Selasa, 27 Disember 2022
HASAN MALIK KE RAFIZI ?
Pakar ekonomi sekolahkan Rafizi di sebalik kontroversi 'jangan beli ayam'
Seorang pakar ekonomi hari ini “membantu” untuk menyediakan satu draf kenyataan media kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selepas cadangannya supaya pengguna tidak membeli ayam bagi menurunkan harga mendapat reaksi bertali arus daripada warga media sosial.
Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kenyataan Rafizi tidak begitu menyeluruh memandangkan masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijelaskan.
Beliau merangkumkan hipotesis Rafizi bahawa dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan menjadi punca kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.
Bagaimanapun katanya, terdapat dua persoalan utama yang perlu dijelaskan oleh Rafizi melalui kenyataannya iaitu “permintaan apa” dan “permintaan siapa?
Ini kerana, katanya, beliau yakin Rafizi hanya cenderung melihat kepada perkongsian data yang bersifat analitik tanpa meneliti data terkini dari Jabatan Perangkaan terkini mengenai Indeks harga pengguna yang jelas menunjukkan sebanyak 671 (80%) daripada 841 barangan yang dipantau sudahpun mencatat kenaikan harga.
“Jumlah ini terdiri dari tiga komponen utama iaitu makanan di rumah (16.9%), makanan di luar rumah (11.5%) dan minuman (1.1%).
“Kadar inflasi untuk makanan di rumah mencecah 7.3% dan kadar inflasi makan di luar rumah meningkat lebih tinggi pada kadar 9.6%, berbanding kadar inflasi keseluruhan yang merangkumi semua kategori perbelanjaan iaitu 4%,” tulisnya di Facebook.
Noor Azlan yang juga bekas pengarah eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi menjelaskan dengan andaian Rafizi semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga akan menyebabkan harga yang lebih rendah.
Dan, jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.
“Ini membawa kepada persoalan kedua, permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini? Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada?
“Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik. Ramai yang hilang punca, keluar dari ehwal ekonomi negara, terus berpolitik pula.”
Pada 23 Disember, Rafizi dilaporkan berkata biarpun harga barangan terus meningkat pengguna dilihat masih bersedia membayar harga yang ditawarkan pembekal.
“Kalau harga ayam tu dah mahal sangat kita sepatutnya kurangkan makan ayam,” katanya pada satu sidang media hingga mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Atas sebab itu, Noor Azlan tampil dengan draf kenyataan media sebanyak 11 perenggan dengan tajuk “Membendung Kenaikan Harga Melalui Kebijaksanaan Kepenggunaan” sebagai panduan buat Rafizi yang menjelaskan isu berkenaan.
Berikut adalah petikan draf kenyataan media yang ditulis oleh Noor Azlan di Facebook:
“Kerajaan menyedari bahawa kita kini berhadapan dengan tekanan keatas harga, khususnya harga makanan dan juga kos makan di luar rumah. Walaupun kadar inflasi keseluruhan negara berada ditahap 4%, kadar inflasi untuk kedua-dua kategori perbelanjaan ini meningkat dengan lebih tinggi iaitu 7.3% dan 9.6%.
“Selain dari menangani aspek pengeluaran dan penawaran, membenteras tindakan monopolistik serta kartel yang menekan pengguna dan meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan negara, pengguna juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi dan memastikan harga dipasaran agar menjadi harga yang adil-untuk pengguna dan pengeluar.
“‘Kebijaksanaan Pengguna’ adalah kuasa pengguna yang dapat meredakan kenaikan harga, khususnya peningkatan harga yang tidak berpatutan.
"Pengguna berupaya mempengaruhi harga dipasaran dan mendispilinkan peniaga untuk menawarkan harga yang adil bersandarkan faktor penawaran dan permintaan yang asli.
“Kerajaan akan meningkatkan perkongsian data dan maklumat kepada rakyat berkaitan harga barangan dan perkhidmatan dengan lebih kerap dan terperinci bagi membolehkan pengguna membuat keputusan yang terbaik dalam keputusan kepenggunaan masing-masing."
