Isnin, 18 Julai 2016

APA MAKNA BERITA INI






APA MAKNA

BERITA INI?

maknanya ekonomi
lebih kuat dari agama
maknanya  carma - cari makan
lebih penting dari parti





Semua 13 wakil rakyat PAS S'gor tampil sokong Tuan Ibrahim

Tiga belas wakil rakyat PAS di Selangor tampil menyatakan sokongan terbuka terhadap tawaran 'gencatan senjata' pembangkang yang dibuat timbalan presidennya  Tuan Ibrahim Tuan Man.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan parlimen (MP) itu menyatakan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan naib presiden Datuk Iskandar Abd Samad, yang mendukung kenyataan itu, setelah penelitian dan perbincangan mendalam.

“Maka ADUN dan MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Dalam kenyataan itu, mereka risau terhadap perkembangan politik Selangor yang dimenangi bersama gabungan dengan PKR dan DAP pada 2008
.
WOIT 

BUKAN HANYA

13 ORANG YB

ADA 500 CARMA

DI SELANGOR

TON TON PORN

JADI JURU DOA

TON TON PORN

BERHENTI

SELANGOR XDA

TALIAN  DOA

DENGAN YANG

MAHA ESA

KAH KAH KAH




-------------

JENG JENG JENG







YA AMPOOON

YA MAULANA

JENG JENG 

JENG


TMJ: Rasuah 30 tahun FAM dalam 'pendrive' ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini mendakwa berlaku amalan rasuah berpanjangan dalam FAM, sehingga 30 tahun.
Beliau mendakwa mempunyai butiran lanjut, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambilan duit kelab dan laporan audit yang didakwa “merepek”
“Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.
“Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP ( Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.”
WOIT

SAPA TAK LEH

TIDO NYENYAK

KJ APA CERITA

SAJE TANYA

MANA TAHU

NAK TUNJUK

GEDEBE

KAH KAH KAH


--------------

KENTUT HINA SEMUA AGAMA





KENTUTKAN RAJA SAUDI
Salah tu!! Kalau kentut kat muka raja saudi, sama macam hina agama islam dan kristian dan semua jenis agama atas muka bumi. on INI SUDAH BERAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:26 PM




----------

CARI DURIAN






DURIAN 

KAMPONG













--------------------
pagi ahad  kelmarin
gua  melintas genting perah
dalam perjalanan ke jelebu
untuk cari durian kampong











tengah tengah gunung
melintasi kampongan orang asal
penuh dengan petai
penuh dengan durian



genting perah yang indah
udara nyaman sejuk
dibawah bukit dan gunung
kampong chennah
durian kampong  terbaik






------------

AMARAN JANGAN FITNAH



AMARAN

JANGAN FITNAH

BETUL INI GAMBAR HADI
TAPI BUKAN GAMBAR HADI
CARI 
TUAN IBRAHIM TUAN MAT










-----------

LAWAK BODOH HADI







LAPORAN

MALAYSIAKINI



Hadi jangka bukan Islam pilih syariah Islam lepas pindaan Akta 355

Abdul Hadi Awang menjangka selepas Akta 355 diperluaskan dan dilaksanakan, orang bukan Islam akan mula memilih syariah Islam kerana melihat undang-undang itu dijalankan secara adil.
Katanya, situasi itu sangat digeruni oleh mereka yang membantah rang undang-undang (RUU) ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) yang juga dikenali sebagai Akta 355, bagi memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.

WOIT

SAPA BUAT 

LAWAK BODOH

HADI ATAU

MALAYSIAKINI

SAJE TANYA

SAMPAI KENTUT

GUA KETAWA

KAH KAH KAH



-----------

APA ITU NAKBA






NAKBA

nakba malaysia ialah sebuah negara yang kaya hasil bumi masih jauh di belakang sebuah negara kerdil yang tiada apa apa seperti singapura...nakba ialah bila rakyat dihambakan oleh sekumpulan manusia bergelar pemimpin negara untuk kepentingan dan kekayaan mereka sendiri...nakba ialah majoriti rakyat melayu islam mengaku sembahyang lima waktu masih menganggap rasuah itu halal...

nakba ialah seorang kanak-kanak yang berusaha belajar dengan cemerlang masih tidak dapat menjadi seseorang yang diimpikan... nakba ialah pendatang asing lebih mewah hidup dari orang tempatan yang membayar cukai dan segalanya...nakba ialah penguatkuasa undang undang ada dua set undang undang untuk pemerintah dan pembangkang...

nakba ialah rakyat melayu islam masih sokong perasuah perogol dan pengkhianat negara...nakba ialah melayu yang amat mudah lupa jasa tun dr mahathir yang mengangkat melayu selama 22 tahun...nakba ialah tiada tindakan terhadap pengedar dadah maksiat mesin judi walau pun berleluasa setiap tempat on PENCERAHAN MALAPETAKA BERMULA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/18/16






----------

ALTANTUYA DARI MONGOLIA





JENG JENG 

ALTANTUYA

DARI MOGOLIA

KAH KAH KAH

Rafizi Ramli - Masih ingat dengan pelaburan strategik SRC... | Facebook

https://ms-my.facebook.com/rafiziramli.../a.../937369586297549/

Translate this page
Masih ingat dengan pelaburan strategik SRC International (sebuah anak syarikat 1MDB) membelilombong arang batu di Mongolia? Pelaburan itu gunakan ...


