Rabu, 30 Oktober 2024
NAJIB DAH MINTA MAAF !!!
Satu lagi tamparan untuk Najib selepas mahkamah arah bela diri kes RM2.27 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata terdapat kes prima facie terhadap Najib Razak dalam empat pertuduhan berkaitan dana RM2.27 bilion 1MDB, dalam keputusan yang bakal menyulitkan lagi usaha bekas pemimpin itu dibebaskan lebih awal susulan pengampunan separa yang mengurangkan hukuman penjaranya.
Najib dihadapkan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram kira-kira empat bulan selepas beliau dijatuhkan dalam pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan kempen Dr Mahathir Mohamad tertumpu kepada skandal 1MDB dan sejumlah RM2.27 bilion wang 1MDB yang dipindahkan ke akaun banknya.
Beliau kini sedang menjalani hukuman 12 tahun, yang dikurangkan kepada enam tahun, berikutan pengampunan separa dikurniakan bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pengampunan itu bagaimanapun terpalit kontroversi berhubung dakwaan wujudnya arahan bertulis Sultan Abdullah supaya bekas pemimpin itu menjalankan baki hukumannya sebagai tahanan di rumah.
Sejak perbicaraan bermula pada 2019, pihak pendakwaan mengemukakan bukti seperti dokumen bank dan memanggil sejumlah 50 saksi, termasuk bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, serta bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazarudin.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak hujah pembelaan bahawa saksi mempunyai agenda tersembunyi.
"Mengambil kira semua bukti, mahkamah menyatakan bahawa yang dibicarakan bukan saksi-saksi ini, dan dengan itu analisis terperinci mengenai mereka tidak diperlukan,” katanya.
Perbicaraan melibatkan wang RM2.27 bilion itu merupakan satu daripada lima kes jenayah yang dihadapi Najib, di mana kes pertama mengenai wang RM42 juta berkait SRC International menyaksikan beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, kemudian dikurangkan kepada enam tahun dan RM50 juta.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Najib dan bekas CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, daripada tuduhan mengubah laporan audit syarikat itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.
Perbicaraan Najib atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan RM6.6 bilion dana awam berkait 1MDB dijadualkan pada 14 November, manakala satu lagi perbicaraan atas tiga pertuduhan pengubahan wang berhubung RM27 juta daripada SRC International dijadualkan pada April 21 tahun depan.
Najib turut terlibat dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai yang menolak dakwaan wujudnya "titah tambahan" dalam pengampunan yang diberikan kepadanya, supaya beliau menjalani baki hukuman sebagai tahanan di rumah.
Keputusan mahkamah hari ini kurang seminggu selepas Najib membuat permohonan maaf untuk mengambil tanggungjawab terhadap skandal 1MDB kerana ia berlaku di bawah pengawasannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, walaupun pada masa sama tidak mengaku salah terhadap pemindahan besar-besaran wang.
NAJIB DAH
MINTA MAAF
KAH KAH KAH
TAPI TAK
MENGAKU SALAH
KAH KAH KAH
AMIN
MAAF UNTUK
APA ?
KAH KAH KAH
AMIN
MAAF NAK TIPU
RAKYAT KE?
KAH KAH KAH
MAKA PATUT
NAJIB DIBICARA
UNTUK BAGI
DIA JERAN
KAH KAH KAH
AMIN
STARBUCKS TUTUP KEDAI BUAT SEMENTARA
Starbucks Malaysia nafi tutup lebih 100 cawangan
Starbucks Malaysia telah menyifatkan sebagai "palsu" dakwaan bahawa syarikat kopi itu telah menghentikan operasi di lebih 100 cawangan di seluruh negara susulan pergerakan boikot jenama Amerika Syarikat untuk menghukum sokongan Washington terhadap Israel.
"Dakwaan bahawa lebih 100 cawangan Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu. Sementara kami telah menghentikan operasi di beberapa cawangan sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup adalah bersifat sementara," kata seorang jurucakap Starbucks Malaysia seperti dilaporkan Business Times.
MalaysiaNow hari ini memetik sumber sebagai berkata Starbucks, yang dikaitkan dengan Kumpulan Berjaya milik taikun Vincent Tan, terpaksa menutup atau menutup sementara lebih 100 cawangannya di seluruh negara, termasuk di pusat beli-belah utama dan tarikan pelancong.
