Dalam Negeri. ISA ialah akta penjara tanpa bicara. ISA membuktikan bahawa tuntutan ajenda perubahan dari anak semua bangsa diteruskaan.
Pada tahun 1964 - sekali penjajah Inggeris menjalankan jarum. Kali ini dengan penubuhan Malaysia. Ramai yang menentang. Ramai yang dimasukkan kedalam penjara melalui ISA.
Pada tahun 1974 - kaum tani miskin di Baling Kedah bangun melawan. Gerakan tani ini mendapat sokongan kaum pelajar. Ramai di ISAkan. Kemudian berlaku tunjuk perasaan kaum tani - juga di Kedah - mereka menuntut harga padi yang masuk akal.
Semua ini adalah contoh perjuangan anak semua bangsa dan bangsa semua agama menuntut dilakukan reformasi. Semua menuntut diadakan reform ajenda.
Gerakan REFORMASI98 itu adalah sambungan dari semua gerakan yang menuntut memerdekkan Tanah Melayu yang bermula pada 31 Ogos 1957.
Pada 9 Mei 2018 - anak semua bangsa telah berjaya menendang Najib dan United Malays National Organisation dari berkuasa. Ini detik dan tanda permulaan terbukanya ruang demokrasi.
Dengan wujudnya ruang demokrasi ini maka berkemungkinan dijalankan ajenda perubahan. Ajenda perubahan yang telah mengeram lama ini boleh menetas. Ajenda perubahan ini bukan peralihan sosok - dari Najib kepada Mahathir. Bukan perubahan daging dan tubuh badan.
Siapa jadi Perdana Menteri bukan ajenda fudumental. Mahathir ke , Azmin ke , Mat Sabu ke atau Anwar menjadi PM bukan isunya. Ini tidak penting. Ini ajenda kulitan.
Apa yag penting dalam ajenda perubahan ialah perubahan struktural. Perubahan lembaga-lembaga daulah. Pendemokrasian jentera kerajaan. Pendemokrasian kaki tangan kerajaan.
Ajenda perubahan yang bersandarkan perubahan struktural akan menjamin kesejahteraan. Tanpa perubahan struktural maka kemenangan 9 Mei ini berkemungkinan lenyap.
Saygia dingatkan - saksikan apa yang terjadi kepada Pilipina. Rakyat Pilipan telah berjuangan ke jalan raya dengan - peoples power. Mereka berjaya menghalau Marcos. Tapi hari ini yang lahir ialah Duterte - pembunuh berlesen.
Awas dan waspada. Tanah Melayu dan Malaysia juga memiliki benih-benih Duterte. Anak semua bangsa wajib sedar bahawa ajenda perubahan yang paling utuh ialah keberanian anak semua bangsa bangun bersuara dan bertindak. Jika bersuara dan bertindak telah menjadi budaya kita maka ajenda perubahan boleh dituntaskan. Anak semua bangsa bukan hanya berlabun di Face Book atau Tweeter atau Wataps.
Jika anak semua bangsa berani bersuara da bertindak maka tukang karut dan kaki labon dapat dibogelkan. Anak semua bangsa wajib memiliki minda yang kritikal. Kelentong dan lebong Mat Songel yang terbonggeng apabila anak semua bangsa mula berani berfikr.
Berfikir secara kritikal adalah kunci ajenda perubahan. Hanya dengan memiliki fikrah yang kritikal baru kita tahu dan sedar siapa sebanrnya peliwat dan siapa sebenarnya kaki lebong. Amin. (tt)
--------------------