Khamis, 29 April 2021

SEMUA INI PROJEK KAUM PEMODAL

 

SEMUA INI

PROJEK KAYA

KAUM PEMODAL

Unknown commented on

 "BARU BETUL - 

ADA PILIHAN ATAU ?"

https://youtu.be/tropM4cajFw Sekarang, lu sedar tak orang putih berapa zalim dan tamak, bukan China merah. Ini bukan main-main. Orang putih anggap nyawa orang lain seperti semut, dipijak, dibiar mati beramai-ramai. Kalau Hisham masih ada maruah, bertimbang rasa, sebar berita ini. Seluruh dunia wajib diberi kesedaran.

INI LAWAK PRO

 

BILA MADEY

BUAT LAWAK

DIA DILIHAT PRO

KAH KAH KAH

MALAON MENTERI 

INI TIGA KALI 

KALAH 

KAH KAH KAH

FRUS

 MENONGGENG

KAH KAH KAH

PRU 14 

DAPAT 3 UDI SAJA

KAH KAH KAH

UNDI DARI DRIBER

UNDI DARI JANDA

UNDI SENDIRI

KAH KAH KAH

UNDI BINI PUN

TAK DAPAT

KAH KAH KAH


Timbalan menteri bakal tarik lambakan pelancong, sindir Dr Mahathir

PELANTIKAN Guan Dee Koh Hoi sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya akan membantu sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, sindir Dr Mahathir Mohamad.

“Saya gembira Malaysia mendapat penyelesaian yang akan membawa masuk banyak pelancong ke negara ini.

“Saya dimaklumkan (iaitu) dengan melantik calon yang kalah dalam beberapa pilihan raya malah juga hilang wang deposit, sebagai senator dan timbalan menteri pelancongan,” tulis bekas perdana menteri di blognya.

Dr Mahathir merujuk kepada Guan Dee, 68, yang merupakan setiausaha agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Guan Dee mengangkat sumpah jawatan timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya di Istana Negara pada 16 April lalu.

Beliau menggantikan Jeffrey Kitingan yang telah meletak jawatan tersebut selepas mengangkat sumpah sebagai timbalan ketua menteri Sabah Il merangkap menteri pertanian dan perikanan Sabah pada 29 September tahun lalu.

Pelantikan Guan Dee yang hilang wang pertaruhan dalam tiga pilihan raya mencetus persoalan banyak pihak mengenai keputusan Putrajaya melantiknya.

Guan De pertama kali bertanding kerusi DUN mewakili Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah atau Setia pada pilihan raya umum 2004.

Beliau bertanding lagi pada pilihan raya umum 2008 kali ini sebagai calon PKR, tetapi kalah. Seterusnya beliau bertanding atas tiket STAR di kerusi Parlimen Beaufort pada 2013, juga kalah.

Guan Dee hilang wang deposit pada semua pilihan raya yang disertainya. – 28 April, 2021.  

BERAT

NAMPAK

MAKIN BERAT

AMIN

NAMPAKNYA

DARURAT AKAN

DISAMBUNG

KHALAS



LAGI LAMA LAGI ROSAK

 



LAGI LAMA

PARLIMEN TAK

BERSIDANG LAGI

ROSAK LEMBAGA

PARLIMENT

KHALAS



Mampukah Parlimen berperanan semula?

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media memberitahu bahawa kerajaan mempertimabngkan untuk membuka semula Parlimen sama ada sebelum atau selepas tamat Darurat pada 1 Ogos 2021.

Selain itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut menjelaskan sidang Parlimen tidak berlaku buat masa ini demi menjaga kesihatan ahli Parlimen dan kakitangan yang lain. 

Persoalan juga timbul apabila kenyataan media tersebut langsung tidak menyentuh komitmen kerajaan untuk menyegerakan perbincangan mengenai dasar ekonomi dan perancangan yang lebih rapi menangani pandemik sekiranya Parlimen dibuka semula.

Terlihat bahawa kerajaan PN tidak bersedia berunding dengan ahli Parlimen dalam isu rakyat dan bersikap dominan dalam membuat keputusan.

Begitu juga dengan keputusan melaksanakan darurat. Kerajaan PN melaksanakan darurat tanpa perbinacangan bersama dengan ahli Parlimen ketika sesi Belanjawan 2021.

Keputusan menggantung fungsi Parlimen telah meletakkan ketelusan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam keadaan kritikal.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) tidak berfungsi untuk melakukan semak dan imbang terhadap tadbir urus kerajaan. 

Sejak kali terakhir Parlimen bersidang pada Disember 2020, kedudukan ekonomi rakyat bergerak secara perlahan.

