Isnin, 29 Mei 2023

ZAHID TERLIBAT KES KAPAL LCS ?



MAMAT NI

TAK FAHAM

AMIN

JIKA ZAHID LETAK

JAWATAN MAKA

KERAJAAN INI

AKAN RUNTUH

AMIN 

HARGA IKAN

DI PASAR CHOW KIT

AKAN NAIK

AMIN

KHALAS

KJ SAMAN AMAL


KJ SAMAN JAMAL

AMIN

SAPA AKAN JADI

LOKMAN ADAM

AMIN

MASUK ISLAM NAK NAIK PANGKAT


AGC perlu lebih masa teliti representasi kedua Irwan Siregar


JABATAN Peguam Negara (AGC) memerlukan lebih masa untuk memutuskan representasi dikemukakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung tuduhan pecah amanah dihadapinya bersama Najib Razak.

Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin ia adalah arahan daripada Peguam Negara Idrus Harun untuk memohon satu lagi tarikh pengurusan kes.

“Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representasi kerana kes ini membabitkan jumlah yang besar iaitu RM6 bilion. Kalau boleh kami mohon satu tarikh pada September,” katanya.


Permohonan pendakwaan itu tidak dibantah peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bagaimanapun peguam N Kumaraendran bagi pihak Mohd Irwan memohon tarikh lebih awal iaitu pada Julai dengan alasan pertuduhan ke atas anak guamnya sudah ‘tergantung’ selama lima tahun.

“Pertuduhan ini menghantui anak guam saya selama lima tahun. Beliau didakwa pada 2018 dan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 2019. Kemudian pelbagai tarikh ditetapkan untuk pendengaran dan atas pelbagai sebab, tarikh dilapangkan.

“Perkara ini kemudian ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 3 April dan pihak pendakwaan memberi alasan untuk melapangkan tarikh perbicaraan dengan memberi sebab AG perlu mempertimbangkan representasi itu. September terlalu lama untuk tarikh sebutan… Tarikh (sebutan) yang singkat iaitu dua bulan (pada Julai) sepatutnya memadai untuk memberi tekanan terhadap mereka (pendakwaan) untuk mendapatkan keputusan awal,” kata Kumaraendran.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos bagi tarikh pengurusan kes bagi pendakwaan memaklumkan status representasi.

Najib mengemukakan representasinya dua tahun lalu tetapi ditolak manakala representasi dihantar oleh Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab oleh AGC, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representasi baharu pada Mac lalu.

Pada 24 Oktober 2018, Najib, 69, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, bagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta dihadapi Najib, Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy hari ini menetapkan 18 Ogos untuk pengurusan kes.

Tarikh itu ditetapkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom untuk diterima masuk sebagai peguam bagi mewakili Najib dalam perbicaraan kes SRC International akan didengar pada 10 Ogos di Mahkamah Persekutuan.

“Yang Arif, permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International di Mahkamah Persekutuan sudah selesai. Namun, pendengaran rayuan Laidlaw ditetapkan pada 10 Ogos. Sehubungan itu, saya memohon satu lagi tarikh bagi memaklumkan status kes kepada mahkamah ini,” katanya.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama, 29 Mei, 2023.

AWAS

ORANG ORANG

TUKAR AGAMA

AMIN

NAK JADI ISLAM

NAK JADI MELAYU

NAK MASUK MCKK

NAK DAPAT STATUS

BUMIPUTERA

NAK NAIK PANGKAT

AMIN

DALAM POLITIK

PEKAUMAN

DI MALAYSIA

MAKA JADI MELAYU

DG LESEN JUBAH 

TOK ARAB BOLEH

 NAIK PANGKAT

AMIN

TAPI BOCOR

KULIT TETAP LEGAM

NAMA BIN ABDULLAH

KAH KAH KAH

KHALAS

SERAMPANG DUA MATA


Kes rasuah Adam Radlan dipindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

DUA kes rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke dua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali supaya pertuduhan menerima rasuah RM2 juta yang dihadapi tertuduh dipindahkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama satu lagi pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.

Terdahulu, Siti Amirah berkata Adam Radlan yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut didakwa atas satu pertuduhan menerima rasuah RM2 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan hakim membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Tertuduh juga didakwa meminta rasuah RM2 juta di mahkamah ini. Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon agar kedua-dua kes ini dibicarakan bersama.

“Kami menyerahkan sebahagian dokumen kes itu kepada pihak pembelaan. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk serahan baki dokumen,” katanya.

Azura menetapkan 14 Julai untuk sebutan kes bagi serahan baki dokumen itu.

Sementara itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat memaklumkan kes menerima rasuah RM2.1 juta yang dihadapi Adam Radlan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Natrah Fareha kemudian memohon supaya pertuduhan itu dibacakan kepada Adam Radlan dan ahli perniagaan itu mengaku tidak bersalah dan memohon kes dibicarakan.

