Ahad, 20 Mac 2022

GURINDAM SELOKA - MELAYU TIPU MELAYU

 

GURINDAM SELOKA

MELAYU TIPU MELAYU

AMIN

TIDAK ADA JALAN LAIN

 



Tun M mungkin bergabung untuk kalahkan BN

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak menolak kemungkinan akan bergabung dengan parti-parti lain untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Pengerusi Pejuang Dr. Mahathir Mohamad, cadangan itu telah disuarakan oleh beberapa parti pembangkang. 

Mereka menyedari kesan buruk perpecahan dalam beberapa pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu.

“Ada kemungkinan. Cadangan disuarakan beberapa parti pembangkang supaya tidak berpecah kerana jelas sekali berpecah menyebabkan kita kalah. Bukan sebab kita kurang sokongan.

“Sebenarnya parti yang menang ini BN hanya mendapat 35 peratus sahaja daripada undi dalam PRN ini. Tetapi dengan 35 peratus mereka menguasai dua pertiga dan mereka berhak pinda Perlembagaan negeri.

“Jadi kita dapati ini adalah kerajaan minoriti tetapi oleh kerana perpecahan dalam kalangan parti lawan, mereka telah menjadi parti besar yang mendapat majoriti dua pertiga yang berkuasa penuh,” kata Dr. Mahathir.

Tambahnya cadangan itu turut disuarakan oleh ahli parti Pejuang sendiri.

Bagaimanapun, Pejuang akan melakukan kajian yang mendalam terlebih dahulu kerana terdapat kesan buruk yang akan ditimbulkan daripada kerjasama berkenaan.

“Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli dan ini perlu dikaji dengan mendalam kerana dulu kita tak ada kerjasama dengan parti-parti lain, kerana kesan buruk daripada kerjasama,” kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat mingguan Pejuang di Yayasan Perdana yang turut dihadiri Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.

Mesyuarat itu antaranya membincangkan faktor kekalahan parti dalam PRN Johor.

Dalam pilihan raya itu, Barisan Nasional menang besar dengan menguasai 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara Pejuang tewas teruk dengan 42 calonnya kehilangan deposit.

Sementara itu Dr. Mahathir berkata, Pilihan Raya Umum (PRN) ke-15 tidak seharusnya diadakan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, rakyat masih belum bersedia untuk menghadapi PRU tersebut dan jika diadakan dalam masa terdekat boleh menyebabkan pengundi membuat pilihan yang salah.

“Saya berpendapat kalau kita ada pilihan raya dalam keadaan yang mana seluruh rakyat tidak bersedia cuma orang tertentu sahaja gembira dan ambil bahagian.

“Kita akan mendapat keputusan yang tidak baik bagi negara. Sebab itu masa perlu diberi  supaya rakyat khususnya akan mempunyai masa untuk mereka menimbang baik-baik tentang apa yang mereka lakukan,” kata Dr. Mahathir.

WOIT

TIDAK ADA

JALAN LAIN

MELAINKAN

BERSATU DLAM

SATU ANGKATAN

AMIN

KURANGKAN MUSUH

RAMAIKAN KAWAN

INI ASAS POLITIK

KHALAS

GAGAL MENDIRIKAN

UNITED FRONT

MAKA SEMUA

AKAN BUNGKUS

KAH KAH KAH


CERITA MALAM JUMAAT -

 



Pemilihan parti bukan untuk rebut jawatan – Akmal Nasir

GOMBAK – Sesiapa sahaja yang bertanding dalam pemilihan parti pada Mei ini hendak lah memenangi naratif rakyat dan bukannya semata-mata berebut jawatan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bagaimanapun, setakat ini Ahli Parlimen Johor Bahru itu masih belum memuktamadkan sebarang keputusan untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Ini kerana katanya, apa yang menjadi keutamaan adalah adalah memastikan PKR mempunyai tempat di hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya belum buat keputusan (bertanding) tapi macam saya sebutkan kita nak pastikan PKR ada tempat di hati rakyat bila masuk PRU15.

