Khamis, 16 Jun 2022
TUBUH SYARIKAT UNTUK TERIMA DUIT CURI
Syarikat seleweng duit dari 1MDB bubar selepas terima dana, mahkamah diberitahu
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua syarikat palsu yang didakwa menyedut kira-kira AS$1.83 bilion (RM5.5 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 dan 2011 dibubarkan hampir empat tahun selepas menerima dana tersebut.
Kedua-dua syarikat itu ialah Good Star Limited dan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Penasihat dasar undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Mohamed Fairudz Hanif ketika memberi keterangan, memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Seychelles Financial Service Authority (Seychelles FSA), Good Star Limited telah dibubarkan pada 2 Mei 2014, manakala PSI dibubarkan pada 8 April 2015.
Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ke-28 berkata beliau telah mendapatkan butiran daripada Seychelles FSA selepas ia diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2018, yang mewakili kerajaan Malaysia.
“Permohonan itu dibuat bagi pihak kerajaan Malaysia selaras dengan permintaan SPRM.
“E-mel oleh SPRM meminta bantuan LFSA dalam mendapatkan maklumat dari negara pesisir bagi kes 1MDB. Negara-negara tersebut ialah British Virgin Island, Seychelles, Caracao dan Pulau Cayman,” kata saksi itu semasa membaca kenyataannya.
Beliau berkata SPRM khususnya mahukan butiran mengenai Good Star Limited dan PSI.
Sebelum ini penyiasat mendedahkan bahawa Good Star Limited dikawal oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, manakala warga Saudi Tarek Obaid adalah pemilik PSI.
Mohamed Fairudz berkata beliau kemudiannya menghantar e-mel seperti yang diminta oleh SPRM kepada ketua pegawai eksekutif Seychelles FSA dan juga pengurus penyeliaan pada 10 Ogos 2018.
Saksi itu berkata beliau menerima dua balasan berikutnya untuk e-mel itu, daripada Yves Finesse, pengurus penyeliaan dari Seychelles FSA.
“Pada 13 Ogos 2018, saya menerima e-mel daripada Yves Finesse, mengakui dia menerima e-mel daripada LFSA.
“Kemudian pada 10 September 2018, dia memberikan butiran syarikat berkaitan 1MDB yang berdaftar di Seychelles FSA,” katanya.
Menurut Mohamed Fairudz, jawapan daripada Yves Finesse menunjukkan kedua-dua Good Star Limited dan PSI didaftarkan di bawah alamat perniagaan yang sama.
Beliau turut mengesahkan berdasarkan dokumen yang diperolehi bahawa kedua-dua syarikat menggunakan ejen pendaftaran yang sama - Vistra (Seychelles) Limited, (Sebelum ini dikenali sebagai Offshore Incorporation (Seychelles) Limited).
Terdahulu semasa perbicaraan, saksi pendakwaan kesembilan, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Sharol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah bahawa tiada sesiapa dalam lembaga 1MDB milik kerajaan yang cuba mengesahkan pemilikan Good Star Limited selepas AS$700 juta dipindahkan ke akaunnya, selain daripada PSI.
Beliau juga berkata jumlah dana yang disuntik oleh 1MDB ke dalam PSI dan Good Star Limited ialah AS$1.83 bilion.
Transaksi itu termasuk AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada 1MDB-PetroSaudi Ltd dan AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Good Star Ltd pada 30 September 2009, yang dikatakan sebagai modal tunai untuk 40% kepentingan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International.
Pada 14 September 2010, 1MDB membayar AS$500 juta (RM2 bilion) kepada 1MDB-PetroSaudi Ltd di bawah perjanjian pembiayaan Murabaha.
Akhirnya, antara 20 Mei 2011 dan 25 Oktober 2011, empat bayaran berjumlah AS$330 juta (RM1.38 bilion) telah dipindahkan daripada 1MDB kepada Good Star Limited, kata Shahrol ketika memberi keterangan di mahkamah.
Saksi pendakwaan ke-13 perbicaraan itu, sekas pengarah 1MDB Ismee Ismail, turut memberi keterangan di mahkamah, mendakwa lembaga itu tidak menyedari dan dipindahkan kepada syarikat milik Jho Low.
Saksi pendakwaan ke-15 perbicaraan, bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh, turut memberi keterangan di mahkamah sebelum ini, berkata beliau mengesyaki pengurusan 1MDB telah memintas lembaga pengarah dan mendengar arahan daripada “peringkat lebih tinggi”, iaitu bekas perdana menteri Najib Razak dan Jho Low, yang membawa kepada penyedutan segera AS$700 juta kepada Good Star Limited.
Bakke akhirnya meletak jawatan pada Oktober 2009, dengan menyatakan alasan peletakan jawatannya adalah kerana Sharol dan pengurusan 1MDB tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah berhubung beberapa perkara.
Najib, 69, dibicarakan atas tuduhan rasuah berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB.
Beliau menghadapi 25 pertuduhan - empat kerana salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram. – Bernama, 16 Jun, 2022.