“Kami mohon mahkamah mengguna pakai jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini dan mohon sebutan kes pada 14 Julai,” kata Natrah Fareha.

Peguam Rajan Navaratnam mewakili Adam Radlan tidak membantah tarikh sebutan kes itu.

Siti Aminah membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengguna pakai jaminan itu dan menetapkan sebutan kes pada 14 Julai. – Bernama, 29 Mei, 2023.

KES MACAM

INI SERAMPANG

DUA MATA

AMIN

PERTAMA LAWAN

RASUAH

AMIN

KEDUA NAK BAGI

TAKUT

HAMZAH AZMIN

MUHYIDIN HADI

TAKI 

JANGAN NAK

CUBA CUBA

JATUHKAN ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

KAPAL PESISIR SAPA TERLIBAT ?


Banyak persoalan berkait projek LCS belum terjawab, kata TI-M

KERAJAAN mesti telus menjelaskan masalah membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), kata badan pemantau antirasuah Transparency International-Malaysia (TI-M).

Sehingga kini banyak persoalan mengenai pemberian kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) masih belum terjawab, justeru keraaan perlu menyahklasifikasi Laporan Penyiasatan Perolehan dan Kewangan dibuat di bawah ketua audit negara ketika itu Ambrin Buang, kata Presiden TI-M Muhammad Mohan.

“Kerajaan tidak seharusnya berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi atau ‘Keselamatan Negara’ sekiranya rasuah dan salah guna kuasa dikesan.

“(Perdana Menteri) Anwar Ibrahim berkali-kali menyatakan komitmen tegas beliau untuk memerangi rasuah dan menambah baik amalan tadbir urus dan integriti dalam sektor awam. 

“Memastikan projek LCS tidak terbengkalai adalah penting. Memastikan mereka yang bertanggungjawab untuk projek bermasalah ini dan mengenakan tindakan ke atas mereka juga adalah penting,” kata Muhammad Mohan dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, antara isu mengenai tadbir urus dan ketelusan berkaitan projek LCS yang masih tidak terjawab adalah:
 
• Apakah rasional pemberian kepada BNS pada tahun 2011 melalui rundingan terus?

• Adakah bendera merah dinaikkan apabila BNS mula-mula menunjukkan ketidakupayaannya untuk menyampaikan LCS mengikut bajet?

• Apakah tindakan yang diambil untuk menangani bendera merah ini?

• Siapa yang bertanggungjawab untuk meluluskan perubahan kepada spesifikasi reka bentuk daripada LCS pilihan TLDM?

• Adakah terdapat sogokan yang disyaki dalam cara rundingan kontrak dilakukan dan harga kontrak akhir ditentukan? 

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Menteri Pertahanan Mohamad Hasan pada 26 Mei lalu mengumumkan Kementerian Kewangan menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan LCS iaitu BNS sebagai anak syarikat kementerian itu.

Pelaksanaan projek LCS bagaimanapun tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek yang dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha perbendaharaan dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Meskipun rasional keputusan yang dibuat memandangkan RM6.083 billion wang pembayar cukai telah pun dibayar diterima pakai, namun semakan yang dibuat berkaitan status projek ini mendapati terdapat beberapa hasil keputusan yang tidak memuaskan, kata badan pemantau antirasuah itu.

“Kapal pertama telah dijadualkan untuk dihantar pada April 2019 – selepas empat tahun, tiada satu kapal pun yang diterima.

“Projek yang menelan belanja sebanyak RM9 bilion telah meningkat kepada RM11.2 billion. Kini, TLDM hanya akan menerima lima kapal LCS berbanding rundingan awal sebanyak enam kapal, katanya. – 29 Mei 2023. 

APAKAH ZAHID

TERLIBAT MASA DIA

JADI MENTERI 

PERTAHANAN ?

AMIN

KALAU HISHAM H20

SAJA SEMUA BERES

DIA BOLEH IKUT

SEPUPU KE KAJANG

AMIN

KALAU ZAHID

TERLIBAT MUSTAHIL

SPRM AKAN MASUK

AMIN

NANTI RUNTUH

KERAJAAN

AMIN

KHALAS

EXCO KELANTAN MESYUARAT DI KL


EXCO KELANTAN

MESYUARAT DI KL

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"MAKNA BERITA TANGKAPAN"
kalo KL pun bikin hudud, kat mana lagi warga pantai timur mahu bikin taik.susah jadi bani melayu islam.gua teringat exco kelantan bikin bermesyuarat di kuala lumpur kota noda dan dosa..