“Sementara cabaran kepada PKR adalah pemilihan itu berlaku sebelum pilihan raya, sementara parti yang lain telah tangguhkan pemilihan parti mereka selepas PRU15.

“Namun, sesiapa pun yang bertanding mereka melihat kepada bagaimana hendak memenangi naratif rakyat di luar, bukannya hendak berebut jawatan (atau) gaduh sana sini akhirnya kampung kita tergadai,” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, langkah Rafizi Ramli yang mengumumkan bakal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR merupakan satu naratif yang baik berikutan ia menerima sokongan dari rakyat.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Adam Adli yang dijangka bertanding bagi merebut jawatan Ketua AMK, Akmal berkata, bekas aktivis mahasiswa itu bukan lah orang yang terlalu baharu dalam dunia politik tanah air.

Jelas Akmal, terdapat peruntukan di dalam perlembagaan parti yang membolehkan ahli bertanding dalam pemilihan walaupun belum cukup setahun menjadi ahli.

“Kalau ikut dari segi peraturan sedia ada memang bagi mereka yang ingin bertanding itu perlu sekurang-kurangnya menjadi anggota minima selama satu tahun, ada sebabnya supaya mereka yang ingin memikul tanggungjawab itu telah memahami dan menjiwai organisasi.

“Tapi dalam proses pemilihan parti juga ada klausa yang memberi ruang untuk mendapatkan pelepasan, perkara ini wujud sebelum ini kerana kebimbangan atau keperluan untuk mengisi beberapa kekosongan sebagai contoh, cabang itu baru hendak dihidupkan bersama anggota baharu.

“Justeru, untuk memantapkan organisasi maka diberikan kelonggaran jadi dari segi ini kelonggaran boleh diberikan tapi bagi saya kita juga meraikan, Adam pun bukan lah orang yang terlalu baharu dalam isu politik tanah air,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan dua bekas aktivis mahasiswa, Adam dan Fahmi Zainol dijangka akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua AMK PKR.

Namun memandangkan Adam menyertai parti itu tidak sampai setahun pada September lalu, beliau perlu memohon pengecualian untuk menyertai pemilihan parti



WOIT 

MAMAT NI

DAH PANDAI

BUAT LAWAAK 

BERDIRI

KAH KAH KAH

BERGADUH

BERPUKUL

BUKAN NAK 

JAWATAN

KAH KAH KAH

JADI UNTUK

APA BERGADUH

SAMPAI RAMAI

LARI DARI PARTI

KAH KAH KAH

ADAKAH KERANA

BAU KENTUT

ANWAR BUSUK

MAKA RAMAI

LARI LARI

LARRY SENG

KAH KAH KAH

RAFIZI LAWAN

SALVADOR SEKALI

LAGI GADUH

AMIN

TUNGGU & LIHAT

AMIN

KHALAS

MASANYA TELAH SAMPAI - LAWAN BAGINDA QUEEN

 



Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 2.2 tan daun ketum di Kuala Kedah

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 2.2 tan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM396,000 di perairan muara Kuala Kedah di sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, sebelum itu pihaknya mendapat maklumat berhubung aktiviti pemunggahan yang mencurigakan di kawasan itu.


“Berikutan itu, sekitar 6 pagi tadi sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Aman di perairan Kuala Kedah diatur gerak bagi mengesan aktiviti ini.

“Setiba di lokasi berkenaan, bot ronda Maritim Malaysia itu berjaya mengesan longgokan plastik hitam yang mencurigakan dalam keadaan berselerak di tepi muara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 220 bungkusan plastik ditemukan yang di dalamnya mengandungi daun hijau disyaki daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan 2.2 tan dan dipercayai baharu sahaja diletakkan di lokasi terbabit.

Menurutnya, kesemua daun ketum itu dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui jalan laut.