JELAS TUBUH
SYARIKAT
KHAS UNTUK
SALUR & TERIMA
DUIT CURI
AMIN
INI CARA KERJA
GEROMBOLAN
AMIN
SEMUA MENTERI
GEROMBOLAN
ADA SYARIKAT
AMIN
SEMUA MENTERI
GEROMBOLAN &
POLITIKUS ADA
TUBUH YAYASAN
AMIN
TAK CAYA TANYA
SHAHIDAN
DIA PUN YAYASAN
PAK DIA
AMIN
KHALAS
TUJUH KETURUNAN MAKAN TAK HABIS
Hampir AS$670 juta masuk akaun Najib, kata saksi kes 1MDB
HAMPIR AS$670 juta daripada seorang individu dan beberapa syarikat dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak dalam tempoh tiga tahun, kata saksi pada perbicaraan kes rasuah melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengurus Unit Swift AmBank Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kesemua wang itu melibatkan lima transaksi, dipindahkan ke akaun AmPrivate Banking yang berakhir dengan nombor “694” milik bekas perdana menteri itu.
Saksi ke-29 pendakwaan itu berkata AS$20 juta diterima daripada Putera Faisal Turki Al-Saud melalui dua transaksi pada 24 Februari 2011 dan 14 Jun 2011.
Menurut Wedani, dua lagi transaksi berjumlah AS$30 juta dipindahkan daripada Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd, iaitu syarikat milik Eric Tan). Sebanyak AS$4,999,988 dan AS$24,999,988 dipindahkan masing-masing pada 30 Oktober 2012 dan 19 November 2012, katanya kepada mahkamah.
Putera Faisal dan Eric Tan adalah sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Wedani juga memaklumkan sebanyak AS$620 juta dipindahkan daripada Tanore Finance Corp pada 22 Mac 2013.
Jelasnya, sebanyak pemindahan wang ke dalam dua akaun peribadi Najib yang berakhir dengan nombo “694” dan “800” melibatkan 12 transaksi.
Namun, disebabkan kekangan masa, Wedani hanya menyatakan lima transaksi di atas. Butiran selebihnya akan disebut semasa membacakan keterangan saksinya pada Isnin depan. – 16 Jun, 2022.
TUJUH KETURUNAN
MAKAN TAK HABIS
AMIN
HARI HARI MAKAN
DI CHEZ MAXIM
PARIS
DENGAN
DOM PERIGNON
50 TAHUN DUIT
TAK HABIS
AMIN
MAKAN
NASI KANDAR
200 TAHUN DUIT
TAK HABIS
AMIN
BERZIANA
MEMBURIT
DI JLAN PUDU
200 TAHUN
DUIT TAK HABIS
AMIN
INILAH GAYA
HIDUP
PEMIMPIN ISLAM
YANG WAJIB
DI CONTOHI
KHALAS
IMPOT TIKAR SAIS BADAK
WAJIB IMPOT
TIKAR
SIAS BADAK
KAH KAH KAH
panglimo potaseh commented on
"HARI KE 21"
Nanti 7 hb. Pihak Penjara di jangka kono tambah bajet utk makanang, bil air ontok mandi, mangkok berak dan tong berak kono tukar ..lain2 hal mcm bil. Api, sabon takyah tukar ..tapi tikar kono saiz badak. Gwa cadangkang pokojo ponjaro poey ko zoo nogaro tengok cam no orang zoo molo badak ..
ADA KOTE ?
MALAYSIA
SENTIASA
ADA KOTE..
AMIN
ToraTora commented on
"SABRI DAH BERANI
LAWAN TOWKAY"
malaysia ni kat mana² pun ada kote...ops silap kuota....ada kuota ketuanan melayu, ada kuota eeee, ada kuota tokey, kuota itu kuota ini... pukee pun ada kuota.....nak Tanya kuota kote ni natang ape ...selalu dok dengar kuota tp mcm tak pernah abih²
MUFTI KELANTAN PILIHARA ANJING
MURTAD
INI APA?
AMIN
MUFTI KELANTAN
PILIHARA ANJING
KHALAS
Unknown commented on
"RAKYAT BERSAMA TUANKU"
Woit Enche' TT, nanti sl lobai tu datang kacau lu apa macam, suruh lu kasi buang itu Ezi dan Tak Tak sebab haram bela anjing. Lobai itu nanti boleh kasi tuduh dalam nahkamah syariah Enche' TT sudah murtad, keluar dari Islam, boleh di hukum ikut undang-undang ... KAHKAHKAH ... Itu jam Enche' baru turun jalan raya ka... tosah mare.. tanya saje
HUJAH YANG MASUK AKAL
HUJAH LU
MASUK AKAL
MIN
herman adnan commented on
"RAKYAT BERSAMA TUANKU"
Jangan lupa Sham Rais!!!!! Apa Guna YANG MAHA BERKUASA cipta Neraka Jika Semua nak penuhkan Sorga????
APA MUHYIDIN AKAN BUAT ?