WOIT
HASAN MALIK
PUN PERNAH
CAKAP MACAM NI
KAH KAH KAH
BETUL KE
RAFIZI CAKAP
KAH KAH KAH
SAMA LEVEL
MACAM
HASAN MALIK
KAH KAH KAH
INI STRATIJI
PIHAK GAMIN
KAH KAH KAH
DULU MASA
REVOLUSI
PERANCHIS
MARI ANTONETTE
PUN ADA CAKAP
KALAU TAKDA ROTI
MAKAN CAKE
PADA YG MISKIN
PAPA KEDANA
YANG LAPAR
KAH KAH KAH
RAKAMAN SEJARAH
KAWAN BARU
KELMARIN EZI , TAK TAK & GUA
MELAWAT LUBUK CHINA
KENDURI HARI JADI
RONA SINA
DISANA RAMAI
YANG DATANG
EMAK BAPA DAN ANAK ANAK
RAMAI KANAK-KANAK
INGIN BERKENALAN
DENGAN EZI DAN TAK TAK
EZI DAN TAK TAK
DAPAT KAWAN BARU
INI RAKAMAN SEJARAH
GAMBAR MEREKA
YANG JUJUR DAN SUCI
TERHADAP BINATANG
TERTUTAMA ANJING
HARAPKAN 20 TAHUN
DARI HARI INI
MEREKA MELIHAT KEMBALI
GAMBAR INI
YANG MERAKAM
KESUCIAN
HATI MEREKA
AMIN
AWAS !!! SATU JUTA DAH MATI DI CHINA
KKM siap siaga kes Covid China meningkat, kata Dr Noor Hisham
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan kematian.
“KKM menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan optimum terhadap penyakit Covid-19,” katanya dalam kenyataan itu.
Peningkatan penyakit berkenaan sebelum ini dinyatakan pada sidang media oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember lepas dan kebimbangan tersebut berikutan Malaysia telah membuka sempadan kepada pelancong dari luar negara sekali gus meningkatkan aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain.
KKM juga akan mengukuhkan pengurusan Covid-19 menerusi pendigitalan pengurusan kesihatan dengan menambah baik pendekatan Find, Test, Trace, Isolate, and Support (FTTIS) yang diautomasikan.
Melalui pendekatan itu, individu yang menjalani ujian pengesanan Covid-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian ke aplikasi MySejahtera selain melakukan ujian di fasiliti kesihatan, dan keputusan ujian akan dikemas kini dalam aplikasi tersebut dengan kes positif diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian secara digital.
Selain itu, KKM juga akan memastikan semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bersedia menerima kedatangan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit positif dengan fungsi pengoperasian CAC meliputi mengenal pasti pesakit memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah serta menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang tempoh pengasingan.
Seterusnya, CAC juga akan memulakan rawatan Paxlovid (nirmatrelvir atau ritonavir) kepada kumpulan pesakit Covid-19 berisiko tinggi, mengenal pasti dan menyelaras pesakit perlu dirujuk ke hospital serta membuat penilaian dan pelepasan kepada kes positif telah tamat tempoh pengasingan.
Dr Noor Hisham berkata KKM juga telah memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke Covid-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April lepas untuk merawat pesakit mengalami gejala ringan hingga sederhana atau kategori dua dan tiga dengan mengutamakan pesakit berisiko tinggi.
Penggunaan ubat dan rawatan tersebut telah diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dan diberikan kepada pesakit secara percuma namun masih tertakluk kepada caj perkhidmatan rundingan berkaitan.
Menurut beliau, KKM akan memantau dengan rapi penularan jangkitan itu dalam masyarakat menerusi pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel penyakit seperti influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di seluruh negara.
“Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (WGS) bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata KKM juga telah menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatan merangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu serta pemakaian pelitup muka.
KKM menasihati orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi menghindari jangkitan Covid-19 dan penyakit berjangkit lain, selain perlu mengamalkan TRIIS dan memakai pelitup muka di kawasan sesak. – Bernama, 27 Disember, 2022.
AWAS !!!
SATU JUTA
DAH MATI
KHALAS
BANJIR REDA ??
Jumlah mangsa banjir di 4 negeri kekal, Kelantan menurun
SITUASI banjir di Kelantan bertambah baik dengan bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan setakat pagi ini.
Di Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak pula melibatkan satu daerah dengan jumlah mangsa berlindung di PPS tidak berubah.