Kadar pengangguran di Malaysia setakat Februari dilaporkan sekitar 4.8%.  Kadar pengangguran belia di Malaysia pada tahun 2020 adalah 12%, iaitu lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional.

Tinjauan Merdeka Center baru-baru ini menyatakan hampir 70% rakyat merasakan ekonomi masih tidak pulih sejak setahun yang lalu.

Ketika rakyat mengalami kesempitan hidup, perdana menteri menyatakan kerajaan sudah tidak cukup wang untuk membiayai bantuan rakyat. Sebanyak RM600 bilion telah dibelanjakan kerajaan PN untuk mengatasi Covid-19 dan merangsang ekonomi negara.

Soalnya, mengapa ekonomi masih tidak pulih sekiranya kerajaan Muhyiddin membelanjakan beratus bilion ringgit untuk merangsang ekonomi? Adakah pengurusan kewangan kerajaan PN benar-benar membantu rakyat? Ke mana wang itu pergi?

Kini, Ordinan Darurat memberi kuasa kepada perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan dan dana Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat.

Baru-baru ini, kerajaan PN mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) yang membolehkan kerajaan menggunakn dana KWAN sebanyak RM 5 bilion untuk perolehan vaksin dan RM14.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Sekali lagi, ia memperlihatkan didominasi pihak eksekutif membuat keputusan dalam menentukan ekonomi Malaysia tanpa kerjasama pelbagai pihak, khususnya ahli Parlimen.

Limitasi ahli Parlimen untuk mengawal selia kewangan boleh menyebabkan berlaku ketirisan dan salah guna dana yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi negara.

Ahli ekonomi dan rakyat juga ingin tahu apakah perancangan kerajaan untuk menampung semula dana yang telah digunakan agar generasi akan datang berpeluang hidup dengan selesa?

Perbelanjaan tanpa perancangan untuk meningkatkan tahap ekonomi masa hadapan bukanlah satu tindakan yang tepat dalam menguruskan masalah negara pasca pandemik Covid-19.

Namun, fungsi Parlimen dibawah pentadbiran PN tidak dipandang penting.

Sejak sesi Parlimen dibuka lewat tahun lalu, pelbagai peraturan yang dikenakan untuk menghadkan partisipasi ahli parlimen menyuarakan pandangan mereka. Sidang Parlimen berlangsung  sehingga jam 2.00 petang dan hanya 80 orang ahli Parlimen dibenarkan di dalam Dewan sidang.

Berlaku pertukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat secara mengejut bagi menjamin kawalan eksekutif terhadap Parlimen. Masa perbahasan amat terhad dan pelbagai undang-undang yang mahu digubal kerajaan bagi menghadapi krisis Covid-19 dibuat secara terburu-buru.

Malah, sehingga hari ini, proses melakukan persidangan secara maya menggunakan teknologi masih belum dicapai Parlimen Malaysia.

Apakah kerajaan PN boleh memberi jaminan bahawa pembukaan sidang Parlimen selepas tamatnya darurat akan memberi ruang kepada ahli Parlimen seluas-luasnya dalam proses semak dan imbang dasar kerajaan?

Mampukah Parlimen berperanan semula dalam mengembalikan maruah dan kehidupan rakyat yang lebih baik berbanding sekarang?

Ramai yang mengharapkan institusi Parlimen dapat berfungsi dengan baik selepas perubahan kerajaan 9 Mei 2018. Tetapi, hasrat ini tidak kesampaian selepas kerajaan PN hari ini tidak mempunyai kesanggupan politik untuk menjadikan Parlimen sebagai institusi yang berperanan dalam membina semula asas yang baik buat Malaysia pasca pandemik.

Dominasi eksekutif dalam proses Parlimen kini semakin serius sehingga melenyapkan fungsi parlimen yang sebenar.

Hakikatnya, tidak ada pihak yang menghalang kerajaan untuk melakukan sekatan dan peraturan yang penting bagi mengekang penularan pandemik, termasuklah memberi laluan kepada kerajaan membuat keputusan pantas bagi membantu rakyat.

Namun, kerajaan PN telah mendominasi terlalu banyak proses membuat dasar ekonomi dan menghadkan peranan parlimen pada tahap yang kritikal. 

Covid-19 telah mendedahkan kelemahan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia sehingga ia tidak dipandang sebagai rakan strategik badan eksekutif dalam mengenadilkan krisis kesihatan.

Sekiranya kelemahan ini tidak dibaiki dengan segera, ia boleh mewujudkan sebuah jemaah menteri diluar batasan demokrasi dalam mengendalikan tadbir urus negara.

