Selasa, 4 Jun 2013

BERHIMPUN DI KUALA LUMPUR


Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan, kata Mat Sabu
TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu. Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga…
TURUN TURUN

Lebih 50,000 undi ‘hilang’ di seluruh negara, pengundi lapor polis »

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
(Masdar Wahid) PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan…


KUMPULKAN KEMARAHAN
DATANG
KE KUALA LUMPUR
DATARAN PADANG MERBOK
jam 2:00 petang

------

SATU LAGI PENIPUAN





CALON BN MERAMPAS KERTAS UNDI POS UNTUK DIPANGKAH SENDIRI

Dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan.

Selama ini pun, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

Bersama-sama ini saya tampilkan satu laporan polis yang jelas menunjukkan bahawa seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1.      Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;
2.      Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;
3.      Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;
4.      Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;
5.      Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan
6.      Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya

Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi



BERSEDIA
DI DATARAN MERBUK
KUALA LUMPUR
jam 2:00 petang
sabtu





--------

SILA BANTU SIRUL DAN AZILAH



 BERCAKAP BENAR
UNTUK SELAMAT
DARI TALI GANTUNG
KOMENTAR TUKAR TIUB
sila bantu dua mangsa najib ini
kalau silap hari bulan
dua orang bekas polis ini akan digantung mati

mereka di tuduh membunuh altantuya

kalau ada sesiapa yang kenal keluarga mereka
sila nasehatkan keluarga mereka
minta sirul dan azilah
berkata benar

kemukakan kepada mahkamah:

1 - siapa suruh mereka bunuh altantuya
2 - siapa upah mereka untuk bunuh altantuya

dua soalan ini jika diberitahu kepada mahkamah
pasti orang yang bertanggung jawab akan di dakwa

jika tidak mereka akan digantung

NOTA
kes najib di paris
sedang berjalan



Sirul mahu Mahkamah Rayuan isytihar perbicaraan Altantuya silapPUTRAJAYA, 3 Jun ― Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul

KAUM KELUARGA
KENALAN DAN KAWAN
SILA BANTU SIRUL DAN AZILAH
UNTUK SELAMATKAN  DARI
TALI GANTUNG

------

BERITA BARU MASUK - LAST KOPEK




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KENAPA TETIBA BERITA NAJIB  AKAN DI LAWAN MUNCUL?... kah kah kah..

kah kah kah...RUPA RUPANYA KU LI .... NAK ROLL SEKALI LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAST KOPEK UNTUK SEORANG GHURKHA....kah kah kah

JENG JENG JENG

JENG JENG
JENG

woit... ADA MB DAN SUDAH BERANI  MINTA NAJIB UNDUR.... kah kah kah...

kah kah kah... MB DARI MANA KAH ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA TAHU... SILA GOYANG TANGAN.... kah kah kah


Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar

Seremban: UMNO Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, akhir tahun ini. »

SIAPA 
NAK TIKAM SIAPA

--------

TOLONG JANGAN HINA SESAMA MANUSIA


KOMENTAR TUKAR TIUB
tukar tiub menyokong
untuk dihukum sesiapa yang menghina raja
malah bukan sahaja menghina raja
menghina sesiapa pun patut dihukum

ORANG MELAYU
wajib disedarkan bahawa
duli itu ialah  debu di tapak kaki

ORANG MELAYU
wajib diberi tahu bahawa
pacal itu ialah anak anjing

ORANG MELAYU
wajib diberi tahu
yang maha mulia duli tuanku
maknanya yang maha mulia debu di tapak kaki

ORANG MELAYU
wajib diberitahu 
patek pacal yang hina
maknanya saya anak anjing yang hina

ORANG MELAYU
wajib diberitahu
menyembah duli
maknanya menyembah debu di tapak kaki

JUSTERU
tolong jangan hina orang melayu


NOTA
kenapa dewan bahasa dan pustaka
tidak memainkan peranan
menerangkan makna perkataan
kepada orang melayu 
dan warhga malaysia

PATEK
PACAL YANG HINA

'Hukum individu hina Raja'

 Oleh Rozdan Mazalan, Mohd Iskandar Ibrahim, Norrasyidah Arshad dan Luqman Arif Abdul KarimCetak
Kuala Lumpur: Individu yang menghina dan melemparkan tohmahan terhadap institusi Raja akan berdepan tindakan undang-undang tanpa sebarang tolak ansur.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, berkata siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun Facebook, Melissa Gooi berdasarkan alamat IP sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.
Selain itu, katanya, siasatan polis turut dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan tindakan mana-mana individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebebasan media dibawa ke muka keadilan. 