DAPUR JALANAN DAH 10 TAHUN


DAPUR JALANAN

DAH 10 TAHUN

AMIN


Unknown commented on
 "DAPUR KENDURI RAYA"

wow..dah lama tak dengar berita dapur jalanan. makanan hak asasi manusia. suatu ketika dulu dihalang oleh tengku celup, ku nan..ketika ini zikir dap belum turun dari luh mamposs..

DUNIA KITA HARI INI


DUNIA KITA

HARI INI

KHALAS



CERDAS BUATAN LEBIH BIJAK DARI MANUSIA ?


CERDAS BUATAN

LEBIH BIJAK 

DARI MANUSIA ?

KHALAS?

DAPUR KENDURI RAYA


DAPUR JALANAN

KENDURI RAYA 

SABTU 27/5/23



TAMU YANG 
DI JEMPUT DATANG


WARGA MISKIN KOTA
MENJADI TAMU MENIKAMTI
LEMANG RENDANG NASI IMPIT
KUIH MUIH
WARAG MISKIN KOTA
DI RAYAKAN

ADIK MAIN KOMPANG
SAMBUT 
WARGA MISKIN KOTA

TARIAN SINGA
MENGHIBUR
 PARA TAMU JEMPUTAN 
WARGA MISKIN KOTA

TARIAN BHANGRA
JADI TARIKAN HEBAT

PARA  TAMU 
MEMENUHI JALAN PANGGUNG

MAT SABU 
TIAN CHUA & JAMALIAH
BERSAMA 
MERAYAKAN 
WARGA MISKIN KOTA

ADIK DAH LETIH
 MAIN KOMPANG
MAIN BUNGA API PULAK

MALAM SAMPAI
JOGET LAMBAK BERMULA

GAMBAR KENANGAN
ORANG PENANGGAH
DAN SEMUA YANG MEMBANTU
 MENJAYAKAN
HARI RAYA WARGA MISKIN KOTA

TERIMA KASIH
DAPUR JALANAN
TAHUN DEPAN
JUMPA LAGI
AMIN

LEBONG CROWLEY & LEBONG TOK ARAB


LEBONG CROWLEY

LEBONG TOK ARAB

ADALAH SAMA

AMIN

Unknown commented on
 "AFIDAVIT GONCANG AKIDAH"

Bodo le hang TT,hang nak hidup ikut Kitab Alistair Crowley lu punyer suke la. Tp bila lu plak nganjingbkutuk org yg nak idiot ikut Kitab Islam,tu lu sudah bikin silap.u silap ingat Kita nie boleh duduk diam je lu punyer mulut lu punyer giler.giler kami nak letak Mana??? Hippie tua bodoh lu nie. Mana zmn dah lu nie, generasi lu byk yg dah mati dah pun.

TANGKAP ICE CREAM !!!


APAKAH KDN

AKAN TANGKAP

ICE CREAM INI ?

AMIN

Unknown commented on
 "INFLASI KITA"

Ada bahaya lebih besar lagi TT, ada ice cream warna pelangi berkeliaran, sila maklum pihak berkuasa supaya boleh diserbu rampas tangkap penjual ice cream paddle sekarang jugak, ini lebih bahaya supaya masyarakat tidak rosak, moral kena dijaga kah kah kah gurau gerai petai kah kah kah

ANWAR GUNA CARA MADEY


LANTIK ORANG

YANG ADA MASALAH

DIA AKAN SETIA

PADA ARAHAN KAMU

AMIN

INI CARA MADEY

KHALAS

BERAT PIKUL KAVADI


Ada yang tidak puas hati agihan kerusi Pakatan-BN, kata pemimpin akar umbi

RUNDINGAN pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah mula mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong kedua-dua parti, yang boleh menjejaskan kerjasama mereka dalam pilihan raya negeri yang dijangka akan diadakan awal Ogos ini, kata pemimpin akar umbi.

Kata mereka, walaupun pimpinan dan jentera di akar umbi dilihat terbuka untuk bekerjasama, masalah akan timbul jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembahagian kerusi.

Seorang pemimpin akar umbi Umno di Kelantan yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata sudah mula ada suara yang tidak berpuas hati dengan jumlah pengagihan kerusi antara BN dan PH di negeri itu.

Masalah bermula apabila mesyuarat Umno Kelantan mendedahkan PH akan bertanding 14 kerusi dewan undangan negeri (DUN) sementara BN 31 kerusi.

“Jadi timbul suara dari bawah (akar umbi) tidak puas hati apabila PH mendapat 14 kerusi DUN.

“Secara umumnya PH mendapat satu kerusi DUN bagi satu kawasan Parlimen. Jadi ada yang tidak puas hati kerana ada pertembungan, contohnya kawasan DUN bawah Parlimen Kuala Krai seperti Guchil dan Dabong.