Di Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 718 orang daripada 246 keluarga berbanding 1,235 orang daripada 428 keluarga malam tadi.
Kesemua mereka ditempatkan di lima PPS di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.
Di Terengganu, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan Besut merupakan satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan dua PPS dibuka iaitu Masjid Kampung La yang menempatkan 126 orang manakala Balairaya Kampung Pantai 12 mangsa.
Jumlah mangsa 138 orang daripada 41 keluarga itu kekal seperti malam tadi.
Di Perak, menurut Sekretariat JPBN jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak kekal seperti semalam dengan 62 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).
Di Sabah, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud juga kekal 135 daripada 56 keluarga dengan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 mangsa daripada 26 keluarga dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa menempatkan 73 mangsa daripada 30 keluarga.
Sementara itu, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS Sandakan dan Pitas akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 mangsa daripada 299 keluarga.
Sarawak kekal merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 91 orang yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong di Sebuyau dan Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi di Serian. – Bernama, 27 Disember, 2022.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok.
Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada 12 tengah malam tadi. – Bernama, 27 Disember, 2022.
AWAS
BERJAGA JAGA
AMIN
CARA UNTUK SELAMAT DARI BANJIR
UNTUK SELAMAT
DARI BAJIR
RAKYAT GANU
DI NASEHAT PERGI
KE TANAH BARU
DI ZEALAND
KHALAS
Unknown commented on
"BERITA BARU MASUK"
Dia seperti kapal Selam, Selam terus tak timbul, rupa rupanya selam sampai Auckland, tak apa, sudah sampai Ganu dah, tak apa orang beriman ini baik belaka, niat baik saja, bawa family lari jauh Dari banjir saja kah kah kah, nak buat apa lagi, doa supaya semua baik belaka lepas ini, ada bawa balik apa apa tak dari Auckland, mana tahu dia bina masjid ker di Auckland sebagai ibadah kah kah kah
GENTING DITUTUP
GENTING DITUTUP
OPPS... SILAP..
JALAN KE GENTING
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"JALAN KE GENTING DI TUTUP"
Satu saja betul dalam cerita atas ini, ramai pekerja Genting tinggal di Batang Kali, ITU confirm kalau nak pusing ke kerja memang sukar, buat laluan motor selamat tak? Tanya pakar pakar yang hari hari keluar TV rengan macam macam teori? Cakap pandai selepas kejadian, selepas ini Selamat atau tidak ????
Unknown commented on
"JALAN KE GENTING DI TUTUP"
Cerita ini siapa cucuk masuk? Pengusaha hotel mana? Nampak macam kerja cukong atas bukit ITU lah ? Casino dah tak ada orang? Ramai sudah takut, musim Christmas sampai Tahun Baru Cina masa buat duit untuk Genting, cukong ini punya hal ini, pandai buat cerita semua, keselamatan lah penting bukan keuntungan, kalau jatuh lagi macam mana? Nak salah siapa ? Cerun ke Genting Highlands lagi hebat, lagi bahaya lagi risiko, kah kah kah, ini cara cukong upah orang lain buat kerja, kalau cukong sendiri buka mulut siap kena belasah punya kah kah kah otak mereka lagi laju, kah kah kah
Unknown commented on
"JALAN KE GENTING DI TUTUP"
wow .. kalau dulu.. menteri kata kalau ayam mahal beli ikan.. menteri sekarang lagi hebat kalau mahal jangan beli... boleh pergi mampus
CADANGAN BAIK UNTUK SEKSA NAJAIB
CADANGAN BAIK
UNTUK SEKSA
NAJIB
KHALAS
Unknown commented on
"ROSMAH NAK
SINGKIR HAKIM"
TT, apa kata jika Rosmah dijatuhkan hukum dan dipenjarakan kita ramai ramai merayu dan meminta kepada pihak yang berkenaan supaya Rosmah diperjarakan satu sel dengan suaminya Najib, dapatlah mereka melepaskan rindu dan tidaklah mereka tersiksa sangat....boleh tak? kita cuba minta pihak yang berkenaan buat reformasi hukuman
AGAMA BARU DAN TUHAN BARU
AGAMA BARU
DAN
TUHAN BARU
Sabar dulu biar saya terangkan. Benarkan saya melebar pencerahan.