Sejak zaman saya, kerusi Zuraida itu kuota Bersatu – Muhyiddin
APA MUHYIDIN
AKAN BUAT
KAH KAH KAH
APAKAH HANYA
CAKAP SAJE
KAH KAH KAH
APAKAH AKAN
TEKAN SABRI 114
AMIN
SABRI 114 DAH
MULA LAWAN
TOWKAY
KAH KAH KAH
TKA IKUT JANJI
SYARATTON
AMIN
KHALAS
KAH KAH KAH
RAKYAT BERSAMA TUANKU
Pesuruhjaya PAS Selangor dipanggil menghadap sultan
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Tanpa banyak perincian Pejabat Diraja Selangor dalam satu kenyataan di Facebook berkata pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam.
Pertemuan itu dibuat selepas Ahmad pada 10 Jun lalu meminta kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan umat Islam menyertai perayaan Bon Odori yang bakal diadakan.
Ini di sebalik titah Sultan Sharafuddin kepada Jabatan Agama Islam negeri (Jais) supaya tidak menganggu festival Bon Odori yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Festival Bon Odori menjadi kontroversi selepas Menteri Hal EHwal Agama Idris Ahmad tidak menggalakkan umat Islam menyertai acara tahunan itu yang didakwanya “dipengaruhi oleh unsur agama lain” menurut penyelidikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Festival itu yang akan dianjurkan pada 16 Julai di Kompleks Sukan Shah Alam itu sudah dianjurkan selama 40 tahun sebagai acara sosial untuk masyarakat dan syarikat Jepun bagi memupuk semangat muhibah.
Dalam satu kenyataan minggu lepas Sultan Sharafuddin yang menghadiri festival itu pada 2016 bersama Duta Jepun ke Malaysia ketika itu bertitah baginda mendapati sambutan itu tidak termasuk unsur keagamaan atau ritual.
Baginda turut mencadangkan kepada menteri agama untuk menghadiri majlis itu sendiri dan membezakan antara budaya dan agama.
Sultan Selangor bertitah Festival Bon Odori adalah acara kebudayaan yang diadakan di Selangor untuk membina hubungan antara rakyat Malaysia dan minoriti Jepun. – 15 Jun, 2022.
WOIT
ISLAM NI
JANJIKAN
KITA SYURGA
DAN
DAPAT BIDADARI
KAH KAH KAH
KALAU TAK
NAK MASUK
SYURGA DAN
TAK NAK BIDADARI
TAK BOLEH KE?
AMIN
SAJA TANYA
JANGAN MARAH
KERNA MACAM
DI PAKSA PAKSA
KAH KAH KAH
KHALAS
SABRI 114 TAK PERLU RISAU
Bersatu tidak bincang kedudukan Ismail Sabri 114 sebagai PM
IPOH – Tiada perbincangan berkaitan kedudukani Ismail Sabri Yaakob 114 sebagai Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Rabu lepas.
Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu hanya membincangkan mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan masalah dihadapi rakyat pada masa ini.
“Tidak ada bincang kedudukan Perdana Menteri. Kami menyokong Perdana Menteri sedia ada dan mahu kerajaan yang stabil supaya boleh fokus masalah rakyat dan bukannya masalah peribadi politik.
WOIT
SABRI 114
TAK PERLU
RISAU
KAH KAH KAH
TAKDA SAPA
NAK KACAU
AMIN
WOIT
TAPI PASAI
APA BERITA NAFI
INI MUNCUL ?
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
SAPA KONTROL SEVER AKAN KONTROL JUMLAH UNDI
SAPA KONTROL
SEVER AKAN
KONTROL
JUMLAH UNDI
KHALAS
Unknown commented on
"HARI HARI AKHIR SAEKOR ???
SAEKOR APA ?"
Tepat! Siapa kontrol sever, kontrol undi. Ini prinsip odit dalaman #101 yang diajar penggal pertama, tahun pertama di universiti. Kenapa PKR tak faham? Kalau ini pun tak faham, nak jadi abang sulung Pakatan Harapan? Masalah parti sendiri pun tak tahu ramal dan selesai, nak tadbir 30 juta rakyat Malaysia? Yang lebih pelik, DAP dan Amanah masih anggap PKR abang sulung Pakatan Harapan; Anwar masih calon perdana menteri!!! TT tanya, "Saekor apa?" ... Saekor Pakatan Harapan, ... bukan PKR.
GUA AKAN DATANG
NANTI GUA
DATANG
AMIN
Unknown commented on
"SOKONG
SOKONG SOKONG"
Sham rais.. hang xsampai lg tempat depa ni. Aku bukan suka sgt kerajaan negeri ni tapi aku cdangkan hg pi kt depa dlu tgok. Hg duduk semalam tgok apa jd. Depa buat mcm tempat tu hak persindirian depa. Buat chalet pastu katup laluan org nk pi pntai. Parking depa claim depa punya. Kalau satu negara lagu ni baik kita xpyh ada sistem.
Langgan:
Catatan (Atom)