Apa yang lebih membimbangkan sekiranya situasi politik hari ini menyebabkan rakyat tidak yakin akan sistem demokrasi negara dan berpandangam mereka tidak memerlukan Parlimen untuk mentadbir negara.

Tiba masa kerajaan kembali ke Parlimen dan membina semula institusi ini agar ia benar-benar berkesan untuk mengubah kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik berbanding menekan parlimen sehingga ia boleh menjejaskan prinsip asas demokrasi negara dalam tempoh jangka masa yang panjang. 

Suka atau tidak, Parlimen merupakan jantung kepada demokrasi negara dan ia adalah perkhidmatan penting untuk memastikan nasib setiap rakyat terbela dan kepentingan negara dipertahankan. – 29 April, 2021.

* Fakhrurrazi Rashid, koordinator penyelidik Research For Social Advancement (REFSA).

YANG BAIKNYA

MAKAIN RAMAI

SEDAR BAHAWA

JIKA  PILIHAN RAYA

BOLIH UBAH

APA APA

MAKA 

PILIHAN RAKYAT

AKAN DI KETEPIKAN

KHALAS



SAPA ADA MAKLUMAT

 


SAPA ADA 

MAKLUMAT

ATOK SAPA 

ADA SAHAM

CASINO GENTING

Arymanchino commented on 

"TOWKAY JUDI

 LEBIH BERKUASA"

Susah nak faham ke??Atok siapa yg mempunyai syer d kasino genting.Melaon tu msh berkuasa lg dgn pd mb negeri dan bberape ekor mentri.Mkin duit yg d samun d simpan d puncak kasino tu.. siape tahu.

RAYA TAK LAMA LAGI

 



RAYA TAK

LAMA LAGI




TAK SAMPAI DUA MINGGU
 KITA RAYA
MACAM MANA
 RAYA TAHUN INI

TAHUN LALU
RAYA TAK LEH KELUAR
TAPI RAYA HAJI OKAY
TAHUN INI MACAM MANA?

DARI BERITA
ANGKA  MANGSA KOBID
MAKIN NAIK
MAKIN NAIK
AMIN

HARI INI REDUP
HARI CUTI UMUM
TAK TAHU MACAM MANA
MAK CIK PAK CIK
BAZAAR RAMADAN
HENDAKNYA
LUMAYANLAH 
KANTUNG MEREKA

KEADAAN EKONOMI
MAKIN TERDESAK
KUIH DI BAZAR MAKIN MAHAL
KUIH DI BAZAR MAKIN KECIL
AMIN

PETANG INI
GUA BERBUKA
MACAM PETANG KELMARIN
DAN
MAKAN MALAM JUGA 
MACAM PETANG KELMARIN
PANASKAN APA YANG ADA
TAK ADA APA
YANG SPESIAL

HANYA
BUAH MANGGA 
TINGGAL SEBIJI
MALAM INI GUA PLAN
NAK GI CHOW KIT
NAK TENGOK
AVOKADO
DAN KERDAS
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAYUR

SAYANG PAKAR AIR JAMPI DAH TAKDA LAGI

 


SAYANG

PAKAR AIR JAMPI

DAH TAKDA LAGI

panglimo potaseh commented on 

"OMBAK KETIGA 

SAMPAI KE SIAM"

Ombak kovid Ketiga sedang nyerang dunia. Kali ini sengat kovid naik 3 kali ganda. Gwa pircaya TaT Kazim Ala-Kazam dah pun nyediakan ramuan dari hadis dan ayat Quran untuk Perang Salib dgn kovid. Oh ye ..Bomoh Malaya mana ..mintak tolong pinjam teropong dia untuk jejak laluan kovid ..

BETUL PROPAGANDA - PROPAGANDA CHINA MERAH NAK MENJAJAH

 



BETUL PROPAGANDA

SEMUA PROPAGANDA

UNTUK MENUNJUKKAN

FAKTA 

CHINA MERAH

NAK JAJAH 

TANAH MELAYU



Unknown commented on 

"DARI JALAN RAYA

 BERGERILA DI RIMBA RAYA"

TT, media ni satu propaganda tersembunyi dan jahat Yankee Dodo dan BARUA ya. Tiada satu pun yang positif dari semua video yang telah dilihat. Selalu mu mintak kira berfikir dan berhati-hati. Jadi mu pun patut begitu juga

SETUJU TAPI AZRUL NI SAPA? YB KE?

 



SOKONG

DAN SETUJU

TAPI

AZRUL NI SAPA?

YB KE ?

hamim commented on 

"PELIK - KALAU RESIKO

 PASAL APA GUNA"


Ok...suntik Azrul dulu, lepas tu warga emas keluarga YB Khairi dan warga emas Dr Adham...ok... boleh....setuju??????Hisham setuju??