Minggu lalu saya telah membuka wacana perbincangan tentang teknologi dan tamadun manusia yang dibawa oleh Revolusi Industri.
Saya mengakui bahawa saya ini warga Gatek : Gagap Teknologi. Walau pun saya gagap teknologi tetapi saya memahami apa sedang berlaku. Kegagapan saya tidak menghalang saya untuk memikir , menganalisa dan merungkai teknologi.
Revolusi Industri Pertama umat manusia berlaku pada tahun 1765 di Manchester dan Liverpool. Revolusi ini berasakan kuasa air dan kuasa wap yang menghidupkan injin.
Revolusi Industri Ke Dua pada tahun 1870 dengan penemuan elektrik yang berupaya mengeluarkan produk berganda-ganda. Revolusi Industri Ketiga bermula pada tahun 1969 dengan kuasa elektronik dan tenaga nuklear.
Tiga Revolusi Industri awal telah memangkin kelahiran Revolusi Ke Empat pada tahun 2000. Revolusi Industri Ke Empat ialah Revolusi Internet yang kita alami sekarang. Kini Internet telah wujud lebih dari dua dekad. Kesan dan dampaknya sedang kita alami.
Setiap kali revolusi industri ini berlaku dunia kita akan berubah. Perubahan berlaku dalam segi sosial, ekonomi dan budaya antara kita sesama umat manusia.
Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan fakta ini.
Malam ini jika Hang Tuah dan Hang Jebat bersilat di Istana Negara pasti mereka akan menggunakan pistol atau M16. Ini hakikat.
Dang Wangi akan membawa Jebat ke hospital dengan menaiki Proton Saga untuk mendapat rawatan doktor pakar.
Dunia berubah. Tamadun muncul berkembang dan runtuh. Perubahan sentiasa berlaku. Ketika saya menulis ini pelbagai perubahan sedang terjadi. Selesai pembaca membaca tulisan beribu perubahan telah mengambil tempat.
Pada satu ketika dahulu para Nabi dilahirkan di Timur Tengah. Para Nabi dari Timur Tengah datang membawa agama untuk pencerahan umat manusia.
Ada Nabi bernama Zaroaster, Musa, Noh, Isa atau Muhammad. Para Nabi memperkenalkan agama baru. Ada agama bernama Hindu, Yahudi, Zoroastrian, Kristian atau Islam.
Agama-agama yang dibawa oleh para nabi ini memperkenalkan konsep Tuhan Yang Maha Esa kepada umat manusia. Ada tuhan dengan nama Vishnu , Yahweh, Jehovah, Elohim, Allah, Ahura Mazda atau Shiva
Hari ini semua telah berubah . Bulan berganti tahun. Tahun menjadi dekad. Dekad berganti kurun. Kurun berganti abad. Perubahan berlaku.
Ribuan tahun dahulu para Nabi dilahirkan di Timur Tengah. Para Nabi hari ini dilahirkan di Silicon Valley dan di Bangalore.
Nabi-nabi baru ada yang bernama Bill Gates, Marc Zuckerberg, Steve Job, Brijendra K Syngal atau Elon Musk.
Agama baru ini bernama Data. Nama tuhan agama Data ialah Algoritma.
Agama Data sedang tersebar melalui Facebook, Blog, Twiteer, Instagram, E-mail, Telegram atau Tik Tok.
Penemuan saya dengan Data - agama baru ini berlaku secara tidak sedar. Saya telah terserempak dengan agama Data secara tidak sengaja. Pertemuan saya dengan tuhan yang bernama Algoritma juga tidak dirancang.
Dua tahun dahulu saya merancang hendak melawat Pulau Pinang. Saya mencari hotel atau rumah tumpangan yang membenarkan saya membawa anjing peliharaan saya.
Saya bertanya dan mencari maklumat hotel ini melalui Google. Saya temui beberapa hotel. Saya jangka pertanyaan saya akan tamat disini sahaja. Rupa-rupanya tidak.
Apabila saya membuka Facebook ( FB ) terpampang iklan beberapa buah Hotel Pulau Pinang. Malah muncul juga iklan hotel-hotel lain di Siam, di Langkawi dan di Eropah.