Syarikat itu tidak menjawab pertanyaan MalaysiaNow pada masa laporan diterbitkan.
Bagaimanapun, semakan di laman web Starbucks Malaysia mendedahkan sekurang-kurangnya 60 cawangan dilabel sebagai ditutup atau ditutup sementara.
Laporan Business Times itu memetik Starbucks Malaysia sebagai berkata, syarikat itu menyaksikan "peningkatan positif" jualan, di samping pelanggan "mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu tidak benar".
Ia seterusnya berkata Starbucks tidak pernah dijadikan sasaran Boycott, Divestment and Sanctions (BDS), pergerakan global yang telah berjaya menggerakkan pengguna seluruh dunia untuk memulau kepentingan Amerika dan Barat sebagai membantah sokongan kepada jentera perang Israel.
Starbucks dan syarikat makanan segera jenama Barat lain seperti McDonald's di samping produk seperti Nestle, merupakan antara yang paling terjejas akibat boikot antarabangsa itu.
Ia berterusan walaupun di sebalik usaha kreatif pemilik francais di negara Islam untuk menunjukkan mereka tiada kaitan dengan dasar AS di Timur Tengah, di mana lebih 50,000 orang awam di Gaza dan Lubnan terbunuh akibat pengeboman besar-besaran Israel sejak Oktober tahun lalu.
Starbucks Malaysia, dengan lebih 400 cawangan dan 5,000 pekerja, dimiliki Berjaya Food, sebahagian daripada Berjaya Corporation, konglomerat milik jutawan terkemuka Vincent Tan.
Syarikat itu juga memiliki rangkaian runcit 7-Eleven, yang pengerusinya ialah Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pada Mac, Tan menggesa rakyat Malaysia menamatkan kempen boikot, sambil mengulangi alasan seperti ia dimiliki tempatan dan menggaji rakyat tempatan.
Alasan seperti itu kerap diutarakan jenama francais lain namun gagal membendung gerakan boikot anti-Israel.
Pada April, pemimpin DAP dan menteri persekutuan Nga Kor Ming menyerang pihak yang menganjurkan boikot sebagai "penghasut" yang mahu merosakkan ekonomi negara.
"Jangan sekali-kali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara," kata Nga yang baru tahun lepas merasmikan pembukaan sebuah cawangan Starbucks di kementeriannya di Putrajaya.
WOIT
SEMENTARA INI
BERAPA LAMA?
AMIN
PASAI APA
KEDAI INI DIBOIKOT?
WAT IS DE BEKOS
AMIN
BUKAN MACAM
MEKDOGAL
BERI MAKAN FREE
PADA ASKAR ZIONIS
AMIN
WAT IS DE BEKOS
JENG JENG JENG
AMIN
HASUT JANGAN
TAK HASUT
KAH KAH KAH
AMIN
WAJIB TONTON - ADA RANCANGAN SEDANG DIATUR OLEH KERAJAAN UNTUK BEBASKAN NAJIB - KATA LOKMAN ADAM
LOKMAN ADAM KATA
ADA RANCANGAN
SEDANG DIATUR OLEH KERAJAAN UNTUK BEBASKAN NAJIB
AMIN
DONALD TRUMP ATAU KAMALA HARRIS ?
DONALD TRUMP
ATAU
KAMALA HARRIS ?
Minggu depan Selasa 5 November 2024 rakyat Amerika selesai mengadakan pemilihan Presiden ke 60. Hak rakyat keluar mengundi dan memilih sapa jadi Presiden di tafsir sebagai tanda Amerika mengamalkan demokrasi.
Justeru India, United Kingdom , German, Jepun, Sweden atau Sepanyol termasuk Malaysia dibaca sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi sama seperti Amerika. Ini kerana rakyat ada hak untuk mengundi sapa menjadi pemimpin mereka. Dan memilih siapa yang akan menubuhkan kerajaan.
Memangkah dan memilih perwakilan di kertas undi dijadikan rukun iman pertama demokrasi.
Ada beberapa pola perbezaan antara kita dengan Amerika . Di Amerika yang dipilih hanyalah Presiden. Sosok yang menang kerusi Presiden akan membawa sesiapa yang dia suka untuk menjadi anggota kabinet.
Ahli Dewan Kongres yang juga di undi walau pun majoriti dari mana parti pun tidak akan memilih Presiden.