GILIRAN MADEY BUAT LAWAK

 


MADEY PULAK

BUAT LAWAK

AMIN



Timbalan menteri bakal tarik lambakan pelancong, sindir Dr Mahathir


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

SINARAN MATA HARI

 

SINARAN

MATA HARI

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 405"

Biar betul?!!! https://youtu.be/1Q_mhJRFtxg

PENCERAHAN - APA ITU KWAN

 


KWAN DUIT 

TABUNG BULUH

NEGARA

AMIN


Apa itu KWAN?

SEJAK kebelakangan ini Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) mendapat perhatian selepas Putrajaya meminda akta berkenaan berdasarkan ordinan darurat tanpa pengawasan Parlimen, bagi tujuan pemerolehan vaksin Covid-19.

KWAN ditubuhkan pada 18 Februari, 1988 di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 dengan objektif untuk memastikan penggunaan sumber asli secara optimum bagi menyediakan sumber pendapatan yang stabil dan berterusan untuk kepentingan Malaysia dan generasi akan datang.

Seperti yang diperuntukkan di bawah Akta berkenaan, pihak-pihak yang ditetapkan untuk secara sukarela memberikan sumbangan kepada NTF termasuk Petroliam Nasional Berhad, setiap negeri di Malaysia yang memperoleh segala bentuk royalti dari eksploitasi petroleum atau sumber semula jadi yang berkurang dan pihak-pihak yang perniagaannya termasuk penyelidikan pembangunan sumber.

Dana berkenaan boleh digunakan untuk tujuan berkaitan dana pembangunan dan untuk memberi pinjaman dan pendahuluan kepada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri berdasarkan syarat konsesi.

KWAN diuruskan oleh Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, di bawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dana berkenaan turut ditadbir oleh panel amanah terdiri daripada pengerusi (biasanya daripada Petronas), timbalan pengerusi yang akan mewakili Kementerian Kewangan, seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan dua ahli perniagaan atau pakar kewangan.

Panel ini dilantik oleh menteri kewangan.

Panel pemegang amanah juga dibenarkan untuk melaburkan dana dalam sekuriti, sebagai simpanan bank dan juga dalam instrumen pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah untuk menghasilkan pulangan.

Portofolio pelaburan KWAN terdiri daripada simpanan tetap dan sekuriti pendapatan tetap yang dikeluarkan oleh kerajaan, agensi berkaitan kerajaan, supranasional dan korporat dan juga Dana Bon Asia.

Pelaburan pasaran domestiknya berada di pasaran ekuiti melalui program pengurusan dana luaran dan pemegangan ekuiti di Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

Dana berkenaan hanya digunakan sekali apabila sejumlah RM42 juta dikeluarkan untuk membiaya projek Santuari Wetland Malaysia di Ulu Langat.

Menurut Kementerian Kewangan, baki dana berkenaan adalah RM19.5 bilion pada 31 Disember, 2020. – 29 April, 2021.


RAMAT DUIT

TABUNG BULUH

UNTUK CUCU

CICIT

KHALAS

REMBAT BOLEH

TAPI YANG JADI

MASAALAH

REMBAT TENGAH

MALAM

DALAM GELAP

AMIN

REMBAT 5 BILION

DALAM GELAP

AMIN

GUNA  GELAP

MASA DARURAT

KHALAS




PERCAYA KAH PADA PARLIMEN ?

 


BILA NAK BUKA?

SEMUA

MENUNGGU

AMIN



Mampukah Parlimen 

berperanan semula?


BILA IS WHEN

WHEN IS BILA?

KHALAS

TAK NAMPAK MUKA

 




TAK NAMPAK

MUKA

Arymanchino commented on 

"TAK KENAL ATAU TAK NAMPAK"

Shamsul kerja kuat.Pergi sana sini bantu org.Angkut bakul hamper beei rakyat tp malang nya org msh xnampak.Nak buat mcm mane sbb bskul tu lebih tinggi dari dia..

ASAL USUL MAT KOBID

 


TENTERA BIO

CHINA MERAH

Unknown commented on 

"BARU BETUL - 

ADA PILIHAN ATAU ?"

Kalau ada lapang, boleh lah jenguk-jenguk tengok apa yang baru... https://twitter.com/LawrenceSellin/status/1386883835489570817?s=20



CCP-PLA's biowarfare program core are the Warhorse Health Institutes 军马卫生研究所 in Changchun, Chengdu, Guangzhou, Beijing, Yunnan & Nanjing supervised by the Academy of Military Medical Sciences, where Zhoushan ZC45, ZXC21 landed (hat tip to #COVID19 detective )