Saya merasa takjub kerana iklan hotel ini muncul dengan setia untuk beberapa hari dalam FB saya.
Tidak setakat FB - bila saya membuka E-mail ada beberapa iklan hotel terselit sama.
Jelas terbukti Internet ini telah menyempurnakan keberahian saya yang ingin pergi bercuti.
Algoritma telah membaca niat saya. Belum sempat saya berdoa Tuhan ini telah memberi jawapan.
Pernah satu hari saya berbual dengan seorang kawan melalui telefon bimbit. Saya memasang niat untuk membeli basikal. Saya bertanya dengan kawan saya yang lebih arif dalam hal kayuh mengayuh.
Tidak saya menyangka perbualan di waktu malam dengan kawan saya itu telah menjemput iklan basikal muncul dalam FB saya esok paginya.
Jelas Internet telah mendengar niat saya. Data dan Algoritma kini betul-betul menjaga apa saja niat dan keberahian saya.
Jelas disini Data dan Algoritma ini sedang mengawal dunia kita setiap detik setiap hari. Segala data setiap sosok dalam dunia ini di kumpul.
Dalam Islam ada Raqib dan Atid yang mengumpul dosa dan pahala.
Algoritma ada FB, Twiteer, Tik Tok E-mail untuk mengumpul apa saja maklumat kita dengan tekun tanpa silap atau salah. Tuhan ini tahu buku apa yang kita baca. Tuhan ini tahu isi surat cinta yang telah kita hantar melalui e-mail.
Data terus mengumpul.
Tuhan ini tahu jenis makanan apa yang saya suka. Restoran mana yang saya langgani. Dengan siapa saya makan. Dan berapa jumlah kemampuan saya berbelanja di restoran.
Data juga memberi khidmat bakti.
Justeru saya akan beri ingatan melalui FB bahawa lagi dua hari kawan saya Si Polan dan Si Polan akan menyambut hari jadi. Kali pertama maklumat ini sampai kepada saya agak memeranjatkan. Kini telah menjadi kebiasaan.
Algoritma telah memberi tugas kepada FB, E-mail, Twiteer, Tik Tok, Kad Kredit, Kad Tol untuk mengumpulkan semua data mengenai Hishamuddin Rais.
Apa yang telah saya masukan ke dalam FB semua di rakam. Tarikh, waktu atau gambar yang telah saya pos dalam FB akan dicatat untuk dirakam dan di simpan dalam arkib.
Sesekali Algoritma akan mengeluarkan pada tarikh yang sama apa yang pernah saya pos kan dalam FB 10 tahun dahulu.
Aduh ! Algoritma lebih berjaya merakam dan mengingati perbuatan saya. Hishamuddin Rais sendiri tidak dapat mengingati apa yang Hishamuddin Rais pernah lakukan. Amin.
Algoritma memiliki kuasa ingatan yang tidak pernah dimiliki oleh manusia. Ingatan Algoritma ini tidak pernah salah. Apa yang dipungut oleh data maka itulah yang akan di kumpulkan.
Tidak ada rahsia antara kita dengan Algoritma. Masuk portal lucah semua akan di rakam. Masuk portal mencari ganja – ini juga dirakam. Dalam agama Data tidak ada yang menjadi rahsia antara kita dengan tuhan yang bernama Algoritma.
Satu zaman dulu kalau hendak mencari jodoh teman hidup yang berkekalan pelbagai cara dilakukan. Ada keluarga yang akan menggunakan khidmat bomoh dan pawang. Ada yang menggunakan hari tarikh lahir. Menilik bulan dan bintang.
Tahun 2022 bomoh , dukun dan tukang tilik nasib tidak perlu.
Kita boleh mencari jodoh dengan sekelip mata. Caranya cukup senang. Ada seribu satu jenis laman yang menyediakan ruangan Jantan Cari Betina, Perempuan Cari Lelaki, Jantan Cari Lelaki atau, Perempuan Cari Betina.
Semua keberahian akan diurus. Tepuk dada tanya seluar dalam. Tepuk seluar dalam tanya dompet.
Agama Data tidak ada konsep dosa dan pahala. Tidak ada hidup sesudah mati. Tidak ada halal dan haram. Tidak ada neraka dan syurga.
Justeru semua keberahian seksual akan disediakan untuk semua jenis manusia.
Hakikatnya walau pun tanpa kesedaran para penganut agama Data ini sedang beriman dan beramal.
Kalau agama Islam mewajibkan bangun pagi bersembahyang Subuh. Untuk agama Data penganut yang setia akan bangun pagi terus melihat telefon untuk membaca whatapps.
Iman penganut agama Data ini cukup kuat. Amalan untuk menyembah Algoritma tidak berhenti-henti. Malah di mana sahaja berada Algoritma ini akan disembah.
Saya selalu ternampak satu keluarga yang permai sedang makan dalam restoran. Walau pun sedang duduk makan bersama anak beranak suami isteri pasti telefon bimbit di tangan, mulut mengunyah mata terus berhubung dengan Algoritma.
Jangan ketawa. Penyembah agama Data ini ketika terberak pun akan menyembah Algoritma.
Apa yang saya paparkan ini hanya permulaan ciri dan watak agama Data. Revolusi Industri Ke Empat baru bermula. Data masih di kumpul. Algoritma sedang menyusun.
Tetapi awas ! Data dan Algoritma pada awalnya telah berjaya melahirkan robot.
Robot adalah besi dan plastik yang boleh bergerak. Agama baru dan tuhan baru telah melintasi zaman robot. Data dan Algoritma sedang merancang untuk melahirkan manusia yang berbiologikan manusia.
Apa? Manusia lahir tanpa jantan dan betina bersanggama ? Mustahil ini akan berlaku.
Tidak mustahil. Ini kerana agama Data dan Algoritma sedang menyediakan Kecerdasan Buatan (KB) – Artifical Intelligence (AI)
Apa dia KB? Apa dia AI ? Sila tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIAN INSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/419587
HADI WANG REKRUT ALLAH
Perpaduan tanpa petunjuk Allah adalah haram – Hadi
KUALA LUMPUR – Perpaduan tanpa petunjuk Allah adalah haram.
Demikian kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Menerusi Facebook, beliau berkata, agama turut mengharamkan hubungan yang menghilangkan kepimpinan Islam dalam masa yang sama tidak menegakkan kedaulatan agama tersebut sekaligus bersama dengan golongan yang menghina atau memusuhi penganut Muslim.
“Ada pun perpaduan tanpa petunjuk Allah adalah diharamkan disebabkan oleh kerapuhannya. Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan akidah dan tidak mempunyai konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat. Hal ini disebabkan tiada asas akidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak.
“Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau tiada kuasa Islam untuk mentadbir kehidupan manusia. Begitu juga, apabila bersama kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya atau bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam.
“Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafik,” katanya.
Jelas Abdul Hadi, Islam sebaliknya menegaskan, perpaduan wajib dipimpin oleh Islam yang mempunyai ciri keimanan, syariat dan akhlak bukan sekadar mempunyai ilmu dan pengaruh semata-mata.
“Islam menegaskan bahawa perpaduan itu wajib dipimpin oleh Islam yang bercirikan keimanan kepada akidah, syariat dan akhlaknya yang terdapat pada kepimpinan, bukan sekadar mempunyai ilmu dan pengaruhnya sahaja tanpa hidayah Allah SWT. Pada masa yang sama, perpaduan itu disertai oleh kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak memusuhi Islam, serta melarang dengan hukum haram daripada bersama dengan golongan yang nyata ekstrem dan bermusuh terhadap Islam dan penganutnya,” tambahnya.
Beliau sebelum ini menegaskan, kerajaan yang baharu ditubuhkan di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim bukan Kerajaan Perpaduan.-
WOIT
KAH KAH KAH
BILA HADI
REKRUT ALLAH
DUNIA JADI
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
PMX TAK
BERAKHLAK
TAK IKUT
AJARAN ALLAH
KERANA MAIN
BONTOT
KAH KAH KAH
MENGIKUT HADI
INI HARAM
KAH KAH KAH
WOIT
NAK TANYA
SATU HAL
ALLAH NI
NAK TUNJUK
NI MACAM MANA
KAH KAH KAH
PAKAI LAMPU
PICIT
MELALUI HADI
ATAU MELALUI
TONTOWI
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)