“PKR minta kerusi itu dan kita difahamkan Amanah pun nak juga kerusi itu. Umno negeri pun sebenarnya tak nak lepaskan juga. Tapi inilah keputusan dari pusat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Awal bulan ini, Utusan Malaysia melaporkan jentera Umno Terengganu enggan bekerja untuk memenangkan calon PKR dan Amanah dalam pilihan raya negeri nanti.

Laporan itu memetik sumber berkata mereka menolak calon PH kerana gabungan itu tiada sokongan di Terengganu.

Umno Terengganu menafikan dakwaan tersebut namun pemimpinnya mengakui wujud sedikit konflik berkaitan jumlah kerusi yang diminta PH negeri itu.

Enam negeri yang belum mengadakan pilihan raya ini mempunyai mandat sehingga sekitar hujung Jun dan awal Julai.

Kecuali DUN Pulau Pinang yang berakhir 1 Ogos, mandat DUN di lima negeri lain berakhir antara 25 Jun dan 3 Julai, menjadikan tempoh 60 hari pilihan raya perlu diadakan bagi lima negeri itu sebelum awal September.

Dalam pada itu, pemimpin Umno Kelantan itu juga berkata suasana menjelang pilihan raya negeri ini nampak dingin kerana belum ada persiapan untuk penyelarasan biarpun DUN dijangka dibubarkan selepas pertengahan bulan depan.

Beliau bimbang keadaan ini akan menjejaskan semangat jentera parti yang menjadi tulang belakang setiap gerak kerja pilihan raya.

“Umno BN tak buat apa persiapan lagi, jangan kata penyelarasan antara PH dah BN tapi penyelarasan dalam BN sendiri pun tak dibuat lagi sedangkan bulan depan DUN akan dibubar.

“Jadi jentera akar umbi ini mereka tertanya- tanya, terkapai- kapai dan akhirnya yang kita bimbang mereka akan patah semangat,” katanya.

Beliau percaya suasana suram ini ada kaitan dengan pemilihan Umno baru-baru ini, yang berlangsung pada pertengahan Mac.

“Mereka yang kalah (pemilihan parti) tidak mahu terlibat. Mereka langsung tidak mahu membantu ambil tahu pasal parti.

“Sebab itu kalau di peringkat bawah kita sendiri pun tak letak harapan tinggi dalam PRN kali ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Mohammad Fadzli Roslan juga tidak menolak isu pembahagian kerusi akan menjadi cabaran dalam kerjasama antara BN dan PH.

Katanya, cabaran itu boleh diatasi sekiranya semua pihak senada untuk menang pilihan raya.

“Kerisauan kita itu ada sekiranya pembahagian kerusi ada tak dipersetujui di peringkat parti masing- masing.

“Kita tahu bila kita nak ada koalisi ini kena situasi menang, menang. Nak kata sama rata itu tidak, tapi kita kena tengok kekuatan yang harus diutamakan, penyandangnya yang perlu diutamakan.

“Kita nak pastikan kita boleh menang di Pulau Pinang, nak sapu bersih 40 DUN,” katanya.

Fadzli berkata sayap pemuda antara parti sedia bekerjasama walaupun ada parti yang tidak akan diberikan kerusi pada pilihan raya nanti.

Katanya, keutamaan mereka adalah untuk membantu parti menang.

Bahkan katanya, sayap pemuda juga sudah mula aktif menggerakkan program, membayangkan kerjasama antara PH dan BN berjalan dengan baik.

“Biarpun program rasmi untuk PRN belum ada lagi, tapi di peringkat sayap pemuda antara koalisi termasuk BN dan Umno, kita sudah mula merangka program bersama,” katanya.

Beliau memberi contoh kesepakatan mereka dalam beberapa isu setempat serta perancangan untuk menganjurkan sesi dialog dengan anak muda.

“Jadi kerjasama di peringkat sayap pemuda itu sangat baik. Tak ada isu berbangkit. 

“Bagi kita biarlah isu pembahagian kerusi itu diputuskan oleh pimpinan tertinggi,” katanya. – 29 Mei, 2023.

PAKATAN SEDANG

PIKUL KAVADI

AMIN

KLUSTER

 MAHKAMAH

ADALAH KAVADI

YANG BERAT

AMIN

KHALAS

KERJA ORANG ABIM KUT?


Rafizi nafi PKR tawar Pas serta Kerajaan Perpaduan


ISKANDAR PUTERI – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

“Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” yang didakwa menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan. – Bernama

HADI KLIM

ADA ORANG 

JUMPA DIA

AMIN

MUNGKIN INI

ABIM TERENGGNU

NAK DIBAIKKAN

DENGAN

ABIM PUSAT

AMIN

YANG BUAT

KERJA ABIM

TENGAH

KAH KAH KAH

RAFIZI TAK TAU

KERANA DIA

BUKAN ABIM

KAH KAH KAH

KHALAS