“Semua hasil rampasan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM396,000 itu, dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – Bernama

MASANYA DAH

SAMPAI UNTUK

MERDEKA KAN

KETUM DARI

BAGINDA QUEEN

AMIN

HUKUMAN 1952

ADALAH  MILIK

PENJAJAH YANG

ANTI PETANI

TANAH  MELAYU

AMIN

BRITISH MAHU

KITA MINUM

HARIMAU DAN

BULL DOG

AMIN

2.2 TAN

INI MAKNANYA

ADA LADANG LUAS

AMIN

ADA PAK TANI

BERGANTUNG

HIDUP DG KETUM

AMIN

KENAPA KITA

BODOH IKUT

BAGINDA QUEEN

AMIN 

JADIKAN KETUM 

INDUSTRI TANI

MACAM

 GETAH & SAWIT 

KHALAS

AMIN

BRO LU TAK FAHAM

 


BRO

LU TAK FAHAM

AMIN

DALAM ISTILAH

GEROMBOLAN

MEREKA  INI 

CONTOH SLIM CUN

BERGETAH

AMIN

TUJUH KALI

MENJANDA MASIH

MASIH DARA SUNTI

KAH KAH KAH

hamim commented on

 "CHOW KITA PASAR

 TERBAIK TERMURAH"

Sham....taulah Sham dah 71 tahun , tak kan mata dah rabun sampai tak dapat bezakan anak dara sunti dengan mak dara lohe, badan mak dara tu pun sama beso dengan big mama....big mama tak ikut Najib pergi PAU ke? Ahli ahli gerombolan tak rindu kat big mama ke?

RAKYAT TAK BODOH TAAPI DIPERBODOHKAN

 

RAKYAT

 TAK BODOH

TAPI

DIPERBODOHKAN

KHALAS

Cekpit Kelima commented on 

"SEHATI SEJIWA"

Setiap hari duk kutuk Anwar, kutuk pemimpin PAS..dua parti Melayu bukan BN terbesar di Malaysia. Pada masa yang sama duk sembang pasal United Front. Tak salah nak sembang pasal United Front, sebab matematik asas budak sekolah pon reti, semua boleh sembang pasal United Front. Tapi kalau sembang tanpa penyelesaian tak guna. Terlampau byk tanda soal yang bisa memecahbelahkan kerjasama. Dah terlalu ramai org di Malaysia ni yang reti sembang tapi takdak solution. 


TT mungkin benci kebenaran ini,tapi perhatikanlah kenapa Najib bisa kembali popular. Sebab Najib bukan sembang kosong. Status dia penuh fakta dan dia sentiasa beri cadangan dan jalan penyelesaian, desak kerajaan. Itu yang rakyat mahu, itu yang rakyat nampak. Dah terlalu ramai politikus dan penganal politik termasuk TT sekali yang terlampau sembang sehingga rakyat muak. Rakyat tak bodoh. Tak sokong, tak setuju dengan kamu bukan bermakna kami bodoh. Noktah.

PERSIDANGAN PENCURI & PENYAMUN

 


 PERHIMPUNAN

PENCURI DENGAN

PENYAMUN

KHALAS

Unknown commented on

 "SEHATI SEJIWA"

Puak pencuri bersatu hati setia jiwa macam geng lanun sebab ITU tahan lama lama walau apa pun berlaku, geng pencuri akan satu hati sejiwa, manakala yang dok sembang siang malam bela rakyat, tak bela rakyat pun, bagi 30 Jinggut, mintak rakyat berkorban, mintak rakyat ikat perut, sapa nak sokong, sokong pencuri ada habuan masuk, sokong ikat perut semua lingkup, kah kah kah, 


lepas tu tak habis habis berebut tongkat Sakthi, tikam tebuk jolok kiri kanan kah kah kah, sapa boleh percaya lagi, kan lebih baik pencuri yang kita kenal dari atok tua mampooosssss yang rosak negara selama ini? Baik bagi gelaran Bapa Rasuah Negara kepada atok, semua yang Najib's buat ajaran Atok belaka, bapak borek anak rintik amin

PENYAMUN DAN PENCURI BERSIDANG

 


PENYAMUN

PENCURI 

BERSIDANG

KHALAS

Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 729"