SSK dengan 1MDB ←

chedet.cc/?p=1457

Translate this page
Sep 10, 2014 - (Penchen Fund)Wang $2 billion ini di gunakan untok membeli Lombong arang batu di Mongolia dan Indonesia.Kenonnya arang batu ini ...

PM: 1MDB tak boleh dedah butiran pinjaman RM4 bilion - Malaysiakini

https://www.malaysiakini.com/news/336729

Translate this page
Malaysiakini
Apr 6, 2016 - "Pihak 1MDB mempunyai amalan standard di mana hanya maklumat ... 1MDB mengenai pelaburan ke atas lombong arang batu di Mongolia.

Keuntungan pelaburan KWAP jatuh

 | July 18, 2016
KWAP menjangkakan dividen lebih rendah untuk tempoh masa panjang.






PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) berkata ia menjangkakan pulangan lebih rendah pada tahun ini, dan merancang membeli bon dengan tempoh matang 10 tahun atau lebih sebagai perlindungan daripada pemotongan kadar faedah, lapor Bloomberg.
KWAP, dana persaraan negara kedua terbesar berjumlah RM120 bilion, juga mempertimbangkan menurunkan pulangan sasaran minimum 5% disebabkan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.
“Tidak pernah sebegini sukar bagi sebuah institusi pelaburan menerima pulangan sedemikian, tetapi bagi saya, ini satu perkara baru,” beliau dipetik Boomberg sebagai berkata.
Bank Negara Malaysia baru-baru ini menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%.

APA JADI

NAJIB CAKAP

SEMUA OKAY

BERAPA BILION

KWAP LABOR

DI MONGLIA 

BUAT LOMBONG 

ARANG BATU

SAJE TANYA

TAKUT LUPA
-------------

MEMECAH MITOS TERANG BULAN







 APA DIA

TERANG

 BULAN



Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)



LIMA PULUH TAHUN TAHUN 

TERANG BULAN TERBARAI


KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.




Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.


Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)

Nota:
Tulisan ini telah pernah disiarkan
pada tahun 2007 - ianya bebas di ambil
untuk memecah mitos dan memajukan
fikrah melayu.

















--------------------

BILA NAK DAKWA?




Noh: Hina JAIS sama dengan menghina sultan S'gor

























ANAK MUDA

PIJAK KEPALA

NAJIB PEMIMPIN

MELAYU

LOJIK NOH OMAR

MAKNANYA PIJAK

KEPALA MELAYU

NAPA X DAKWA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH
-----------

SUARA RAKYAT




Suara Rakyat adalah blog yang paling banyak buat fitnah dan penyambungnya juga adalah diketegori sebagai pengfitnah. Najib tidak pernah kata begitu. Jangan biarkan diri kita dikencing oleh SR dan TT. on NAJIB TERUS KELENTONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/17/16





---------

SIAPA DIA TUAN IBRAHIM






GUA SUDAH

TERANGKAN

SAPA SOSOK

INI




Tuan Ibrahim: 'Gencatan senjata' pendapat peribadi saya

    Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seruan “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN merupakan pendapat peribadinya sendiri.
    Katanya, pendapat itu dikeluarkan memandangkan parti lain dalam pembangkang menyerang PAS dengan menyatakan parti itu bersekongkol dengan BN sebelum ini, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
    TUAN IBRAHIM

    SAKI BAKI

    PENYOKONG

    SETIA NIK AZIZ

    PASTI AKAN 

    DITENDANG

    TAK CAYA KE

    TUNGGU & LIHAT



    ---------------

    JANJI SABAH - SALUT!





    HIDUP 

    SABAH



    Lebih separuh Umno Sabah bakal ucap selamat tinggal

    Sebanyak 13 Bahagian Umno Sabah akan membuat keputusan pada masa terdekat untuk meninggalkan parti itu selama-lamanya.
    Ahli Jawatankuasa Umno Kota Belut, Joseph P Andau dalam pendedahannya itu berkata, Umno Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.
    "Selebihnya (12 Bahagian Umno Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi Umno Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
    Menurut Joesph, kewibawaan pemimpin seperti Shafie Apdal yang disifatkannya mewarisi karisma Allahyarham Ketua Menteri Sabah ketiga (1967 - 1975), Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah sukar ditandingi.

    KAH KAH KAH

    APA JADI

    DENGAN PLAN

    NAJIB NAK BUAT

    PILIHANRAYA

    AWAL  SABAH?

    KAH KAH KAH

    SAJE TANYA

    KERANA ENJOY

    KAH KAH KAH

    -------------