SIAPA DIA ORANG INI ?

DARI ARKIB UTUSAN MALAYSIA 14.2.2004
“JELEBU 13 Feb. - Sebanyak 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, kini memasuki peringkat akhir siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
“Menurutnya, apabila prosedur akhir pengumpulan bukti oleh Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah selesai sepenuhnya, mereka ini akan dihadapkan ke mahkamah.
“Bagaimanapun Rais enggan mendedahkan mereka yang dikatakan sedang disiasat itu.
“’Saya cuma boleh katakan bahawa mereka ini mempunyai reputasi kepentingan awam yang tinggi, profil yang tinggi dan mempunyai nilai tanggungjawab yang berada pada strata teratas.
“’Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada 18 kes itu mempunyai beberapa masalah dari segi pengumpulan bukti-bukti kukuh bagi menyokong siasatan dan dakwaan,' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Ulu Lakai, di sini hari ini.”
KES RASUAH 18 INDIVIDU BERPROFIL TINGGI – parlimen
Jawapan yang diberikan oleh Menteri tersebut telah menimbulkan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang meminta penjelasan mengapa kerajaan Perdana Menteri sehingga kini masih gagal untuk mendakwa 18 kes rasuah berprofil tinggi manakala golongan bawahan yang melakukan kesalahan tersebut akan terus didakwa sedangkan Kerajaan telah meletakkan prinsip ‘zero tolerance for corruption’ di samping meletakkan usaha memerangi rasuah sebagai ‘top most priority’. Menurut Kit Siang lagi, golongan yang berprofil tinggi masih bebas tanpa dikenakan sebarang bentuk pendakwaan.