Di United Kingdom , India, German sama seperti Malaysia – undi dan pilih wakil ke Parlimen dahulu. Parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen akan memilih Perdana Menteri dan ahli kabinet.
Manakala China, Berunai, Arab Saudi atau Myanmar tidak di iktiraf sebagai negara demokrasi kerana pemilihan pemimpin dan kerajaan di negara-negara ini tidak melalui pengundian. Rakyat tidak memilih kerajaan.
Di negara China hanya ada satu parti – Parti Komunis China. Parti ini memilih antara mereka sesama sendiri untuk mendirikan kerajaan.
Di Berunai dan di Arab Saudi yang berhak mendirikan kerajaan ialah Raja Keturunan. Rakyat hanya menerima tanpa memilih. Manakala di Myanmar askar yang mendirikan kerajaan melalui kuasa laras senapang.
Tetapi betulkah memangkah, memilih dan mengundi seperti yang sedang berjalan di Amerika ini sebagai rukun demokrasi?
Saya memerhati rapi pemilihan Presiden Amerika tahun 2024 ini. Amat menarik sekali. Ini kerana sosok yang bernama Donald Trump mencalonkan dirinya sekali lagi untuk menjadi Presiden.
Sosok ini kasar, lucah, rasis dan bercakap tanpa sempadan. Trump tidak berpura-pura. Jika perlu memaki hamun dia akan memaki hamun. Jika perlu menyumpah seranah Trump akan menyumpah seranah.
Saya menyokong Trump. Saya mahu Trump menang. Saya mahu Parti Republikan dan sosok-sosok seperti Trump terus menjadi kerajaan di Amerika.
Saya menolak Parti Demokrat. Pada hemat saya Parti Demokrat ini bahaya untuk dunia. Parti Demokrat yang bercakap tentang hak asasi, tentang melawan perubahan iklim dan membawa demokrasi untuk dunia. Semua ini adalah pura-pura. Parti Demokrat menyebarkan harapan palsu untuk warga Amerika dan warga dunia.
Parti Demokrat ini bahaya kerana parti ini menjual ilusi dan akan melalaikan penduduk dunia. Parti ini membawa surah bahawa sistem dua parti Ini amat molek untuk dunia. Membuang undi dan memilih pemimpin lima tahun sekali adalah jalan terbaik.
Hakikatnya untuk saya Parti Demokrat ini adalah baju yang indah cantik dan menarik untuk pandangan warga dunia. Walhal ini hanyalah topeng untuk sistem ekonomi kapitalis.
Parti Republikan lebih jujur. Tidak ada berselindung di sebalik mantra hak asasi. Parti ini bercakap secara terbuka tentang apa itu sistem ekonomi kapitalis. Parti Republikan tidak segan silu mahu Amerika menjadi kuasa terbesar dunia. Mahu empayar Amerika terus menjajah dunia.
Warga dunia akan lebih memahami apa itu empayar Amerika melalui suara Donald Trump. Akan memahami apa itu sistem ekonomi kapitalis melalui dasar yang diajukan oleh Trump. Warga dunia akan sedar bahawa Amerika yang klim sebagai negara pengamal sistem demokrasi itu sebenarnya hampeh dan kosong.
Suara lucah, rasis dan kasar Donald Trump adalah Amerika yang sebenarnya. Tidak berselindung. Tidak menyamar. Tidak berpura-pura.
Dalam kelucahan dan kekasaran Donald Trump ini warga dunia akan berfikir apakah ada sistem lain selain dari sistem ekonomi kapitalis?
Dari segi taktik dan strategi - untuk menghasut rakyat – untuk menghasut orang ramai bangun melawan lebih baik kita berhadapan dengan musuh yang ganas dan jahat. Mudah untuk dilihat dan difahami.
Saya bawa kembali ke sejarah Tanah Melayu melawan Inggeris. Gerakan arus menuntut kemerdekaan berjalan sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua.
Penjajahan Jepun boleh kita samakan sebagai pemerintahan Donald Trump. Jelas mengancam dan menindas. Justeru amat mudah untuk menghasut rakyat bangun angkat senjata dan melawan.
Masuk kembali kuasa Inggeris. Kita di lalaikan dengan demokrasi dan hak asasi.