Senang tipu puak melayu jenama UMNO, setahun sekali Pau jerit teriak lantang konon perjuang melayu Islam, lepas pau hilang senyap sunyi, yang hadir pau dapat hotel, elaun makan minum 5 star, settle, yang akar umbi tinggal akar lah, kah kah kah begitu lah seterusnya setiap tahun, nyanyi bakar Semangat supaya akar umbi kobar kobar

 pertahan penyamun pencuri komisen tapi akhir akar umbi dapat lah projek projek buat jalan, parit sungai longkang sedikit sebanyak meneruskan agenda kayakan Melayu atasan kah kah kah, nasib bangsa agama terus dijual beli atas perjuangan kayakan diri kaum kerabat kah kah kah yang teriak teriak hebat tu check dulu berapa dapat elaun??? Kah kah kah

AURAT FILEM KLASIK DARO BOMBAY

 


AURAT

FILEM KLASIK

DARI BOMBAY

KHALAS

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 729"

wooii pegi kubo tak tutup aurat.. nanti antu kubo stim metim sapa yang susah...!! kah kah kah...! Tukang gali kubo jugak yang salah.. KHALAS

NATO TERBARAI

 

 NATO 

TERBARAI

KAH KAH KAH

AMERIKA ATK SUK NAJIB - NAJEN CHINA MERAH

 


AMERIKA 

TAK SUKA NAJIB

AMIN

NAJIB AJEN

CHINA MERAH

KHALAS

cikminah commented on

 "TEPAT BETUL BENAR SAHIH"

Jangan harap mahkamah Malaysia akan penjarakan Najib. Kena tunggu US, buka langkah dalam tempoh terdekat Roger Ng cuma ikan bilis yg didakwa di mahkamah US kerana menyalahgunakan Bank Goldman& Sachs untuk pengubahan wang 1MDB. Bila FBI masuk campor, targetnya ialah Najib dan Jh.Low. FBI bukan main2 bila buat announcement dah dapt bukti 59,000 transaksi pengubahan duit haram Najib berjumlah usd 753 juta dan Jh.Low usd1.43 billion. 


Sebab itu, Amerika dah keluarkan Award 21 juta untuk tangkap Jh.Low! Usd21juta bukan sikit duit. Ia 4 kali ganda dalam matawang rm dan 6 kali ganda dalam matawang Yuan. Sesiapa pun boleh gelap mata dgn usd21 juta ini. Jadi, tunggulah langkah US meminta Najib diekstradisikan ke USA. Mahkamah Amerika bukan seperti mahlamah Malaysia. Dah jatuh hukum, duduklah Najib dalam penjara bersama penjenayah ganas USA. Hahahaha...tak sabar menunggunya.

BERAPA HARI LAGI


ADA LAGI

BERAPA HARI

NAK SAMPAI 

HARI SABTU

AMIN

ORANG RAMAI

TAK SABAR

MENUNGGU

KHALAS

RUSIA BAWA KELUAR GAJAH

 

RUSIA BAWA

KELUAR GAJAH

AMIN

GENG PENJARA BERJAYA

 



Umno tangguh pemilihan 6 bulan selepas PRU15

UMNO meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti itu enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata timbalan presidennya Mohamad Hasan.

Keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), katanya yang meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memastikan tiada halangan dari jabatan itu.

“Keputusan paling besar, pemilihan parti akan ditangguhkan dalam masa enam bulan selepas pilihan raya umum.

“Kalau ini dapat diluluskan maka apa sahaja perkara yang hangat dibincang oleh orang Umno selesai.

“Saya minta perdana menteri perhatikan sikit kalau ditulis kepada RoS jangan ada orang halang, kerana menterinya bukan Umno. Tahu sahaja, susah kita nanti,” katanya.

Mohamad mengumumkan perkara itu dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU).

RoS merupakan satu jabatan bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri yang kini diketuai Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin sebagai menteri.

Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan dalam parti sewaktu Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Tuntutan bagi mengadakan pilihan raya umum itu muncul sewaktu pemimpin dan anggota parti galak dengan kemenangan yang diraih dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri.

Ahmad Zahid dalam ucapannya semalam menyebut, majoriti 186 bahagian Umno bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan bersetuju dengan keputusan Umno mengadakan pemilihan parti sebelum 29 Disember 2022, katanya.