------

SIAPA SEDANG ASAH KAPAK?




SENYUM 
DALAM DAGING
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?

inio maknanya telah ada rancangan
untuk terajang najib

najib gagal untuk dapat dua par tiga
najib gagal untuk rampas selangor
najib lebih buruk dari dolah badawi

najib akan diterajang

komen komen ini
adalah komen bodek
untuk selamat kan diri

atau pun tanda bayar hutang
tanda terima kaseh pada najib

Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar

Seremban: UMNO Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, akhir tahun ini. 

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar), semalam. 

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, mesyuarat memutuskan supaya Najib Razak dan  Muhyiddin Yasin, kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. 

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden satu saja dan hanya boleh diisi oleh seorang bagi setiap jawatan. Jadi jangan cakaplah tak pecah, mesti pecah (jika dipertandingkan). Jadi adalah lebih baik kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MAT MONGOL SEDANG GELABAH.... mkah kah kah..

kah kah kah... SIAPA AGAKNYA YANG AKAN MELAWAN... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA YANG AKAN TIKAM DARI BELAKANG?.... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA YANG SEDANG ASAH KAPAK?.... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA YANG SEDANG KAU TIM DENGAN?.... kah kah kah..

woit... WOIT... KAU TIM DENGAN SAPA?.... mkah kah kah



------

TUNTUTAN 15 JUN



KOMENTAR TUKAR TIUB
himpunan rakyat pada 15 jun
menuntut spr letak jawatan
ini kerana spr telah menjalankan
penipuan dalam pru13

tuntutan ini 
tidak ada eeek
tidak ada oook

APA LAGI MELAYU MAU
melayu mahu spr berhenti
APA LAGI CHINA MAU
china mahu spr berhenti
APA LAGI INDIA MAU
india ,mahu spr berhenti

Pakatan sebulat suara desak pemimpin SPR letak jawatan Salmiyah Harun 
Isnin, 03 Jun 2013
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran catatan rekod paling tinggi petisyen pilihan untuk PRU13 ini.


BERJUMPA
15 JUNE
DI KUALA  LUMPUR

-------

MAKIN BANYAK MATI DALAM LOKAP


Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit melawan kezaliman di depan mata. 

Tiga kematian dalam lokap dalam masa 10 hari adalah fakta yang cukup kritikal dan rakyat harus segera bertindak agar tiada lagi kezaliman berlaku terhadap rakyat. Kelmarin seorang bekas jurutera telah mati di bawah jagaan pihak polis menjadikan jumlah sembilan kematian dalam masa tidak sampai 6 bulan. Apakah rakyat masih mahu bersabar?

Bagi SAMM, tiada gunanya lagi kita mendesak perletakkan jawatan kerana kita tahu regim legasi penjajah ini sememangnya tidak bertanggungjawab. Inilah sistem pemerintahan kuku besi yang dipelajari dari penjajah, satu demi satu anak bangsa Malaysia mati di lokap.

Semangat dan mood kemarahan rakyat berada di kemuncak apabila demokrasi milik rakyat digelapkan pada 5 Mei lalu, inilah masa yang sesuai untuk rakyat bangkit dan terus lawan. Rakyat di seluruh negara telah bertekad untuk menukar pemerintah dalam PRU13 lalu namun penipuan pilihanraya telah menghalang hasrat tersebut. 

Maka rakyat tidak punya pilihan selain turun ke jalanraya bagi mengembalikan hak rakyat dengan perkiraan, hanya jalanraya sahaja yang mampu mengubah kerajaan setelah sistem pilihanraya penuh kecurangan. 

Percayalah, kerajaan yang naik dengan cara penipuan pilihanraya tidak akan takut kepada rakyat apatah lagi mendengar keluhan rakyat. Tarikhnya sudah semakin hampir, nantikan dengan penuh persediaan. 

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia


NOTA 
turun ke jalan raya
15 jun 2013
kuala lumpur
jam 2:00 petang

  • Anwar: Pakatan sokong himpunan 15 Jun
  • NONEKetua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menyokong pengajuran himpunan aman yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini.





-----------