Juga jangan lupa ketika Darurat di umumkan pada bulan Jun 1948 United Kingdom diperintah oleh Parti Buruh. Saya ulang ketika Darurat di isytihar di Tanah Melayu yang menjadi kerajaan di London ialah Parti Buruh. Parti Buruh yang klim mewakili buruh kaum tertindas dan mengamalkan garis kiri yang demokratik.
Walhal Parti Buruh sama dasar dengan Parti Konservatif di UK. Parti ini menentang tuntutan kemerdekaan di tanah jajahan seperti di India, di Kenya dan di Tanah Melayu.
Parti Buruh di United Kingdom juga menyamar sama seperti Parti Demokrat di Amerika.
Wajib saya beri tahu sekali lagi tentang Barack Obama Presiden Amerika yang berkulit hitam. Presiden Parti Demokrat ini melakukan sepuluh kali lebih banyak serangan udara dalam perang rahsia terhadap keganasan daripada pendahulunya, George W. Bush yang berkulit putih dari Parti Republikan.
Obama melakukan 563 serangan, sebahagian besarnya oleh dron mengebom Pakistan, Somalia dan Yaman sepanjang dua penggal Obama, berbanding 57 serangan di bawah Bush. Antara 384 dan 807 orang awam terbunuh di negara tersebut.
Fakta Obama ini saya pungut dari The Bureau Of Investigative Journalism bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais.
Satu perkara lagi yang wajib kita sedari bahawa Donald Trump amat jujur terhadap Israel. Pada 4 April 2024 CNN telah melaporkan Trump berkata ...’ Israel perlu menyelesaikan kerja yang Israel mulakan.....’
Pada 26 Oktober 2024 Anadolu Ajensi - agensi berita Turki melaporkan Donald Trump menyuarakan sokongan terhadap serangan Israel pada Hamas dan Hizbullah dalam panggilan telefon dengan Netanyahu Perdana Menteri Israel.
"Lakukan apa yang anda perlu lakukan," kata Trump kepada Benjamin Netanyahu dalam satu panggilan talipon awal bulan ini.
Trump sebelum ini berkata beliau bercakap dengan Netanyahu sekurang-kurangnya dua kali pada bulan Oktober.
Tanpa berselindung - Trump tidak berpura-pura menyokong Zionis Israel. Sebagai bukti pada 6 Disember 2017 Presiden Trump mengiktiraf Juruselam – Baitul Mukaddis - sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Pejabat Duta Amerika dari Tel Aviv ke Baitul Mukaddis.
Ini berbeza dengan Biden yang cuba mengajukan gencatan senjata. Cuba cari jalan perdamaian. Berunding dengan Mesir dan Qatar untuk membawa Hamas ke jalan damai.
Semua ini wayang Pak Dalang.
Walhal segala bom – besar dan kecil – segala senapang dan peluru, segala pesawat udara yang mengebom Gaza dibekalkan oleh Boeing, Lockheed Martin atau Blackrocks. Semua ini kilang pembuat senjata milik Amerika. Dana membeli senjata ini datang dari pentadbiran Biden.
Jika Biden menghentikan penghantaran senjata ke Israel perang Gaza sudah lama berhenti. Inilah yang saya katakan Parti Demokrat ini pura-pura. Justeru lebih bahaya kerana memberi ilusi yang parti ini menentang perang.
Bagaimana pula dasar Kamala Harris?
Kamala Harris ini adalah Naib Presiden Biden. Justeru dasar Kamala ialah meneruskan dasar Presiden Biden dalam usaha untuk mengadakan gencatan senjata. Sama seperti Biden jika Kamala menang senjata dan dana akan terus sampai dari Amerika ke Israel.
Jadi apa sebenar yang membezakan Parti Demokrat dengan Parti Republikan. Jawapannya cukup mudah sila nyatakan apa bezanya antara Coco Cola dengan Pepsi Cola?
Pemilihan Presiden dan pemilihan ahli Dewan Congress di Amerika bukan kerja murah. Berbilion-bilion dolar di perlukan. Politik di Amerika telah sampai ke tahap dimana pemilik industri, konglomerat, industri senjata dan para bilionair dan pelobi memainkan peranan utama.
Dana dari mereka inilah yang membolehkan sosok bertanding. Tanpa dana dari kumpulan ini mustahil Trump atau Kamala boleh bertanding. Uncle John, dan Sister Mary dari Kentukcy atau Paul, Dave dan Sally dari Utah hanyalah memainkan peranan Pak Pacak.
Pada ketika ini sosok yang paling berkuasa diatas muka bumi kita hari sedang hendak di pilih. Apa dasar yang akan diajukan oleh sosok ini akan menjadi garis politik dan garis ekonomi dunia kita.
Saya memilih Donald Trump – jantan berkulit putih, rasis dan kasar. Saya menolak wanita berkulit hitam yang lembut dan bersopan. Saya memasang niat agar jantan berkulit putih yang kasar dan rasis ini akan terus mengharu birukan dunia kapitalis yang di kepalai oleh Amerika.
Saya amat yakin Presiden Trump yang akan menang dan menjadi Presiden ke 47 Amerika akan menajamkan lagi kontradiksi dalam sistem ekonomi kapitalis hingga membawa kapitalisma runtuh. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/news/724394
HIZBULLAH ADA PEMIMPIN BARU
Hizbullah lantik Naim Qassem sebagai ketua baharunya
BEIRUT: Hizbullah hari ini mengumumkan sudah memilih Timbalan Ketuanya, Naim Qassem sebagai pengganti Hasan Nasrallah sebagai pemimpin kumpulan disokong Iran itu.
Beliau akan menerajui kumpulan itu, menggantikan Nasrallah yang maut dalam serangan Israel di selatan Beirut, bulan lalu.
"Majlis (pentadbiran) Syura Hizbullah bersetuju untuk mengundi... Sheikh Naim Qassem sebagai Setiausaha Agung Hizbullah," katanya dalam kenyataan.
Ketua Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Safieddine, pada awalnya dijangka menggantikan Nasrallah.
Namun, beliau juga terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut tidak lama selepas pembunuhan Nasrallah.
Qassem, 71, adalah antara pengasas Hizbullah pada 1982 dan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Jeneral sejak 1991, iaitu setahun sebelum Nasrallah mengambil alih kumpulan berkenaan.
Beliau dilahirkan di Beirut pada 1953 dan berasal daripada keluarga dari kampung Kfar Fila di sempadan dengan Israel.
Selepas Nasrallah secara umum bersembunyi susulan perang kumpulan itu dengan Israel pada 2006, beliau muncul sebagai pegawai paling senior yang berterusan membuat penampilan awam.
Sejak kematian Nasrallah dalam serangan udara Israel pada 27 September lalu, Qassem sudah memberikan tiga ucapan di televisyen, bercakap dalam bahasa Arab lebih formal berbanding bahasa campuran Lubnan yang digemari Nasrallah. - AFP
PATAH TUMBUH
HILANG BERGANTI
AMIN
MATI DIBUNUH
YANG BARU
DATANG LAGI
KHALAS
DI MANA HILANGNYA 1.2 JUTA RAKYAT CHINA MERAH ?
DI MANA HILANGNYA
1.2 JUTA RAKYAT
CHINA MERAH?
AMIN
APAKAH MEREKA
YANG KIBARKAN
BENDERA CHINA?
JENG JENG JENG
AMIN
SANG SAKA BENDERA TANAH MELAYU MERDEKA
SANG SAKA
BENDERA TANAH
MELAYU MERDEKA
AMIN
Unknown commented on
"BENDERA CHINA MERAH
DAN MAKNANYA"
angkat sang saka malaya.. masuk penjara ..angkat bendera china merah.. kena apa ? dapat IC ke ? .. kah kah kah
TERKINI TER NOWW TER HOTT
NAJIB AKAN
HAKIM
MAHKAMAH
TINGGI
MENDAPATI
ADA KES
UNTUK
MENDAKWA
NAJIB
ATAS
25 TUDUHAN
KES 1MDB
AMIN
NAJIB BEBAS ? ADA JANJI DNGAN MAT LEBONG ?
NAJIB BEBAS?
ADA JANJI DENGAN
MAT LEBONG ?
KHALAS
Unknown commented on
"ESOK !!! NAJIB AKAN
DAPAT DNAA MACAM ZAHID ?"
Kalau dnaa macam komedi punorogol..alamat politaik melayu isle terbaik diseantero dunia. Pakai ayat ayat baru ketimpung mapadulung..untuk mermertabatkan bahasa melayu..fuyoooo gua salut dengan segelas vodka..
Langgan:
Catatan (Atom)