Kenyataan itu menyahut tuntutan Pemuda Umno pada Khamis yang mengusulkan pindaan perlembagaan untuk menetapkan pemilihan parti dibuat selepas pilihan raya umum. – 19 Mac, 2022.


SABRI 114

JADI PARAH

KAH KAH KAH

PEMILIHAN LEPAS

PRU15

KAH KAH KAH

ZAHID KELUAR

WATIKAH

KAH KAH KAH

APAKAH AYAH DAFI

DI CALONKAN ?

KAH KAH KAH

WOIT

ADA JALAN

SELAMAT

LAMBATKAN PRU

HINGGA ZAHID

JATUH HUKUM

KAH KAH KAH

LAWAN TETAP

LAWAN

KAH KAH KAH

HILANG TAK KELIHATAN

 



SIAPA ADA

MAKLUMAT

AMIN

KEMANA ILANG

ROSMAH MANSOR

MASA PAU

TAK KELIHATAN

AMIN

APAKAH NAJIB

TELAH

 TINGGALKAN

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

NAJIB DATANG

DENGAN BINI

YANG MANA ?

KAH KAH KAH

RAMAI AHLI

GEROMBOLAN

TERTUNGGU 

TERNANTI NANTI

NAK

JELING LIHAT 

BEG BIRKIN BARU

KULIT BIAWAK

TAHUN 2023

KHALAS

AMIN


RAKYAT KECEWA

 


Saya dan Najib tidak akan jadi calon PM, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi memutuskan dirinya dan pendahulu Najib Razak tidak akan dinamakan sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Bossku dan saya menerima hakikat ia bukan nasib kami, kerana ‘rezeki’ tidak pernah salah alamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2021.

Najib boleh dilihat mengangguk setuju.

Zahid kemudian berkata timbalan presiden Umno Mohamad Hasan mungkin mempunyai nasib yang lebih baik.

“Saya rasa Tok Mat (Mohamad Hasan) ada rezeki… tapi mungkin selepas PRU16. Pada masa itu, ia tidak akan salah.

“Tetapi kalau rezeki Tok Mat selepas PRU15, itu tidak salah alamat juga,” kata Zahid.

Zahid, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri ketika di bawah pentadbiran Najib, kemudian berpaling kepada Mohamad dan berkata beliau perlu menunggu.

“Apa yang pasti Bossku dan saya telah menerimanya (bahawa kami tidak akan menjadi perdana menteri),” katanya.

Terdahulu beliau memberitahu perwakilan bahawa Umno bertuah kerana perdana menteri sekarang, Ismail Sabri Yaakob adalah daripada parti itu walaupun Umno-Barisan Nasional kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan pada pilihan raya umum 2018.

“Tetapi jangan dengki Ismail Sabri Yaakob, saya tidak pernah cemburu kepadanya kerana saya pernah mencadangkan namanya.

“Tanya 43 Ahli Parlimen BN. Kepada ahli majlis tertinggi, saya katakan hanya satu nama sahaja yang akan dicadangkan iaitu Ismail Sabri.”

Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Zahid enggan mengesahkan sama ada Ismail Sabri akan menjadi calon perdana menteri BN sekali lagi.

“Kita ada ramai calon. Seperti di Johor, wajah poster kami ialah Hasni Mohammad tetapi anda semua tahu hasilnya.

“Saya tidak fikir kita akan mempromosikan wajah poster untuk PRU15 sekarang kerana Yang di-Pertuan Agong akan menentukan nanti.

“Kami tidak boleh membincangkan perkara ini dengan media,” kata Zahid. – 19 Mac, 2022.

RAKYAT RASA

KECEWA BESAR

AMIN

NAJIB TAK JADI

PERDANA MENTERI

AMIN 

INI SILAP BESAR

KERANA NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

YANG JUJUR

YANG HANTUK

KEPALA PADA

BATU ITAM

KAH KAH KAH

MANA ADA 

PEMIMPIN DUNIA

YANG BERI SALAAM

PADA KUBUR

KAH KAH KAH

NAJIB WAJIB

TERUS SEKALI

LAGI JADI PM

KERANA RAKYAT

TERUS RINDUKAN

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH